Bab 4

Hujan mula membasahi bumi

Bumi telah menjadi subur

Di balik kesuburan adanya parasit

Memakan hasil usaha yang baik


Aku mula sedar apabila alunan puisi tersebut telah tamat. Bangkit sahaja aku telah berada di sebuah bilik dalam sebuah rumah kampung. Aku bergegas untuk mencari mereka. Firasat aku mengatakan yang mereka berada dalam rumah ni tetapi perutku pula mengatakan lebih baik cari tandas dulu. Aku bergegas ke dapur dan menemui seorang wanita tua lingkungan usia 70-an.

“Haa. Nampaknya kamu sedar juga akhirnya. Mari kita makan dulu alang-alang makanan baru sahaja masak.” Aku tak layan tetapi pergi ke tandas ialah objektif utama.

Untuk seketika aku baru sedar yang rumah ini ada kaitan dengan memori silam aku. Apabila keluar daripada tandas, aku menganggap yang semua itu hanyalah dejavu. Aku perasan yang rumah ini taklah macam rumah kampung sangat sebabnya ada beberapa sahaja struktur kayu yang selebihnya batu-bata. Tandas juga nampak elok.

“Haisy. Apa kamu tercegat lagi dekat situ, lekas duduk sementara makanan masih panas.”

Terkedu aku apabila melihat Mimi dan Luna menolong wanita tua itu memasak. Aku baru perasan yang rumah ni dan wanita tua itu ada dalam memori silam 10 tahun lalu. Bukan itu sahaja, infrastruktur rumah ini juga agak sama dengan infrastruktur rumah orang-orang tua aku. Otak aku tak boleh nak menginterpret data dan mungkin boleh membawa kepada masalah imaginasi yang melampau.

Dalam fikiran aku wanita tua ini mungkin kenal ibu dan ayahku. Aku mahu tahu agaknya siapa wanita tua itu. Mengapa aku rasa yang aku sudah mengenalinya sudah lama. Ibu dan ayah ada kata yang nenek dan datukku masih hidup. Setakat ini itu sahaja yang aku tahu dan mereka tinggal di Kampung Hutan Liku Tamat.

“Warghhh… Aku nak makan otak kau.” Tiba-tiba, Mimi datang menerpa aku dari belakang.

“Janganlah makan otak aku. Makanlah otak kawan Imi.”

“Tak boleh otak dia tak sedap.”

“Hmm. Kalau macam itu makanlah ini. Buka mulut lekas.”

Apabila Mimi membuka mulutnya, dengan segera aku memasukkan makanan yang dipanggil otak-otak ke dalam mulutnya.

“Apa ini.”

“Makanlah, itu otak-otak sedap tau.”

“Oh, jadi inilah rasa otak.” Tak boleh nak buat apa layan sajalah.

“Ya. Sedapkan makanlah ada banyak lagi kat atas meja ini.”

Dengan lajunya, Mimi segera mengambil makanan tersebut. Aku rasakan aku seperti lupa akan sesuatu. Oh, wanita tua itu! Nampaknya terpaksalah aku melayangkan kad pertanyaan kepadanya sekarang. Perutku sekali lagi bergeroncong. Mungkin lepas makan baru aku patut tanya. Sekarang rezeki ada di depan mata jangan ditolak.

Usai makan malam, aku mengambil tugasan untuk mencuci semua pinggan dan mengemas dapur sementara dua budak itu berehat untuk ekspedisi esok hari. Mengapa aku jadi rajinpun aku tak tahu. Alang-alang, masa masih ada aku mula melayangkan soalan kepada wanita tersebut.

“Erm, Nenek. Saya rasa saya pernah nampak nenek sebelum ni. Tapi di mana saya tak ingatlah. Nenek ni siapa dan saya nak tahu.Mungkin ada kaitan dengan memori lama saya.”

“Kamu rasa nenek ni siapa. Cubalah buka mata kamu luas-luas dan luaskan pintu dalam hati dan otak kamu yang saya ini adalah nenek kamu.” Aku kelu.

“Mustahil. Nenek saya tinggal di kampung Hutan Liku Tamat ni kampung…” kampung apa. “Mimi, minta tolong.”

“Ni kampung Hutan Liku Tamat.”

“Ya. kampung Hutan Liku Tamat. Macam mana nenek saya boleh ada di kampung Hutan Liku Tamat pula setahu saya yang kampung Hutan Liku Tamat ialah pusat kepada kampung bunian.” Memoriku apa yang dah jadi. Apakah Memoriku datang kembali. Tapi bagaimana?

“Kau tahu mana pasal benda ni.” Mimi teruja dengan pernyataanku.

“Entahlah, aku rasa ni mesti memori lama aku kot.”

“Kamu perlu tahu yang datuk kamu bukan seperti manusia biasa.” Aku masih lagi tak faham. “Kamu mesti nak tahu banyak tetapi kalau sejarah kampung ni tak payahlah tak pentingpun kamu tahu.” Jadi memang betullah ni nenek aku.

“Saya nak tahu tentang satu perkara saja tentang kejadian 10 tahun yang lalu apa yang dah jadi kepada saya.”

“Lebih baik tak payah. Nanti kamu menderita.”

“Saya dah menderita sekarang sebab nak tahu banyak tentang memori saya.”

“Sebenarnya nenek masuk ke hutan tu untuk cari kamu. Itu saja nenek boleh bagi tahu kamu selebihnya kamu dah tahu.”

“Macam mana saya boleh selamatpun saya tak tahu. Takkanlah nenek selamatkan saya. Tapi takkanlah orang bunian nak beri jalan keluar kat saya. Jangan kata bila boleh keluar sahaja saya jumpa nenek. Lepas tu nenek bawa saya balik rumah. Lepas tu nenek suruh mak dan ayah bawa saya ke bandar. Bila sedar sahaja yang saya sudah amnesia. Tapi benda tu tak logik. Ceritalah perkara sebenar kepada saya.”

“Maaflah tapi tak boleh.”

“Mengapa?”

“Sebab realiti lagi tak logik daripada yang kamu sangkakan. Nenek tak nafikan apa yang kamu katakana itu salah. Ada juga yang benar dan ada juga bukan fakta. Maaf tapi buat masa sekarang anggaplah kamu akan dapat memori kamu amnesia tu nanti. Apa tujuan kamu ke sini dengan bawa dua orang awek kamu. Nak perkenalkan kat nenek ke?”

“Nak saya perkenalkan ke?”

“Negatif 1000 markah kepada kamu.Nenek tahu awal lagi yang kamu akan datang sini dan nama mereka nenek tahu awal lagi.”Nenek menghampiri dan mengusap rambutku sambil memicit di beberapa tempat.

“Nenek buat apa kat saya.”

“Oh, nenek betulkan urat saraf kepala kamu. Kembalikan balik memori kamu dengan tekan saraf memori di otak kamu. Selalunya manusia biasa tak boleh, mereka yang mempunyai Trauma saja yang boleh.” Untuk seketika aku dapat rasakan yang memoriku beransur kembali.

Nenek aku ini mempunyai kelebihan melihat masa depan. Kelebihan ini bukannya kelebihan tetapi Trauma.Ya. Bagi kita inilah yang hebat ada kelebihan yang tak ada pada orang lain ada. Itu pada kita tapi bukan pada mereka yang ada kebolehan macam ini. Mereka menganggap perkara tersebut adalah sumpahan bagi mereka. Dilayan dengan hina sejak kecil kerana menganggap mengguna ilmu hitam. Bila dewasa pula, ramai orang perlukan untuk melihat masa depan mereka dalam sesuatu yang jahat.

“Nenek rasanya kamu patut tidur dulu alang-alang nenek sudah tahu.”

“Han, kamu nak kena rotan ke cepat pergi solat.”

Alamak sudah berapa hari aku tak solat. Aku koma baru beberapa jam. Jadi aku kena ganti waktu sebelum ini sudahlah.

Keesokannya, kami memulakan perjalanan pada waktu pagi selepas Subuh. Sebelum meninggalkan rumah nenek, nenek memberikan sesuatu kepada aku. Buku nota kecil bersaiz poket. Aku malas nak tengok apa isi dalam buku tersebut. Mungkin lain kali. Maklumlah aku bukan ulat.

“Buku ni untuk apa ni nenek.” Aku tertanya-tanya.

“Buku tu untuk bagi semangat sahaja, mungkin. Kalau tak pun tulislah untuk menceritakan pengalaman kamu masa di sana. Mungkin kamu takkan ingat bila boleh keluar daripada tempat tu. Jadi jagalah buku itu macam nyawa kamu sendiri. ”Habis sahaja kami terus memulakan perjalanan pada awal pagi.

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh