Home Novel Umum My Handsome Prince
My Handsome Prince
zoi mou
8/2/2024 23:08:46
32,391
Kategori: Novel
Genre: Umum
Bab 12

Kehadiran Aidil Adha mungkin memberi dia ruang untuk membaiki sompek di dalam perhubungan antara dia dan Mahadi. Kisah pertemuan dengan Lilith disimpan ketat-ketat dan dia mahu mengenepikan sebarang kesebalan terhadap Mahadi untuk seketika.

               “Di,kita balik Penang?” tanyanya tersenyum manis, sambil tangannya mengusap lengan lelaki yang sudah sekian lama menjadi teman hidupnya itu. Dia menjangkakan Mahadi akan membantah. Wajah Mahadi direnung. Tahi lalat di kelopak mata Mahadi, di dagu kirinya, di lehernya… arghh… dia tidak dapat melupakan kata-kata padu Lilith tentang semua lokasi tahi lalat Mahadi… dulu dia sangka dia sahaja yang tahu…disangkanya itu bagaikan satu password yang menjadi satu cara eksklusif untuk membuktikan dialah pasangan authentic Mahadi…tapi…tapi…

               “Baiklah.Kita staycation kat Ferringhi?” jawapan ceria Mahadi merentapnya keluar dari alam fikir. Cadangan Mahadi disahut dengan jeritan kegembiraan anak-anak gadismereka. Sudah lama sangat Hilda tidak merasai nikmat kemesraan mereka sekeluarga. Hatinya dijentik rasa bahagia. Tidak sangka Mahadi bersetuju untuk bercuti seketika secara automatik diiringi reaksi meriah anak-anak gadis itu,apa tah lagi sudah lama mereka tidak menziarahi saudara mara di sana.

 

 

Ketika di sana dia bertemu Zainab. Salah seorang teman sekolah lamanya. Mereka terserempak di sebuah pasar aceh tetapi ketika itu Zainab tidak dapat menunggu lama kerana terpaksa menguruskan sesuatu.

Mereka bersetuju untuk bertemu semula keesokan harinya dan hari ini dia akhirnya dapat bertemu semula setelah terpisah selepas masing-masing membawa hal sendiri apabila berkeluarga.

Sampai di kedai mamak itu mereka bersalaman. Zainab bukanlah kawan paling rapat dengannya tetapi entah mengapa pertemuan itu amat menyeronokkannya kerana sudah sekian lama dia tidak bertemu dengan mereka dari zaman silamnya.

“Wah dah slim kau…” kata Zainab teman sekolahnya yang agak ikrab dan mengenali dia ketika sekolah rendah.

“Nah aku nak hadiahkan kau sesuatu…” dia mengeluarkan karya kebanggaannya.

“Buku? Nice tapi…aku dah lama tak buka buku Som…” jujur Zainab membelek buku yang diserahkan Hilda. “Wow, The Handsome Prince! Buku ni banyak betul lalu lalang hype gila kat medsos aku…banyak yang kecewa tak dapat beli, macam mana kau dapat beli?”

“Kau kena simpan rahsia…” katanya perlahan.

“Heh dah kenapa ni” tanya Zainab menggelabah.

“Janji?” tanyanya bersungguh-sungguh.

“Mestilah…kau kan kawan aku.”

“Ni buku pertama aku yang terbit setelah begitu lama aku tulis karya di blog aku, semuanya yang sendu-sendu…”katanya perlahan.

“Kau tulis kat blog tu aku pernah dengar walaupun aku tak follow…tapi…kau seriously tulis buku? Maksud aku KAU YANG TULIS BUKU NI?” tanya Zainab terkejut. Mata besarnya hampir terjojol seiring dengan tahap terkejutnya dia.

“Ha’ah ini buku aku. Kau saja yang tahu aku penulisnya.”

“Biar betul..” Zainab membelek kulit buku itu. Lama dia cuba membaca blurb di belakang kulit buku itu.

“Amacam, best tak?” tanya Hilda teruja akhirnya dapat berkongsi kisah tentang kejayaan karya pertamanya itu.Kejayaan yang mahu dikongsi tanpa terang-terang…

“Laaa…aku ada nampak kat medsos aku tapi aku mana ada masa nak baca buku…tapi aku tengok  banyak video promosinya…nampak macam best. Kau hebat lah,” puji Zainab.

“Alhamdulillah… tak sangka kau puji,” kata Hilda ketawa kecil.

“Kenapa tak dedahkan saja kau penulisnya kat grup sekolah?” tanya Zainab kehairanan.

“Lah…aku kan pemalu…introvert…dan kau pun tahu aku lebih selesa begini. Kau masih dalam grup sekolah ke?”

“Aku? Silent reader saja. Tapi biasalahkan…aku rasa semua yang berjiwa penulis memang banyak yang jenis introvert...”

“Mungkin…” katanya ringkas memikirkan samada menerima kata Zainab sebagai pujian atau sebaliknya.

“Dalam bidang psikologi orang introvert ni banyak yang kena anixety…aku harap kau tak macam tu…” Zainab menjelaskan selamba sambil membelek lagi kulit buku itu.

“Aku okay…tak depress.. tak ada anxiety..kau tengok aku camne” tanyanya sambil tersenyum lebar.

“Ya berbeza sekali berbanding zaman kau di sekolah kan Som…aduiiiihh…” ketawa Zainab mengingatkan dia kisah mereka semasa di sekolah dulu.

“Aku nampak macam depress ke  nyah?”tanya Hilda menyeringai.

“Hmmpp…memang tak lah dekat mataaku kau nampak hebat okay?” kata Zainab. “Som, seriously kau tulis buku? Kau amik course apa dulu heh masa lepas SPM?”

“Aku amik course yang orang tak amik. Course bercinta. Hahahaahha” dia ketawa sendiri.

“Hey gitu pulak. Kau kawin dengan Mahadi kan?” tanya Zainab.

“Kau ni…macam lupa2 pula. Mestilah…yang kau datang wedding aku tu…”

“Dah lama sangat rasanya. Anak aku pun dah besar. Mesti anak kau pun dah remaja kan Som.”

“Hmm begitulah kiranya. Mereka memang budak yang baik. Tak macam aku masa sekolah dulu dah ada kekasih…hihihi…” Hilda ketawa.

Zainab pun ikut ketawa.

“Macam mana lah nak lupa kan…kaula terpaling kerap keluar dating. Konon gi library tapi menyeleweng memanjang…”

“Hmm tak sangka Mahadi dapat juga jadi pilot. Sebelum jadi pilot, susah juga kami…tapi memang cita-cita aku untuk kahwin dengan seorang pilot…dengan sedikit usaha dan ikhtiar, dia berjaya melepasi kursus itu…dan impian aku pun tercapai…tapi sekarang…entah lah…” dia mencebik.

“Kenapa pula…” cepat saja Zainab nak tahu. “Tukar profession ke?”

“Lepas PKP…dia tak ada job lagi…nak dapat semula dia dah susah nak masuk balik…ntahlah…kami kena bersabar lah buat masa ini…”

“Dah… jangan dok sedih pulak…nanti anxiety pulak kau…kan kau dah jadi penulis hebat…”

“Memang ada je penulis yang dapat anxiety…tapi hidup ini tidak perlu banyak fikir…mana peluang yang ada kita sapu saja lah…” kata Hilda.

“Ye lah Som, lagi pun…kau nampak  okay je…Ni semua kajian dalambidang psikology saja. Mungkin kau tak termasuk dalam kelompok itu. Tapi buku ni cantik. Kulitnya saja sudah pasti menarik perhatian. Aku dah lama tak masuk kedai buku jadi memang tak perasan buku ni melainkan kat fb lah…”

“Aku terpaksa pergi sekarang nak masakdan menziarahi kaum keluarga yang lain sebelum kami bertolak balik.”

Dia minta diri. Zainab mengangguk.

Mereka berpisah. Dia tidak pasti apakah tindakannya bercerita tentang  dirinya kepada Zainab adalah baik tapi dia kenal Zainab. Zainab teman yang rapat dan mereka ada banyak momen yang jadi kenangan semasa disekolah. Zainab pernah masuk kelab penulis juga tetapi setelah bekerja Zainab tidak pernah lagi kelihatan terlibat dengan kerja-kerja penulisan. Manakala dirinya yang mula berjinak-jinak menulis kerana melepaskan perasaan sebagai terafi ketika menjaga dua orang anak gadisnya.  Tidak terduga jalan terbuka untuknya menjadi seorang public figure setelah sekian lama dia hanya menulis untuk menghilang bosannya.
Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh zoi mou