Home Novel Travelog Kembara berbasikal ke Indonesia 2012 - Semarang - Bali
Pengenalan




Ini adalah kisah benar. Kembara aku ke Tanah Jawa Indonesia bersama seorang teman pada tanggal 20hb hingga 30hb Oktober 2012. Kembara selama 11 hari 10 malam itu adalah antara kembara berbasikal yang terbaik pernah aku lakukan selama 8 tahun ini. Kami menempuh pengalaman Pahit, manis, Ketawa, Lucu, sedih, menakutkan dan menginsafkan diri. Dari kembara ini kami mengenali siapa orang Jawa yang sebenarnya. Adakah mereka orang-orang kasar dan sering melakukan onar seperti di Malaysia?. Kami berintraksi secara langsung dengan mereka. Setiap hari kami berkayuh di antara 60 hingga 100km sehari dalam panas yang membakar lebih 45 darjah.

Kembara ini benar-benar menguji ketahanan diri, kesabaran, erti setiakawan dan menjadi manusia yang bersyukur. Kembara ke bumi Jawa ini membuka mata aku tentang erti hidup dan mensyukuri. Hanya mereka yang mengalaminya mengetahui. Maka Trevelog ini bukanlah perkongsian biasa tetapi. Aku berharap agar pengalaman kami ini boleh di jadikan iktibar untuk kita.

Kembara ini bukan kembara biasa tetapi kembara mengenali diri, sahabat dan paling utama Menginsafi kehebatan ALLAH. Moga anda dapat menikmati Kembara Kami ini dan mendapat sesuatu di dalamnya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.