Bab 14

Pisau yang tumpul

Sia-sia digunakan 

Sekiranya tidak diasah

Setelah semua ahli JKK datang, mesyuaratpun dimulakan di rumah ketua kampung. Memang tak syak lagi kebanyakan orang di sini mempunyai jenis haiwan yang berlainan. Ada yang berupa singa, harimau dan rusa.

“Hari ini saya panggil kamu semua sebab nak minta undi.”

“Undi apa?” JKK berupa rusa mula bertanya.

“Kita akan buat undian untuk budak ini.” Aku membuka hoodie dan menunjukkan diri di khalayak ramai.

“HAH!” Semua kelihatan terkejut.

“Apa yang kita patut buat. Ahli sihir tak bagi kita simpan manusia yang belum disumpah. Kalau mereka tahu habislah kita.” JKK berupa singa pula risau.

“Bertenang. Bertenang semua. Sebab itulah saya ajak bermesyuarat.”

“Untuk apa?” Sekarang JKK berupa serigala pula bertanya.

“Ini untuk merungkaikan sumpahan kita sekampung.”

“Tapi bagaimana?” Harimau pula bertanya.

“Inilah harapan kita.”

“Tapi dia kan budak. Bukan daripada keturunan yang terkutuk pun.” Singa berkata.

“Bagaimana awak tahu yang dia bukan daripada keturunan yang terkutuk.” Singa menggeleng kepalanya.

“Tok ketua takkan percaya dengan kisah urban legend tu kot? Mengarutlah.” Rusa berkata.

“Kamu ada pilihan lain lagi ka?” Rusa menggeleng. “Kalau macam itu, kita mulakan rancangan ini sekarang.”

“Baiklah, saya nak minta bantuan semua JKK di sini untuk bantu saya ceroboh menara di kampung ini sahaja.”

“Kami tak nak tergadai nyawa gara-gara seorang budak.” Semua bersuara.

“Sebab itulah saya minta bantuan, saya cuma mahukan pengetahuan daripada JKK semua saja mengenai struktur kawasan berdekatan menara dan di dalam menara. Saya akan buat semuanya sendiri dan tidak akan melibatkan kalian semua. Setuju.”

Suasana kemudiannya senyap. Kelihatan mereka seperti tengah berfikir secara rasional. Berapa lama lagi nak tunggu mereka ni berfikir.

Meja ditepuk, untuk menyedarkan semua JKK daripada berfikir lama. Sekarang kelihatan mereka semua buntu untuk menjawab.

“Rancangannya ialah tangkap saya dan bawakan saya kepada penyihir pada petang ini. Malam ini pada bulan mengambang saya mahukan semua buat pesta. Ajak sekali ahli sihir.”

“Baiklah, sudah diputuskan rancangannya.” Kena buat dengan cepat, kalau tak ahli sihir akan tahu rancangan kami.

“Mohon semua turut serta.”

“Saya akan ceritakan struktur kawasan menara.” Rusa mula menceritakan pengetahuannya mengenai kawasan di menara. “Sekitar kawasannya adalah tempat tinggal ahli sihir. Ahli sihir mengawal pintu masuk menara dan cara untuk masuk adalah dengan masuk melalui pintu hadapan.”

“Macam mana dengan bawah tanah?” Rusa menggeleng.

“Saya pernah bekerja dalam menara tu sebagai pengawal keselamatan tetapi saya tak nampak pula ada jalan bawah tanah ke tidak.” Tuan singa mula bercakap. “Tapi dalam menara sangat gelap dan hanya menggunakan tangga untuk sampai tingkat atas sekali. Kalau awak merancang untuk masuk pastikan bawa lilin.”

Encik mondok pula berkata. “Saya boleh buat jalan bawah tanah kalau awak nak.” Aku memberikan sign bagus kepadanya.

“Macam mana pula dengan ahli sihir?”

“Mereka berupa seperti manusia dan boleh menggunakan magis. Magis mereka sangat berbahaya.” Pak Harimau pula berkata.

“Jika begitu, kita sediakan keperluan untuk budak ini. Pisau kecil, lampu minyak dan sumpit.” Encik serigala berkata. Untuk apa dengan sumpit. Rasanya aku akan tahu nanti.

Rancangan pertama sudah selesai dan persiapan juga telah dilaksanakan. Sekarang dengan rancangan kedua iaitu pembelotan.

Tiba-tiba, pintu rumah ketua kampung diketuk. Aku kedengaran seperti seorang wanita daripada luar.

Pak beruang terus membuka pintu dan bercakap. Kemudian dia terus memandang ke arahku lalu terus menguatkan suara. “Tangkap dia semua jangan biar dia terlepas.” Semua JKK terkejut. Akupun acah-acah untuk melarikan diri malangnya ditangkap dengan harimau dan singa. Memang susah nak hadapi dengan haiwan pemangsa.

Aku dibawa keluar rumah dan berada dalam keadaan tanganku diikat dengan tali daripada belakang. Aku menghadap seorang ahli sihir wanita di hadapanku.

“Sebutkan nama anda budak?”

“Tak akan sesekali.” Aku berlakon seperti orang menentang.

“Budak ini!” Dia kelihatan marah. “Saya akan bawa dia dari sini. Terima kasih kerana membantu, Pak Beruang dan semua. Moga puan melindungi kamu semua.” Nampaknya plan aku berhasil.

Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh