Home Novel Seram/Misteri Suicides
Suicides
ErAisyaaa
6/11/2020 15:01:26
33,243
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 5

Dalam tidak sedar, rupanya sudah lebih 3 bulan Nadira dan Khairul berkenalan. Mereka bertambah rapat dan mesra antara satu sama lain. Mereka sering meluangkan masa bersama. Mereka juga saling menyokong dan membantu tidak kira dalam pelajaran atau kehidupan.

Mereka masing-masing mempunyai perasaan antara satu sama lain. Tetapi masih tidak mempunyai keberanian untuk mengungkap perasaan mereka. 

Khairul sering membelikan Nadira makan setelah habis kelas. Khairul tahu semua jadual Nadira begitu juga Nadira. Kemesraan mereka membuatkan ada yang cemburu. 

“Kenapa kau Nadira?” kata seseorang di balik dinding apabila melihat kemesraan yang ditunjukkan oleh pasangan di hadapannya. Hatinya penuh dengan perasaan dendam. Matanya jelas api kemarahan yang teramat. 

Hatinya sakit apabila melihat gelak ketawa dan kebahagiannya yang jelas ditunjukkan oleh Nadira. 

“makan lah lebih sikit. Khai beli banyak untuk Ira tau.” Kata Khairul dengan nada yang manja. Tersenyum manis Nadira mendengar kata-kata itu. Mereka makan dengan perasaan yang Bahagia walaupun masing-masing masih tidak meluahkan perasaan. Namun sesiapa yang melihat keakraban mereka pastinya akan mengatakan bahawa mereka adalah pasangan kekasih.

Di perpustakaan

“Ira, sorang je? Khairul mana?” tegur Aida apabila melihat Nadira seorang diri sedang membaca buku. Nadira tersenyum melihat kawan baiknya itu.

“Dia tak ada. Ada kelas katanya.” Jawab Nadira.

“ohh patut lah . selalunya tak berenggang.” Kata Aida dalam nada yang tidak dapat ditafsirkan oleh Nadira. Nadira seperti biasa yang lebih suka tersenyum daripada menjawab.

“okay lah, saya ada group discussion kat atas nanti jumpa lagi yer. Bye” kata Aida sambil melambaikan tangannya. 

Mereka berdua telah berkawan sejak kali pertama mereka berdua menjejakkan kaki di universiti itu. Mereka sangat akrab dan sering berkongsi cerita. Selama 2 tahun berteman, boleh dikatakan Aida dan Nadira ini saling membantu dalam pelajaran. Aida selalu ada untuk Nadira begitu juga Nadira yang selalu menyokong apa jua yang dilakukan oleh Aida. 

Tetapi yang membezakan mereka adalah, Aida mempunyai kenalan yang ramai dan terkenal dalam universiti kerana keaktifan dia dalam sukan. Aida boleh dikatakan sebagai atlet yang sering disebut-sebut dalam universiti. Nadira pula seorang pelajar yang cemerlang namun dia tidak mempunyai kenalan yang ramai seperti Aida. 

Walaupun begitu, Nadira tidak pernah mencemburui Aida malah dialah yang paling menyokong segala aktiviti Aida. 

“Asalamualaikum.” Tegur Khairul apabila melihat Nadira mengelamun panjang. Terkejut Nadira dibuatnya. Sambil mengurut dada kerana terkejut Nadira menjawab salam yang diberi tadi. Melihat muka cemberut Nadira membuatkan Khairul tergelak.

“hahaha. Mengelamun je. Khai dah lima minit kat sini baru nak perasan. Tu kalau tak tegur mahunya 1 jam Khai tunggu kat sini.” Omel Khairul. 

“mana ada mengelamun, orang tengah berfikir lah.” Kata Nadira sambil memuncungkan bibirnya.

“fikir apa? Fikir Khai ke? Hehehe.” Kata Khairul sambil tersengih seperti kerang busuk.

“buat apa fikir Khai. Ira fikir Aida lah.” 

“ohh kawan baik Ira tu?” 

“yup, Ira Cuma fikir beruntungnya jadi dia. Pandai, cantik, aktif bersukan pulak tu. Patut lah ramai yang tergila-gila kan dia.” Kata Nadira dalam nada bangga kerana dapat berkawan dengan Aida. 

“Ohh, Ira pun cantik, pandai. Cuma tak aktif sukan je lah. Tak ada kurangnya di mata Khai.” Kata Khairul dalam nada romantis.

“mula dahh dia dengan ayat jiwang dia tuu. Malas lahh dengarr.” Kata Nadira sambil menyembunyikan senyumannya. Dia sebenarnya bahagia mendengar kata-kata itu. Khairul tersenyum melihat Nadira yang tersipu malu. 

Bukan dia sengaja memuji Nadira tetapi itulah hakikatnya. Nadira memang seorang yang cantik cuma tidak tahu bersosial seperti kebanyakkan orang. Mungkin itu juga sebab dia tidak mempunyai ramai kawan. 

Khairul dan Nadira berjalan beiringan menuju ke kafe. Ramai mata yang memandang mereka.

“budak dekan tu ada pakwe lah.” Kata salah seorang pelajar di situ apabila melihat Khairul dan Nadira berjalan berduaan.

“macam mana lah orang sombong macam tu boleh dapat pakwe.” Kata suara lain pula. Nadira terdengar kata-kata itu. Namun dia tidak mahu mengambil pusing. Dia melirik ke arah Khairul dan tanpa sedar dia tersenyum.

“kacak sangat ke Khai ni sampai boleh buat Ira senyum?” tanya Khairul tanpa menoleh ke arah Nadira. Cepat-cepat Nadira memalingkan wajahnya nya. Merah padam mukanya kerana malu.

“ kalau muka Khai boleh buat Ira senyum, Khai sanggup ditenung oleh Ira.” Kata Khairul dalam nada yang romantis. Apa lagi jantung Nadira bagaikan hendak pecah kerana terlalu gugup mendengar kat-kata manis itu. Dia betul-betul sudah jatuh hati pada lelaki di sebelahnya itu.

“merahnya muka Ira? Malu ekk?” senyuman Khairul sekali lagi membuatkan jantung Nadira berdebar. 

“mana ada.” Ujar Nadira. Khairul tersenyum bahagia melihat gadis yang dicintainya itu tersenyum malu.


Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.