Bab 1

Sejak 10 tahun yamg lalu, kes kehilangan orang masih tak dapat diselesaikan lagi. Hal ini dikaitkan pula dengan kes kehilangan pasukan pengakap sekolah rendah Sekolah Kebangsaan Kepala Tiga yang mengejutkan di mana seramai 30 orang pelajar termasuk guru pengikut juga turut menghilang.

Para penyelidik ada membahaskan bahawa tempat tersebut seperti segi tiga BERMUDA yang kedua, iaitu terikat dengan daya magnetik yang kuat. Bukan itu sahaja, penduduk di situ juga ada menyatakan penampakan makhluk aneh yang dikatakan dongeng wujud di tempat tersebut. Sesiapa yang memasuki ke dalam kawasan tersebut maka penamatnya sesatlah mereka di sana selamanya.

Namun begitu, ada yang tidak mempercayai perkara tersebut dan ada yang turut membahaskan bahawa perkara tersebut karut sahaja. Jadi, mereka menghantarkan pasukan khas untuk mengkaji tempat tersebut. Malang sekali, pasukan khas tersebut juga sehingga sekarang tidak dapat keluar-keluar dan tiada info dari kumpulan tersebut.

Sekarang tempat tersebut dijadikan sebagai kawasan larangan yang sangat berbahaya. Bukan itu sahaja, bahkan kisah kawasan tersebut menjadi misteri sehingga kini dan orang-orang kampung juga diminta untuk menjauhkan diri daripada kawasan tersebut. Tempat tersebut sekarang dikenali sebagai Hutan Berliku Penamat ataupun dalam bahasa Inggeris ‘maze end forest’. Sekian terima kasih.


**********************************************************************************************************************************************************


Dengan itu pembentangan Mimi pun selesai. Semua pelajar dalam kelas memberikan tepukan yang gemuruh, walaupun ada yang baharu sahaja terjaga daripada tidur juga turut memberi tepukan disebabkan bunyi tepukan yang kuat itu. Kisahnya agak fiksyen, agaknya daripada buku cerita mana yang dia baca. Apabila waktu kelas Bahasa Malaysia pun tamat, waktu rehat pula silih berganti.

Sebelum itu, disebabkan pelajar kelas kami yang terlalu sibuk untuk mencapai kecemerlangan susunan meja sentiasa berada dalam kedudukan menjawab peperiksaan. Aku memanggil seorang gadis yang anak matanya bermata biru yang berada di hadapan tempat dudukku. Aku menggoncang kerusinya yang berada di hadapan aku sehinggalah menyebabkan dia tidak jadi untuk tidur.

“Eh,dari mana kau tahu kisah pelik macam ini! Kau bersubahat ke?” aku bergurau dengannya walaupun mukanya menunjukkan kerut muka yang agak frust bila tengok aku. Sememangnya, bukan salah akupun nak kejutkan orang daripada tidur pada waktu rehat. 

“Ish, mana adalah kau ni. Waktu tu aku jadi rajin pula nak baca blog tentang perkara-perkara misteri yang ada di dunia ni. Kebetulan pula ada antaranya di negara kita dan berdekatan dengan pulau di bahagian Asia kita.” Mujurlah dia tak mengamuk malah dia lagi gembira.

“Jadi, kau agak apa yang kau baca tu hundred percent betullah.” Dia terkedu seketika sambil melihatku. Kemudian satu tumbukan hinggap pada bahu kanan aku. Baru saja aku kata dah kena.

“Hahaha. Kau ni lawaklah. Inikan Shamimi the best data broker of the world. Semua maklumat yang aku dapat confirmlah sahih belaka. Aku kan join dengan banyak secret society jadi maklumat tu memang petik jari saja terus dapat.” Aku tak sangka aku kawan dengan budak ni daripada kecil lagi.

“Tunggu, banyak secret society? Jangan kata kau join dark web sekali.” Harap-haraplah tidak.

“Ish, aku tak join mereka. Mereka yang join aku. Kan kau yang recommmend kat aku kalau nak lagi style bagi geng dark web join aku.”

“Kau ni biar betik. Ops, silap biar betul.” Sioman ke tak kawan aku ni. Macam mana aku boleh recommend benda tu dekat dia. Aku menggaru-garu kepala yang tak terasa gatal. Mungkin tabiat bila stres dengan orang lain kot.

“Kau nak tahu tak macam mana mereka boleh join aku,” aku nak tahu tapi. “Tak payahlah rahsia orang.”

“Rahsia orang apa namanya. Kau dah kata rahsia kau kat aku tadi itu apa gunanya. Kau tak kesian ke kat kawan kau ni?”

“Yalah yalah. Kau saja aku bagi tahu. Sebenarnya aku recommend tempat yang best kat diorang sampai 18 kali tak jadi tapi kali yang 19 baru jadi.” Aku tak tahulah kenapa, tetapi dengar ayat tu membuatkan aku ketawa sebab ingat isu yang viral baru-baru ini.

Asyik kami tengah rancak berbual, ada seorang perempuan yang boleh dikatakan popular itu datang menyertai kami. Sekarang menjadi dua perempuan dan satu lelaki.

“Hey, korang berdua nak join tak ekspedisi aku untuk kali ini. Kalau ikut aku dapat skip kelas minggu depan. Ini peluang seumur hidup sekali sahaja, boleh rasa untuk mereka yang berani seperti awak.” Dia memandang pada arah Shamimi atau nama singkatan Mimi, gadis yang aku tengah sembang.

Aku rasa mesti dia ajak Mimi tapi apasal ayat dia tadi korang berdua. Jangan kata dia tahu personaliti Mimi. Aku perlu pastikan kenyataan tersebut.

“Dora kau ajak siapa ni?” Aku memandangnya yang menunjukkan reaksi keliru.

“Ehemm. Sebelum tu nama aku Arluna the best explorer of the world. Dan of course lah aku ajak korang berdua siapa lagi orang kedua ada kat sini selain kau.” Baru aku faham.

“Oh, tapi bukan ke bunyinya nak dekat sama macam Dora the explorer ke?” Dia terkedu seketika apabila sedemikian. “Janganlah ambil hati, by the way kau nak ajak kami pergi mana.”

“Kau ni kan.” Bunyinya agak marah. Kemudian Mimi menyapu belakang bahunya. Dia kembali tenang. Kemudian satu tumbukan daripada Mimi hinggap pada bahu kiriku pula. Sakitnya tak boleh bawa bincang lagi rasa macam kena dengan peninju dunia. Sebenarnya Mimi memang peninju dunia bagi kategori wanita. Dulu dia ada minta untuk masukkan dalam kategori lelaki tetapi ditolak.

“Aku nak ajak korang pergi masuk hutan saja.” Luna iaitu nama singkatan bagi Arluna memberitahu kami.” Kalau nak join bagi tahu kat aku. Aku nak cerita dekat pengetua ni. Satu lagi tolong prepare mental.” Mimi kelihatan teruja.

“Nak join nak join.”

“Baiklah, korang berdua kan.” Aku menggeleng tapi apabila Mimi melihatku akupun mengangguk. Entah kenapalah aku jadi takut dengan perempuan ni. Mungkin sebab dia Mimi kot.

“Baiklah keputusan dah muktamad sila tulis nama dan IC dekat kertas ni. Insurans tak termasuk ye.” Dia ketawa sedikit. Mimi menulis dahulu diikuti aku. “Make sure korang pack barang esok sebab lusa dah nak bertolak.” Kemudian dia terus keluar dari kelas sedangkan waktu rehat dah nak habis. Mungkin dia nak skip kelas lagi kot.

“Mimi, sebernanya apa yang kau buat?”

“Menulis semua kelengkapan untuk bawa.”

“Kau rasa mak kau bagi tak kau join. Setahu aku bukan mak kau tak bagi ke kau ikut serta dalam aktiviti outdoor ni.”

“Excuse me, of courselah mak aku tak bagi kecuali aku keluar ada pengawasan. Aku rasa boleh pergipun sebab ada kau. Kalau kau tak ikut matlamatnya bye-byelah. Lagipun apa boleh buat inikan tahun terakhir kita.”

Tak tahulah aku nak cakap apa dengan budak ini lagi. Sangat pandai dalam melakukan pelbagai helah walaupun kurang matang. Tak salah aku dia boleh menggunakan otak lebih daripada manusia biasa. Terharu pula aku. Kamus aku hempukkan pada tangannya yang dia letakkan pada mejaku.

“Aduh, sakitlah kau! Kau ni dah kenapa?” Aku mengangkat kamus dan meletakkan di tepi mejaku.

“Maksudnya kau tak boleh pergi mana-mana kalau aku tak ikut.” Dia mengangguk jadi kelemahannya adalah aku dan kelemahan aku adalah dia.

Pada masa yang sama, ketua kelas bangun daripada tempat duduknya dan ingin membuat mesyuarat kelas bagi lawatan kelas untuk minggu hadapan di pulau perhentian dengan harga yang murah. Nampaknya ada dua lawatan dalam satu minggu.

“Mimi, aku nak pergi lawatan kelas kau ikutlah Luna.”

Tiba-tiba, suasana menjadi senyap dan keadaan atmosfera menjadi tegang. Aku dapat rasakan sesuatu yang berbahaya mendekati. Adakah perkara yang sama akan berulang untuk kali ini. Adakah sejarah akan berulang lagi. Untuk seketika, keadaan menjadi tenang kembali apabila kelas sedang bermesyuarat untuk pergi lawatan

Apabila ketua kelas memanggil ahli jawatankuasa kelas ke hadapan.

Tiba-tiba, Mimi bangun dan menerjah ke arah aku dari tempat duduknya di hadapan aku. Dia berbisik sesuatu pada telinga aku.

“Psss… Jangan pergi lawatan kelas.”

Terus dia menumbuk kuat pada kepala aku. Kesan daripada tumbukan tersebut memberikan impak yang kuat pada leherku menyebabkan aku pengsan dengan serta merta. Jadi inilah dipanggil K.O.

Kemudian aku merasakan bahawa badan aku digendong oleh seseorang yang mempunyai tubuh badan yang kecil sepertinya perempuan. Harap-harap bukanlah dia. Tiba-tiba, aku teringat kembali akan tragedi ngeri dari masa silam.


**********************************************************************************************************************************************************


“Hey! Bangun.” Satu tamparan hinggap pada pipiku. “Dengar tak ini. Jangan lupa cari kami.” suara perempuan dan lelaki mula ku dengar.

Suara ini mengingatkan aku akan dua rakan aku yang hilang pada tragedi 2009 dulu. Dan tak syak lagi mereka berdua kembali apabila aku dapat melihat mereka berdua di hadapanku. Seorang lelaki bernama Eddie dan seorang perempuan bernama Kashima. Mata mereka berwarna putih dan mereka membesar lagi-lagi Kashima. Bukan itu sahaja, telinga mereka jadi capang entah kenapa pula. Jangan kata mereka dah jadi toyol dan nak bagi aku jadi toyol juga.

“Tidak…” Aku menjerit sedikit. Mereka berdua memandangku pelik.

“Engkau ni dah jadi buang tabiat ke apa. Ini kamilah, takkanlah tak ingat.”

“Eh, engkau berdua bukan dah mati ke. Tapi apasal sekarang sudah jadi toyol?”

“Toyol apa bendanya ini side effect apabila tinggal dalam dunia bunianlah apa lagi.” Kashima bersuara.

“Oh, aku tak faham. Jadi sebab apa kau jumpa aku masa ini dan di mana aku sekarang.”

“Tak apa nanti kau akan faham. Sebenarnya kami nak cakap banyak-banyak penghargaan kepada kau dan pergi Matilah Farhan.” Eddie tak menjawab soalan aku.

“Hey kau ini kalau hidup apasal tak update status kau? Sekarang dunia di hujung jarilah. Sekurang-kurangya telefonlah aku awal-awal risau aku dibuatnya.”

“Sini tak ada line. Sorrylah. Eh, suka hati akulah! Yang sebenarnya kami tak boleh keluar daripada duniani sebab kami tak ingat jalan balik. Tapi, biarlah sementara ada waktu lagi ini. Aku nak bagi peringatan sahaja untuk dua menjak ini kampung menjadi lebih bahaya daripada sebelum ini. Kalau boleh jangan datang tau. Aku rasa benda tu tengah cari kau sekarang, tak tahulah siapa yang bangkitkan dia. Kau jangan banyak tanya dan dengar arahan aku. Lagipun semua ini dalam fikiran kau saja.” Sejurus Eddie bersuara mereka berdua terus hilang daripada pandangan.

“Tunggulah aku tak sempat nak tanya kau soalan killer lagi janganlah cakap bye saja. Macam mana nak keluar daripada tempat ini.”

Kemudian aku ternampak sepucuk surat yang sengaja mereka jatuhkan tadi dan membuka sampulnya. Apabila aku membaca pada ayat terakhir daripada surat tersebut barulah aku faham yang aku tak faham. Tak guna aku tak faham tulisan apa ni. Lagipun apa maksud dia.

Previous: Prolog
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh