ANAK GADIS SEPARUH BUNIAN
Penulis: Amiene Rev
Blog: http://dukeamienerev.blogspot.com
Hari
itu hari Sabtu. Hari pertama aktiviti ko-kurikulum sekolah dimulakan. Haiqal telah
memilih sukan bola sepak. Dia duduk di atas padang rumput bersama beberapa
orang pelajar yang lain. Ada pelajar senior dan ada pelajar junior.
“Hari
ini cikgu mahu tengok cara kamu semua bermain bola sepak. Kamu bebas memilih
posisi yang kamu suka, dan cikgu-cikgu di sini semua akan tentukan kemudian.
Ada apa-apa soalan?” Cikgu Ibrahim, merupakan ketua jurulatih bola sepak
sekolah. Badannya tidaklah begitu tinggi, dengan perut yang agak boroi ke
depan. Dia memakai pakaian sukan lengkap berwarna serba hitam.
“Cikgu
nak pilih berapa orang?” Seorang pelajar senior bertanya. Soalan yang sama
ditanya tiap-tiap tahun.
“30
orang. Cikgu akan tentukan berapa orang
yang layak untuk mewakili sekolah beberapa bulan kemudian.” Cikgu Ibrahim
menjawab dengan tenang.
“Bila
pertandingan akan mula, cikgu?” Seorang lagi pelajar senior bertanya.
“Lagi
sebulan tetapi kita akan adakan permainan persahabatan dengan sekolah-sekolah
berdekatan dahulu.” Jawapan yang diberikan, adalah sama seperti tahun-tahun
lepas. Namun, Cikgu Ibrahim tidak pernah memperlekehkan setiap soalan yang
ditanya kerana baginya, pelajar-pelajar tingkatan perlu juga tahu tentang
situasi sukan bola sepak di peringkat sekolah menengah.
Dua
puluh dua orang pelajar junior pun masuk ke padang. Haiqal memilih posisi
sebagai penjaga gol. Entah kenapa dia suka posisi tersebut. Tidak perlu
komunikasi dengan pelajar lain. Hakikatnya, Haiqal tidak peduli dia terpilih
atau pun tidak.
Cikgu
Ibrahim meniup wisel. Pelajar-pelajar junior masing-masing menunjukkan
ketangkasan mereka. Ada beberapa pelajar yang dilihat tidak serius bermain,
lalu dikeluarkan oleh Cikgu Ibrahim dan digantikan dengan pelajar-pelajar yang
lain.
Ada
beberapa kali pemain penyerang lawan cuba menyepak bola ke arah gol yang dijaga
oleh Haiqal tetapi dengan tangkas Haiqal menyambar bola tersebut. Apabila bola
disepak jauh ke kiri ketika Haiqal di kanan, Haiqal akan melompat ke kiri dan
menepis bola tersebut. Ketangkasan Haiqal mengundang rasa kagum di kalangan
pelajar senior. Ada juga pelajar senior yang tercabar melihat kehebatan Haiqal.
“Cikgu...
cikgu... boleh saya bagi cadangan tak?” Seorang pelajar lelaki tingkatan dua,
berbadan tegap dan tinggi seperti pelajar tingkatan empat memberanikan diri
menemui Cikgu Ibrahim.
“Ya,
ada apa Haziq?” Cikgu Ibrahim melayan kata-kata Haziq tetapi matanya masih
terus memandang ke arah pelajar-pelajar junior yang sedang beraksi di tengah
padang sambil berpeluk tubuh.
“Boleh
tak kami nak cuba lawan pelajar tingkatan satu tu. Pasukan senior lawan junior?”
Tujuan Haziq memberi cadangan tersebut tak lain dan tak bukan adalah untuk cuba
mencabar dengan Haiqal.
“Cadangan
yang baik. Mungkin dengan idea kamu ini, cikgu-cikgu dapat cari calon pelapis
yang bagus-bagus dengan lebih cepat.” Cikgu Ibrahim pun memanggil kesemua
pelajar tingkatan satu berdiri di depannya.
“Pasukan
senior hendak bertanding dengan kamu semua. Cikgu dah lihat permainan kamu
tadi, jadi cikgu mahu sesiapa yang sukarela mahu bertanding dengan pelajar
senior untuk turun ke padang sekarang. Sebelas orang sahaja.” Cikgu Ibrahim
memandang mata setiap pelajar tingkatan satu. Ada yang berani bertentangan
mata, dan ada yang tunduk tidak yakin.
Beberapa
orang pelajar tingkatan satu mengangkat tangan dan tampil ke hadapan. Haiqal
mendiamkan diri. Melihat Haiqal tidak mahu menyertai pasukan junior untuk
melawan pasukan senior, Haziq pun mendekatnya.
“Aku
nak kau lawan pasukan senior.” Haziq sengaja memandang Haiqal dengan pandangan
mata yang garang tetapi Haiqal masih kekal dengan wajah tidak berperasaannya.
Hal itu menambahkan lagi rasa tercabar di hati Haziq. Haziq memandang seorang
pelajar tingkatan satu yang berperanan sebagai penjaga gol. Dia menunjukkan ke
arah pelajar tersebut. “Kau tunggu dulu.”
Pelajar
tingkatan satu itu akur dan berundur. Haiqal menurut sahaja dan terus bergerak
bersama-sama pelajar tingkatan satu yang lain untuk membentuk pasukan bola
sepak junior. Mereka mengatur formasi empat empat dua.
“Aku
nak kau ajar budak tingkatan satu yang jadi penjaga gol tu. Dia nampak macam berlagak
sangat.” Haziq menghasut rakan-rakan sepasukannya. “Biar dia tahu hormat orang
lebih tua.”
“Ah,
tak ada masalah. Kejap lagi dia terkencing dalam seluar. Kau bagi tangan dia
kebas. Tak pun kau sepak bagi kena dahi dia.” Jojo tersengih.
Permainan
dimulakan. Ketangkasan pemain senior ternyata melebihi pelajar junior. Dengan
mudah mereka menembusi pertahanan pelajar junior. Seorang pelajar junior cuba
menyekat pelajar senior tetapi Haziq yang berada di posisi menyerang mudah
sahaja mengelak halangan tersebut dan memberikan bola kepada Jojo. Jojo, Haziq
dan seorang lagi pelajar senior saling membahagi-bahagikan bola. Haziq mencari
peluang untuk menjaringkan gol.
Peluang
sudah ada. Haziq memandang muka Haiqal yang sedang memandang tepat ke arah kaki
pemain senior itu. Haziq mengenakan satu tendangan padu ke bola sepak tersebut,
lalu bola itu pun berputar-putar dengan pantas ke arah muka Haiqal. Dengan
tenang, Haiqal mencengkam bola tersebut dengan kedua-dua belah tangannya. Pelajar-pelajar
tingkatan satu bersorak. Cikgu Ibrahim yang berdiri di tepi padang terpegun.
Senyuman terukir di bibirnya. Serentak dengan itu, muka Haziq merah padam.
Jojo
melihat kehebatan Haiqal menghembuskan nafas dengan kuat. “Huih. Tak boleh
jadi. Tak boleh jadi...”
Haiqal
melontarkan bola itu ke arah seorang rakan sepasukannya dengan wajah yang
selamba. Selama berada di Kanada, Haiqal pernah bermain bola sepak untuk
sekolahnya. Dia sudah biasa berdepan
dengan budak-budak orang putih yang lebih tinggi dan tegap. Dia sudah biasa
berdepan dengan kekuatan tendangan pemain berbadan tinggi seperti Haziq.
“Celaka
kau! Berlagak ya!” Jojo tiba-tiba menengking Haiqal. Kecut pelajar-pelajar
tingkatan satu yang lain di padang. Haiqal memandang Jojo dengan pandangan mata
yang redup. Cahaya mata yang mirip dengan bapanya.
Cikgu
Ibrahim meniupkan wisel, meleraikan pergaduhan yang bakal tercetus dengan
isyarat tangan. Api kemarahan Jojo terpadam seketika apabila mengetahui dirinya
yang telah mengikut emosi lalu dia pun tunduk mengangguk ke arah Cikgu Ibrahim
dan kembali meneruskan permainan.
Pasukan
bola sepak senior kembali menguasai padang. Sekali lagi Jojo dan Haziq
bergandingan untuk menewaskan Haiqal. Kali ini mereka nekad untuk datang lebih
dekat ke arah Haiqal, mencari peluang untuk mencederakan Haiqal. Bola jatuh di
depan Haiqal, dan Haiqal cuba mendapatkannya. Ketika itulah, Jojo cuba menyepak
siku Haiqal tetapi dengan pantas Haiqal memusingkan badannya lalu menapak
selangkah ke depan melepasi Jojo dan Haziq. Haiqal mengetap giginya sambil
melakukan sesuatu yang sukar dipercayai oleh Haziq dan Jojo.
Haiqal
melompat hampir dua meter ke udara dan seketika itu juga dia menyepak bola
sepak tersebut dengan sangat kuat. Bola itu berpusing-pusing laju merentasi
pemain-pemain bola junior dan kemudian pelajar-pelajar senior, lalu pada ketika
penjaga gol pasukan senior masih belum bersedia, bola sepak itu terus
menghentam jaring gol pasukan senior. Masa seolah-olah bergerak perlahan-lahan.
Semua pemain terlopong. Bahu Cikgu Ibrahim terangkat. Matanya terbeliak. Haziq
dan Jojo memusingkan kepala, saling berpandangan dengan kelopak mata dan rahang
mulut yang terbuka luas, amat terkejut dengan apa yang telah berlaku.
Ketika
itu, Haziq mendarat, dengan sebelah lutut dirapatkan ke rumput dan kedua-dua
belah tangan diluruskan ke belakang. Kepalanya tunduk memandang ke tanah,
sambil mengetap giginya. Geram!
Ini
bukan tahap pelajar sekolah! Ini tahap pemain bola sepak dunia melawan
budak-budak sekolah! Begitulah apa yang terlintas dalam pemikiran sekalian
jurulatih dan para pelajar yang ada di padang.
Haiqal
berdiri tegak, membelakangi Haziq dan Jojo. Dia mendongak kepalanya memandang
langit sambil bercekak pinggang. Sementara itu, Haziq dan Jojo duduk dengan
kedua-dua kaki terlipat dan lutut mereka mencecah tanah. Kedua-duanya mengigil,
mengaku kalah!
-o-
“Khatijah
binti Sudir. Khatijah binti Sudir! Kalau ada sila angkat tangan.” Panggilan Cikgu
Vanessa, yang merupakan guru pasukan penyokong sekolah atau Pom-Pom Girl
menggegarkan dewan serbaguna sekolah, lantas segera memadamkan lamunan
Khatijah. Guru berbangsa India yang berbadan ramping itu bercekak pinggang
sambil memandang Vanessa.
“Sa...
saya cikgu. Maafkan saya, Cikgu Vanessa.” Khatijah mengangkat tangan.
“Apa
yang kamu buat? Jangan mengelamun, untuk berjaya kita mesti fokus dengan kerja
di depan mata kita. Jika kita mengelamun semasa kerja, masa kita banyak
terbuang, hasil yang dapat makin kurang. Tak boleh macam itu, Khaty.” Cikgu
Vanessa menggelengkan kepala. “Pernah menyertai ‘pom-pom girl‘sebelum ini?”
“Tak
pernah cikgu...” Khatijah tersipu-sipu malu. Hakikatnya kebanyakan pelajar yang
menyertai pasukan penyokong sekolah terdiri daripada bukan Islam. Hal ini
menyebabkan Khatijah dianggap pelik di kalangan ahli-ahli kelab tersebut.
“Kamu
yakin kamu mahu kekal dalam kelab ini?” Cikgu Vanessa bertanya lagi.
“Saya
yakin cikgu. Saya pernah belajar silat dengan ayah saya sejak kecil lagi.”
Khatijah menunjukkan muka bersungguh-sungguh.
“Kenapa
kamu tidak masuk kelab silat sahaja? Kamu sudah ada pengalaman dalam bidang
itu, bukan? Mungkin di situ kamu ada peluang, boleh mewakili sekolah? Bagus
untuk markah penglibatan kamu untuk masuk ke universiti atau biasiswa.” Cikgu
Vanessa mengerutkan keningnya. Matanya merenung tepat ke arah Khatijah yang
masih kelihatan tersipu-sipu malu.
“Saya
nak cuba sesuatu yang baru cikgu.” Khatijah cuba memberanikan diri untuk
bertentangan mata dengan Cikgu Vanessa. Namun jauh di dalam hatinya,
terbayangkan wajah Haiqal. Rupa-rupanya itulah tujuan Khatijah menyertai
pasukan penyokong sekolah. Dia berhajat mahu menyokong pasukan bola sepak
sekolahnya, menyokong... Haiqal.
“Boleh
tak kamu tunjukkan sesuatu yang boleh menyakinkan cikgu untuk menerima kamu?”
Sebenarnya Cikgu Vanessa berniat baik. Dia rasa masa depan Khatijah lebih cerah
jika Khatijah masuk ke kelab silat kerana pengalaman dan kemahiran sedia ada
dalam diri anak muridnya itu.
"Saya
boleh buat begini." Khatijah melompat ke
arah dinding, memijak tiga kali dinding bangunan dewan sebelum membuat balik
kuang, dan berputar-putar lima kali ke belakang sebelum kembali mendarat ke
tanah. “Saya pandai mengimbangkan badan, Cikgu.”
Cikgu
Vanessa tercengang. Pelajar-pelajar lain ternganga dan kemudian bersorak-sorak.
Bagi mereka, kemahiran mengimbangkan badan memang sangat diwajibkan bagi
pasukan penyokong sekolah. Vanessa tersenyum dan membengkokkan pinggangnya,
memberi tunduk hormat kepada semua yang ada di situ. Ada beberapa orang pelajar
perempuan yang kagum berlari dan mula memeluk Khatijah sambil terjerit-jerit.
Nampaknya
tahun ini, biarpun bilangan pelajar tingkatan satu tidak ramai, tetapi mereka
yang masuk mendaftarkan diri di sekolah ini ada beberapa orang yang memiliki
bakat yang luar biasa. Masa depan sukan di sekolah itu menampakkan peluang
untuk menyinar.
-o-
Ketika
pelajar-pelajar masih lagi gamat berlatih. Khatijah merasakan ada sesuatu
bayang hitam memerhatikannya secara diam-diam tanpa disedari oleh sesiapa pun
kecuali dirinya. Bayang-bayang itu terlekat di dinding dan sukar dilihat dengan
mata kasar. Apabila Khatijah berpaling ke arah bayang-bayang hitam tersebut,
bayang-bayang hitam itu pun berlantas pergi, melintasi dewan serbaguna
tersebut. Hati Khatijah mencurigai sesuatu. Khatijah meninggalkan
rakan-rakannya yang sedang berlatih, lalu mengekori bayang-bayang tersebut
hingga ke tandas.
“Siapa
kau?” Khatijah berdiri kira-kira tujuh meter di belakang lembaga hitam tersebut.
“Kau
anak Sudir bukan?” Bayang-bayang hitam itu membelakangi Khatijah.
“Ya?
Kenapa?” Khatijah mengerutkan keningnya. Dia tidak pelik tetapi terkejut kerana
lembaga tersebut berani menyebut nama bapanya. Bapanya terkenal di dunia jin
kerana telah berkahwin dengan gadis bunian. Bermaksud, Khatijah adalah separuh
manusia dan separuh bunian.
“Kau
jangan cari pasal dengan anak Akalil.” Lembaga tersebut memberi amaran.
“Kau
siapa? Siapa Akalil?” Khatijah memberanikan diri untuk bertanya.
“Aku...
Belian.” Lembaga tersebut berpaling. Wajahnya mirip seekor harimau tetapi
berbadan seperti manusia. Belian lantas menerkam ke arah Khatijah.
Sebelum
sempat Belian mencapai Khatijah, kedua-dua belah tangannya telah dicengkam oleh
dua orang lagi manusia menyerupai Khatijah. Serangannya terhenti.
“Kau
ini?” Belian terbeliak. Dia memandang ke arah kedua-dua manusia yang berada di
kiri dan di kanannya saling berganti berkali-kali.
“Aku
ini dipanggil... Dupli-Kate.” Khatijah tersenyum sinis. Keyakinan diri
kelihatan terpancar di kedua-dua belah anak matanya.
Khatijah
membacakan beberapa petikan ayat suci Al-Quran lalu menyebabkan badan Belian
berasap sebelum melontarkan Belian pergi.
Belian
jatuh berguling-guling ke lantai. Belian bangkit berdiri sambil sebelah
tangannya memegang lengannya yang dicengkam oleh dua Khatijah yang lain tadi.
“Kau
jangan salah faham. Kau jin, aku juga jin. Aku cuma mahu bekerjasama dengan engkau!”
Nampaknya Belian ada niat yang lain, mencari peluang untuk tidak tunduk kepada
Raja Syaitan Kimaris dan Pesuruh Iblis, Akalil.
“Macam
mana kau tahu aku akan bersetuju. Aku tak berminat. Baik kau pergi sekarang
sebelum aku bakar kau dengan ayat-ayat suci Al-Quran.” Khatijah bersuara dengan
nada tegas.
Dalam
keadaan yang sangat marah, Belian menyeringai ke arah Khatijah sebelum berlari
keluar dari tandas dan menghilangkan diri.
Khatijah
menghembuskan nafas. Mengeluh, dan kemudian beredar meninggalkan tandas. Siapakah
Akalil? Satu persoalan baru mula bermain di fikiran Khatijah.
LAIN-LAIN KARYA AMIENE REV (sehingga
karya ini ditulis):
05 JUN 2015:Cerpen
Jin Galah
06 JUN 2015:Cerpen
Jin Galah 0.1: SPESIES
18 JUN 2015:Cerpen
Jin Galah 0.2: SUAMI
20 JUN 2015:Cerpen
Jin Galah 0.3: RINDU
21 JUN 2015:Cerpen
Jin Galah 0.4: SRIKANDI
23 JUN 2015:Cerpen
Jin Galah 0.5: MUTASI
28 JUN 2015:Cerpen
Anak Kecil Di Tengah Malam
3 JULAI 2015:Cerpen
Jin Galah 0.6: REKRUT
15 OGOS 2015:Novel
IBRIM & TOWA - Cinta Gadis Ular