Home Novel Thriller/Aksi Proksi
Proksi
NaimTamdjis
30/5/2013 10:32:09
21,846
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Red Shark

BAB 3

Gangster Jerung Merah

Kembali semula ke tahun 2001. Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Malam ini pelanggantak begitu ramai. Adalah dalam RM30 untung Lan kira tadi. Lepaslah duit makan hari ni. Maklumlah, malam selasa. Kurang ramai orang keluar. Kalau hari minggu dapatlah RM100 untung. Bolehlah jadi modal nak merempit. Ingat percuma ke masuk satu game. Satu game kena bayar RM30 tau. Kalau menang dapatlah RM300, kalau kalah kira leburlah duit tu.

“Lan… macam mane ni? Macam kurang customer jer. Nak tutup awal ker?” tanyaku pada Lan yang sibuk memotong Tomato.

“Jo… kite tunggu jap dulu… baru kul 11 bro. Kutu-kutu ngan mambang belum kuar lagi. Jap lagi kuarla dorang tu. Lagipun, geng Kajang nak open game kul 1 pagi. Kul 12 kite tutup. Ala Cheras – Kajang tu lu ngan gua hambat dalam 5 minit jer bro.” Kutu yang dimaksudkan Lan ialah mat-mat rempit dan mat-mat bola yang suka melepak di kedai-kedai mamak berhampiran. Tidak ketinggalan minah embun dan awek yang menemani teman lelaki mereka.

Selalunya mereka datang untuk melihat perlawanan bola ataupun saja melepak sehingga pagi. Aku pun kekadang hairan juga. Tak kerja ke diorang? Kadang-kadang sampai pukul 4 pagi tengok bola atau melepak. Inilah budaya baru remaja ataupun orang muda kat Kuala Lumpur ini. Tapi yang untungnya kami juga. Ramai yang memesan burger kami. Tengah aku memasak burger tiba-tiba.

“Helo… lu orang meniaga burger sini ka?” Aku melihat ke arah orang bertanya. Seorang lelaki cina kurus dengan rambut bercacak dan tatu di leher. Ada dua lagi kawan di sebelahnya. Satu gemuk, satu lagi macam body builder tapi muka jambu. Macam gay je aku tengok.

“Helo kawan… Lu tengok la wa punya gerai. Lu ada nampak gerai gua macam tempat jual sayur ka? Lu mau beli burger ka? Macam-macam ada,” jawabku acuh tak acuh.

“Wa lu… Sudah park kat area gua….. Mau ekk ka….. Lu taw ni sapa punya tempat?” kata cina bertatu itu. Suaranya agak tinggi sedikit.

“Ini DBKL punya tempat la….. Lu apa kecoh-kecoh kawan. Lu maw beli ka tak maw? Kalau tak maw lu blah la. Wa banyak keleje maw buat. Tak maw cerita sama amoi macam lu,” Lan tiba-tibabersuara.

“Lu orang banyak ekk, ya. Ok la wa tak maw cerite panjang. Ini area…. geng jerung merah jaga. Sapa-sapa mahu bikin bisnes sini mesti maw bayar duit kopi sama kitaorang. Lu punyer bisnes pun talak orang berani kacau. Kita jaga. Kalau lu maw taw itu suma kedai depan lu ni sederat sudah bayar sama gua. Sikalang wa mintak sama lu la.” Habis berkata-kata, dia terus menyalakan rokok. Aku menjeling. La… rokok cap bola. Rokok seludup. Tak samseng langsung. Kalau rokok Dunhill tu respek la aku sikit. Ni mesti samseng baru nak naik.

“Aik! Sepanjang setahun gua niaga kat sini tak penah plak wa dengar kene bayar duit perlindungan. Geng Jerung Merah pun tak penah la gua dengar. Geng budak bas sekolah pernah la gua dengar. Takpun geng surau. Hahahahahahaha. Lawak la lu apek,” Lan ketawa terbahak-bahak. ‘Apalah kau, Lan. Sendiri buat lawak, sendiri ketawa. Nanti tak pasal masuk hospital. Ni samseng tahu tak,’ bentakku dalam hati.

“Woi lu!!! Sudah hidup lama ka? Wa manyak serius ooo… Tatak main punyer. Nanti wa panggil sama wa punya olang kasi hentam sama lu satu kali baru lu olang taw,” kata lelaki yang agak gemuk tersebut sambil mengepal penumbuk. Eleh….. Macam la aku takut.

“Ok… ok, berapa kita orang mau bayar sama lu?” tanyaku, meredakan keadaan.

“Ha! Itu macam la…. Lu punya kawan mahu hidup lama. Tatak mahal. Sehari RM50, sebulan RM1500.” Mak ai… mahalnya.

“Gila korang!!!! Kau ingat kite meniaga kedai ke? Meniaga restoran? Untung boleh cecah 2 atau 3 ratus sehari? Kitaorang sehari pun untung dalam RM50. Itupun bahagi dua. Nak bagi korang apa yang tinggal kat kami. Makan pasirlah kami. Takdak!!!! Boleh jalan la korang!!!” Sudah, Lan ni aku rasa suis kemarahan dah dipetik ni.

“Okla… RM1000 sebulan. Ni last deal” Wah, dah macam nak beli barang kat kedai hardware pulak. Boleh main deal. Aku tengok muka si Lan dah mula merah, berkerut. Tandanya gunung berapi Krakatoa dah nak meletup. Pasrah je la….. terpaksalah aku backing dia kejap lagi. Tapi elok jugak, boleh aku praktis ilmu silat aku ni. Aku pun dah lama tak menumbuk orang ni.

“Lu blah la… Gua satu sen pun tak bayar dengan lu orang. Gangster Jerung Merah ker ….. Jerung Putih ker… Anakonda ker wa peduli apa? Dengan DBKL wa tak mintak lesen inikan pulak dengan gangster taik kucing macam lu!” bentak Lan sambil menghentakkan sudip memasak burger. Memang Lan betul-betul marah.

“Betul ni lu tak mau bayar?” Melayu rupanya mamat body builder ni. Aku ingatkan India. Badan gelap, pakai cermin mata hitam pulak tu. Dia menarik sesuatu dari belakang. Wah! Simpan bat kat belakang badan dan dengan selamba cermin gerai dipecahkan. Kami tak tunggu lama.

Si Lan terkam cina kurus tu. Aku pulak terkam si mamat badan sasa .Aku memang panas dengan mamat tu. Suka hati je pecahkan aku punya gerai. Ingat mak bapak kau ada share ke kedai ni. Siap la kau! Mula mula aku rampas bat dari tangan dia. Kedua belah tangannya aku kunci lalu mukanya aku tumbuk, tepat di hidung. Dia tersungkur jatuh macam nangka busuk. Aku beralih pula pada si cina gemuk. Perutnya yang buncit aku tending. Dia terjatuh. Mukanya aku tumbuk bertubi-tubi hingga berdarah. Tiba-tiba, si badan sasa kembali menerjah. Aku terkam dan belasah. Dia merintih kesakitan. Aku berpaling. Si cina kurus sudah tumpas di tangan Lan.

“Skang lu orang blah. Lu blah skang sebelum lu orang jadi mayat! Cakap aku takkan bayar sesen pun kat bos bangang korang tu! Ni Lan la. Ketua Geng Moto Sotong Cheras! Blah!” Kelihatan si cina kurus berkata sesuatu dalam bahasa Kantonis. Mungkin mengajak rakan-rakannya berambus dari situ. Mereka kemudiannya beredar meninggalkan kami. Beberapa pelanggan kedai mamak di hadapan gerai kami memandang. Aku berpaling kepada Lan.

“Bro. Lu ok?” aku bertanya kepada Lan. Aku menghulurkan salam

“Gua ok. Lu? Thanks, bro. Setelkan dua kutu tu,” balas Lan menyambut tanganku.

“Takde hal la, bro. Setakat gangster taik kucing macam tu, kejap je wa setelkan. Gua ada selalu belakang lu. Ini anak murid Tok Mudin la. Kepala silat negeri Kedah. Baru diaorang taw siapa gua. Nasib baik dorang cepat blah. Kalau tak mahu pecah muka diorang,” kataku geram bercampur lagak.

“Jom la kemas, bro. Gua takde mood la. Kita gi rempit plak. Kasi hilang tensen jap” arah Lan. Dia mula kembali semula ke gerai kami.

“Orait, jom,” kataku. Kami terus berkemas sebelum menuju ke Kajang untuk merempit.

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

Malam itu kami merempit sepuas-puasnya. Tiga round berbayar manakala selebihnya kami ronda-ronda dengan geng moto dari bandar Kajang sampai ke Puchong. Walaupun tak menang tapi hilang sakit-sakit badan dengan merempit. Malam ini kami bergembira dengan sepuas-puasnya tapi mungkin hari berikutya geng Jerung Merah akan datang semula untuk menuntut bela. Ahhh… Peduli apa…. Lagipun, kawan-kawan geng Lan nak turun besok teman kami meniaga. So, ada la geng esok pertahankan kami kalau Geng Jerung Merah turun. Redha.

Previous: UKM 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.