“Dan
dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat. Dan kebaikan apa saja yang kamu
usahakan bagi dirimu, tentu kamu akan mendapat pahala nya pada sisi Allah.
Sesungguhnya Alah Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan.” ( Surah Al-Baqarah
ayat 110)
“Dan perintahkanlah kepada
keluargamu untuk mendirikan sholat dan bersabarlah dalam mengerjakannya, kami
tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang member rezeki kepadamu. Dan akibat
yang baik itu bagi orang-orang yang bertakwa.” (QS Thoha, ayat 132).
Rumah kau ada tiang tak? Tentu adakan.
Kau tahu tak tiang agama itu apa?
Tak tahu? Memanglah kau pemalas.
Kau Islam ke? Tiang agama Islam adalah solat! Kau solat tak? Tak?! Kenapa? Tak tahu? Kenapa tak belajar? Jangan kata tak tahu nak belajar di
mana? Masjid ada. Surau ada. Buku ada. Televisyen ada. Radio ada.
Kau saja yang malas! Kalau kau tak solat. Goncanglah iman kau.
Kenapa kena solat? Tak tahu juga? Apa punya bodoh kau ni? Kenalah solat tanggungjawab hamba ALLAH kepada Penciptanya. Tanda syukur.
Tanda berterima kasih. ALLAH bagi
banyak nikmat pada kau. Takkan kau tak ucap
terima kasih? Nikmat apa? Tengok diri kau. Kau boleh melihat. Kau boleh mendengar. Kau boleh bercakap. Kau boleh berjalan. Itu semua hak ALLAH. Apa hak kau?
ALLAH ambil semua. Apa yang
tinggal? Kau tak malu? Tak ucap terima kasih pada ALLAH. ALLAH bagi kau makan, kau sihat. Kau
cantik. Kau kaya. Kau ada kerja. Kau ada anak. Kau ada suami. Itu semua nikmatlah. Kau bahagia. Kau gembira.
Itu juga nikmat daripada ALLAH. Jangan cakap itu semua usaha kau
sendiri. Memang bahalollah kau.
Kau pernah dengar lagu SEPOHON
KAYU. Kau tak hafal? Tak pernah
dengar? Lagu nasyidlah. Cerita tentang orang tak solat. Hidup seribu tahun pun kalau tak solat, tak
guna! Kau tahu hukuman orang tak solat? Kat
dunia lagi dah dihukum. Wajah tak
berseri. Rezeki sempit. Doa kau ditolak. Kau buat baik langsung tak ada pahala.
Semua makhluk benci kau. Kau akan mati dalam keadaan lapar dan haus. Kau akan mati dalam keadaan hina. Kalau kau
dah mati, kubur kau akan himpit kau sampai
patah tulang kau tu. Api neraka
akan bakar kau dalam kubur lagi. Setiap
hari. Siang dan malam. Seekor ular akan
pukul kau mengikut setiap waktu kau tak solat. Di akhirat nanti. ALLAH langsung tak pandang
kau. Kau terus dicampak ke neraka. ALLAH tidak pandang kebaikan kau.
Wajahkau cantik, kau bergaya, kau
ada segalanya, tetapi kenapa kau malas sangat nak solat? Aku sendiri tak faham? Apa susahnya?
Tidak ada telekung? Orang
bersolat bukan hanya ada telekung baharu nak solat, mesti tutup aurat, kakikau
tertutup rapi, tangankau tidak terbuka, biar kelihatan hanya wajah dan telapak
tangankau sahaja. Bolehlah solat dalam
keadaan begitu, tiada masalah. Jangan
beri alasan. Orang yang taat tak beri
alasan. Kau boleh solat di mana saja,
hatta di atas awan. Di mana-mana saja
ada masjid. Surau. Berjalan jauh pun ada
pusat rehat dan rawat. Selesa dan
bersih.
Kalau berjalan jauh, bermusafir,
ALLAH SWT memudahkan cara, kau boleh menghimpunkan solat kita dalam satu
waktu. Bukankah itu kemudahan untuk
kita? Kau tahu tak, di akhirat nanti
perkara yang akan ditanya dan dihisab adalah solat. Jika kau tak solat, bagaimana kau nak
berhadapan dengan ALLAH SWT? Kau tak
takut ke? Dalam solat, kita memuji
kebesaran ILAHI, kita sujud, rukuk kepada-NYA.
Kita berzikir, bertakbir,
bertahmid memuji Kebesaran-NYA. Bila kau
solat, bermakna kau mencintai ALLAH, kau menyayangi ALLAH, kau jadi manusia
yang bersyukur.
Tak tahu bacaan dalam
solat? Kau tak pernah belajar ke? Tak pergi sekolah agama? Atau kedua orang
tuamu tidak ajar langsung? Itu bukan alasanlah!
Jangan salahkan orang lain. Kau tahukan
solat itu wajib, pergilah belajar. Kau
tak tahu menulis atau membaca bahasa
Arab? Kau tak tahu mengaji? Pergilah belajar? Di mana-mana Masjid seluruh dunia sekalipun,
ada kelas pengajian fardhu ain. Ada
kuliah mengajar mengaji, belajar solat.
Nak dengan tidak saja. Kalau kau
malas, apa pun kau tak boleh buat. Kau
harus ada kesedaran diri, kau tahu tak, solat itu mencegah manusia dari perkara
ingkar dan mungkar! Menjauhkan kau
daripada menjadi jahat!
“Rasulullah SAW, diperlihatkan pada suatu
kaum yang menghantukkan kepala mereka pada batu, Setiap kali hantukan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia
kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya.
Lalu Rasulullah bertanya: “Siapakah ini wahai Jibril”? Jibril menjawab: “Mereka
ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat fardhu”. (Hadits Riwayat
Tabrani, sanad shahih)http://detikislam.blogspot.com
Cuba kau hantuk kepala di dinding,
sakit tak? Tentulah sakitkan? Sanggup ke kau hantuk kepada kau dengan batu
di akhirat nanti? Aku rasa, aku sendiri
tidak sanggup. Janganlah berlengah lagi,
jomlah solat tunaikan suruhan ALLAH SWT ini.
Bukan susah pun Kalau tidak mampu
buat yang sunat sekali, cukuplah lima waktu sehari semalam. Sempurna dengan hukum dan caranya. Kalau tidak tahu, belajarlah, tuntutlah
ilmu. Jangan nanti kau mati dalam
kesesatan. Orang yang tidak solat,
dibenci ALLAH, diakhirat nanti, ALLAH SWT pun tidak sudi pandang. Kau mahu ke jadi seperti itu? Jangan cakap besar, memanglah ALLAH itu Maha
Pengasih dan Maha Penyayang, tetapi jika hamba-NYA ingkar, seksaannya cukup
pedih. Kau tak takut ke? Hairanlah aku, kau berbangga bercakap tentang
kekayaan kau tetapi tahu ke kau, kekayaan itu datang daripada mana? Kau bercakap tentang kejayaan dirikau, tetapi
siapa membantukau untuk berjaya? Kau
bangga dengan kecantikan dirikau tetapi kau tahu tak siapa yang menjadikan
dirikau cantik? Nikmat yang mana, kau
nafikan? Bagaimana kau nak tunjuk yang
kau berasa syukur dengan nikmat yang kau perolehi? Tentulah dengan bersolat. Kalau kau susah, kau nak pinta kepada siapa? Tentulah kepada ALLAH, dengan cara bagaimana? Tentulah dengan solat!
Memang kena buatlah. Wajib buat,
tidak boleh tidak, kalau kau tak mampu nak solat berdiri, kau boleh duduk,
kalau tak boleh duduk, kau boleh berbaring, kalau tak boleh berbaring juga,
gunakan isyarat mata, pendek kata, sakit bagaimana sekalipun, kau kena
buat. Kalau tak mampu juga buat, itu
tanda ajalmu semakin dekat. Kau orang
Islam. Kau bertanggungjawab pada diri kau. Pada agama kau. Solat termasuk Rukun Islam. Kau dah lupa ke? Hilang ingatan? Nasib baik tak gila!
Sudah-sudahlah berfoya di dunia
ini. Kita tidak tahu di mana kubur
kita. Beribadatlah kau seolah-olah
kau akan mati esok hari, dan bekerjalah
kau seolah-olah kau akan hidup selamanya… bukan Islam tidak benarkan kau kaya
atau tidak bekerja dan hanya beribadat sahaja.
ALLAH SWT hanya meminta lima waktu sahaja, setiap waktu tidak sampai
pun dua minit. Maghrib, isyak, zuhur, asar dan subuh. Bukanlah ambil masa lama pun. Jadilah hamba yang tahu bersyukur. Jadilah hamba yang mencintai agamanya. Jadilah hamba yang tidak akan tinggalkan
solat, kerana dengan solat kau akan menjadi manusia yang baik. Ada juga orang buat jahat walaupun
solat? Memanglah ada, kerana kita bukan
maksum, tetapi sekurang-kurangnya kau tidak akan melakukan dosa-dosa
besar. Dengan solat kau menghapuskan
dosa-dosa kecil yang kau lakukan setiap hari.
Takkanlah kau tak tahu, wudhuk dan solat mencuci dirimu daripada
sebarang dosa-dosa kecil. Beruntunglah
mereka yang tidak pernah meninggalkan solat.
Suami kau tak solat? Kau suruhlah, ajaklah dia. Ini tanggungjawab bersama, bukan suamikau
saja, atau hanya kau yang melakukannya. Kenapa tidak cari suami yang rajin
bersolat? Kenapa kau pilih pasangan yang
tidak tahu tentang agama? Kan ke sudah
diberi panduan memilih jodoh, paling afdal, pilihlah yang beragama. Sudah tentulah lelaki yang beragama akan
bersolat. Kalau sudah berkahwin dan
mempunyai anak pula, kau tahukan tanggungjawab sebagai orang tua? Ajar anak-anak kau solat sewaktu berusia tujuh
tahun, kalau tak solat juga sesudah berusia 10 tahun, kau boleh
memukulnya. Memanglah susah nak suruh
anak-anak kau solat, orang tuapun susah, inikan budak-budak. Kau perlu istiqamah, kau perlu yakinkan
mereka, ini tuntutan agama. Ajar mereka
mengaji, hantar mereka belajar agama, agar mereka menjadi anak-anak soleh dan
beriman. Kalau anak-anak kau tak solat,
tidak pandai mengaji, siapa nak doakan kau jika kau mati nanti? Kau tahu tak kubur itu gelap, sempit dan
dipenuhi dengan pelbagai jenis binatang?
Kau tahu tak bagaimana nak bagi kuburkau lapang, besar dan terang? Dengan amal ibadatkaulah, antaranya
solat. Kenapa susah sangat nak
faham. Itu sebab wajib kau
bersolat. Wajib kau tegakkan tiang agama
kau! Selagi kau tak solat, kau bukan
seorang muslimah sejati. Tutup aurat
sahaja tidak cukup, kalau kau tidak solat.
Tutup aurat, dan bersolatlah.
Kerana penghujungnya nanti kau dijanjikan kebahagian, ketenangan dan
kesucian hati. Orang yang bersolat akan
damai kehidupannya di dunia dan akhirat.