Pada tahun ketiga dan terakhir aku di universiti,
aku masih seperti tahun kedua malah lebih teruk lagi. Aku bercadang untuk
bertanding di dalam pilihanraya universiti apabila aku mendapat tahu yang Ila
akan bertanding kerusi kawasan dua. Dendamku masih membara. Aku juga telah
berjaya mempengaruhi Amran, yang bagiku berpontesi menjadi seorang pemimpin,
untuk melompat dari Gabungan ke Mahasiswa. Lawanku kali ini adalah bekas awek
aku sendiri. Pakwenya Halili telah pun bergraduat manakala Abg Os masih perlu mengulang
4 kertas yang gagal dahulu. Kali ini, aku melantik Abg Os sebagai pengarah
strategi aku untuk menyerang kem Gabungan habis-habisan.
Di
dalam ucapan pada setiap kempen, aku membangkitkan masalah moral dan peribadi
Ila dan calon Pro Gabungan yang lain, menekankan kepimpinan Pro Gabungan selama
ini menghabiskan dana yang diperuntukan
universiti dan kebaikan ataupun projek yang dilakukan oleh Pro Mahasiswa
selepas setahun mengambil tampuk pemerintahan MPP Universiti. Semuanya
dilakukan Amran dan presiden kami,
saudara Amir. Kepimpinan dan idea mereka memang bagus. Aku dan abang Os hanya
menghabiskan duit saja. Selain itu, aku selitkan hadis-hadis nabi dan
petikan ayat-ayat Al-Quran di dalam setiap ucapan aku. Setiap kali ceramah aku
akan memakai kopiah. Nampak sikit aku ni Islamik. Semua ini taktik untuk
memancing undi melayu Islam yang merupakan 70 % daripada
jumlah pengundi.
Ila
hanya membangkitkan isu aku ni mat rempit
aku bidas dengan hujah yang aku ini anak
orang miskin hanya mampu naik motor ke kampus. Lainlah dia. Ada kereta pakwe
bagi. Selain itu, dia juga membangkitkan isu kebajikan mahasiswa. Ila amat petah
berpidato dan ucapannya memukau hadirin terutama golongan mahasiswi. Selain
daripada itu, Ila menggunakan wang yang banyak untuk memancing undi. Dikatakan
setiap kali kempen, Ila akan membuat jamuan makan dan memberi cenderahati
kepada mereka yang hadir mendengar ucapan Ila. Aku menyerang balik Ila kerana
mengamalkan rasuah di dalam kempennya. Malah, aku turut
membuat aduan secara rasmi kepada pihak universiti tetapi tiada tindakan
diambil. Faham-faham sendiri sudahlah.
Bagi
perang saraf pula, ahli-ahli kami telah menyebarkan semula gambar-gambar mesra Ila
dan Halili yang telah kami gunakan pada pilihanraya lepas. Paling best dalam perang
poster . Abang Os dan teman-temannya
menconteng poster Ila dengan perkataan ‘teman tapi mesra’, ‘buat apa dalam
kereta Wira’, ‘tak bertudung tapi cakap pasal Islam’, ‘parti mesra’, ‘parti
rasuah’ dan sebagainya yang membuatku kadang-kadang tergelak membacanya. Tapi
Ila balas balik. Maka, poster hensem aku yang berkopiah pun kena conteng juga
oleh ahli bawah tanah Pro Gabungan. Antara perkataan yang diconteng oleh
geng-geng Ila ialah ‘Pak Aji rempit’, ‘ketua geng rempit UKM’, ‘orang miskin
nak tolong orang?’, ‘Peminat bohsia nombor 1’ dan paling best, ‘ini Aji celup’.
Aku membiarkan saja. Baru syok. Saling serang-menyerang peribadi masing-masing.
Tapi
akhirnya pada keputusan pilihanraya kampus yang diumumkan memihak kepada parti
aku yang menang dengan membolot 15 kerusi daripada 23 kerusi yang
dipertandingkan. Bagi perlawanan antara aku dan
Ila di kawasan dua, aku menang dengan mendapat 3,000 undi manakala Ila mendapat
1700 undi. Hasil kemenangan itu aku dilantik sebagai Setiausaha Agung manakala
Amran dilantik sebagai Timbalan Presiden. Hisham,
seorang pelajar undang-undang merangkap mantan timbalan presiden MPP tahun
lepas dilantik menjadi Presiden. Abang Os
pula masih mengekalkan jawatan Bendahari. Senang sikit nak makan duit
peruntukan yang universiti bagi.
Duit
persatuan banyak yang aku dan abang Os makan. Abang Os pandai memanipulasi data
dan laporan kewangan. Malah, kami menggunakan duit persatuan untuk makan angin
di seluruh Malaysia atas nama aktiviti MPP. Amran pula tidak kisah selagi wang
digunakan atas nama aktiviti persatuan. Lagipun, kami banyak menerima dana
daripada pihak pembangkang Malaysia. Aktiviti rempit terus berjalan tetapi kami
merempit agak jauh sikit untuk mengelak daripada
dilihat kawan-kawan. Kadang-kadang kat Shah Alam, kadang-kadang
Senawang. Tahun ketiga prestasiku jatuh merudum hingga mencecah pointer 2.6
sahaja secara keseluruhan.