Home Novel Umum My Handsome Prince
My Handsome Prince
zoi mou
8/2/2024 23:08:46
32,332
Kategori: Novel
Genre: Umum
Bab 4

“Hilda, maaf ini terlalu mild. I tak dapat rasa apa-apa pun dengan segala bala paragraf yang you buat ni…” editor Wana mengomen selamba. Tiada alas-alas.

“Hmm…nak kena describe lebih lagi…?” terasa soalan yang tidak perlu. Tetapi dia rasa penat untuk mengolahnya semula.

“Ya.. ni macam orang dah biasa minum kopi…kalau setakat latte…tak ada lagi kick. Kita telan espresso… gitu…you faham Hilda? Jangan buang masa. Kita perlu ikut jadual. You must do this ini peluang kami bagikat you. Ya, ini  memang tak cukup best ni Hilda…you tau kita bacapun tak rasa syok, macam mana kita expect pembaca akan syok?” tanya Wana selamba.

“Kan saya dah describe begitu…kat blog saya pun followers suka…dah cukup jelas…cukup merecik kata mereka…macam mana lagi nak bagi jelas?”tanya Hilda naif.

“You kena bagi dua page part ni. Lama sikit dia orang baca…berangan…imagine dan menikmati momen itu…you know what I mean…” kata Wana serius.

“Dua page? Sekarang ni dah satu muka penuh babak mereka nak mukadimah tu… macam mana laa saya nak tambah lagi satu page…”

“Itu gunanya imaginasi. Use yours.” Wana menutup perbualan.“atau you baca la karya-karya yang lain untuk you dapat idea apa yang dicari pembaca you…ingat, jika you sendiri tak syok macam mana pembaca nak syok. Kalau  you sendiri tak stim membaca ayat yang you tulis itu, macam mana pembaca younak stim?”

Mendidih lagi hatinya.

Main kasar pula minah ni, komennya dalam hati. Mungkin cara Wana membina karya tak sama dengan dirinya. Bukan semua orang menulis perlu rasa apa yang female lead dan male lead rasa untuk menghasilkan impak dalam karya. .

“Dan, jangan marah…semasa membaca manuskrip ini I tahu you sauk idea dari AI, kan? Bahasa kaku macam kayu. Macam mana orang boleh layan karya you ini is beyond me. Mungkin yang membaca kat platform percuma you tu budak mentah semuanya?”

“Tak kan teruk sangat karya saya ni Wana? Tak ada yang elok di mata Wana ke?” tanyanya geram.

“Hrumm..ada…you konsisten bab POV…banyak author yang lagi teruk. Kejap aku aku POV 1, lepas tu kejap jadi POV 3… huru hara!”

“Itu basic kan Wana…” perlahan dia memberi reaksi.

“Ada juga plus point you, hero you tu green flag…kaya,loving dan karekternya gentle…dan you ada guna teknik foreshadow…not bad…boleh dibaiki lagi…tapi…bolehlah…kalau tak, mestilah Madam V tong sampahkan saja manuskrip you…”

Makin mendidih hatinya mendengar kritikan pedih Wana. Tapi dia tetap bersabar. Demi semua kejayaan yang pernah dilaluinya walaupun belum membawa hasil dari segi material, dia puas dengan sokongan yang diterima peminatnya.Tak banyak pun tetaplah menyebabkan semangatnya lebih membuak untuk menyambung menghasilkan karya yang lebih engaging. 

“Saya memang dah kehabisan idea…writer block!” rungutHilda.

“Writer Block ni tak ujud dear,” kata Wana. “Itu hanya rekaan penulis malas dan yang suka menunda-nunda kerja akhirnya kerja tah kemana…dia melopong tengok karya orang lain. Dan dengki sesama sendiri.Sikit-sikit sangka orang tiru karya dia. You ingat karya you best sangat dan story you original dan unik sangat macam Maria Kajiwa atau RAM? Kebanyakan karya terutama kisah cinta sudah diceritakan dan hanya olahan penulisnya yang membuat karya itu berbeza.”

“Saya tahulah Wana dan Meredith fan authors tu…janganlah perkecilkan authors lain… kami pun tulis perah otak nak cari idea, tau?”

“I tak cakap karya lain tak bagus, I bagi contoh mereka antara author yang menghasilkan karya-karya yang story dia asli. Tak banyak cerita yang sama dengan karya-karya mereka. Cuba you baca kisah Kau dan Dia karya Sri Velora Santoro dengan Pilihan Hati Miss Jelebu oleh Terese Abot. Kedua-dua cerita tentang lelaki kaki pukul dan trope yang sama. Heroin muda jatuh cinta dengan lelaki tua yang kaki pukul. Kemudian gaduh. Putus. Dan kembali bersama. From enemy to friends to Lovers to Enemy to Lovers. Lelaki red flag….you faham maksud I? Idea sama, cerita sama, cara penceritaan berbeza.”

“Hmm saya selalu ada idea.. dan tiba-tiba tak ada. Sanggup Wana kata saya reka alasan untuk menyembunyikan kemalasan?”

“Bukan begitu…I rasa kalau you perah otak you tu, mesti you akan mampu hasilkan draf yang lebih baik, boleh edit lagi kemudian…dan itu bukan wirter block… you pun tau memang kerja penulisan ini…orang  kata perah otak kita…kalau tak ada idea. Cari idea. Bukan you merintih sana sini kat medsos.”

“Itu pertama kali saya terpost Wana…saya ada masalah sendiri.” Gumamnya, bayangan Mahadi tiba-tiba sekilas lalu di benaknya. Sungguh tak disangka semua langkahnya diperhatikan pihak Guano rupanya. Dia bertekad akan lebih berhati-hati buat post untuk media sosialnya.

“Sorry masalah peribadi itu bukan untuk I ambil tahu. Nothing personal here. Kita mahu ikut jadual kerja seperti kata boss. Jika I  mampu bantu you, I bantu sebab Meredith ada maklumkan boss tak mahu jadual kerja kita tersangkut. But again, nothing personal. It is just a business. You tahu kan kita ada hanya beberapa karya untuk launch pada tarikh sama. You, Carva dan Delilah Sherona.”

Dia terdiam.

Carva?

“Tajuk apa buku Carva?” Tanya Hilda.

“Rahsia. You jaga karya you saja. Yang ini I tersasul…” kataWana. “I tak sepatutnya bagi tahu you sebab kami ada perjanjian dengan setiap pengkarya. Anggap saja you tidak dengar apa yang you cakap tadi.”

“Delilah?”

“I hanya boleh cakap dia revamp buku lama dia…” jawab Wana.“Buku itu ada sequel. Jadi kita dapat hak menerbitkannya. Lupakan yang I cakap ni Hilda. You fokus siapkan manuskrip My Handsome Prince itu on time sebagaimana yang saya cakap tadi. Susah sangat ke, you kan dah bersuami…banyak aje author yang belum berkahwin menulis karya yang lebih real…panas…ganas…gunakan apa saja yang mampu membuahkan hasil yang lebih baik, okayyy?”

Tergamam Hilda mendengar kata-kata Wana.

Dia teringatkan Mahadi. Bagaimana dia dan Mahadi…masa mula-mula dulu…ahh dia pejam mata. 

Previous: Bab 3-c
Next: Bab 5-a

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh zoi mou