Home Novel Seram/Misteri Suicides
Suicides
ErAisyaaa
6/11/2020 15:01:26
32,442
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 6
Gempar satu universiti apabila khabar tentang seorang pelajar perempuan mengambil keputusan untuk menamatkan riwayatnya sendiri dengan terjun daripada tingkat 4. Pelajar tersebut dijumpai waktu pagi oleh seorang pensyarah yang ingin ke pejabatnya di bangunan itu. Sayangnya, pelajar itu dijumpai dalam keadaan yang sudah tidak bernyawa lagi. Sepertinya pelajar itu melakukan hal itu pada waktu tengah malam. 


Mayat pelajar itu dibawa ke hospital bagi urusan bedah siasat. Keluarga pelajar itu juga dipanggil bagi menguruskan jenazah. 

"Haa? Nadira?" Khairul terkejut mendengar berita itu. Dia bagaikan ingin pitam mendengar berita tersebut nasib baik ada seorang kawannya menghalang tubuhnya daripada jatuh. 

"tak mungkin!! Dia tak macam tu!" Ujar Khairul keras menafikan pelajar yang membunuh diri itu adalah kekasihnya Nadira. 

"Khai. Sabar Khai. Jom aku bawak kau pergi hospital." Ujar Sabri, kawan Khairul yang cuba menenangkan lelaki itu. Dia tahu tidak mudah Khairul untuk menerima perkara yang tiba-tiba itu. 

"Aku baru tak jumpa dia 3 hari, Ri. Takkan lah dia tinggalkan aku dengan cara ni." Tengking Khairul. Dia betul2 tidak dapat menerima perkhabaran itu. Dia mengesat air matanya yang mengalir di pipi dan bangun menuju ke arah motornya. 

"Khai aku temankan kau." kata Sabri. Dia mengikuti langkah Khairul. Dengan keadaan Khairul yang agak tidak stabil dengan perasaannya lebih baik dia mengikuti Khairul. 

Motor Khairul meninggalkan perkarangan universiti mereka dan menuju ke arah hospital yang membawa jenazah. 


***

Sayu Khairul melihat jenazah kekasihnya dibawa pergi oleh van yang disediakan oleh pihak universiti untuk dibawa pulang ke kampung halaman. Dia melihat dengan perasaan yang galau. Tidak tahu mahu berbuat apa. Fikirannya dirasakan kosong. Hanya air mata yang mengalir menghantar pemergian kekasihnya itu. 

Bahu Khairul disentuh perlahan. Dia menoleh ke belakangnya dan melihat seorang lelaki yang dia kenali. Ada iras orang dia sayangi. 

"Kau harus beri aku penjelasan." kata orang itu perlahan tetapi ada nada tegas di dalam suaranya lalu pergi meninggalkan Khairul yang terpinga-pinga. 

"Maaf. Khai tak dapat jaga Ira. Tapi kenapa?!" jerit hati Khairul yang masih tidak tahu akan sebab sebenar kekasihnya itu mengambil keputusan yang drastik. 

Khairul bangun dan meminta kebenaran kepada pensyarahnya untuk mengikut keluarga Nadira pulang ke kampung halaman. Permintaannya diterima, dia naik bersama pensyarahnya ke kampung halaman Nadira. Sepanjang perjalanan ke kampung Nadira, Khairul hanya mendiamkan diri. Tidak makan, tidak minum membuatkan pensyarahnya tidak tahu mahu bagaimana lagi. Puas dipujuk untuk minum tetapi Khairul hanya mendiamkan diri. 

"Kenapa? Apa salah Khai?" hati Khairul tertanya-tanya sebab sebenar namun tidak dapat diungkap. 

"Ira bukan macam tu. Ira seorang yang teguh pada agama. Takkan lah dia ambil keputusan untuk membunuh dirinya sendiri." Minda Khairul masih lagi berputar memikirkan perkara itu. Kematian Nadira bagaikan sembilu yang menusuk hatinya. Hatinya bagaikan dirobek-robek dengan kepergian orang yang sangat dicintai itu secara tiba-tiba.

Mereka tiba ke kampung halaman Nadira. Jenazah disolatkan di masjid berdekatan dan urusan pengebumian jenazah berjalan dengan lancar. Khairul memberi bantuannya dalalam urusan tersebut. Dia membantu menurunkan jenazah Nadira ke dalam liang lahad. Air matanya mengalir laju. Dia tidak menyangka yang dia akan menghantar Nadira dengan cara itu. Wajah Nadira dibuka dan didekat ke tanah. Itu lah kali terakhir yang dia dapat menatap wajah kesayangannya itu. 

Urusan pengembumian jenazah berjalan dengan lancar. Perlahan Khairul mendekati keluarga Nadira dan menyalami tangan bapa Nadira lama. Dia mencium tangan tua itu lama dan air matanya tidak mampu ditahan lagi.

"Sabar nak. Ini semua ujian." Perlahan bapa Nadira mengungkapkan kata dan menepuk lembut bahu Khairul. Dia dapat mengagak siapa lelaki di hadapannya. Arwah anaknya pernah menceritakan perihal seorang lelaki yang telah mencuri anak gadisnya itu. 

"Maafkan saya Pakcik. Saya tak mampu jaga Ira." Tangisan Khairul menjadi-jadi. 

"Jangan diratap lagi. Biarkan dia pergi" Ujar bapa Nadira tenang walaupun wajahnya tidak mampu untuk menyembunyikan perasaan sedihnya. Bapa mana yang tidak sedih akan kehilangan anak gadis harapannya tetapi apakan daya, dia tidak mampu untuk menolak takdir yang telah Allah tetapkan. 

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.