Home Novel Seram/Misteri Suicides
Suicides
ErAisyaaa
6/11/2020 15:01:26
33,216
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 3

Setelah 3 bulan …

Rina telah dapat membiasakan dirinya dengan kehidupan di universiti. Dia juga telah mempunyai kawan rapat di situ. Selain Syifa, Rina juga rapat dengan rakan kelasnya iaitu Adhar. Mereka bertiga telah menjadi kawan yang rapat sepanjang berada di universiti. Perkenalan mereka menjadi lebih mudah kerana Syifa dan Adhar rupanya memang saling kenal. Jadi tidak menjadi masalah untuk mereka bertiga menjadi rapat. Mereka sering menghabiskan masa bersama. 

Telefon Rina bergetar menandakan ada panggilan masuk.

“hello.” Suara Syifa kedengaran melalui corong telefon.

“yer hello. Kenapa?” tanya Rina. Dia sebenarnya dapat mengagak sebab Syifa menelefonnya. Pastinya ingin mengajaknya keluar makan. 

“jom makan. Hahaha.” Rina tersenyum kerana betul tekaannya. 

“jom. Kat mana?” tanya Rina.

“kita keluar gi restoran western.” Ajak Syifa. 

“haa okay pukul 3 kita pegi.” Putus Rina. Selepas Syifa meletakkan telefon, Rina terus melirik matanya ke arah jam di dinding. Jam menunjukkan pukul 2.15 petang. Dia terus mengambil tualanya untuk mandi. 


*3 petang*

Seperti yang dijanjikan, Rina turun ke cafe kerana Syifa pasti sedang menunggunya. Dari jauh lagi dia sudah nampak kelibat Syifa yang sedia menunggunya. Dia melambaikan tangannya ke arah Syifa.

“lama ke tunggu?” tanya Rina.

“tak lahh. Baru je sampai and then you sampai.”

“ohh, dah order grab?” 

“dah. Lagi 3 minit sampai.” Jawab Syifa sambil menunjukkan telefonnya kepada Rina. Rina hanya menganggukkan kepalanya.

“kenapa tetiba nak makan western pulak you ni.” Tanya Rina.

“hahaha saja je nak tukar selera.” Jawab Syifa sambil tersengih seperti kerang busuk. 

Perbualan mereka terhenti apabila grab yang ditempah telah sampai. Mereka pun terus menaiki kereta.

Sepanjang di dalam kereta, mereka hanya mendiamkan diri dan menikmati perjalanan ke tempat makan. 

Perjalanan dari universiti ke restoran yang dituju hanya 9 minit. Kereta berhenti betul-betul di hadapan restoran yang dituju. Mereka pun turun daripada kereta setelah membayar bayaran grab.

“you masuk dulu, I ada barang nak beli kat kedai sebelah.” Kata Rina kepada Syifa. 

“haa okeyy , cepat sikit. You nak suruh I orderkan air?”

“haa boleh jugak, Carrot susu satu.” Kata Rina dan dia terus pergi ke arah kedai kasut yang bersebelahan dengan restoran itu. Matanya melilau mencari barangan yang diinginkan. Seorang pekerja kedai kasut itu mendekati Rina. 

“yaa cik? Cari kasut macam mana?”

“I nak cari kasut lelaki. Yang sesuai untuk lelaki yang berusia.” Jawab Rina. 

“boleh saya tahu umur pemakai?”

“dalam lingkungan 50an ?” 

“ohh okey, mari ikut saya.” Kata pekerja itu. Rina hanya mengikut pekerja itu. Dia tidak mempunyai pengalaman dalam membeli kasut lelaki. Jadi dia hanya mengikut saranan pekerja itu.

“okey cik. Ni kasut yang saya rasa sesuai dengan yang cik nak.” Kata pekerja itu. Rina melihat kasut yang disarankan namun dia agak tidak berkenan kerana kasut itu sepertinya kasut formal. 

“kasut ni formal sangat kut. I nak kasut yang tak formal. Sport shoes mana?” tanya Rina. Dia tidak berkenan akan kasut yang disarankan. Dia menghala ke tempat kasut sukan. 

Setelah lebih 10 minit mencari kasut yang diinginkan dia memilih sepasang kasut sukan berwarna hitam. 

“ada saiz 8 or 9?” tanya Rina kepada pekerja itu. Pekerja itu hanya mengangguk dan mencari saiz yang diinginkan di stor. 

Akhirnya setelah lama Rina membelek kasut itu, dia pun membuat keputusan untuk membeli kasut itu. Setelah membayar harga kasut itu, dia terus ke restoran di mana Syifa sedang menunggunya. 

“mesti perempuan tu bising, aku lama sangat.” Monolog Rina sendiri. Dia dapat mengagak Syifa membebel kepadanya nanti. Laju langkahnya menuju ke arah Syifa yang sudah menunggunya. 

“You pergi mana lama sangat?” terus sahaja Syifa mengajukan soalan.

“kalau ye pun , bagi lah I duduk dulu.” Kata Rina sambil tergelak.

“you beli apa tu?” tanya Syifa melihat beg plastik yang dipegang oleh Rina. 

“kasut.” Jawab Rina.

“untuk siapa?” 

“untuk seseorang. Hehe.” 

“wahhh, siapa siapa? You ada boyfriend ke? Kenapa I tak tahu?” cebik Syifa.

“hahaha jangan muka macam tu. Bukan boyfriend lah. I nak bag ikat pakcik tukang kebun yang I pernah cerita kat you tu. Ingat?” jawab Rina.

“ehh you jangan buat hal Rina. Pakcik tu sah dah ada bini. Lagipun dia dah tua lahh . apa ni taste you orang tua ke?” 

“ehhh bukan lahhh. HAHAHAA. I nak bagi hadiah je. Sebab dia baik. Lagipun I tengok kasut dia dah uzur sangat. Bukan minat kat dia.” Jawab Rina sambil ketawa. Geli perutnya melihat kawannya itu kalut tak kena tempat. 

“ohhh, ingatkan taste you orang tua.” Jawab Syifa sambil mengurut dada. Rina pernah bercerita tentang seorang tukang kebun di universiti mereka itu. dia sendiri tidak tahu apa yang istimewanya tukang kebun itu sehingga Rina boleh bergaul rapat dengannya. Dia sebenarnya tidak menyangka Rina yang boleh dikatakan anak orang senang itu mahu bergaul dengan tukang kebun yang tidak diketahui latar belakangnya dengan jelas. 

Setelah mengenali Rina, dia tahu bahawa kawannya itu tidak pernah memandang rendah terhadap orang lain walaupun berlainan status. Dia tetap menghormati semua orang yang dia kenali. Sebab itu juga dia selesa berkawan dengan Rina. 

“hello” tegur Rina sambil melambaikan tangannya di hadapan muka Syifa yang kelihatan sedang mengelamun. 

“what?” Syifa terpinga-pinga.

“termenung pula ek?” kata Rina. Syifa tersengih. Dalam dia mengingat sikap Rina yang baik itu rupanya dia termenung. 

“tak ada apa lah.” Balas Syifa sambil tersengih. Perbualan mereka terhenti kerana pelayan menghantar minuman mereka.


Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.