Home Novel Seram/Misteri Suicides
Suicides
ErAisyaaa
6/11/2020 15:01:26
33,217
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 1

TAHUN 2019

*Di Universiti* 

Ramai pelajar baharu berpusu-pusu masuk ke dewan bagi aktiviti pendaftaran dan mengambil kunci bilik masing-masing. Tidak kurang juga ibu bapa yang menitiskan air mata apabila mahu berpisah dengan anak-anak mereka. 

“saya boleh masuk sendiri. Abah dengan mama boleh balik.” Kata seorang pelajar kepada ibu bapanya. 

“betul ni? Abah minta maaf, tak boleh teman Rina lama-lama.” 

“tak apa. Balik je . Rina okay.” Kat pelajar itu. 

“sorry sayang. Lain kali mama dengan abah lawat Rina kayy.” Kata Puan Kalsum. Rina hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. 

“Abah balik dulu. Apa-apa call cepat. Duit abah dah bank in kan. Jaga diri.” Pesan Encik Mustafa. Dia agak risau akan satu-satunya anak perempuannya. Namun apa daya, dia terkejar-kejar dengan kerjanya. Setelah bersalaman, Encik Syed Mustafa dan Puan Kalsum pun beredar dari kawasan dewan universiti. 

Rina membawa barangannya masuk ke dalam dewan untuk pendaftaran dan mengambil kunci biliknya. Rina memohon untuk tinggal di bilik berseorangan. Bukan dia jenis yang tidak bersosial tetapi disebabkan dia merupakan anak perempuan tunggal, dia tidak dapat membiasakan dirinya untuk berkongsi bilik dengan orang lain. 

Setelah selesai sesi pendaftaran, para pelajar baharu diminta untuk masuk ke bilik masing-masing. Rina manarik nafas lega kerana biliknya terletak di hujung sekali dan dekat dengan bilik air. Dia juga telah bertegur sapa dengan seorang dua jiran-jiran biliknya. 

Dia mula mengemas barang-barangannya. Dia harus membersihkan biliknya kerana dia seorang yang tidak suka melihat barangan bersepah. Dia mahu mengemas segera kerana dia ingin merehatkan dirinya. Nasib baik sesi orientasi akan bermula pada esok hari. 

*Di Blok D10*

Wajah seorang perempuan terlihat sungguh sugul. Dia duduk bersendirian di hujung sudut. Perlahan dia menitiskan air mata namun tiada suara yang kedengaran. Mengalirkan air mata dengan tiada suara yang keluar itu amat manyakitkan. Tangannya kelihatan memegang sekeping kertas. Mungkin lebih tepat sekeping gambar. Mungkin bergaduh dengan pasangan. 

Perempuan itu mengalihkan pandangannya ke arah bawah bangunan. Dia seperti sedang memikirkan sesuatu. Sambil tangannya menulis sesuatu di belakang gambar yang dia pegang tadi dan menyorokkan gambar itu di bawah tempat duduk kekal di bangunan itu. Kerusi itu kelihatan agak usang namun tidak dialihkan mungkin kerana ia masih kukuh. 

Perempuan itu masih lagi menangis. Dia sepertinya sedang bercakap dengan dirinya sendiri. Amat sakit bila terlalu sayang dan mencintai seseorang. Itulah agaknya perempuan itu rasakan. Mungkin pasangannya curang? Atau ada konfliks lain? Perempuan itu perlahan-perlahan memanjat tembok itu dan terjun ke bawah !!

“arghhhhh!!” berpeluh dahi Rina apabila dia mendapat mimpi yang agak menakutkan. 

“apa yang aku mimpi ni.” Kata Rina perlahan. Dia mengelap peluh yang menitik di dahinya. 

“haihh, mimpi je.” Keluh Rina perlahan. Dia menyedapkan hatinya sendiri. Mindanya perlahan memikirkan mimpinya. Pelbagai persoalan yang ada di dalam kepalanya. Namun perlahan-lahan dia membaringkan kembali kepalanya dan matanya kembali tertutup.


Keesokan harinya…

Sesi orientasi bagi pelajar baharu telah pun bermula. Orientasi yang dijalankan selama seminggu adalah untuk membiasakan pelajar baharu dengan suasana di universiti. Sesi ‘ice breaking’ sesama pelajar baharu dijalankan bagi mendedahkan mereka dengan kawan-kawan yang baharu. 

“hai, nama you siapa?” tegur seorang pelajar perempuan kepada Rina. 

“hai, you nak tahu nama penuh or nama pendek?” balas Rina sambil tersenyum manis. 

“haha, memana yang you selesa lah. Btw nama I Syifa Hanum. You can call me Syifa.” Kata pelajar itu dengan ramah.

“ohh. Nama I Syarifah Syarina. Panggil Rina je.” Balas Rina. Dia senang apabila ada orang yang menegurnya dahulu. Mereka saling mengenalkan diri. Dari situ Rina mengetahui bahawa Syifa juga berasal daripada Kuala Lumpur. Mereka cepat mesra kerana masing-masing mempunyai sikap yang agak sama. 

“You berapa orang adik beradik?” tanya Rina.

“I ada 4 orang adik beradik. I yang ketiga. You?” 

“I anak bongsu. Atas I semua abang.” Jawapan Rina membuatkan mulut Syifa membentuk huruf ‘o’. Mereka berbual mesra dan banyak yang diceritakan. Mereka juga banyak menonjolkan diri dalam semua aktiviti sepanjang orientasi berlangsung. 


Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh ErAisyaaa