ANNA POV
AKU yakin dengan beberapa maklumat yang aku korek dari Asp .Aref pasti akan membuat Encik Editor berpuas hati dengan karya aku kali ini . Walaupun, aku terpaksa bersoal jawab tentang kes kematian Rafael .
Pada mulanya, aku agak berat hati untuk memberikan sebarang info .Kerana aku tahu, Aref sudah tentu tahu akan kisahku dengan Rafael .Kami saling mengenali semenjak belajar lagi .
Ya, aku akui memang cara kematian Rafael penuh misteri. Aku juga terpaksa tidak jujur pada Aref dengan menyatakan tidak pernah bersua dengan arwah sebelum terjadinya kes ini . Bukan sebab aku takut ...
Dan juga , bukan sebab aku pembunuhnya ! Percayalah Aref , aku bukan pembunuhnya . Rafael yang mahu membunuhku . Aku tak mungkin mendiamkan diri aja . Rafael terlalu merbahaya ! Rafael mengancam ku ! Aku perlu pertahankan diriku dari menjadi mangsa Rafael .
Aku .....Aku ......Tak sengaja.....Aku cuma mahu menyelamatkan diriku sahaja....
Tiba- tiba, aku terus mengoyakkan senyuman sinis . Aku masih lagi terbayangkan bertapa seksanya Rafael mengakhiri kehidupannya .
Masih segar haruman darah yang mengalir dari tubuhnya itu , kala aku melapah , merobek- robek isi dagingnya yang kenyal itu . Aku juga telah merampas ' hatinya' yang telah menghancur- remukkan hati aku dengan janji- janjinya .
SOMEONE POV
SENYUMANNYA membuatkan aku rasa sedikit nyeri . Ia tak melambangkan kelembutan , malah senyuman itu di penuhi rasa amarah dan dendam yang berapi .
Akibat kecuaianku , kakiku tak sengaja telah menyepak satu botol minuman kaca kosong .Berdenting bunyinya , pecah - berkecai pabila menghempas dinding konkrit dapur, Anna penulis misteri itu .
Aku tertegun .Terpekup mulut sebentar .Mulai berpeluh apabila terdengar seretan kerusi . Aku melilau tak tentu- arah , lalu bergegas berlari ke tiang tempat persembunyian aku dahulu . Aku menjengahkan muka sedikit .
Keriut pintu aku dengar . Aku cuba mengintai sedikit , aku nampak penulis itu keluar sedikit dari dalam dapurnya. Pandang keliling lalu matanya terjunam pada serpihan kaca berwarna hijau .
" Aduh ! " Aku mengaduh , berdentum dahi mencium tiang tersebut kala mahu menyembunyikan muka apabila penulis itu tertoleh ke arahnya.
DUP DAP ! DUP DAP ! Aku terus memegang dada yang bergegar hebat kini . Aku juga menyeka peluh yang terus- terusan mengalir membanjiri kanvas wajah . Berbahang tiba- tiba.
Dahiku berdenyut - denyut bila tersentuh .Tentu ia sudah lebam . Bayangan hitam kian mendekati , aku semakin memipiskan diri dengan melekatkan diri ke dinding . Serekan tapak kasut seseorang semakin aku dengari .
ANNA POV
KACA botol di tanganku kini .Aku yakin ada seseorang di area ini . Naluriku kuat menyatakan ada ancaman di sini.Ancaman yang patut aku hapuskan sebelum sebarang kemungkinan berlaku .
Aku berdiri di hadapan tiang penyambung . Lalu aku arahkan mataku ke jendela ' Dia' . Aku buka langkah , selangkah demi selangkah sambil serpihan kaca kuat aku genggam tanpa aku hiraukan telapak ku yang terhiris berdarah .
Aku cuba menginjakkan kaki ke atas pelantar papan yang sengaja di sediakan . Aku pandang belakang setelah aku dapat merasakan sedang diperhatikan . Aku terus tersenyum lalu aku cuba umpilkan bidai tersebut .
SOMEONE ' S POV
APA yang cuba penulis itu lakukan . Nampak gayanya dia seakan mahu memasuki ke kondoku pula . Apakah niatnya itu ? Apakah dia telah tahu , bahawa selama ini aku memerhatikannya ? Dan ....Dan mahu membunuh ku ?
Ini tak boleh jadi ? Mahu mencari bantuan tapi bagaimana ? Aku terus menyeluk poket saku seluar jeans , rupa- rupanya telefon pintarku di dalam bilik sedang di cas . Aku harus memikirkan cara lain . Aku tertancap pada ' sesuatu' yang di dalam genggamannya. Aku dapat rasakan ia sesuatu yang membahayakan nyawaku jika dia dapat tangkap aku di sini .
Fikir Epoi ! Fikir ! Aku mengetuk- getuk kepalaku .Lagi bertambah denyutannya . Aku terus menyorok kembali apabila penulis itu berpaling dan kembali melangkah ke arah dapurnya .
Keriutan pintu telah melegakan hatiku . Aku menjengahkan kepalaku sedikit keluar dan mengitari keliling . Kosong ! Aku tetap perlahan- lahan menapak keluar dan apabila semakin menghampiri kawasan dapur aku terus berlari .
Mungkin benar telahan abangku itu , penulis itu mengalami masalah jiwa.
" Abang Ejoi, Epoi cuba ya sebaik mungkin..."
ANNA POV
SIAPA kau sebenarnya ? Berkali- kali aku coretkan persoalan tersebut di atas kertas rajang ku . Sambil- sambil itu , aku mengerling ke arah laptop ku . Dan terus halakan pandangan ke arah sebuah topeng putih yang terdampar kaku atas timbunan novel- novel karya aku .
Kemudian aku renung pula waktu yang tertulis di laptop. Telapak tanganku mulai berpeluh kini . Seluruh tubuhku juga mulai berpeluh di temani denyutan kepala tengahku.
Aku memegang dahiku , aku menggelengkan kepala dengan tujuan melegakannya . Tapi tidak akhirnya . Aku mendongak., kacamata aku tanggalkan lalu ketepikan ia . Pandanganku semakin lama semakin berbalam . Lantas aku rebah ke lantai meja .
PEMBURU MALAM
AKU tersenyum di balik topengku sambil bermain gerigi pisau rambo ku . Kini di hadapanku , seorang lagi mangsa tersandar lemah di hadapanku . Sempat juga aku menarikan pisau tajam dan runcing itu ke wajah mulusnya .
Tak aku sangka, aku akan ketemu dengannya lagi . Gadis itulah penyebab aku begini ! kian menderita dan tiada pernah bahagia ! Alasan bodoh , tidak suka akan kerjayaku sebagai alibi mereka berdua.
Ya, memang dia cantik, dia seksi dan dia menawan ! Kerana kelebihan itulah yang akan membawanya ke lembah derita !
" Kau ? "
" Wah , terjaga puteri kita ini ?." Sinisku sambil menarikan lagi pisau tersebut . " Apa yang kau nak dari aku hah ? Apa cuba kau buat ni ? " Soalnya bertubi sambil teronta- ronta ingin melepaskan diri .
Aku koyakkan senyuman dari balik topengku . Aku tegakkan tanganku lalu aku bawakan ke belakangnya , terus aku cengkam rambut lurus dan harumnya itu . Dia terdongak , aku melihat leher jinjangnya dan lurah dendam .
" Sakit ? " Soalku perlahan . Gadis itu tidak menjawab hanya tangisannya sahaja yang menyahut ." Sakit ? " Oktaf aku masih lagi sederhana . Kedegilan gadis itu telah melajukan lagi kadar adrenalinku kini .
" Aku tanya sakit tak ? Jawab lah bodoh ? " Aku sengaja tarik rambutnya ke belakang lagi , biar leher dan lurah dendamnya kelihatan lagi . Anggukannya , menarik kembali senyum sinis ku .
Aku teliti dari wajahnya lalu ke leher jinjangnya dan kini aku menumpukan pusat fokus ku pada dada kirinya .
" Hei , betina kau tak seharusnya ada hati , jika hati kau busuk ! " Sengaja aku tekankan sedikit muncung tajam ke dadanya. Makin kuat lagi tangisannya .
" Menangis sayang ....Menangis ...Menangis lah buat kali terakhir " Aku menyindirnya sambil menepuk pipi itu dengan pisau .
Siren polis tiba- tiba kedengaran kuat seakan ianya tersangat dekat . Aku pandangnya dan....
CHAKK ! Ini untuk sakit hatiku ! Terpancut darah dari dada yang aku tikam dengan pisau ku itu .
" Arghhhh...!" Jeritannya aku kurangkan terus dengan menikam dan menikam !
CHAKKK ! Ini untuk kau yang telah merampas kebahagiaan hidupku ! Dan tikaman kali ini , aku putarkan ke dalamnya sehingga tanganku dapat merasakan denyutan .
Matanya terjegil memandang atas sambil tersandar di dinding bangunan belakang . Aku berpaling , aku dapat melihat ada satu bayangan hitam yang kian membesar di dalam cahaya neon .
Aku bingkas bangun lalu terus berlari dari situ . Tanpa aku sedari ada sesuatu yang terjatuh dari dalam poket belakang seluar jeans hitamku .
ASP.AREF POV
AKU menatap lama kad yang saksi itu hulurkan .
Aku keliru kini ? Mustahil ! Benarkah dia ?