Home Novel Thriller/Aksi Hello, Abang Bodyguard!
Hello, Abang Bodyguard!
Angel
11/5/2020 15:51:47
4,841
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 12b

Rayyan mengambil telefon dari poket seluarnya. "Ya, CEO. Oh...okey, okey, hmm..." dia kembali memasukkan telefon ke dalam poket seluar dan masuk ke bilik kerjanya. Seketika, dia membersihkan diri dan menukar pakaian. Hari ni, dia memilih untuk mengenakan t-shirt putih dan dipadankan dengan seluar jeans hitam.

Jaket hitam yang tergantung di rak baju disarungkan ke tubuh. Wajahnya dibelek di hadapan cermin. Sikat diambil dan rambut dipergayakan mengikut trend anak muda sekarang.

"Perfect!" bisik hatinya sendiri. Dia tersenyum sinis.

"Boss, hensem-hensem gini nak pergi mana?" Grace mengangkat ibu jari.

"Ha, balik pun kau dan Ace," kata Rayyan sambil mengambil kunci kereta BMW i8nya dan dipusing-pusing.

"Mestilah Boss. Kerja dah settle, pandailah kami balik. Betul tak Ace?" Grace nenyiku perut Ren.

"Hmm..ya ya," jawab Ren sambil menjengilkan mata kepada Grace. Grace menjelir lidah kepada Ren.

"Aku nak keluar 'dating' dengan CEO. Korang macam biasa on standby. Oh ye, tengok-tengokkan adik korang tu juga," kata Rayyan sambil memuncungkan mulutnya ke arah bilik Syafiq.

"Kenapa Boss?" Ren pelik.

"Make sure dia tak tidur dalam bilik air. Hahaha," Rayyan ketawa.

Ren dan Grace turut ketawa. Gila betul si Syafiq. Masa mandi pun boleh tertidur kalau dia tak tidur selama 3 hari berturut-turut.

"You lambat Boss..."

Eve memuncungkan bibirnya.

"Cepat dah ni..." Rayyan layankan je rajuk Eve.

"Dah la semalam I kena marah dengan Kak Yong. Padahal I ni bos nombor dua dia tau tak?" kata Eve dengan muka cemberut.

"Kak Yong? Oh ya..." Rayyan menepuk dahi. Lupa pasal Hana.

"I dah cakap kan, jangan gaduh dengan Natalie tu. Tapi CEO tak dengar," Rayyan memulakan bebelannya. Lagak seorang abang kepada adik.

"Natalie tu annoying sangat, tau tak?" Eve menarik muka.

"Ya, tahu. Tapi CEO kena la pandai kawal perasan," kata Rayyan sambil membukakan pintu kereta kepada Eve.

"Assabruminaliman. Sabar itu sebahagian dari iman." sambung Rayyan apabila dia juga masuk ke dalam kereta.

"Hhmm..." Eve menggumam. Akur.

Rayyan tersenyum. Eve ni mudah marah tapi cepat sejuk. Kena gaya pujuk, sekejap je marahnya.

"Jadi, kita nak pergi mana sebenarnya ni?" tanya Rayyan.

"Oh ya. Lupa," Eve mengeluarkan telefonnya dan menunjukkan kepada Rayyan.

"Sekali lagi? Kenapa CEO tak cakap awal-awal?" Rayyan bengang.

"Ala, tak boleh ke?" rengek Eve.

"Astaghfirullahalazim..." Rayyan beristighfar dalam hati. Sabar ajelah.

"Aiskrim ni nampak sedap sangat. Baru je launch tadi. Ala boleh la boleh la..." Eve membuat muka comel.

Rayyan menghentakkan kepalanya ke stering kereta. Perlahan je, tapi cukup untuk membuatkan Eve cuak.

"Boss..."

Rayyan berpaling kepada Eve. Keluhan terbit dari bibirnya. "Sebab CEO ni bos I, I menurut perintah. Okey jom pergi," katanya lalu menghidupkan enjin kereta. Eve di sebelahnya seronok sangat sampai terbuat tarian hula.

"Selain Hades, ni sorang lagi budak 'tak cukup umur' aku kena hadap. Huh..." desis hatinya. Pasrah.

BMW i8 itu kemudiannya menjalar keluar dari lot parkir dan menderum gagah di jalan raya. Sampai di Hunny Bunny Ice Cream, Rayyan memberhentikan kereta dan mengikut Eve beratur membeli aiskrim.

Orang agak ramai dan barisan itu panjang. Manakan tidak, setiap pelanggan yang membeli aiskrim perlu bergambar bersama maskot arnab di ruangan acara pembukaan. Suasana betul-betul meriah dan agak sesak. Kanak-kanak bersama ibu bapa mereka adalah antara pengunjung pada acara pembukaan kedai aiskrim itu.

Cuaca panas lembap Hari ini. Sampai giliran Eve, Eve meminta Rayyan membayar aiskrim itu. Tanpa soal, Rayyan layankan saja. Namun, ketika hendak menghulurkan wang, angin tiba-tiba bertiup kencang menerbangkan duit itu. Rayyan cepat-cepat tunduk mengutip duit.

Ketika dia bangun, dia ternampak satu susuk tubuh yang dikenalinya di seberang jalan. Gadis itu sedang berjalan dan langkahnya agak laju dan takut-takut seperti dikejar sesuatu.

"Hana? Apa dia buat kat sini?" Rayyan dipagut hairan.


Ps: Novel ini juga boleh dibaca di Wattpad: Id: Angel_k20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Angel