Home Novel Seram/Misteri Suicides
Suicides
ErAisyaaa
6/11/2020 15:01:26
33,237
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 2

Setelah seminggu Rina menjalankan minggu orientasi dan mengenali beberapa rakan yang dirasakan boleh masuk kepala dengannya. Hari ini dia akan mula masuk ke kelas untuk memulakan pembelajaran di universiti. 

Rina bersiap-siap untuk pergi ke kelas pertamanya. Dia turun awal 1 jam sebelum kelasnya bermula. Dia perlu menunggu bas untuk pergi ke pusat pengajiannya. Sedang dia menunggu bas, Syifa datang menegurnya. Sejak dari hari pertama orientasi, dia dan Syifa bertambah rapat walaupun berlainan jurusan dan blok. 

“heyy, you ada kelas jugak ke?” tanya Syifa. 

“yupp , pukul 11. You?” 

“sama lah. Nervous pulak rasa nya nak masuk kelas pertama ni.” 

“hahaha I pun. Tah macam mana lecturer yang kita dapat nanti.”

“ haa tu lahh. Mudah-mudahan yang baik lahhh.” Kata Syifa sambil tersenyum. Sedang mereka berbual-bual, bas yang ditunggu-tunggu pun sampai. Mereka mula menaiki bas untuk ke kelas masing masing. 

Rina mengambil jurusan Antropologi dan Sosiologi yang telah lama dia minati. Dia tahu jurusan itu jarang-jarang disebut berbanding dengan jurusan yang lebih popular seperti komunikasi, pengurusan dan perakaunan. Namun dia minat dengan bidang itu kerana dia tahu bidang itu adalah bidang kajian manusia. Dia suka melihat tingkah laku manusia dalam kehidupannya. Oleh itu dia mahu mengambil bidang itu. 

Ramai kawan-kawannya dari STPM memandang rendah jurusan yang dia mohon. Kerana keputusan STPM nya amat baik dan dia boleh memohon jurusan yang lebih menjamin pekerjaan yang akan datang. 

Sedang dia memutarkan kembali keputusannya mengambil jurusan itu, bas telah pun sampai ke destinasi yang dia ingin tuju. Dia turun dari bas dan menuju ke arah kelasnya. 

Suasana di dalam kelasnya agak bising. Mungkin kerana semuanya teruja apabila bermulanya kelas. Dia mengambil tempat duduk yang paling hujung. Ini kerana, dia sama sekali tidak mengenali kawan-kawan sekelasnya. Di tempat sebelah seorang pelajar lelaki duduk dan menganggukkan kepala tanda hormat kepadanya. Kelas masih lagi bising dengan pelajar yang keluar masuk. Tetapi disebabkan masa masih lagi tidak sampai pukul 11 pagi maka itu tidak menjadi masalah. 

Rina mengeluarkan earphonenya untuk mendengar lagu sambil menunggu pensyarahnya masuk ke kelas. Lagu yang dia dengar sedikit sebanyak menghilangkan bunyi bising disebabkan suasana di dalam kelas itu. Sambil mendengar lagu, matanya sempat melihat sekeliling. Manalah tahu ada sesiapa yang dia boleh buat kawan. Tetiba dia terasa ada orang mencuit bahunya. Dia menoleh ke sebelahnya apabila pelajar lelaki tadi seperti ada sesuatu yang ingin dia bicarakan.

“sorry, are you Chinese?” tanya pelajar lelaki itu. 

“no, I’m Malay.” Jawab Rina.

“ohh, sorry. I ingatkan you Chinese.” Kata pelajar itu sambil tersenyum. Rina hanya tersenyum. Dia tahu orang akan salah sangka kalua melihat wajahnya. Ini kerana, keluarga sebelah ibunya memang berketurunan Cina. Wajahnya memang saling tak tumpah menurun keluarga sebelah ibunya. Hidungnya yang mancung pula menurun dari sebelah bapanya yang berketurunan Syed. Boleh dikatakan Rina adalah seorang yang cantik. Dia selalu disalah anggap sebagai seorang Chinese kerana dia tidak bertudung. 

“nama you siapa?” tanya pelajar itu lagi.

“Rina.” 

“ohh nice name. my name is Adhar. Im from Sarawak.” Kata pelajar itu sekaligus memperkenalkan dirinya. Rina hanya menganggukan kepalanya dan tersenyum. 

“boleh agak dahh dari dia punya slang tu.” Kata Rina dalam hatinya. Pelajar itu sepertinya ingin lagi berbual dengan Rina namun hasratnya terbantut kerana pensyarahnya sudah masuk ke dalam kelas. 

Rina melangkah keluar dari kelasnya. Hari pertama kelas hanyalah untuk memaklumkan kepada pelajar tentang silibus pelajaran. Rina berhasrat ingin berjalan-jalan di dalam universiti nya untuk mengecam jalan. Dia mempunyai masalah untuk mengingati jalan-jalan yang banyak. Dia melihat jadualnya, hari ini kelasnya hanya ada satu sahaja. Dia mengambil keputusan untuk pergi ke bangunan Bahasa yang dia perlu hadiri kelas di sana esok. 

Dia berjalan ke arah bangunan Bahasa yang terletak tidak jauh dari pusat pengajiannya. Namun perlu menaiki bukit. Baru sahaja dia hendak melangkah, dia terdengar seseorang memanggil namanya. 

“Rinaa!”. Dia menoleh ke belakang dan ternampak Adhar yang menegurnya di dalam kelas tadi. 

“ohh yes.” 

“you ada kelas lagi ke?” tanya Adhar.

“tak ada dah. I nak pergi Pusat Bahasa. I ada kelas esok. Saja nak tengok tempat tu.” Jawab Rina.

“ohh. Ingatkan nak ajak you makan. I tak ada kawan lagi kat sini. Baru kenal you sorang je.” Kata Adhar. Bentuk ‘o’ terpamer di mulut Rina.

“kalau I teman you pergi Pusat Bahasa lepas tu kita g makan nak?” tanya Adhar. Rina memikirkan perlawaan Adhar. Akhirnya dia bersetuju. Mereka berdua pun berjalan kaki menaiki bukit utnuk pergi ke pusat bahasa.

“jauh jugak kelas you esok kan.” Kata Adhar memecahkan kesunyian antara mereka. 

“tulah. Tapi I saja nak tengok kelas untuk esok. Senang nak tuju je nanti.” Kata Rina. Mereka sampai di pusat bahasa dan terus mencari kelas yang bakal dia pergi esok.

“kelas nombor berapa?” tanya Adhar.

“dalam jadual I tulis MB 1.” Kata Rina. Adhar memandang ke arah papan kenyataan. Dia dan rina mencari tingkat berapa yang mempunyai kelas yang mereka cari.

“ohh nii dia. Blok D10 tingkat 4” kata Rina sambil tersenyum. Mereka pun pergi ke blok D10. 

Langkah mereka terhenti di sebuah bangunan yang tertulis D10. Bangunan yang agak usang tetapi masih lagi cantik. 

“haa kat sini lah kelas you esok.” Kata Adhar.

“you nak naik atas ke?” tanya Adhar lagi.

“tak lahh, cukup I tahu blok dia kat mana. Hehe.” Jawab Rina. Dia sebenarnya terasa seperti dia pernah pergi ke bangunan itu. Tetapi dia tidak mengingati dimana dia nampak bangunan itu. 

Adhar mengajak Rina untuk pergi makan. Rina hanya mengikut. Perutnya juga sudah lapar kerana dari pagi dia tidak menjamah apa-apa makanan lagi. 

Mereka menuju ke arah tempat menunggu bas. 


Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.