Home Novel Umum My Handsome Prince
My Handsome Prince
zoi mou
8/2/2024 23:08:46
24,639
Kategori: Novel
Genre: Umum
Bab 7

Ini sudah masuk hari ketiga pesta buku itu berlangsung….Meredith hantar mesej update tentang kehebatan jualan bukunya di reruai. Tidak masuk lagi booking menerusi direct seller dan juga applikasi seperti sheepo dan lozdodo yang memberikan  gambaran betapa panasnya jualan karya pertamanya itu bagai pisang goreng cheese bercoklat.

 Sepanjang pagi itu wajahnya senyum melirik dari telinga ke telinga. Dirinya rasa di awang-awangan… Sambil mencalit lipstik di bibir depan cermin meja solek dia  menyanyi-nyanyi kecil.

“Sayang…kenapa asyik senyum sorang sorang aje ni?” tanya Mahadi sambil memeluk pinggang Hilda dari belakang. “Kongsilah kegembiraan sayang tu dengan Di?”

Sejak kejadian tempoh hari dan sampai detik ini, Mahadi semakin loving dan Hilda rasa bersyukur apabila semua yang diharapkan menjadi kenyataan. Mahadi mungkin ada menyembunyikan sesuatu tetapi untuk seketika ini dia ada cabaran lebih besar.

Berita gembira dari Meredith dan sikap romantis Mahadi menjadikan dia rasa sedang melalui saat-saat bahagia yang teramat sangat…bagai sedang berjalan di atas air.

Memang di luar jangkaannya untuk karya pertamanya itu menjadi laku keras. Memang karyanya mendapat banyak view, likes dan komen di platform online, tetapi tidak semestinya buku fizikal akan menerima nasib yang sama. Ini semua adalah hasil kerja keras pihak penerbitan juga dan dia gembira apabila Meredith membayangkan kontrak untuk dia membukukan satu lagi karyanya yang sedang work in progress tetapi sudah mendapat banyak perhatian pembaca juga.

“Saya nak keluar ni…” kata Mahadi. “Jumpa malam nanti okay?”

“Hmmm okay Di… saya jumpa awak malam nanti.”

Dia tidak mahu berfikiran negatif tentang Mahadi tetapi  ada bisikan-bisikan dalam fikirannya apabila Mahadi begitu wangi  semerbak keluar untuk menghantar barang....perlu apa Mahadi jadi wangi untuk jadi rider?  Seperti biasa keadaan memaksa untuk menjadikan dia seorang detektif. Tetapi dia senyum manis sahaja apabila Mahadi melambainya pergi dan motor Mahadi hilang dari pandangannya. Dia melepaskan nafas berharap Mahadi sudah benar-benar insaf dan putus dengan wanita itu....


Sebentar lagi dia akan ke reruaiuntuk menjalankan tanggungjawabnya untuk sessi meet n greet, tidak perlu dia memberatkan memikirkan tentang Mahadi untuk seketika ini.


Ketika naik tangga dia ternampaksekumpulan anak muda dalam lingkungan 20an dengan banner 


SAY NO TO My Handsome Prince!

Boikot My Handsome Prince!

My Handsome Prince buku sampah!

My Handsome Prince karya lucah!

My Handsome Prince melacur budaya!

Buku Hancing! My Hancing Author!

 

Dia ternganga…terbeliak matanya melihat plaqard yang diayun-ayun mereka.

“Apa dia orang buat kat situ?”tanya Hilda. “Diorang bercakap tentang buku saya ke Meredith?”

“OO…itu… to be honest, lebih baik you abaikan saja…itu kuncu-kuncu Voluptous Lips…” kata Meredith.

“Voluptous? Ohh saya minat betul dengan dia… kenapa kuncu-kuncu dia? Dia ada team pom pom girl sendiri ke?” kata Hilda kelihatan blur.

Voluptous Lips nama samaran seorang bibliografer yang sangat terkenal di kalangan peminat buku. Dia boleh dikira sangat popular ibarat Emily May atau Ayushi yang amat terkenal di kalangan pencinta buku antarabangsa. Berbeza dengan Emily May dan Ayushi yang tidak menyembunyikan wajah asal mereka, Voluptous Lips memakai filter wajah Angelina Jolie dan membuat komentar tentang karya-karya yang sudah dibacanya.

“Hahaha kau akan menyesal berkata demikian Hilda, jika kau baca komen dia tentang buku kau…” Meredith ketawa jahat.

“Dia komen apa?” tanya Hilda.

“You better tak payah baca…boleh sakit jantung you…”kata Meredith. “But…take it easy…anggap saja this is marketing…”
Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh zoi mou