Home Novel Thriller/Aksi MANGSA
MANGSA
Asmah Hashim
21/12/2013 22:44:53
5,663
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Senarai Bab

TAJUK :

Mak Temah membulatkan mata memandang jasad yang berada di hadapannya. Jasad itu sudah tidak bergerak lagi. Kaku, bisu. Cepat-cepat Mak Temah membungkus jasad itu menggunakan kain pelikat arwah suaminya. Perlu buang jauh-jauh. Jangan sampai diketahui oleh orang lain. Di sebalik dinding sebelah seorang gadis sedang meraung kesakitan. Mata Mak Temah semakin meliar. Bising betullah, detik hati kecil Mak Temah. Buat dosa tidak pula rasa sakit! Marah Mak Temah dalam hati. Setelah jasad janin bayi itu dibungkus kemas dia terus ke belakang rumah. Cangkul sudah sedia berada di tepi pintu dapur. Terbongkok-bongkok dia meredah malam. Sayup-sayup bunyi suara burung hantu memecah kesunyian malam.

Dia mula mencangkul. Berpeluh dahi dan tubuhnya. Mak Temah mengesat peluh dengan hujung baju. Setelah memastikan keadaan kubur tidak bertanda itu benar-benar terkambus. Lampu suluh yang menerangi kawasan itu cepat-cepat ditutup. Takut pula dilihat orang. Nanti banyak pula pertanyaan mereka.

Mak Temah kembali ke rumah. Bunyi suara orang menangis mendayu-dayu membingitkan telinganya. Dia melangkah masuk dengan perasaan marah. Daun pintu bilik ditolak dengan kasar. Bau hanyir darah menyentap hidungnya.

“Apa yang kau bisingkan tu! Sakit kepala aku tahu tak!” marah Mak Temah. Gadis itu menekan perutnya. Dia menahan sakit. Darah mengalir dengan banyak. Mak Temah mendekati. Dia menghulurkan sebiji pil kepada gadis tersebut.

“Makan ubat itu. Jangan nak bising. Kalau jiran aku dengar, pecah rahsia aku!” lengkit Mak Temah.

“Sakit sangat Mak Temah!” kata gadis itu. Mak Temah tersenyum sinis.

“Buat tidak sakit, kan? Sedap! Kalau tidak mahu sakit, jangan buat kerja haram! Sudahlah berzina lepas itu kau suruh aku gugurkan pula kandungan kau! Aku berdosa, kau lebih lagilah!” leter Mak Temah. Gadis itu terdiam. Dia terus mengerang. Darah mengalir semakin banyak. Berketul-ketul. Dia tidak mampu bangun dan bergerak. Seluruh tubuhnya bagaikan dicucuk duri yang tajam.

“Mak Temah! Tolonglah saya!” kata gadis itu.

“Sudah jauh malam! Kau tidur, nanti eloklah sakit kau itu. Ubat itu kau makan, nanti sakit itu akan kurang!” suruh Mak Temah. Gadis itu cuba bangun namun tidak berdaya, dia benar-benar lemah. Mak Temah membantu mengambil gelas berisi air dan mendudukan gadis tersebut. Dia membiarkan darah gadis it uterus mengalir. Dia sendiri tidak tahu apa yang harus dilakukan. Tidak mungkin dia bawa gadis itu ke hospital. Hendak mampus. Silap haribulan dia akan ditangkap kerana menggugurkan kandungan.

Mak Temah meninggalkan gadis itu sendirian di dalam bilik. Badannya juga sakit-sakit. Akibat mencangkul tadi. Dia bukan muda lagi. Mak Temah melangkah masuk ke dalam biliknya. Dia merebahkan tubuhnya di atas tilam yang semakin dimamah usia.

Pagi-pagi lagi Mak Temah sudah bangun. Dia menjerang air di atas dapur gas. Dia ke bilik di mana gadis yang menjadi pelanggannya sedang berehat. Bau busuk semakin kuat.Berkerut dahinya. Senak rasa hidungnya. Ditahan nafas, terlalu busuk. Hanyir darah. Mak Temah melangkah masuk. Terkejut dia meliha gadis itu berbuih mulutnya. Cepat-cepat dia mendekati. Dia merasa nadi di tangan gadis itu. Mak Temah menjauh sedikit. Gadis itu sudah tidak bernyawa. Bagaimana ini? Apa yang harus dia lakukan. Tidak mungkin dia mengangkat gadis itu sendirian. Tidak mungkin juga dia meminta tolong sesiapa? Pertama kali ada yang mati sewaktu menggugurkan kandungan. Mungkin kerana tumpah darah sehingga membawa maut.

Mak Temah berjalan mundar-mandir. Kepalanya pening. Fikirannya berserabut. Tidak mungkin dia membiarkan mayat itu berada di dalam rumahnya. Nanti satu kampung berbau busuk. Mak Temah ke dapur. Dia mengeluarkan parang panjang yang tajam. Mayat itu harus dibawa keluar. Walau bagaimana sekalipun. Mayat itu akan dikerat menjadi serpihan. Mudah untuk dialihkan. Ditanam di belakang rumahnya.

Hampir sejam dia memotong tubuh gadis tersebut menjadi beberapa bahagian. Darah memancut keluar, bilik itu sudah seperti kolam darah. Mak Temah tercunggap-cunggap menyudahkan kerjanya. Peluh menitik di lantai. Dia mengesatnya dengan hujung baju yang sudah terkena darah gadis tersebut. Mukanya penuh dengan percikan darah. Mak Temah mengeluh kepenatan. Dia menyandar di dinding, memerhati mayat yang sudah di potong mengikut bahagian, ada 13 bahagian. Akan ditanam di belakang rumahnya. Dia membawa kepala mangsa dan tangan mangsa ke belakang. Dilongokkan di belakang rumah sebelum mula mencangkul. Setelah semua bahagian mayat dibawa ke belakang rumah, cangkul yang di berada di belakang pintu mula bekerja. Mak Temah mencangkul tanah berhampiran mayat janin semalam. Hampir sejam dia mencangkul. Kudrat tuanya tidak begitu kuat. Tersandar di dinding dapur setelah semua bahagian mayat itu ditanam. Mak Temah menarik nafas lega. Selesai tugasnya. Dia kembali ke dalam rumah. Bilik itu harus dibersihkan juga. Nantilah selepas makan tengahari. Perutnya sudah berkeroncong. Tidak sempat hendak bersarapan tadi. Air yang dimasak hampir kering di atas dapur.

Bunyi cengkerik mendayu-dayu memecah kesunyian malam. Bulan mengambang penuh. Bintang bertaburan di langit malam. Mak Temah benar-benar keletihan. Badannya terasa sakit. Seharian dia bekerja mengemas bilik tetamu. Darah yang mengotori bilik itu sudahpun dibersihkan. Matanya semakin mengecil. Minta ditutup. Mak Temah merebahkan diri di atas katil. Dia cuba melelapkan mata.

Mak Temah menolak dengan kasar, terasa ada orang menggaru pehanya. Menggaru kepalanya. Menarik kainnya. Dengan mata yang tertutup, Mak Temah terus menepis dan menolak. Tangan itu semakin galak menggaru dan mencubit tubuh Mak Temah. Terasa sakit. Mak Temah mengerutkan dahi. Matanya terasa pedih. Rasanya dia baru sahaja melelapkan mata. Perlahan-lahan matanya dibuka. Dalam kegelapan malam dan kelam biliknya, dia dapat melihat tangan seseorang. Mak Temah bingkas bangun. Terasa tangan melekat di pehanya. Dia menolak dengan kuat tetapi tidak bergerak. Mak Temah mencari pemetik api. Pelita minyak tanah yang diletakkan di atas almari buruknya diambil. Dia menyalakan pelita tersebut. Cahaya mula menerangi bilik tersebut. Mata Mak Temah membuntang melihat tangan berdarah melekat di pehanya. Sepasang kaki melangkah masuk mendekatinya. Mak Temah mengundur ke belakang. Mengelak dari ditendang oleh kaki tersebut. Kaki itu mula mengganas. Mak Temah ketakutan. Apa benda ini? Takkan mayat yang ditanam bangkit semula? Mak Temah berlari ke pintu belakang. Dia membuka pintu dapur. Hampir terjatuh dia apabila kepala mangsa tergantung memandang ke arahnya dengan mata terbeliak. Darah mengalir keluar dari mulutnya. Bau hanyir singgah di hidung tuanya. Kepala itu menyengih memandangnya, dengan giginya yang bertaring. Mak Temah menggigil ketakutan. Dia Mengundur ke belakang. Cuba melarikan diri. Badannya yang agak besar sedikit susah untuk dia berlari dengan laju. Kaki, tangan, tubuh yang tidak berkepala, serta kepala gadis itu mengejarnya. Mak Temah menjerit ketakutan. Dua pasang tangan sudahpun melekat di belakangnya. Mak Temah menepis-nepis tangan tersebut yang menumbuk, mencubit dan menggaru belakangnya dengan kasar. Terasa perit dan seperti cecair mengalir keluar dari kulit tubuhnya. Mak Temah merasa dengan tangannya. Darah? Tubuh belakangnya sudah berdarah. Pucat lesi muka Mak Temah. Takut. Meremang buluh romanya. Seram sejuk kaki dan tangannya.

Sepasang kaki menendang-nendang muka dan tubuhnya, berkali-kali dia terjatuh mencium lantai rumah. Mak Temah menangis.

“Lepaskan akulah! Kau sudah mati, jangan ganggu aku! bukan aku bunuh kau! Kau mati sendiri!! Bukan aku yang bunuh!” jerit Mak Temah sambil menangis dan mengerang kesakitan. Kepala itu ketawa mengilai. Bergema di dalam rumah itu.

“Pergilah balik ke tempat kau! Jangan ganggu aku!” jerit Mak Temah. Jeritan dan rayuan Mak Temah tidak dihiraukan. Kaki it uterus menendang. Tangan itu terus mencakar. Mak Temah jatuh, bangun, dia mula keletihan, tubuhnya terasa sakit. Darah memenuhi tubuhnya, perit. Dia tersungkur di hadapan pintu luar yang terbuka luas. Angin malam menyapa masuk. Bau hanyir semakin kuat menyinggah. Mak Temah tidak mampu menggerakkan kakinya. Seperti ada sesuatu yang menahan kakinya melangkah. Dia memandang ke belakang. Sepasang tangan sedang menariknya dengan kuat. Dia menolak dengan kaki, namun tidak berjaya. Kepala dan badan pula mendekati. Tangan merentap rambut Mak Temah yang dipenuhi uban. Dia tarik Mak Temah sehingga terangkat tidak mencecah lantai. Kepala mendekat. Mak Temah menutup mata sambil menjerit. Kepala menggigit leher Mak Temah dengan rakusnya. Darah memancut keluar. Mak Temah rebah di atas lantai di hadapan pintu hadapan rumahnya. Dia sudah tidak bernyawa lagi.

Harun mengerutkan dahi. Dia mendekati rumah Mak Temah yang terngagah, tidak berkunci. Harun mendekati. Bau hanyir menganggu hidungnya. Semakin dekat semakin kuat bau busuk menyinggah. Harun melangkah masuk ke dalam rumah. Terlopong mulutnya melihat cebisan mayat bertaburan di lantai rumah tersebut. Mahu pengsang dia melihat keadaan rumah itu. Darah, cebisan mayat, bau hanyir. Memang menyeramkan. Harun berlari meninggalkan tempat itu. Dia harus khabarkan keadaan itu kepada ketua kampung. Berita Mak Temah mati dalam keadaan ngeri mengemparkan kampung Kasturi. Mereka tertanya-tanya mayat siapakah yang seorang lagi itu?

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.