Home Novel Thriller/Aksi PSIKO
PSIKO
SITI ROZILAH
23/12/2017 20:50:49
36,791
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 4

BAB 4

 

10 tahun kemudian...

 

KEMATIAN itupun sampai. Mati @ destinasi akhir sebuahkehidupan. Orang tua yang telah menahannya di rumah agam itu persis seorangbanduan, akhirnya mati juga. Seperti orang suruhan yang patuh kepada tuannya,dia setia di sisi orang tua itu ketika nyawanya direntap keluar dengan begitukasar sekali. Di hadapannya, dia menyaksikan tubuh kecut itu tersentak-sentakbeberapa kali. Mulutnya terbuka luas. Matanya tegak memandang ke suatu arah.

Dia menunggu dan terus menunggu sehingga tubuh kecut itukaku dan berhenti bergerak. Kini, dia bebas keluar dari rumah agam yang menjadipenjaranya selama ini. Bebas untuk mencorakkan kehidupannya sendiri.

Dia tidak pernah sukakan orang tua itu. Dia cukup pastiyang orang tua itu juga tidak pernah sukakan dirinya walaupun sudah bertahunmereka hidup sebumbung. Malah mereka bukan sahaja hidup sebumbung tetapi turutmengongsi ‘memori hitam’ yang lebih kurang sama jalan ceritanya. Mungkin itusahajalah yang telah mengikat dirinya dengan orang tua itu.

Kadangkala dia risaukan nyawanya sendiri ketika tinggalbersama orang tua itu. Dia tidak pernah rasa selamat ketika mereka tinggalsebumbung. Kerana dia tahu orang tua itu adalah manusia yang teramat kejam.Hidupnya bergelumang dendam.

Tetapi dia masih juga bertahan kerana sudah tidak adatempat untuknya di luar sana. Berkat kesabarannya, seluruh harta kekayaan orangtua itu kini berpindah ke tangannya pula.

Kini, bolehlah dia melangkah keluar dari rumah agam ituuntuk melunaskan dendam peribadinya. Bibirnya terbuka. Seulas senyuman puastersungging di bibirnya.

“Terima kasih, puan,” ucapnya kepada jenazah yangterbujur kaku di depannya.         

 

MAIZATUL AKMA menghenyakkan punggungnya ke kusyen. Diakelelahan setelah terperangkap dalam kesesakan yang panjang sewaktu memandupulang ke rumahnya dari tempat kerja. Sejurus sebelum waktu kerja tamat, hujanlebat mula turun menyirami bumi kota. Jalan yang licin itu juga telahmenyebabkan beberapa kemalangan kecil berlaku di sepanjang perjalanan yang dilaluinya.Malah, dia sendiri hampir-hampir sahaja menyondol kereta di hadapannya yangmembrek secara mendadak.

Mujurlah, dia dan keretanya selamat sampai ke rumah sewanyaketika senja hampir menjelang tanpa sebarang kecederaan mahupun kesan calar.Hanya kepenatan sahaja yang menghurung sekujur tubuhnya kerana terpaksa dudukterlalu lama di dalam kereta.

Kadangkala muncul rasa menyesal di hatinya kerana telahmeminta dipindahkan ke Kuala Lumpur. Kalau dia terus sahaja bekerja di Melaka,tidak perlulah dia berhadapan dengan kesesakan yang sebegini hebat.

Tapi, apa nak buat... nasi sudah menjadi bubur. Diamembuat keputusan drastik untuk berpindah hanya kerana Hafiz, tunangnya yang bekerjasebagai seorang wartawan berpejabat di sini.

Serta-merta wajah Hafiz melintas dalam fikirannya.

Walaupun jarak pejabatnya dengan pejabat Hafiz terletaklebih kurang lima kilometer sahaja antara satu sama lain tetapi mereka bukannyadapat selalu berjumpa. Hafiz sentiasa sibuk. Tidak pernahnya dia tidak sibuk. Tugasnyasebagai wartawan majalah yang terbit dua kali sebulan membuatkan dia selaludihantar majikannya untuk membuat liputan berita di luar daerah. Malah,kadang-kadang Hafiz terpaksa ke luar negara juga.

Walaupun dunia pekerjaan kadangkala melelahkan denganperangai majikan dan rakan-rakan sekerja tetapi mereka terpaksa harunginya jugademi sesuap nasi. Sebab itulah Maizatul Akma berasa bahawa zaman persekolahanadalah fasa yang paling indah dalam hidupnya. Selain punya ramai kawan,tugasnya hanya perlu menumpukan perhatiannya kepada pelajaran.

10 tahun dah berlalu, bisik hati kecilnya. Sekilas wajahyang muncul dalam ingatannya menerbitkan rasa sebak di hati. Tidak semua orangberpeluang menikmati alam persekolahan yang indah. Dia mengeluh perlahan sambilmensedekahkan surah Al-Fatihah kepada arwah Suriati yang mati tanpa kubur.

Srettt!Srettt! Srettt!

Tiba-tiba Maizatul Akma terdengar suatu bunyi yang anehdatangnya dari arah dapur. Bunyi seperti seseorang sedang mundar-mandir disitu. Dadanya mula berdegup kencang, cemas! Kalau dia tinggal di situ seorangdiri, siapa pula yang sedang mundar-mandir di dapurnya?

Selepas itu, dia terdengar bunyi pintu peti sejuk dibukadan ditutup semula. Dia semakin tidak keruan. Dia cukup pasti yang rumahsewanya itu sudah diceroboh masuk. Pelbagai kemungkinan menerpa ke mindanya. Apakahyang dimahukan oleh si penceroboh itu? Mahu merompak? Atau merogol? Ataumembunuh?

Ya, ALLAH ! Jauhkanlah hambaMU ini daripada sebarangmusibah! Tolonglah, ya ALLAH . Tolonglah!!

Sekujur tubuhnya diselubungi rasa takut. Dia ngerimemikirkan untung nasibnya senja itu. Namun, digagahkan juga tangannya untuk mencapaisekaki payung yang tersangkut tidak jauh dari tempat dia duduk lalu segerabangkit.

“Siapa, tu?” Tiada jawapan. “Siapa kat dapur tu?” Masih tiadajawapan.

“Hoi! Siapa kat dapur tu, hah?” Kali ini dia melaungdengan lebih kuat.

“Ila ni, kak!” Satu suara halus yang menjawab. Sebaikterdengar jawapan itu, dia terus mengurut dadanya. Lega!

Seketika kemudian, seorang gadis muda muncul dari arahdapur. Di tangannya ada dua gelas minuman. Salah satu gelas itu dihulurkan kearah Maizatul Akma.

“Laa... kau rupanya, Ila! Buat berdebar akak aje kau ni.Akak ingatkan siapalah kat dapur, tu tadi.” Luah Maizatul Akma ke arah adiknya.Nabila Huda yang berusia 25 tahun itu kini bekerja di Shah Alam dan tinggalmenyewa bersama beberapa orang rakannya di sana.

“Bila kau sampai?”

“Ila sampai dalam pukul 5.30 tadi. Maaflah sebab Iladatang mengejut, ni. Esok Ila cuti.”

“Macam mana kau buka pintu rumah, ni?”

“Eh, kan akak ada bagi Ila kunci pendua? Ila masuk gunakunci tulah.”

Maizatul Akma mengangguk. Dia meneguk air sirap digelasnya perlahan-lahan. Hatinya sudah tidak risau lagi.

 

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.