Home Novel Thriller/Aksi PEMBURU MALAM
PEMBURU MALAM
Pemburu Malam
6/11/2017 14:47:37
30,510
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 10

ANNA POV 


      AKU yakin dengan beberapa maklumat yang aku korek dari Asp .Aref pasti akan membuat Encik Editor berpuas hati dengan karya aku kali ini . Walaupun, aku terpaksa bersoal jawab tentang kes kematian Rafael .


      Pada mulanya, aku agak berat hati untuk memberikan sebarang info .Kerana aku tahu, Aref sudah tentu tahu akan kisahku dengan Rafael .Kami saling mengenali semenjak belajar lagi .


       Ya, aku akui memang cara kematian Rafael penuh misteri. Aku juga terpaksa tidak jujur pada Aref dengan menyatakan tidak pernah bersua dengan arwah sebelum terjadinya kes ini . Bukan sebab aku takut ...


       Dan juga , bukan sebab aku  pembunuhnya ! Percayalah Aref , aku bukan pembunuhnya . Rafael yang mahu membunuhku . Aku tak mungkin mendiamkan diri aja . Rafael terlalu merbahaya ! Rafael mengancam ku ! Aku perlu pertahankan diriku dari menjadi mangsa Rafael .

         

       Aku .....Aku ......Tak sengaja.....Aku cuma mahu menyelamatkan diriku sahaja.... 


        Tiba- tiba, aku terus mengoyakkan senyuman sinis . Aku masih lagi terbayangkan bertapa seksanya Rafael mengakhiri kehidupannya .


        Masih segar haruman darah yang mengalir dari tubuhnya itu , kala aku melapah , merobek- robek isi dagingnya yang kenyal itu . Aku juga telah merampas ' hatinya' yang telah menghancur- remukkan hati aku dengan janji- janjinya .

        


SOMEONE POV 


  

      SENYUMANNYA membuatkan aku rasa sedikit nyeri . Ia tak melambangkan kelembutan , malah senyuman itu di penuhi rasa amarah dan dendam yang berapi .


      Akibat kecuaianku , kakiku tak sengaja telah menyepak satu botol minuman kaca kosong .Berdenting bunyinya , pecah - berkecai pabila menghempas dinding konkrit dapur,  Anna penulis misteri itu .


      Aku tertegun .Terpekup mulut sebentar .Mulai berpeluh apabila terdengar seretan kerusi . Aku melilau tak tentu- arah , lalu bergegas berlari ke tiang tempat persembunyian aku dahulu . Aku menjengahkan muka sedikit .


       Keriut pintu aku dengar . Aku cuba mengintai sedikit , aku nampak penulis itu keluar sedikit dari dalam dapurnya. Pandang keliling lalu matanya terjunam pada serpihan kaca berwarna hijau . 


      " Aduh ! " Aku mengaduh , berdentum dahi mencium tiang tersebut kala mahu menyembunyikan muka apabila penulis itu tertoleh ke arahnya.


       DUP DAP ! DUP DAP ! Aku terus memegang dada yang bergegar hebat kini . Aku juga menyeka peluh yang terus- terusan mengalir membanjiri kanvas wajah . Berbahang tiba- tiba.


       Dahiku berdenyut - denyut bila tersentuh .Tentu ia sudah lebam . Bayangan hitam kian mendekati , aku semakin memipiskan diri dengan melekatkan diri ke dinding . Serekan tapak kasut seseorang semakin aku dengari .


ANNA POV 


       KACA botol di tanganku kini .Aku yakin ada seseorang di area ini . Naluriku kuat menyatakan ada ancaman di sini.Ancaman yang patut aku hapuskan sebelum sebarang kemungkinan berlaku .


       Aku berdiri di hadapan tiang penyambung . Lalu aku arahkan mataku ke jendela ' Dia' . Aku buka langkah , selangkah demi selangkah sambil serpihan kaca kuat aku genggam tanpa aku hiraukan telapak ku yang terhiris berdarah .


       Aku cuba menginjakkan kaki ke atas pelantar papan yang sengaja di sediakan . Aku pandang belakang setelah aku dapat merasakan sedang diperhatikan . Aku terus tersenyum lalu aku cuba umpilkan bidai tersebut .


SOMEONE ' S POV 


     APA yang cuba penulis itu lakukan . Nampak gayanya dia seakan mahu memasuki ke kondoku pula . Apakah niatnya itu ? Apakah dia telah tahu , bahawa selama ini aku memerhatikannya ? Dan ....Dan mahu membunuh  ku ? 


     Ini tak boleh jadi ? Mahu mencari bantuan tapi bagaimana ? Aku terus menyeluk poket saku seluar jeans , rupa- rupanya telefon pintarku di dalam bilik sedang di cas . Aku harus memikirkan cara lain . Aku tertancap pada ' sesuatu' yang di dalam genggamannya. Aku dapat rasakan ia sesuatu yang membahayakan nyawaku jika dia dapat tangkap aku di sini .


        Fikir Epoi ! Fikir ! Aku mengetuk- getuk kepalaku .Lagi bertambah denyutannya . Aku terus menyorok kembali apabila penulis itu berpaling dan kembali melangkah ke arah dapurnya . 

         

        Keriutan pintu telah melegakan hatiku . Aku menjengahkan kepalaku sedikit keluar dan mengitari keliling . Kosong ! Aku tetap perlahan- lahan menapak keluar dan apabila semakin menghampiri kawasan dapur aku terus berlari . 


        Mungkin benar telahan abangku itu , penulis itu mengalami masalah jiwa. 


        " Abang Ejoi, Epoi cuba ya sebaik mungkin..." 


ANNA POV 


       SIAPA kau sebenarnya ? Berkali- kali aku coretkan persoalan tersebut di atas kertas rajang ku . Sambil- sambil itu , aku mengerling ke arah laptop ku . Dan terus halakan pandangan ke arah sebuah topeng putih yang terdampar kaku atas timbunan novel- novel karya aku .


       Kemudian aku renung pula waktu yang tertulis di laptop. Telapak tanganku mulai berpeluh kini . Seluruh tubuhku juga mulai berpeluh di temani denyutan kepala tengahku.


       Aku memegang dahiku , aku menggelengkan kepala dengan tujuan melegakannya . Tapi tidak akhirnya . Aku mendongak., kacamata aku tanggalkan lalu ketepikan ia . Pandanganku semakin lama semakin berbalam . Lantas aku rebah ke lantai meja . 


   

PEMBURU MALAM 


      AKU tersenyum di balik topengku sambil bermain gerigi pisau rambo ku . Kini di hadapanku , seorang lagi mangsa tersandar lemah di hadapanku . Sempat juga aku menarikan pisau tajam dan runcing itu ke wajah mulusnya . 


       Tak aku sangka, aku akan ketemu dengannya lagi . Gadis itulah penyebab aku begini ! kian menderita dan tiada pernah bahagia !  Alasan bodoh , tidak suka akan kerjayaku sebagai alibi mereka berdua. 


       Ya, memang dia cantik, dia seksi dan dia menawan ! Kerana kelebihan itulah yang akan membawanya ke lembah derita ! 


      " Kau ? " 


      " Wah , terjaga puteri kita ini ?." Sinisku sambil menarikan lagi pisau tersebut . " Apa yang kau nak dari aku hah ? Apa cuba kau buat ni ? " Soalnya bertubi sambil teronta- ronta ingin melepaskan diri . 


        Aku koyakkan senyuman dari balik topengku . Aku tegakkan tanganku lalu aku bawakan ke belakangnya , terus aku cengkam rambut lurus dan harumnya itu . Dia terdongak , aku melihat leher jinjangnya dan lurah dendam . 


         " Sakit ? " Soalku perlahan . Gadis itu tidak menjawab hanya tangisannya sahaja yang menyahut ." Sakit ? " Oktaf aku masih lagi sederhana . Kedegilan gadis itu telah melajukan lagi kadar adrenalinku kini .


       " Aku tanya sakit tak ? Jawab lah bodoh ? "  Aku sengaja tarik rambutnya ke belakang lagi , biar leher dan lurah dendamnya kelihatan lagi . Anggukannya , menarik kembali senyum sinis ku .


       Aku teliti dari wajahnya lalu ke leher jinjangnya dan kini aku menumpukan pusat fokus ku pada dada kirinya . 


       " Hei , betina kau tak seharusnya ada hati , jika hati kau busuk ! " Sengaja aku tekankan sedikit muncung tajam ke dadanya. Makin kuat lagi tangisannya . 


       " Menangis sayang ....Menangis ...Menangis lah buat kali terakhir "  Aku menyindirnya sambil menepuk pipi itu dengan pisau . 


       Siren polis tiba- tiba kedengaran kuat seakan ianya tersangat dekat . Aku pandangnya dan....


       CHAKK ! Ini untuk sakit hatiku ! Terpancut darah dari dada yang aku tikam dengan pisau ku itu .


       " Arghhhh...!" Jeritannya aku kurangkan terus dengan menikam dan menikam ! 


        CHAKKK ! Ini untuk kau yang telah merampas kebahagiaan hidupku ! Dan tikaman kali ini , aku putarkan ke dalamnya sehingga tanganku dapat merasakan denyutan .


         Matanya terjegil memandang atas sambil tersandar di dinding bangunan belakang . Aku berpaling , aku dapat melihat ada satu bayangan hitam yang kian membesar di dalam cahaya neon . 


         Aku bingkas bangun lalu terus berlari dari situ . Tanpa aku sedari ada sesuatu yang terjatuh dari dalam poket belakang seluar jeans hitamku . 


ASP.AREF POV 


       AKU menatap lama kad yang saksi itu hulurkan . 


       Aku keliru kini ? Mustahil ! Benarkah dia ? 


Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.