Home Novel Thriller/Aksi PSIKO
PSIKO
SITI ROZILAH
23/12/2017 20:50:49
36,814
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 2

BAB 2

 

ROMBONGAN itu sampai di Hutan Lipur Gasing lebih kurangpukul 11.00 pagi. Hutan yang tadinya sunyi tiba-tiba meriah dengan kunjunganmereka. Sekumpulan monyet yang tadinya berkeliaran di tapak perkhemahan itubertempiaran lari masuk ke dalam hutan kerana takutkan kehadiran manusia.

Riak ceria terpapar pada wajah masing-masing sewaktumereka menuruni tangga bas.

“Puas tidur, Ati?” perli Razman.

Gadis itu tidak mengendahkannya. Dia melangkah pantasmengekori Maizatul Akma.

“Hey, Ati! Rayyan kirim salam!” jerit Razman sebelumtergelak besar.  

Suaranya yang kuat itu menarik perhatian ahli-ahlirombongan yang lainnya. Ada yang tersengih-sengih memandang Suriati. Ada yanghanya menggeleng-geleng simpati kerana kasihan melihat Suriati yang seringdijadikan mangsa ejekan akibat susuk tubuhnya yang tembam itu.

Maizatul Akma menarik Suriati ke sisinya.

“Sabarlah, Ati. Kau janganlah ambil hati sangat denganmereka, tu. Lagipun kita dah habis sekolah. Lepas ni kita akan ikut haluanmasing-masing. Kau mungkin tak akan jumpa budak-budak tu lagi.” Pujuk MaizatulAkma.

“Kau ni, Maiza. Asyik risaukan aku aje. Aku okey. Telingaaku ni dah lali dengan ejekan macam tu!” Itulah reaksi Suriati.

Maizatul Akma terdiam. Namun, hatinya tertanya-tanya apakahmemang betul Suriati langsung tidak terkesan dengan ejekan-ejekan yangtersebut?

 

TAPAK perkhemahan yang tersedia di Hutan Lipur Gasing ituamat sesuai untuk mereka yang cintakan keindahan alam. Dikelilingi kanopi alamsemulajadi, suasana sekitarnya redup dan sejuk. Bunyi gemeresik angin yangmeniup daun-daun pula saling bertingkah dengan deruan air sungai. Irama alamsemulajadi yang mendamaikan setiap yang mendengarnya.

Setelah meletakkan barang-barang yang dibawa di pangkalsebatang pokok, Maizatul Akma menghampar tikar. Dia dan Suriati membuka bekalanmasing-masing. Maizatul Akma membawa nasi impit dan serunding. Sementara itu,Suriati pula membawa bihun goreng. Mereka mengambil keputusan untuk mengisiperut terlebih dahulu sebelum turun ke dalam sungai untuk mandi-manda.

“Ehem!”  

Suriati dan Maizatul Akma terpaksa mendongakkan kepalauntuk memandang. Di hadapan mereka, Razman, Baizura dan Hanna Hanani berdiritegak sambil tersengih-sengih.

“Laju aje makan, tu, Ati. Langsung tak pelawa kitaorang.” Baizura bersuara.

“Eh, kau belum makan lagi ke? Kalau nak join kami,marilah.” Suriati menjawab.

Baizura menoleh ke arah Hanna Hanani di sisinya. Merekamelambakkan ketawa masing-masing.

“Eh, tak payahlah. Aku gurau-gurau aje. Nanti tak cukuppulak bihun goreng tu. Kau kan kuat makan!” getus Baizura diikuti ketawa HannaHanani.

Suriati menundukkan wajahnya. Mungkin dia terasa hatidengan sindiran Baizura itu.

“Kenapa kau orang ni asyik nak membuli Ati aje, hah?”sergah Maizatul Akma.

“Eleh, takkan cakap macam tupun dah nak ambil hati.Memang pun Si Ati ni kuat makan!” Hanna Hanani pula menyampuk.

“Dahlah, Bai. Jom kita mandi sungai!” Hanna Hanani menariktangan teman di sisi tetapi segera ditepis Baizura.

“Eh, Hanna! Kau dah lupa ke?”

Hanna Hanani memandang wajah Baizura dengan agak lamasebelum melambakkan tawanya.

“Oh ye, aku dah lupalah! Ati, Rayyan kirim salam padakau. Selain salam, dia turut kirim surat pada kau. Ni hah, suratnya,” kataHanna Hanani sambil menghulur sampul surat rona biru ke arah Suriati.

Suriati dan Maizatul Akma saling berpandangan. Suriatikelihatan teragak-agak hendak mengambil surat yang dihulurkan Hanna Hanani.

“Cepatlah ambillah surat tu!” Razman mendesak.

Akhirnya, surat itu berpindah tangan.

“Ati, Rayyan pesan supaya kau jangan bagi orang lain bacasurat tu.” Hanna Hanani mengingatkan sebelum melangkah meninggalkan Suriati danMaizatul Akma.

“Apa agaknya yang Rayyan tulis dalam surat tu?” soalMaizatul Akma setelah Razman, Hanna Hanani dan Baizura menjauh.

“Entahlah!”

“Cepatlah buka.” Desak Maizatul Akma. “Eh, kau nak kemana tu, Ati?” soalnya setelah melihat Suriati bangkit meninggalkan tempat itu.

“Nak baca surat nilah,” jawab Suriati sambil ketawakecil. 

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.