Home Novel Thriller/Aksi Hi, Encik Professor!
Hi, Encik Professor!
Angel_k20
29/7/2020 15:09:11
37,254
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 4a

Qarizh meyumpah-nyumpah di dalam hati. Ya Allah, kenapa makhluk pendek di hadapannya ini sangatlah annoying? Dia rasa mahu cekik je leher perempuan gila yang tak habis-habis memandangnya dari tadi dengan senyuman mengejek. Lagi sakit hati, perempuan tu sengaja pula menjelirkan lidah? Kurang asam...

"Abang, Sarah tahu abang marah sekarang tapi please abang, chill. Nanti terkahwin dengan kakak comel tu Sarah tak tahu. Hahaha," kata Sarah di talian sambil ketawa keras. Entah apa yang menggeletek hatinya, dia sendiri tidak tahu. Apa yang dia tahu, muka abangnya melalui kamera CCTV sekarang ni dah macam udang kena bakar, merah menahan marah!

"Kau lebih baik diam atau dengan kau sekali aku campak jatuh bangunan dengan 'kakak' gila kau tu," bisik Qarizh dengan rahang diketap kemas. Darahnya sudah mendidih 100 darjah celsius sekarang ni dan jika silap hari bulan, mati Aralyn Awliya dikerjakannya.

"Ah, malaslah nak cakap dengan abang ni. Emo!" cebik Sarah lalu memutuskan talian.

Qarizh meraup muka seraya membetulkan tali lehernya yang tiba-tiba terasa menjerut leher. Panas pula dewan ini biarpun aircond yang terpasang sekarang bersuhu 16 darjah celsius. Antara dirinya dan Aralyn, 'hutang' ini perlu diselesaikan!

'Berani kau mengaku sebagai tunang aku? Hahaha. Aku akan buatkan kau menyesal,' bisik hati Qarizh dengan mata mencerlung tajam memandang Aralyn yang sekarang nampak ralit melayan pelajar berbual. Dalam diam, senyuman jahatnya mula terukir di bibir tetapi dikulum agar tidak nampak ketara sangat rancangan 'baiknya' khas buat Aralyn sekejap lagi.

Qarizh kemudiannya menapak ke komputer di hadapan pentas lalu mencucuk pendrive di port USB. Apabila folder dan file yang dikehendaki terpapar di skrin, dia menekan dua kali file yang ingin dibuka. Setelah menunggu lebih kurang 5 saat, file tersebut terbuka lalu terpaparlah isi file di skrin besar yang dipancarkan oleh pemancar LCD itu. Isi di dalam file tersebut adalah imej yang memaparkan keadaan mayat bergelimpangan dalam pelbagai rupa yang menakutkan.

"Baiklah student, ini adalah kes pembunuhan yang melibatkan seorang perogol dan pembunuh bersiri pada tahun 2020. Dia ni bergiat aktif selama dua minggu antara 20 April hingga 5 Mei di sekitar London, Manchester, Lancashire dan Cheshire. Pembunuh ini akan mengerat setiap sendi utama badan mangsa dalam keadaan mangsa masih hidup lalu menyimen anggota badan tersebut di dalam dinding rumahnya. Kini, jumlah mangsa yang dipercayai dirogol dan dibunuh kejam ini berjumlah seramai 30 orang," kata Qarizh sambil memerhatikan wajah para pelajarnya seorang demi seorang yang sudah berubah raut. Ada yang kelihatan loya, ada yang menutup mata. Lagi teruk, boleh pula pelajarnya yang bernama Amirul tersengguk-sengguk semasa dia bersyarah?

Qarizh mengetap bibir menahan geram apabila melihatkan lagak mengantuk si Amirul. Rasanya baru semalam Amirul berjanji siap bersumpah taat setia lagi yang dia akan siapkan semua assignment, tidak akan tidur dalam kelas, tidak akan ponteng dan macam-macam lagilah ikrarnya. Ya Allah, menjadi seorang pendidik ini bukanlah sesuatu yang mudah sebenarnya.

Matanya dikalihkan pula kepada perempuan gila yang enak terlentok di kerusi pensyarah. Ewah... ini seorang lagi kanak-kanak tak matang dia perlu hadap. Kenapa Pak Su? Kenapa kanak-kanak tak siuman ni juga yang Pak Su pilih untuk jadi partner dia? Jiwa Qarizh membentak hebat! Tapi tak apa, dia akan buatkan gadis itu menyesal sekejap lagi.

"Sukacita saya nak bagitahu korang semua yang pembunuh tu sampai sekarang masih belum ditangkap..." kata Qarizh sambil berjeda.

Suasana yang senyap tadi berubah semakin senyap. Qarizh perasan pada wajah setiap orang pelajarnya tu terjalar perasaan takut dalam diri masing-masing terutamanya dalam kalangan pelajar perempuan.

"Intel polis juga memberitahu yang berkemungkinan besar perogol tu ada di Malaysia. Korang ada tak baca berita dua hari lepas pasal penemuan mayat dalam dinding rumah kat Bentong? Mungkin, itu juga adalah kerja pembunuhan psikopat tu," kata Qarizh lagi dengan suara sengaja ditekan bagi menambahkan kesan dramatik pada sesi kuliahnya hari ini.

Qarizh memandang tepat pula kepada Amirul yang kini sedang enak terlentok di bahu kawannya yang turut sama terlelap dengan menopang dagu. Ya, dia tidak salahkan mereka berdua jika mereka terlelap dalam kelasnya hari ni kerana dia sengaja menutup semua lampu dan hanya membiarkan cahaya yang terpancar dari skrin LCD sahaja yang menerangi bilik kuliah. Qarizh menarik senyuman sinis lalu tangannya mula membuat kerja.

Dum!

Tiba-tiba, kedengaran bunyi guruh berdentum hebat disertai cahaya terang kilat saling menyambar dan pancar memancar. Bunyi kuat secara tiba-tiba itu serta merta menggegarkan suasana kelas.

"Man rabbuka!" jerkah suatu suara dengan kuat membelah kesunyian kelas.

"Allah!" jerit beberapa orang pelajar dengan panik. Iyalah, tadi tengok gambar orang mati lepas tu tiba-tiba kedengaran bunyi guruh dan kilat memancar. Haru lagi diri masing-masing apabila kena jerkah pula dengan Prof. Madya Qarizh Zahwan. Mana tak terperanjat diorang ni semua tambah pula dengan suasana kelas yang dah la gelap suram, tiba-tiba kilat pula menyambar dan guruh berdentum disertai bunyi hujan lebat!

Klik.

Lampu bilik kuliah tiba-tiba menyala lalu terpampang di mata Qarizh muka cuak dan takut para pelajarnya. Ada yang berpelukan, ada yang menekup muka dengan buku, menutup telinga pun ada. Tambah menggelikan hati lagi apabila ada dalam kalangan mereka yang menyorok bawah meja. Qarizh ketawa jahat di dalam hati melihatkan reaksi gabra para pelajarnya. Itulah, siapa suruh tidur dalam sesi kuliahnya? Memang mendapatlah semua orang.

Setelah beberapa ketika, suasana yang agak panik tadi beransur reda dan masing-masing mula menunduk pandang ke meja. Garang sangat ke dia? Ah tak kisahlah asalkan budak-budak ni tak tidur dalam kelas.

Dalam sibuk melayani wajah takut para pelajarnya, matanya tertancap pula pada figura gadis kecil molek yang dilihat langsung tidak tergugat dek efek dentuman maha kuat guruh dari speaker dan juga jerkahannya tadi. Siapa lagi kalau perempuan gila si partnernya itu? Dah mati agaknya!

Qarizh menarik nafas panjang lalu mengalihkan pula pandangannya kepada Amirul. Aralyn? Kejap lagi dia akan settlekan minah tu.

"Best tidur ya Amirul, Darin?" sindir Qarizh sambil memandang tepat kepada Amirul dan pelajar di sebelahnya. Muka masing-masing tak payah cakaplah dengan mata merah menyala terpisat-pisat, siap pakej air liur basi lagi meleleh di birai dagu. Sangat tidak senonoh budak berdua ni!

Amirul hanya tersengih bagai kerang busuk manakala kawan di sebelahnya itu senyap tidak berkutik dengan kepala menunduk menekur lantai.

"Apa yang best sangat tengok lantai tu Darin? Pilih sama ada nak pandang saya atau saya tanam awak bawah lantai tu," ujar Qarizh dengan tegas.

Pelajar yang dipanggil Darin itu perlahan-lahan memandang Qarizh tetapi dengan pandangan takut-takut dan tidak berani menentang pandangan tajam bak helang mengintai mangsa itu. Sungguh, aura sejuk beku tambah garang si singa milik profesor muda itu sangatlah membuatkannya berdebar hebat dan perutnya terasa memulas. Hari ini adalah hari malangnya apabila dirinya menjadi target profesor itu!

"Amirul, apa awak akan buat kalau dalam situasi tadi, perogol bersiri tu kejar awak?" tanya Qarizh dengan lantang sambil memerhatikan wajah tersengih-sengih pelajarnya itu walaupun dalam hatinya sekarang mahu saja dia hempuk kepala si Amirul tu dengan mikrofon.

"Prof, saya lelaki jadi dia tak kejar saya. Hehehe..." jawab Amirul sambil menggaru kepala.

"Okey baik. Apa awak akan buat kalau girlfriend awak si Darin tu pula yang kena kejar dek perogol tu?" duga Qarizh sambil tersenyum sinis.

Amirul yang mendengarkan soalan direct maut dari Qarizh terus tidak jadi menguap. Matanya terus menjadi segar bugar lalu dengan penuh semangat, dia berdiri di atas kerusi dengan kaki kanannya diletakkan di atas meja. Dengan pembaris panjang di tangan, dia memandang kepada Qarizh dengan muka penuh serius.

"Prof, kalau saya dapat perogol tu, saya akan cincang dia lumat-lumat, masukkan dalam food processor, leperkan daging dia, lepas tu goreng daging tu macam burger," jerit Amirul dengan mata mencerlung tajam seolah-olah membayangkan dia membuat perkara itu kepada perogol tersebut.

Qarizh bersiul di dalam hati. Boleh tahan brutal pemikiran si Amirul ni!

Darin yang melihatkan kata-kata penuh semangat tetapi kejam yang keluar dari mulut Amirul terus berubah air mukanya. Tekaknya terasa kembang dan perutnya yang sedia memulas terasa semakin memulas dan sebu. Tambah pula, dia sebenarnya baru je melantak dua biji burger daging lembu sebelum masuk ke kelas ni.

"Okey, itu adalah assignment terbaru untuk korang semua. Perhatikan tingkah perogol dan pembunuh bersiri itu, apa yang bakal dia buat, apa persamaan ciri-ciri mangsa dan apa penyelesaian yang korang akan lakukan bagi menangkapnya. Ingat, masa itu emas dan idea korang semua mungkin akan membantu pihak berkuasa untuk menangkap penjenayah itu," kata Qarizh dengan panjang lebar sekali gus memberikan tugasan terbaru untuk para pelajarnya sebelum dia menutup semua file di komputer lalu mencabut pendrive yang berada di port USB.

Qarizh kemudiannya memberikan isyarat agar semua pelajar bergegas keluar dari bilik kuliah itu dengan segera. Kebiasaannya, jika sesi kuliahnya telah tamat, para pelajarnya akan statik di tempat masing-masing dan tidak keluar dari bilik kuliah sebelum dia keluar terlebih dahulu. Itu adalah peraturan yang dia sendiri letakkan kepada semua pelajarnya jika mahu menduduki final exam untuk subjek yang diajarnya. Nampak kejam tapi dia sengaja berbuat demikian kerana dia mahu mengajar pelajar-pelajarnya agar lebih menghormati para guru yang mengajar. Akan tetapi pada hari ini, dia meminta semua pelajarnya keluar terlebih dahulu.

Setelah memastikan semua barangannya disimpan kemas di dalam beg galas, Qarizh menapak ke arah Aralyn yang masih lena diulit mimpi. Sesekali, gadis itu tersenyum-senyum seolah-olah mimpi yang dialaminya itu sangat seronok dan menggembirakan. Dengan senyuman sinis tersungging di bibir, Qarizh menunduk sedikit lalu mendekatkan dirinya kepada Aralyn.

Sedetik. Dua detik.

"Cik Aralyn Awliya binti Prof. Dr. Hisham, tak nak bangun lagi ke?" kata Qarizh dengan suara kuat sengaja dileretkan.

"Hihihi..." ketawa Aralyn dalam tidur.

Qarizh mengangguk-anggukkan kepalanya dengan penuh rasa geram. Tapi tak apa, itu hanya permulaan. Tengok la sekejap lagi apa akan dia buat dengan perempuan gila bernama Aralyn ni.

Bam!

"Aralyn Awliya!" jerkahnya kuat sambil menepuk meja. Habis bergegar meja panjang yang bersambung dengan kerusi itu.

"Hah?"

Dengan mata terkebil-kebil, Aralyn memerhatikan sekeliling lalu tudungnya yang terasa herot diperbetulkan seadanya. Dalam sibuk membetulkan awning tudung yang tiba-tiba terasa berlekuk dan tidak menjadi, matanya tertancap pada aura panas di hadapannya. Berkali-kali dia menggosok mata untuk memastikan adakah dia tidak tersalah tengok.

Bukan ke Prof. Madya Dr. Qarizh Zahwan tu auranya sejuk beku? Tapi kenapa kat depannya ni profesor itu beraura... gunung berapi?

Previous: Bab 3b
Next: Bab 4b

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.