Bab 5

Alang-alang sudah petang, kami perlu mencari kawasan yang strategik. Kawasan yang lapang berdekatan dengan muara sungai adalah tempat yang baik untuk mendapatkan sumber makanan. Sudah jauh perjalanan kami daripada kampung Hutan Mati. Kami mendirikan khemah, membuat unggun api dan menggunakan makanan tin untuk memasak. Aku mendekati Luna yang tengah berada di muara sungai yang sedang membasuh mukanya.

“Luna sebernanya apa objektif kita masuk hutan ni.” Aku nak tahu apa yang dia nak buat. 

“Macam mana kalau aku tak nak jawab.” Aku menenungnya kerana merasakan gurauannya tak menjadi.

“Kau pergi sendiri.”

“Oklah aku cerita. Sebenarnya ada kes kelibatan manusia dalam hutan ni. Agensi aku ada cakap yang benda ni ada kaitan dengan sindiket pengguna ilmu hitam.

“Kau dengar daripada siapa pula tu.” Dia menuding ke arah Mimi. Jangan kata dia ada kaitan dengan agensi yang Luna cakap.

“Hahaha…Kau tak tahu satu perkara lagi daripada kawan kau. Aku ialah pasukan elit agensi perkara-perkara aneh.” Patutlah kawan aku banyak yang pelik.

“Tapi untuk apa semua itu. Tempat ini bahaya dan mengapa kau nak sangat masuk sini. Tidak ada orang yang pernah masuk sini dan dapat keluar dengan selamat.”

“Salah, sebenarnya ada orang yang berjaya masuk dan dapat keluar dengan selamat.” Aku bertambah keliru.” Orang tu kau Han.” Oh, ya tak ya juga.

“So, kalau aku yang berjaya keluar korang berdua macam mana pula.” Mereka memandang antara satu sama lain sambil tersenyum.

“Kau tahu tak tentang manusia dengan enam deria.” Aku mengangguk.” Sebenarnya ada satu lagi jenis manusia yang mempunyai kebolehan seperti manusia 6 deria tetapi lain sikit ianya digelar manusia sindrom. Kebolehan manusia 6 deria akan bangkit apabila mereka sampai umur tertentu. Untuk kes lagi satu pula kebolehan mereka akan bangkit apabila ada tragedi yang mereka tak diingini berlaku di hadapan mata mereka sehinggakan mereka menjadi trauma dengan benda tu.” Panjang betul Mimi terang. 

“Sindrom tu bukan yang kita belajar dalam subjek Biologi ke. Tak salah aku penambahan dan kekurangan kromosom yang menyebabkan sindrom berlaku.”

“Ish kau ni masih tak faham. Senang kata kau pergi jumpa nenek kaulah. Dia ada sindrom. Kebolehan nampak masa depan nenek kau datang daripada penduduk kampung yang sering meminta perkhidmatan kaunseling nenek kau sampai nak kena rogollah. Itu waktu muda dulu. Silap pula bagi tahu kau.” Luna tahu mana pula tentang benda ni.Jangan kata nenek tak pernah bagi tahu aku.

Otak aku cuba untuk menghadam kata-katanya yang agak pelik. Sebenarnya dari planet mana budak ini datang? Harap-harap bukanlah Pluto. Bagaimana dia boleh tahu rahsia yang keluarga aku simpan selama ini? Mesti ada klue di sebalik tabir semua ini

“Ha. Menganjinglah itu.” Mimi pula datang dan bertanya. “Hah! Anjing mana-mana? Hati-hati tau.”

“Mimi mana ada anjinglah. Itukan perkataan trend untuk mengutuk orang.” Mimi menggaru kepalanya tanda masih lagi tak faham. “Erti kata saya berkata sesuatu tak baik kepada kau. Itulah menganjing.

“Tapi bukan ke yang itu adalah kata belakang dan tak baik tu. Apa kata kita selesaikan dengan cara lelaki.” Sebenarnya sedarlah sikit yang kau itu perempuan dan aku ni adalah lelaki. Aku hanya boleh menggeleng kepala aku dan cuba untuk menenangkannya sahaja

“Mimi, bukan itu maksud aku. Apa yang aku cakap tadi hanyalah contoh. Bukan perkara sebenarpun.

“Aku tahulah saja buat tak tahu. Tadi aku dengar yang Luna kata kat kau menganjing dia. Betul ke?” Mimi kelihatan teruja. “Apa yang kau menganjing dia sebenarnya.

“Kau nak tahu ke? Sebenarnya aku menganjing dia yang dia datang dari planet mana.

“Aku rasa dia datang dari planet Pluto.”

“Ish. Biar betul kau, aku rasa planet Musytari kot?”

“Hmm… Boleh jadi. Tapi puchline tu tak sampailah.”

Asyik kami rancak menganjing Luna. Luna melepaskan dua das tembakannya ke udara. Menyebabkan kami berdua tersentak akan perkara tersebut.

“Sudah-sudahlah menganjing aku ni. Lekas kita siapkan makanan. Lagipun 

“Eh, sebelum itu makanan nak masak ada ke tidak.” Luna menanyakan soalan tersebut kepada kami.   

“Jangan tanya soalan macam itu kat aku. Kita dah bincangkan siapa nak bawa apa. Bukan kau ke yang bawa Luna. Tanya Mimi mesti dia ada bawa makanan.” Mimi memandang aku.

“Hah! Apa yang kau harap kan dengan aku.” Mimi kelihatan terkejut.

“Mimi jangan kata kau tak bawa sebab...” Luna kelihatan cemas.

“Hihihi…Jangan risau ini hanya perkara biasa. Mestilah aku akan bawa.” Mimi mengeluarkan sesuatu dari begnya. Harapan bersinar-sinar di situ.

Tarikan pertama plastik makanan kosong, tarikan kedua plastik kosong makanan dan tarikan seterusnya juga benda yang sama. Hinggalah tarikan terakhir iaitu satu pek mi segera dan tiada lagi selepas itu. Aku kasihan satu tin sardin dan sebuku roti aku keluarkan daripada beg aku

“OK lah tu ada juga. Daripada tak ada.” Luna kelihatan bersyukur

“Ya. Luna sebelum itu, apa yang ada dalam beg kau itu. Nampak besar aja aku tengok dari tadi. Takkan tak bawa langsung makanan kot.” Aku hairan.

Mungkin perkara ini tak sepatutnya aku lakukan tetapi apa yang dia bawa. Terasa begnya sungguh berat. Aku menarik zip beg besarnya dan mendapati bahawa dalam beg tersebut barangnya tersusun rapat. Paling mengejutkan ada peluru pistol dan grenad. Bahkan ada banyak ubat gigi tetapi pelbagai perisa

“Luna apa ini.” Aku memanggilnya.

“Apa yang kau buat dengan grenade aku tu.” Luna terus mengambil grenade yang dipegang aku dan simpan kembali. “kau tahu tak makanan yang angkasawan selalu guna.” Aku mengangguk. “Ini sebenarnya makanan.” Dia mengambil ubat gigi yang ada perisa sup ayam

Aku mula terkejut. Luna cuba makan ubat gigi tersebut.

 “Nyum… Sedapnya.Aku rasa kau patut cuba.” Dia mempelawa aku dengan memberi lagi satu ubat gigi perisa oren daripada begnya. Jadi selama dia pergi camping dia mesti bawa makanan ni. Cepat siap.

“Hmm… Boleh tahan juga. Bagaimana kau buat.” Tak tahu pula yang makanan angkasawan sedap macam ini.

“DIY lah apa lagi. Kan aku dah cakap benda ini adalah makanan. Mengapa susah sangat kau nak percaya.”

Haripun makin gelap. Kami berada di keliling uggun api berbual-bual macam orang camping selalu buat. Cerita benda pelik. Macam biasa untuk orang tak biasa. Itu sebenarnya bukan untuk Luna. Luna dan Mimi berada dalam khemah. Sementara aku berada di luar berjaga. Lagi 2 jam aku kena gerakkan Luna lepas tu Mimi. Aku check telefon yang menunjukkan waktu sekarang pukul 10 malam. Malangnya siapa yang mengharapkan waktu sekarang nampak benda-benda pelik. Inikan babipun tak nampak lagi. Mujurlah bertemankan unggun api ini, aku tak kesepian.

Saatku melihat sekeliling untuk menggerakkan Luna bagi menukar giliran. Suatu lembaga berbentuk wanita cantik yang berusia 20-an muncul di hadapan aku. Aku sedar yang matanya berwarna merah, berpakaian putih, mempunyai perhiasan bunga pada bahagian rambut yang berikal mayang. Dia menghulurkan tangan. Aku kelu.

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh