Home Novel Umum My Handsome Prince
My Handsome Prince
zoi mou
8/2/2024 23:08:46
32,324
Kategori: Novel
Genre: Umum
Bab 13

Ketika bersiar-siar bersama keluarganya, mereka singgah ke sebuah mall dan melintas depan sebuah kedai buku terbesar di situ.

“Ada nak beli apa-apa ke kat sini Rose?” tanya Mahadi.

“Nak beli buku latihan. Exam dah dekat,” balas Marj dan Magda.

Mahadi tersenyum memandang ke arah Hilda. Sungguhlah masih ada spark di antara mereka berdua. Mahadi memang mampu mencairkan wanita dengan hanya sekali tenung. Hilda mengalih pandangan ke arah Magda dan Marjia dapat dia lepas nafas lega melihat kerajinan anak-anak gadisnya. Laju sahaja mereka sudah hilang di antara celah rak-rak buku yang banyak itu.

Manakala Hilda tidak dapat menyembunyikan perasaan teruja apabila melihat begitu banyak buku My Handsome Prince disusun begitu cantik depan tingkap kaca depan kedai buku itu. Kembang kuncup hatinya melihat My Handsome Prince terpapar di para atas sebaris dengan buku-buku best seller lain di situ. Mahu sahaja dia melompat tetapi dia tidak mahu Mahadi dan anak-anaknya tahu dia penulis buku itu.  Dia pasti Zainab akan melihat kejayaannya itu kerana jarang sekali penduduk kawasan itu tidak melazimi pusat beli belah itu.

Tidak lama selepas itu telefonnya berbunyi. Zainab yang menelefonnya.

“Som, aku baru singgah kedai buku  dekat Butterworth…wah tak sangka kau dah jadi famous begini. Buku kaukat rak atas…buku penulis senior pun kau caras,” riak suara Zainab teruja.

“Alhamdulillah… ini dah masuk bulan kedua...buku ni dah tercetak banyak kali…” dia ketawa besar. Matanya melingas mencari-cari jika Mahadi sudah selesai dengan tugasnya membayarkan buku untuk anak mereka. Dia nampak kepala Mahadi di rak aviation mungkinr alit membelek buku tentang penerbangan di situ. Perasaan simpati timbul dihatinya melihat Mahadi. Jika virus tak menyerang dunia, tentu Mahadi masih segak dalam uniform pilotnya. Apakah mungkin itu balasan tuhan kepada Mahadi kerana main kayu tiga sepanjang perkahwinan mereka. Perasaan simpati itu cepat saja luntur apabila dia terkenangkan kepura-puraan Mahadi…

“Tahniah Som…tak sangka…aku bangga,” puji Zainab. “Tapi, kenapa kau tak guna nama kau saja Som? Kan sedap guna nama yang emak kau bagi…Rosnah Kalsum.”

“Alaa kau ni macam tak biasa…kan masa kita tulis puisi dalam majalah sekolah pun kita pakai nama samaran…hehee…”dia ketawa. Dia keluar dari kedai itu dan mencari tempat duduk dekat dengan kedai itu apabila memikirkan perbualannya menarik perhatian beberapa pembeli yang berdekatannya.

“Uncle aku ada juga menulis buku…tapi dia lancar kan bukunya dalam satu event panggil wartawan semua…kenapa kau tak buat macam tu?” tanya Zainab. “Baru lah grand sikit…”

“Ala…aku tak mau dikenali macam tu Nab. Aku mahu menulis sebagai terapi dan ekspres sisi kreatif aku…dan paling utama kerana imbalannya…”

“Banyak lah agaknya penerbit bayar kau Som?”

“Bolehlah…untuk My Handsome Prince aku sepatutnya akan dapat dalam 4 ke 5 angka…”

“Gulp…” balas Zainab pura-pura terkejut sangat. “Dasyat…tapi tahniah Som…tak perlu pergi pejabat boleh dapat banyak macam tu…”

“Aku ni bukan hari-hari dapat banyak tu Nab, rezeki aku… mujur masa pelancaran dibuat masa pesta buku dapatlah jual beribu sepanjang seminggu tu…tapi yang stok kat kedai buku, hasilnya akan dibayar dan dapat pun selepas kedai buku dapat jual stok mereka…” panjangl ebar Hilda menceritakan realiti penulis sepertinya. 

“Kira okaylah tu…terkenal dan dapat imbuhan…tapi Som, kau tak rasa bersalah ke buat ini semua?”

“Ini semua apa Nab? Apa maksud kau?”

“Buku kau tu…aku sebenarnya dah baca habis…tapi…” Zainab tidak meneruskan kata.

“Wah tadi kau tak cakap pun…tapi kenapa dengan buku aku tu?”

 “Kau secara solo tulis semua itu?”tanya Zainab masih berteka teki.

“Iye lah..kau ingat aku pakai penulis hantu?” tanyanya kembali.

“Hehh tak lah…apa pulak penulis hantu…”

“Biasalah banyak je penulis menggunakan penulis hantu utk jual buku. Terutama orang yg terkenal…nama dahada. Tak pandai tulis.. pinjam lah bakat orang lain…tak salah pun..tapi aku tulis sendiri tau tak. Mungkin editor aku yang tolong perkuatkan dan baiki kelemahan buku itu…” teringat semula dia editor Wana yang keras dalam menyunting karyanya. Editor yang tak makan gaji buta, mampu mengubah karya penulis menjadi sesuatu.

“Ohh…tapi…buku tu penuh dengan adegan…” balas Zainab tersangkut-sangkut.

“Alahai.. adegan spicy? Itu yang kau kisahkan?”  dia ketawa. “ Kan ke inifiksyen saja. Apa yang tergambar di benak pembaca itu hak dia kan?”

“Tapi kau tak buat macam itu…kau tulis dengan penuh jelas dan nyata..kau..kau ceritakan sampai tak ada apa yang perlu dibayangkan lagi Som?”

“ Apa lah yang paling teruk tulisan aku boleh buat. Aku pasti yang membacanya boleh membezakan yang betul dan ilusi semata. Apa tak best ke imaginasi aku?”

“Kau tak terasa kau menjadikan budak-budak yang baca buku kau jadi kuat berangan?”

“Mereka dah memang kuat berangan…bukan salah aku…bukan hari ni saja mereka mula berangan.”

“Tapi kau beri mereka perkara yang diangankan. Tidak ada sesuatu sempurna itu. Kau beri harapan palsu kepada pembaca ini bagaimana penulis Cinderella meracuni minda anak gadis…”

“Ahh kau gila ke nak sama kan pengaruh aku dengan penulis dongeng itu? Itu cerita fairy tale..nama pun fairytale…adehhh…”  dia menggelupur kepanasan dengan kritikan rakannya itu.

“Kau tak fikir dengan tulisan kauini ada remaja sibuk berasmara pada usia mentah?” tanya lagi Zainab, enggan putus asa.

“Kalau bukan sebab buku aku pun ada banyak anak zina lahir. Kau ingat sebab buku aku aje budak-budak baru nak berzina?”meluncur saja kata-katanya penuh geram.

“Bukan kah kau menambahkan satu lagi punca untuk mereka terjerumus ke lembah hina?” tanya Zainab. “Kebanyakan mereka tu naif. Mereka dibiasakan dengan babak yang begitu…kau normalise kan perlakuan demikian…yang eh…tak tahulah aku nak komen lagi…”

“Hello…aku baru saja menulis…sebelum karya aku ni tak pernah ada ke budak remaja berselingkuh di tangga shopping complex?” tanya Hilda. “Apakah dengan keujudan hero hensem aku ni aje baru mereka tahu meraba-raba?”

“Kau salah faham. Kau bukan penyebab utama…kau sekarang adalah salah seorang penyebab. Kau umpama satu lagi dadah yang merosakkan anak muda. Kau umpama anasir yang tidak disedari menyuntik noda ke dalam jiwa yang bersih. Kau tak rasa kau bersalah?”

“Kau serius nak tahu apa aku fikir? Baik. Ini jawapan aku? TIDAK!. Aku tidak rasa bersalah. Sebab aku tak bersalah!” Rengus Hilda sambil bingkas bangun dari kerusi itu. Penat saja mereka berjumpa semalam dan menyesal pula dia menghadiahkan kawannya buku itu. Sangkanya Zainab akan gembira dengan kejayaannya menjadi penulis yang berjaya. Tetapi tidak, memang Zainab mula menuduhnya bermacam2. Mungkin kah Zainab dengki dengan kejayaannya. 
Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh zoi mou