Home Novel Thriller/Aksi PSIKO
PSIKO
SITI ROZILAH
23/12/2017 20:50:49
37,510
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 8

BAB 8

 

SEPERTI biasa, Si Bongkok hanya berdiri dan memerhatidari jauh. Hatinya sayu kerana tuan barunya yang telah sekian lama tinggalsebumbung dengannya itu akan berangkat pergi tidak berapa lama lagi. Kalauboleh, dia tidak mahu gadis itu meninggalkannya. Kerana telah muncul rasasayang di hatinya terhadap gadis itu. Tetapi, siapalah dia yang berdayamenghalang gadis itu daripada pergi.

Si Bongkok masih ingat lagi kali pertama dia bertemudengan gadis itu...

 

“BONGKOK!” Suara Puan Chempaka kedengaran memanggilnamanya.

“Ye, puan.”

“Kau dah tengok ke lukah yang kau pasang kat sungai, tu?”soal Puan Chempaka.

“Kejap lagi aku nak pergi tengoklah ni, puan,” jawab SiBongkok. Walaupun mereka mampu membeli ikan di kedai tetapi Puan Chempakapaling suka makan gulai ikan sungai yang disalai terlebih dahulu.

Terpaksalah Si Bongkok membelinya daripada orang-orangkampung ataupun memasang lukah untuk mendapatkan ikan sungai. Kemudian, diaterbongkok-bongkok pula menyalai ikan. Penat tu memanglah penat. Tapi, dialakukan juga demi menggembirakan hati Puan Chempaka.

“Kalau kau nak pergi ke sungai nanti, kau bagitau aku,tau. Aku nak ikut.”

“Eh, betul ke puan nak ikut?” Si Bongkok seolah-olahtidak percaya dengan apa yang didengarnya.

“Ye! Dah lama aku tak ke sungai.” Tegas Puan Chempaka.

Lewat petang itu, mereka berdua berjalan kaki menuju kesungai yang terletak tidak jauh dari rumah agam tersebut. Cuaca baik sepanjanghari. Si Bongkok benar-benar  berharapagar lukah yang dipasangnya mengena. Dia tidak mahu mengecewakan Puan Chempaka.

Dari jauh, suatu bunyi yang menyegarkan telah hinggap ketelinga mereka berdua; bunyi desahan air menghempas batu-batu di sungai. SiBongkok yang sudah biasa dengan sungai itu tahu di lubuk mana terdapat banyakikan berkumpul. Dia juga tahu ceruk mana yang dalam serta berbahaya.

Biasanya kejadian mati lemas ketika sedang mandi-manda disungai berlaku kerana orang yang berkunjung ke sungai itu adalah orang luar dantidak biasa dengan keadaan sungai tersebut.

Tiba-tiba langkah Si Bongkok terhenti. Begitu juga denganPuan Chempaka. Di belakang sebuah batu besar tidak berapa jauh dari tempatmereka berdiri, mereka nampak sepasang kaki terjulur keluar. Mereka bertukarpandang beberapa ketika sebelum menerpa ke arah sekujur tubuh yang terbaring diatas pasir.

Si Bongkok menarik nafas panjang. Itulah pertemuanpertamanya dengan Suriati yang hampir lemas dan mengalami luka-luka yang agakteruk pada seluruh badannya terutamanya di bahagian muka kerana terlanggar  pada batu-batu yang tajam ketika sedangdihanyutkan arus Sungai Gasing. Sejak diselamatkan, mereka tinggal bersama-samadi dalam rumah agam Puan Chempaka. Puan Chempaka yang telah menganggap Suriatisebagai anak angkatnya tidak membenarkan gadis itu keluar dari rumah tersebut.

Mahu tak mahu... suka tak suka, akhirnya mereka terpaksa berkawan.Gadis itulah yang telah mengajar Si Bongkok menulis dan membaca serba sedikit.

Tahun demi tahun, fizikal Suriati yang dahulunyagemuk-gedempol kini berubah seratus peratus. Bukan mudah sebenarnya Suriatihendak mendapat bentuk badan yang ideal begitu.

 

“BONGKOK!” Panggilan itu mematikan memori silam. Diamenghalakan pandangannya ke arah Suriati. “Mari sini!”

Si Bongkok mengatur langkah ke arah gadis itu.

“Ye, cik?”

“Bongkok, kau ingat pesan aku, tau. Kau kena pastikanrumah ini dan sekitarnya sentiasa bersih dan cantik bila aku tak ada nanti.”

Si Bongkok menganggukkan kepalanya.

“Baiklah, cik. Aku faham.”

“Kau jangan risau. Aku akan balik semula ke sini.”

Angguk lagi. “Baiklah, cik. Cik jagalah diri baik-baik diluar sana nanti, ye.” Pesannya.

Suriati ketawa. Dia bangkit dari kerusi laluberpusing-pusing di depan Si Bongkok.

“Apa pendapat kau, Bongkok? Aku cantik, tak?”

Si Bongkok menyeringaikan giginya.

“Siapa kata cik tak cantik? Cik cantik... tak ubah macamCinderella.” Puji Si Bongkok. Ikhlas dan sepenuh hati.

Si Bongkok dahulunya tidak kenal siapakah Cinderella.Suriatilah yang selalu mengulang-ulang cerita tentang Cinderella kepadanya.Malah, Suriati selalu memberitahunya bahawa suatu hari nanti, dia akan menjadiseperti Cinderella.

Suriati ketawa riang. Dia mendongakkan kepalanya kelangit, mendepakan tangannya sambil terus memusing-musingkan badannya.

Aku Cinderella. Tak lama lagi aku akan bertemu denganputera kacakku! Hatinya berbisik.

Setelah beberapa kali berpusing, kepalanya menjadipening. Suriati terduduk semula di kerusi. Tidak lama kemudian muncul sebuahkereta memasuki perkarangan rumah agam itu. Si Bongkok segera mengangkat sebuahbeg besar lalu menyumbatkannya ke dalam ‘boot’ kereta itu. Selepas itu, diamendapatkan Suriati semula.

“Cik jaga diri, ye.” Untuk kesekian kalinya dia berpesanlagi.

“Baiklah, Bongkok. Kau jangan risau.” Suriati membuka pintubelakang kereta itu lalu melangkah masuk.

Si Bongkok menahan Suriati daripada menutup pintu kereta.

“Ada apa lagi ni, Bongkok?” soal Suriati, sedikitjengkel.

“Cik, macam mana dengan ‘tikus-tikus’ kat bilik bawahtanah, tu?” soal Si Bongkok.

“Hapuskan aje kesemuanya!” Suriati menjawab. Tegas. Dansedikit kejam.

“Bunuh? Kesemuanya?”

Suriati mengangguk. “Hidangkan aje dengan racun tikus.Biar semua tikus-tikus tu mati. Bila semuanya dah mati, kau boleh tanam katbelakang rumah. Jangan biarkan bangkainya tak bertanam pulak. Nanti busuk, baubangkai!”

Si Bongkok menelan liurnya. Terasa pahit.

“Kau jangan nak lambatkan perjalanan aku pulak. Kauuruskanlah tikus-tikus tu. Itukan haiwan peliharaan Puan Chempaka. Sekarang niPuan Chempaka dah mati. Kau buatlah apapun pada mereka. Aku tak kisah. Dahlah!Aku tak nak ambil tahu tentang tikus-tikus tu lagi!” Suriati menghentaksuaranya.

Dia sudah tidak mahu mendengar tentang segala macam aduanSi Bongkok lagi terutamanya tentang ‘tikus-tikus’ yang berada di bilik bawahtanah sana. Dia sudah tidak sabar hendak meninggalkan rumah agam yang telahmemenjarakannya dari dunia luar selama ini. Titik! 


* tq SUDI BACA. APAKAH RAHSIA SI BONGKOK & SURIATI? NANTIKAN SAMBUNGANNYA...

 

 

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.