Home Novel Thriller/Aksi PSIKO
PSIKO
SITI ROZILAH
23/12/2017 20:50:49
37,543
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 3

BAB 3

 

“KAU rasa dalam sungai ni ada buaya tak, Rayyan?”

Rayyan Firdaus itu menoleh ke arah Razman yang bertanya.

“Entah! Manalah aku tahu. Tapi kebiasaannya, sungai macamni memang menjadi habitat buaya. Kenapa? Kau takut ke?”

“Aku saja aje tanya. Tak boleh ke?” sahut Razman.

“Kalau kau orang nak tahu, buaya jugak ada yang tinggaldi daratan. Orang panggil, buaya darat!” sampuk Hanna Hanani, si gadisberhidung mancung.

Mata Rayyan Firdaus dan Razman mendarat ke wajah mulusHanna Hanani.

“Macam Rayyan ke, Hanna?” soal Razman sambil berdekah.

“Cis, tak guna kau, Man! Kau tu baik sangat ke? Bolehjalanlah!” tempelak Rayyan Firdaus. Razman ketawa panjang.

Kemudian, mata Rayyan Firdaus melekap semula ke wajahHanna Hanani.

“Kau jangan percaya dengan Si Razman ni, Hanna. Akulelaki budiman.” Dia mendabik dada.

“Piiirrahhh!!!” Razman mendengus.

“Ada jugak buaya yang diperbuat daripada logam. Orangpanggil, buaya tembaga.” Baizura menyampuk.

“Banyak jugak spesies buaya ni, ye? Tapi pada pendapatakulah, buaya dalam sungai inilah yang paling bahaya sebab ia boleh membahamdan membunuh manusia! Kau takut tak, Hanna?” desis Rayyan Firdaus sambiltersenyum nakal ke arah Hanna Hanani. Dia yang geram melihat hidung mancung HannaHanani membuka mulut seluas-luasnya lalu dihalakan ke muka gadis itu,seolah-olah ingin mencakup hidungnya.

“Isy, Rayyan!” Hanna Hanani terjerit. Dia sempat menolakmuka Rayyan sebelum mulut jejaka itu betul-betul mendarat pada hidungnya.

Rayyan Firdaus tergelak besar. Dia bangkit lalu mencapaikolar baju Razman pula lalu cuba menolak jejaka itu ke gigi air.

“Hisy! Kenapa kau ni, Rayyan? Kau dah gila ke?” herdikRazman yang tiba-tiba seram sejuk setelah mereka berbual-bual tentang kehadiranbuaya sedangkan tengah hari tadi mereka berendam di dalam Sungai Gasing tanpasedikitpun rasa was-was muncul di dalam fikiran mereka.

Rayyan Firdaus tergelak besar melihat riak ketakutan yangterpancar pada wajah Razman. Hanna Hanani dan Baizura pula hanyamenggeleng-gelengkan kepala melihat telatah mereka.

“Rayyan, kau rasa dia datang ke tak, ni?” soal Razman kearah Rayyan.

Dia sudah gelisah kerana dirinya menjadi hurungannyamuk-nyamuk yang dahagakan darah manusia. Apatah lagi, ketika itu petangsemakin tua. Tidak lama lagi senja pasti tiba.

“Aku pasti dia akan datang. Dia kan dah lama gilakan Rayyan.”Hanna Hanani bersuara yakin. Baizura ketawa besar.

“Kenapa kau gelak macam tu, Bai?” soal Hanna Hanani.

“Kalau dia datang jugak, memang betullah dia tu spesies pompuan yang tak sedar diri. Tak padandengan tembamnya tu. Ada hati nak ngorat Rayyan!” Begitu sekali penghinaan yangterlontar dari mulut Baizura.

Hanna Hanani tergelak kecil.

“Agaknya dia tu jenis pompuanyang malas nak tengok cermin.” Komen Hanna Hanani sambil mencebik.

“Kau orang berdua ni bercakap macam tak ada otak. Hey, diapun manusia macam kita jugak walaupun tembam macam, tu. Manusia semuanya adahati dan perasaan. Ada kehendak dan keinginan!” Razman menyampuk.

“Eh, lain macam aje kau ni, Man? Kau dah lupa ke yangselama ni, kau pun selalu kutuk-kutuk dia!” Baizura membidas. Matanyamencerlang ke arah Razman.

“Haah, betul, tu! Kau pun dua kali lima aje dengan kitaorang.” Hanna Hanani tampil menyokong Baizura.

Sementara mereka bertiga sedang hangat bertekak untukmenegakkan benang yang basah, Rayyan Firdaus pula kelihatan termenung jauh.Fikirannya seolah-olah sedang sarat. Entah apa yang sedang difikirkannya?

“Rayyan, berapa lama lagi kita nak tunggu kat sini?” soalRazman yang sudah tidak tahan batang tubuhnya menjadi santapan nyamuk.

Rayyan Firdaus tidak menjawab.

“Aku nak baliklah.” Kata Razman lagi tetapi sebelumsempat dia bangkit, Rayyan Firdaus menarik tangannya dengan kasar sehingga diaterduduk semula.

Dari tempat persembunyian yang letaknya agak jauhdaripada tapak perkhemahan itu, mereka nampak Suriati sedang melangkah ke tepisungai. Dia kemudiannya duduk di atas sebongkah batu besar di tepi sungai itu.Lagaknya seolah-olah sedang menunggu seseorang.

Rayyan melekapkan jari telunjuknya ke bibir, memberiisyarat supaya teman-temannya senyap. Perlahan-lahan dia bangkit lalu merapatigadis bertubuh gemuk yang sedang duduk termenung di tepi sungai itu.

 

“APA yang kau buat, ni? Jangan, Rayyan! Jangan!!” Suriatibersuara kuat.

Dia terkejut dengan tindakan Rayyan Firdaus yang cubamenanggalkan butang bajunya. Segera ditepis-tepisnya tangan jejaka itu. Dia yangtadinya duduk di atas sebongkah batu, melonjakkan badannya lalu berdiri tegakdi hadapan Rayyan Firdaus.

Jejaka itu merenungnya tajam. Hatinya mendongkol denganpenolakan yang diterimanya itu.

“Kau kata, kau minat kat aku? Kau sukakan aku? Betul ke?”

Suriati menganggukkan kepalanya. Merah wajahnya menahanmalu.

“Habis tu kenapa kau nak kedekut sangat? Ala, Ati, akubukannya nak buat apa-apa kat kau. Aku cuma nak tengok aje. Lagipun, hanya kitaberdua aje kat sini. Bolehlah, Ati. Bolehlah!” Lembut sahaja Rayyan Firdausbersuara namun jelas sekali nada desakan yang terselit dalam setiap patahperkataannya.

Melihatkan wajah keliru gadis itu, Rayyan Firdaus mencubanasibnya sekali lagi. Dia merapat semula ke arah Suriati membuatkan gadismalang itu terpaksa berundur ke belakang. Tiba-tiba kakinya tersadung batu dandia tidak dapat menahan keseimbangan badannya. Suriati jatuh terlentang. Diabernasib baik kerana kepalanya tidak terhantuk kepada seketul batu besar tidakjauh dari situ.

Satu jeritan kuat melengking dari mulutnya. Selainterkejut, jelas kelihatan yang Suriati turut menanggung kesakitan akibatbelakang tubuhnya yang jatuh terhentak ke tanah. Rayyan Firdaus hanyamemandang. Langsung tiada riak simpati pada wajahnya. Malah, dia bertindakbiadap dengan merentap butang baju si gadis sehingga tercabutnya empat butirbutang yang secara tidak langsung mendedahkan sebahagian besar dada Suriati.

“Bravo, Rayyan! Bravo!!!”

Serentak itu, kedengaran riuh-rendah di belakang mereka.Ada bunyi tepukan, sorakan dan gelak ketawa. Sambil cuba menutup dadanya yangterdedah, Suriati memandang tajam ke arah Rayyan Firdaus. Jejaka itu berdiritegak sambil tersenyum mengejek ke arahnya.

Air matanya meleleh laju. Bukan sebab menanggungkesakitan kerana terjatuh tetapi lebih kerana maruah diri yang telahdiperkotakkatikkan.

“Tak padan dengan gemuk. Ada hati nak mengurat Rayyan!Hey, kau ingat Rayyan sukakan kau ke, hah?” Suara Hanna Hanani sarat denganpenghinaan.

Telinga Suriati berdesing. Dunia seolah-olah berputar.Dia berasa seolah-olah hendak pitam. Dengan segala susah payah, dia bangkitlalu berjalan terhoyong-hayang menuju ke gigi air. Fikirannya tepu ketika itu.Pandangannya berbinar-binar akibat air mata yang berjejes-jejesan. Diamelangkah terus, mengharung air sungai sehingga tubuhnya acup separas pinggang.Kemudian, tubuhnya acup pula sehingga ke dada.

“Sampai hati kau buat aku macam ni, Rayyan! Sampai hatikau orang semua ejek-ejek aku!” Hatinya berperang hebat.

Sayup-sayup kedengaran suara orang melaung-laung memanggilnamanya. Namun, dia mengharung terus sehinggalah kakinya tidak berpijak padatanah lagi. Ketika itu, segala-galanya sudah terlambat. Tubuhnya teroleng-oleng,timbul tenggelam ditolak arus sungai.

 

Suriatiterjun dengan labu-labunya...

Biarkan-biarkan!

 

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.