Home Novel Seram/Misteri Suicides
Suicides
ErAisyaaa
6/11/2020 15:01:26
33,218
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 4

Rina menunggu kedatangan seseorang. Dia melirik ke jam tangannya dan jam menandakan tepat pukul 3 petang. Kelasnya sudah habis selama 30 minit yang lalu. Pelajar di pusat bahasa juga sudah mulai berkurangan. Semua nya sudah habis balik ke bilik masing-masing atau pergi makan tengah hari.

Sedang di menunggu tiba-tiba seseorang menegurnya.

“dah lama tunggu?” tanya seorang pakcik tua. 

“ haaa pakcik. Tak lama pun. Nahh ambik lah.” Kata Rina sambil menghulurkan beg plastik yang dibawanya. Pakcik itu kelihatan terkejut dengan pemberian Rina.

“Apa ni? Untuk apa?” tanya pakcik itu kehairanan.

“kasut. Ambil lah. Saya hadiahkan sebab pakcik selalu layan saya berborak.” Kata Rina sambil tersenyum manis. 

“tak payah susah-susah Rina.” 

“tak apa saya ikhlas. Ambil lah pakcik.” Kata Rina. Melihat kesungguhan Rina, pakcik itu ambil pemberian Rina. 

“pakcik ingat tak pakcik janji apa dengan saya?” tanya Rina. 

“janji apa?”

“pakcik janji nak cerita kes bunuh diri yang pernah jadi kat universiti ni.” Kata Rina. Dia tidak tahu mengapa dia tertarik akan cerita-cerita itu.

“ohhh. Kamu ada masa banyak ke nak dengar cerita pakcik?” 

“ada je pakcik, saya tak ada kelas dah lepas ni. Lagipun pakcik tengah rehat kan sekarang. pakcik cerita sambil makan. saya ada belikan nasi untuk kita.” Ujar Rina sambil menunjukkan makanan yang dia bawa. Dia sangat teruja untuk mendengarkan kisah bunuh diri di universiti itu. mungkin boleh membantunya dalam membuat asignmentnya nanti. Maklum lah pelajar Ansos lah katakan. 

“kalau camtu jom kita duduk kat pondok sana tu.” Ajak pakcik itu.

Mereka berdua pun duduk di pondok itu. Pakcik itu mula bercerita.

*tahun 2000*

“tengok tu. Pelajar dekan kampus kita. Belagak je aku tengok dia tu.” Bisik gadis itu kepada kawannya dengan nada cemburu. 

“kan. Aku pun rasa dia belagak. Macam lah semua orang suka dia.” Balas kawan gadis itu pula. Mata mereka jelas menunjukkan rasa tidak suka akan pelajar yang dikatakan itu.

Nadira berjalan tanpa menoleh kiri dan kanan. Dia tidak mahu melihat orang-orang yang penuh hasad dengki terhadap dirinya. Dia tidak tahu mengapa ramai orang yang dengki melihatnya. Dia akui dia adalah seorang yang tidak mudah mesra dengan orang lain namun dia tidak pernah mengganggu hidup orang lain.

Nadira melangkah masuk ke kelasnya. Dia duduk di barisan hadapan sekali. Dan dia lihat dua orang pelajar yang mengutuknya dari belakang tadi juga masuk ke dalam kelas yang sama. Pandangan mereka jelas meluat melihat dirinya tetapi dia hanya buat-buat tidak nampak. Baginya itu tidak menjadi kudis di hatinya. 

Sepanjang kelas itu berlangsung, Nadira banyak menonjolkan dirinya. Itu menyebabkan ramai yang berasa tidak puas hati. Mereka merasakan Nadira adalah seorang “Attention Seeker”. 

Masa berlalu dengan cepat. Sudah 4 semester Nadira belajar di universiti. Dia juga mendapat pelajar dekan setiap semester. Tapi satu masalahnya adalah dia tidak mempunyai ramai kawan. Dia hanya ada seorang kawan baik sepanjangnya di universiti. 

“ hai, awak Nadira kan?” tegur seorang lelaki. 

“err, ya saya. Kenapa yer?” 

“saya Khairul. Dah lama saya perhatikan awak. Saya nak berkawan dengan awak boleh?” jawab lelaki yang bernama Khairul itu. Nadira agak terkejut dengan teguran itu. Dia tidak menyangka ada orang yang memerhatikan dia selama ini. 

“ohh, boleh je. Kenapa tak tegur dari awal? Saya menakutkan sangat ke?” tanya Nadira sambil tersenyum. Senyuman yang diberikan oleh Nadira bagaikan panahan yang terpanah tepat ke hati Khairul. 

“Bukan menakutkan, saya risau awak tak nak berkawan dengan saya.” Balas Khairul. Dia merasakan dia telah jatuh cinta terhadap gadis di hadapannya sekarang. Sudah lama dia memerhati dari jauh gadis yang telah mencuit perasaannya. Dia juga tahu ramai yang cemburu akan gadis itu kerana berjaya merangkul gelaran Pelajar Dekan setiap semester. 

“tak tegur tak tahu lah kan? Saya okey je nak berkawan dengan sesiapa pun. Orang je yang tak mahu berkawan dengan saya.” Kata Nadira, Khairul menangkap wajah mendung gadis itu apabila mengungkapkan kata-katanya. 

“tak apa, janji saya nak berkawan dengan awak. Sekarang saya adalah kawan awak okey.” Kata Khairul sambil tersenyum. Nadira pula terkesima melihat senyuman Khairul dan jelas kelihatan lesung pipitnya kedua-dua belah pipinya. Segera Nadira mengangguk tanda setuju dengan perkenalan mereka. 

“saya ada kelas lepas ni. Saya pergi dulu. Jumpa lagi.” kata Nadira.

“ohh faham. Jumpa lagi.” 

Mereka berdua pun berpisah melalui jalan yang berbeza. Dari jauh ada mata yang memandang dengan api cemburu meluap-luap. Kemesraan dua orang di hadapan matanya amat menyakitkan hatinya. 

“dalam banyak-banyak perempuan, kenapa dia yang kau nampak?!” kata orang itu sambil matanya memandang Nadira dengan perasaan yang membara. Matanya menghantar Nadira pergi namun dalam mindanya memikirkan sesuatu yang tidak terduga.

Nadira berhenti di perpustakaan sementara waktu kelasnya masih ada 1 jam sebelum bermula. Tiba-tiba dia ditegur oleh seseorang. 

“Iraa” tegur suara itu. Nadira berhenti dan menoleh ke belakang. Dia melihat kawan baiknya sepanjang di universiti iaitu Aida memanggilnya.

“ohh awak rupanya. Tak ada kelas ke?” Nadira bertanya apabila Aida menegurnya.

“baru je habis. Sorang je ke?” tanya Aida.

“sorang je lah. Awak pun tahu saya mana ada kawan dekat sini selain awak.” Kata Nadira sambil tersenyum manis. Aida hanya menganggukkan kepala. Dia juga meminta diri unutk pulang ke biliknya. Katanya ada hal yang perlu dilakukan . Nadira pula terus masuk ke perpustakaan untuk mencari bahan bagi menyiapkan kerja yang diberikan oleh pensyarahnya. 

Nadira duduk di tepi rak sambil membelek buku yang diambilnya. dia berfikir, nasib baik kebanyakan kerja adalah kerja individu. Dia tidak perlu berkerjasama dengan orang lain. Dia hanya menyiapkan kerjanya sahaja. Dia bukan tidak suka bersosial dengan orang tetapi dia tahu orang rapat dengannya bukannya ikhlas. Hanya peralatkan dia untuk mencari maklumat atau sebagainya. 

Oleh itu hanya suka bersendirian dan membuat kerjanya sendiri. Selama empat semester dia belajar di universiti, dia hanya berkawan di dalam kelas. Di luar kelas dia hanya memikirkan dirinya. Walaupun ramai yang mengatakan dia seorang yang sombong dan tidak mahu bersosial. Dia tidak kisah akan gelarannya. Dia cuma mahu habiskan ijazahnya dengan tenang dan dia pasti akan membanggakan keluarganya. Dia merupakan harapan tunggal ibu dan ayahnya serta abangnya.


Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.