Home Novel Thriller/Aksi BRIEFCASE
BRIEFCASE
#mystrill
15/11/2019 13:35:00
25,662
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 6

12.45 malam, 31 Mac 2023,

Pejabat Kementerian Hal Ehwal Kewangan, Precint 33, Kosmopolis.

Hafeez menumbuk mejanya beberapa kali. Dentumannya kedengaran hingga kelobi utama. Beberapa orang kakitangan yang masih lagi bekerja disitu diam dan tunduk menyiapkan kerja masing-masing.

Semenjak beberapa minggu yang lepas, operasi pejabat ini berjalan 24 jam memandangkan pilihanraya yang semakin hampir. Kakitangan yang ada bergilir datang ke pejabat dan memastikan operasinya berjalan sebagaimana yang disusun.

Sial! Hafeez menghamun dalam hati. Dia menggenggam penumbuknya. Beberapa panggillan masuk ke telefon bimbitnya tapi langsung tidak diendahkannya. Dia hanya menunggu panggilan tentang Iqbaal. Itusaja yang dia mahu dengar sekarang ini. Yang lain-lain, pergijahanam.

Suhu kepanasan hatinya tiba-tiba saja menggelegak selepas menerima laporan daripada orang suruhannya yang Iqbaal masih belum ditemui. Dia meraup wajahnya. Mana kau nak lari Iqbaal? Bangsat!

Dia mengetap bibir. Hatinya jadi sangat sakit. Sebenarnya sudah lama dia memendam rasa dengan Iqbaal. Walaupun realitinya lelaki itu langsung tidak bersalah terhadapnya, tapi hatinya tetap rasa sebal.

Dia merasakan apa yang Iqbaal lakukan adalah satu kepura-puraan semata. Memang dia tidak mengenali Iqbaal dengan rapat, tapi dia tahu perangai sebenar lelaki itu. Di pejabat, ya, Iqbaal memang pekerja contoh yang selalu dipuji kerana melakukan kerja dengan kemas dan bersih.

Dia pernah memeriksa akaun simpanan dan apa saja akaun yang related dengan Iqbaal untuk mencari kesalahan lelaki itu, tapi zero. Iqbaal memang bersih. Dia langsung tidak pernah menyeleweng wang Dato’ Khalil jauh sekali wang kementerian mahupun parti. Dia pelik kenapa Iqbaal sebaik ini. Kalau dia ambil pun wang-wang yang ada, tiada siapa pun yang akan mempersoalkannya.

Tapi Iqbaal benar hanya melakukan apa yang disuruh semata-mata. Dia tak pandai menyeleweng. Jauh sekali mengambil komisyen terhadap mana-mana pun projek yang diuruskannya. Bila dia menghasut dan menabur fitnah kepada Dato’ Khalil tentang keburukan Iqbaal, lelaki itu terus menyerahkan segala tanggungjawab memilih kontraktor dan mengawasi projek-projek mega di bawah kementerian kepada dia. Iqbaal terus lepas tangan dan hanya menguruskan kerier politik Dato’ Khalil semata-mata.

Sebab itulah dia menjadi pegawai yang paling kanan dan paling dekat dengan Dato’ Khalil. Iqbaal juga bijak mengatur perjalanan kerier politik Dato’ Khalil. Itu lagi satu poin kebencian yang sangat ketara di hati Hafeez. Dia yang sepatutnya mengaturkan politik Dato Khalil kerana semasa dia diambil bekerja di sini, itulah skop tugasannya.

Tapi hanya disebabkan beberapa kali melakukan kesilapan, maka Dato’ Khalil meletakkan kembali Iqbaal sebagai ketua dan dia pula hanya membantu Iqbaal. Bermula saat itulah, dia menanam kebencian terhadap lelaki itu.

I'm sorry dato’. Saya tak tahu yang saya..”

“Hafeez, lain kali kamu gunakanlah otak kamu tu sikit. Jangan sesuka hati masuk ke kawasan saya tanpa arahan. Kamu tahu tak kalau kamu masuk dan buat survey bodoh macam tu, rakyat akan salahkan saya kalau bantuan-bantuan tutak sampai kepada mereka?”

Hafeez menelan liur. Baru dua bulan bekerja, dia sudah dimarahi Dato’ Khalil. Semuanya kerana dia memandai-mandai balik ke kawasan parlimen Dato’ Khalil dan pergi bertemu dengan penduduk kampung tanpa kebenaran. Dia juga membawa seorang pembantu dan seorang juru kamera untuk membantu dia melakukan survey melalui setiap surat permohonan dan borang aduan yang sampai ke Pejabat Khidmat Rakyat di kawasan Dato’ Khalil.

Satu persatu rumah-rumah penduduk yang meminta bantuan, sama ada bantuan untuk membaiki bumbung ataupun membina semula rumah yang sudah buruk dan usang disinggahinya. Dengan manis mulut dia berjanji akan menyelesaikan segala permohonan yang telah bertahun-tahun dihantar ke pejabat tersebut.

Tindakannya menimbulkan kemarahan beberapa orang pegawai khas Dato’ Khalil di kawasan parlimennya kerana tindakan itu seolah membelakangi tugas mereka. Ketidakpuasan hati itu disampai terus kepada Dato’ Khalil menyebabkan dia dipanggil dan dimarahi.

“Bila kamu turun ke kawasan, buat survey macam tu, orang kampung akan menunggu dan berharap. Tapi kita tak ada dana untuk bantu mereka. Lepas ni kalau mereka bising dalam paper, kamu nak keluarkan duit kamu untuk selesaikan masalah mereka?”

“Tapi dato’..”

“Tak ada tapi-tapinya lagi. Saya dah ada 3 orang pegawai khas di kawasan. Mereka lebih arif tentang masalah penduduk di situ sebab mereka memang orang situ. So kamu tak payah nak memandai-mandai nak langgar kerja mereka kat sana.”


****

12.50 malam, 31 Mac 2023,

Terminal Bas Berpusat, Precint 33, Kotaraya Kosmopolis.

Iqbaal menyusup di bahagian bawah bas yang sedang menanti untuk berlepas daripada platform masing-masing. Dari sebuah bas ke sebuah bas. Dia menyusup masuk dan menunggu di tepi bas-bas tersebut, menanti masa yang selamat untuk keluar dan bergerak ke arah bas yang lain.

Hinggalah tiba di platform 88 dan dia segera menyusup masuk ke bahagian bawah bas Sinaran Kosmos yang sudah pun beberapa kali membunyikan hon menandakan yang bas itu akan berlepas segera. Dia merangkak ke arah ruang menyimpan barang dan juga beg. Sepantas kilat apabila tiada sesiapa yang perasan, dia terus bergolek masuk ke bahagian tersebut. Iqbaal menarik nafas lega. Dia menarik beberapa buah beg pakaian yang panjang dan besar untuk menutupi tubuhnya. Dia berbaring di penjuru ruang sempit tersebut.

Matanya terpejam. Dia kelelahan. Rasanya seolah dia sudah berlari sepanjang malam. Iqbaal membelek jam di pergelangan tangannya. Waktu sudah menjejak pukul 1 pagi. Maknanya sudah lebih kurang 5 jam dia menjadi buruan.

Merasakan yang dia selamat buat sementara waktu di situ, hatinya tiba-tiba terasa sayu. Masih terbayang di ruang matanya bagaimana wajah Dato’Khalil di saat-saat akhir hayatnya.


****

1.00pagi, 31 Mac 2023,

Kawasan kediaman mewah, Precint 70, Kotaraya Kosmopolis.

Dato’ Haji Sulaiman tiba di rumahnya. Pemandunya membuka pintu di sebelahnya untuk membolehkan dia turun sebelum memandu Mercedes mewah itu masuk ke garaj.

Di hadapan pintu, isterinya Datin Hajah Suhaila menyambut kepulangan suaminya dengan wajah yang berseri. Dia menyambut briefcase suaminya lalu dijinjingnya masuk terus ke ruang tamu. Wajah Dato’ Haji Sulaiman keruh. Tidak seperti selalu, setiap kali pulang kerumah, walau bagaimana penat sekalipun, lelaki tua itu pasti akan tersenyum.

Datin Hajah Suhaila memandang wajah suaminya itu. Dia mengagak, mungkin ada sesuatu yang sedang menganggu perasaan suaminya itu. Cuma dia tertanya-tanya, apakah benda tersebut hingga menyebabkan lelaki di hadapannya ini muram sebegini.

Sedangkan sebelum ini, bukan sekali dua Dato’ Haji Sulaiman diserang dengan pelbagai tohmahan, fitnah dan sebagainya. Tapi dia masih tenang menerimanya dan menganggap yang semua itu adalah asam garam dunia politik. Pasti kali ini masalahnya lebih besar. Agak Datin HajahSuhaila. Dia menguntumkan senyum sambil mengusap bahu suaminya itu dengan mesra.

“Bila jenazah Dato’ Khalil nak dikebumikan abang?”

Previous: BAB 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh #mystrill