Home Novel Thriller/Aksi Hi, Encik Professor!
Hi, Encik Professor!
Angel_k20
29/7/2020 15:09:11
37,262
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 1a

Aralyn mundar mandir di sekeliling pejabatnya dengan penuh resah gelisah. Sesekali, pinggangnya yang ramping bak kerengga itu dicekak kemas. Dia pening macam mana nak hadap client dia lepas ni!

"Mona, seriuslah kau tak dapat info pasal penyerang kat universiti tu? Ya Allah... serius aku takut sekarang ni Mona," kata Aralyn sambil menggigit bibir.

Gadis berkebaya biru yang dipanggil Mona itu hanya diam tidak berkata apa-apa. Jika bosnya Cik Aralyn Awliya dalam keadaan begitu, berdiam diri adalah lebih baik dari membuka mulut.

Iyalah, pemilik agensi penyiasatan The Guardian of Life atau dipanggil G.O.L itu seorang yang sangat pelik perangainya. Masakan tidak, kalau orang lain yang sedang gelisah, ubatnya adalah kata-kata semangat. Tapi bagi seorang Aralyn, kata-kata semangat itu bagaikan racun buatnya!

"Mona..." tekan Aralyn lagi.

"Ya cik," sahut Mona dengan senyuman terpaksa.

Kring... kring...

"Lailahaillallah, bala dah datang Mona!" seru Aralyn dengan gementar.

Deringan telefon pejabat yang menjerit nyaring memaksa Mona menjawab panggilan itu dengan penuh sopan santun.

"Ya, ada apa saya boleh bantu?" jawab Mona dalam tanya.

"Oh, Cik Aralyn. Ya, ya, sekejap," balas Mona lalu menyerahkan gagang telefon kepada Aralyn.

"Helo..." kata Aralyn dengan lembut selembut lidahnya yang tidak bertulang.

"Aralyn Awliya! Mana info yang aku minta kau cari hah? Ni tengok dah berapa hari bulan dah, takkan kau tak dapat lagi info pasal kes pembunuhan pelajar universiti tu?" jerit pemanggil di talian.

Aralyn segera menjauhkan gagang telefon dari telinganya. Boleh pekak telinga dibuatnya jika teruskan juga dengar pekikan dari IGP Karim tu.

"Tuan," Aralyn berjeda mengambil nafas.

"Bagi Aralyn sedikit masa lagi, boleh?" pinta Aralyn lalu sengaja menjauhkan sedikit gagang dari telinganya. Mana tahu kan kalau Ketua Polis Negara tu mahu menjerit sekali lagi di telinganya.

"Kau ni kan, kalau aku tak fikir yang kau berjaya selesaikan banyak kes yang tak dapat polis selesaikan sebelum ni, memang aku takkan berlembut dengan kau," kata IGP Karim sambil mendengus kasar.

"Hehehe..." Aralyn ketawa kecil sambil mengusap peluh yang mula merenik keluar dari dahinya.

Takut yang amat berdepan dengan Ketua Polis Negara, IGP Karim ni!

"Dah, aku bagi masa sebulan lagi untuk selesaikan kes ni. Full stop!" kata IGP Karim lalu menghempas kasar gagang telefon.

Tut.... tut....

Aralyn pandang Mona, Mona pandang Aralyn. Kemudian, kedua-duanya tanpa sepatah menghempaskan diri ke sofa. Stress...

"Macam mana ni Mona? Aku stress... huargg!" Aralyn menekup mukanya dengan bantal sofa.

"Bertabahlah," jawab Mona sepatah lantas dia bangun menuju ke komputernya.

"Aku tengah tunggu info dari Riyad ni. InsyaAllah kejap lagi dia bagi kot, tengoklah. Tadi dia cakap dia dah jumpa mak bapak pelajar yang kena bunuh tu," kata Mona sambil membetulkan cermin matanya.

"Ya ke? Ya Allah alhamdulillah..." Aralyn terasa mahu menangis apabila mendengar kata-kata dari Mona.

Itulah dia Aralyn Awliya. Nama saja bos besar agensi penyiasatan tapi hatinya mudah gelabah. Nasib baiklah orang bawahannya semua boleh diharap.

Mona, wanita klasik yang suka berkebaya itu sangatlah mahir dalam berbicara. Ya, salah seorang peguam terbaik Malaysia tu. Namun, disebabkan suatu kes dia terpaksa meninggalkan kerjayanya sebagai seorang peguam lalu dia bekerja sebagai pembantu peribadi Aralyn di agensi itu.

Sama seperti Mona, Riyad juga terpaksa meninggalkan kerjayanya sebagai jurnalis di syarikat akhbar terkemuka di ibu kota Kuala Lumpur kerana satu insiden yang melibatkan kes yang dikendalikan oleh Mona.

Pendek kata, kedua-dua orang bawahan Aralyn Awliya itu semuanya bernasib malang dalam kerjaya yang gah. Takdir Allah tiada siapa yang tahu, mereka berdua dipertemukan dengan gadis cengeng yang suka menangis tetapi sangat berbakat dalam menyelesaikan kes yang terpencil.

Kreakk!

Bum!

Pintu bilik di tingkat atas bangunan agensi itu dibuka dan dihempas kasar.

"Cik Aralyn, aku dah tau macam mana budak tu kena bunuh," Jacky, ahli forensik yang juga bernasib malang seperti Mona dan Riyad melaung dari tingkat atas.

Aralyn yang sedang menekup muka dengan bantal kecil terus mencampakkan bantal ke lantai.

"Macam mana?" tanya Aralyn dengan teruja lantas dia berlari naik ke tingkat atas.

"Dari analisis yang aku buat, mangsa ditikam dari belakang dengan senjata tajam berkemungkinan pisau buah, kemudian dia dicekik dengan tali tangsi. Tapi, itu bukanlah sebab sebenar kematian mangsa. Cuba Cik tengok gambar ni..." kata Jacky lalu dia menghulurkan gambar mangsa kepada Aralyn.

"Aku sebenarnya tak perasan pun sebelum ni yang pada belakang kepala mangsa, ada satu titik kecil macam kesan cucukan jarum," kata Jacky lagi sambil menunjukkan melalukan kanta pembesar ke atas gambar yang menunjukkan belakang kepala mangsa.

"Iyalah... ada kesan cucukan," kata Aralyn dengan perlahan.

Kesan cucukan itu terselindung dek rambut, jadi kemungkinan untuk orang terlepas pandang kawasan itu amatlah tinggi. Tadi, Jacky meminta bantuan kawannya yang bekerja di hospital yang menempatkan mayat itu di bilik mayat untuk membenarkannya melihat buat kali terakhir mayat mangsa.

"Jadi..." Aralyn berjeda lalu memandang Jacky dengan muka berkerut.

"Strychnine," jawab Jacky dengan tenang.

"Apa tu?" tanya Aralyn lagi dengan muka semakin dikerutkan.

"Ramuan aktif dalam racun tikus dan racun ni tiada penawar. Jika racun ni masuk dalam badan manusia, ia menyerang sistem pernafasan maka matilah orang tu," jawab Jacky.

"Macam mana kau tau mangsa tu mati sebab stry... stryhhc... eh susahlah nak sebut," omelnya Aralyn apabila terbelit lidahnya mahu menyebut nama saintifik racun itu.

"Strychnine," Jacky memberikan sebutan Strychnine dengan kepalanya digeleng-geleng.

"Ha, yelah. Jadi?" Aralyn menuntut penjelasan lagi.

"Ni keputusan bedah siasat dah keluar," kata Jacky lantas menghulurkan sehelai sampul surat.

Aralyn menyambut huluran itu lalu meneliti isi kandungannya dengan penuh minat. Sesekali, kepalanya terangguk-angguk dan dagunya diusap perlahan.

"Cik, aku dah dapat info saksi kejadian pembunuhan di universiti tu!" jerit Mona di tingkat bawah.

"Siapa?" laung Aralyn.

"Profesor Madya Dr. Qarizh Zahwan bin Zainal," laung Mona sama oktaf dengan Aralyn.

"Wow... handsome dowh nama," Aralyn memuncungkan bibir, hampir tersiul jika tidak ditegur oleh Jacky.

"Ehem... Cik," Jacky segera mengingatkan Aralyn agar tidak bersiul. Tahu dek papa gadis itu, mahu diorang semua kena buang kerja.

"Okey, terima kasih Mona," balas Aralyn lalu berlari turun ke bawah.

"Jacky kau tunggu apa lagi? Drive la kereta!" arah Aralyn dengan melaung kepada Jacky di tingkat atas.

"Yelah..." gumam Jacky dengan mata dijulingkan ke atas.

Next: Bab 1b

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.