Home Novel Seram/Misteri CERITA SATU MALAM
CERITA SATU MALAM
12/4/2013 08:54:45
70,207
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Beli Sekarang
Chapter 5

 

Langkah kakinya diaturkan laju menuju ke lobi bangunan. Sebaik saja dia masuk dia melihat Mustafa sudah pun berada disitu. Orang ramai yang berkerja didalam bangunan itu berpusu-pusu keluar dari mulut lif. Masing-masing ingin segera sampai kerumah untuk melepaskan lelah dan penat.

“Baru sampai?” soal Mustafa terlebih dulu.

Samsir angguk dan meletakkan termos diatas meja. “Perut kau tu tak sakit lagi ke?” usik Samsir tersengih seketika.

Mustafa ikut ketawa. “Tak sakkit lagi dah.”

“Kau pergi warung janda tu lagi?” Samsir mengerling.

Mustafa menggeleng. “Tak sempat. Aku pun dah lambat tadi.”

“Tu pasallah tak sakit perut,” kali ini Samsir mengekeh ketawa.

“Hish... tak baik kau cakap macam tu.” Samsir tidak pasti apakah kata-kata itu demi untuk mempertahankan Tipah si janda yang digila - gilakan itu atau pun lahir dari keikhlasannya.

“Dia kan cari makan,” sambung Mustafa lagi. Iyalah tu, hati Samsir bersungut sendiri.

Samsir mengatakan yang dia terjumpa Zamri, pegawai ronda siang semasa dia makan tengahari tadi. Mustafa buat tidak peduli. Baginya berita itu tidak penting pun.

“Kau kenal dengan budak-budak yang rapat dengan Karim?” tidak semena-mena pertanyaan itu meluncur laju dari mulutnya. Mustafa terdiam.

“Karim?”

“Budak yang mati jatuh dalam bangunan ni,” sahut Samsir perlahan. Sebolehnya dia tidak mahu kaki tangan yang lalu lalang disitu mendengarnya.

“Entahlah Sam. Aku sendiri pun tak pasti. Tapi setahu aku si Karim tu jarang bercampur dengan orang. Dia tak banyak cakap. Buat hal sendiri aje. Nak ajak makan pun susah. Ada aje alasannya,” terang Mustafa dengan wajah selamba. Samsir melabuhkan pungggungnya dikerusi. Buku laporan diatas meja diselak. Disisinya Mustafa sibuk memerhatikan kaki tangan keluar dari dalam bangunan. Ada yang mengunakan pintu  untuk kebasement dimana tempat letak kenderaan untuk pekerja didalam bangunan itu disediakan.

“Tak kan tak ada orang yang rapat dengan dia,” sela Samsir separuh kesal. Kenapa susah sangat untuk dia mengenai lelaki itu. Terlalu banyak berahsiakah si Karim itu?

“Entahlah Sam. Aku tak tahu,” kemudian dia memandang Samsir. “Yang engkau sibuk sangat nak tahu pasal budak tu kenapa?”

Samsir menoleh namun pertanyaan lelaki itu dibiarkan tergantung sendiri. Mustafa pula tidak ikut mendesak selepas itu. Masing-masing membatukan diri.

 Yang sebenarnya dia memang tidak punyah jawapan kukuh untuk menjawap soalan Mustafa itu. Apa yang dia tahu dia sememangnya teruja apabila mendengar kisah Karim mati kerana dibunuh oleh hantu seorang perempuan. Itu saja.

Aneh, fikirnya seketika kemudian. Selama ini dia tidak percaya pada kewujudan hantu. Tetapi kini hatinya mendesak pula untuk tahu. Kenapa? Dimana letaknya kewajaran itu?Ah... sekadar ingin tahu tidak salah, dia merumuskan begitu. Yang penting benarkah ada hantu perempuan itu disini? Dalam bangunan ini? Perlahan-lahan Samsir menoleh memerhatikan Mustafa yang sedang leka bermain dengan telefon bimbit ditangan. Nampak khusyuk. Apa yang bermain didalam benaknya akhirnya dibiarkan berlalu.

Tepat jam sembilan malam dia keluar meronda sepereti biasa. Mustafa ditinggalkan sendirian. Seperti kelazimannya dia akan memeriksa setiap tingkat yang ada didalam bangunan itu. Waktu-waktu begini tidak banyak lot pejabat yang masih beroperasi. Mungkin dalam tiga atau empat saja. Tugasnya hanya memastikan yang semuanya berada didalam keadaan baik dan terkawal. Jika berlaku sesuatu ianya dibawah tanggungjawapnya. Masalah itu akan diselesaikan dengan sebaik mungkin.

Usai saja dia memeriksa lot pejabat ditingkat tiga, dia bergerak pula menuju ketingkat empat. Samsir hanya mengunakan tangga dibahagian pintu kecemasan. Setapak demi setapak dia mendaki anak tangga. Bunyi kasutnya berlaga dengan simen jelas kedengaran kuat. Bergema-gema. Apatahlagi tempat itu sunyi dan sepi.

Daun pintu ditolak dan dia kini sudah berada ditingkat empat. Sejenak dia menjengahkan kepalanya. Memerhatikan ruang pejalan kaki yang kelihatan kosong dan lenggang. Tiada sesiapa pun disitu. Samsir menarik nafasnya dengan panjang. Entah kenapa perasaannya mula menjadi tidak tenteram. Bulu roma ditengkuknya meremang. Cepat-cepat dia menghalau perasaan tidak enak itu dari menguasai diri dan fikirannya.

Lazimnya dia hanya akan memerhatikan ruang pejalan kaki saja disetiap tingkat. Setelah berpuashati dengan keadaan yang ada dia akan bergerak naik ketingkat yang seterusnya. Tapi entah kenapa kali ini dia terasa ingin memeriksa tingkat itu dengan lebih teliti.

Samsir berjalan disepanjang ruang pejalan kaki ditingkat empat. Banyak lot pejabat yang sudah ditutup. Langkah kakinya diatur perlahan-lahan. Setiap tombol pintu pejabat dipulasnya bagi memastikan yang kesemuanya berkunci. Jika ada pencerobohan, dia juga yang akan ditanya nanti. Bagaimana dia hendak menjawap? Mahu berbuih mulutnya nanti memberikan alasan, fikir anak muda berambut pendek lurus itu.

Tiiba dihujung dia berpatah semula. Tidak ada apa-apa yang mencurigakannya. Semuanya terkawal dengan baik. Lalu dengan langkah kaki yang agak deras dia menuju semula kearah tangga. Sewaktu dia melintasi lif kakinya terhenti. Bunyi loceng lif menarik perhatiannya. Masih ada oranng lagikah? Hatinya tertanya - tanya sendiri. Samsir mengambil keputusan untuk menunggu.

Sebaik saja pintu lif terbuka, Samsir terpandangkan seorang gadis muda berada didalamnya. Telaga mata mereka bertemu. Sesaat Samsir tercegat bagaikan patung. Berderau darahnya naik hingga kemuka. Tubuhnya kaku tidak bergerak.

Pria itu terpukau dengan kecantikan milik gadis cina itu. Rambutnya panjang hitam dan lurus hingga kedada. Kening milik sigadis itu agak lebat. Kulitnya putih dan bersih. Tubuhnya tinggi lampai. Tahi lalat dipipi kirinya menjadikan wajah sedia cantik itu semakin menawan. Matanya agak sepet tetapi cantik. Samsir terpana dengan senyuman yang sedang menghiasi bibir gadis itu. Teragak-agak Samsir membalasnya.

“Excuse me,” ucap gadis cantik itu perlahan. Suaranya kedengaran amat lembut dan mempesonakan. Samsir yang menghalang laluan gadis itu segera beralih. Dengan langkah sopan sigadis itu berlalu. Samsir hanya tercegat dan memandang kearah sirupawan itu berlalu lalu masuk kedalam salah satu lot pejabat yang ada disitu..

Seperti ditampar, sesaat kemudian Samsir terjaga. Mamai sendiri. Siapa perempuan itu? Dengan tidak semena-mena pertanyaan itu bermukim didalam hatinya. Seperti tadi, Samsir masih lagi tercegat biar pun pintu lif sudah tertutup semula. Ingatannya terhadap gadis manis itu tidak mampu dikikis. Kecantikan milik wanita itu membuatkan dia benar-benar terpana dan mamai sendiri. Jejaka bertubuh sederhana itu mula tidak keruan. Serba salah. Antara sedar dan tidak ada keinginan untuk mengenali gadis itu tumbuh subur didalam perasaannya.

Samsir melangkah semula. Namun langkah kakinya bukan menuju ke lif sebaliknya kearah pejabat yang dimasuki oleh gadis tadi. Ada sesuatu yang menarik dirinya untuk kesitu. Samsir memerhatikan tanda iklan diatas pintu pejabat itu. Ianya milik sebuah syarikat yang menyediakan pakej pelancongan dan tiket penerbangan. Kemudian Samsir menjengah melalui dinding kaca pejabat tersebut. Tirai yang menutup dinding kaca itu membatasi pandangannya. Dia tercari-cari akan gadis tadi. Tidak pula kelihatan dilobi pejabat yang agak kecil itu. Dimana dia? Hatinya bagaikan terdera sendiri. Samsir mengintai lagi. Hampa. Entah kenapa hati mudanya bagaikan ditarik-tarik untuk menatap wajah manis itu lagi.

Samsir memulas tombol pintu. Ternyata ianya berkunci. Kemudian pintu diketuk beberapakali. Dalam waktu yang sama dia masih lagi mengintai melalui celahan tirai disebalik dinding.

Sebaik saja dia melihat gadis tadi muncul dilobi pejabat hatinyan menjadi berdebar-debar. Apa aku nak cakap dengan dia? Dia menjadi serba salah pula. Sepasang bibirnya menjadi kering. Mindanya dikerah untuk mencari ilham.

Tirai diselak dari dalam dan kini Samsir dapat melihat wajah itu dengan jelas. Telaga mata mereka bertemu lagi. Cepat-cepat Samsir mengukir senyum. Sigadis membalasnya dengan seadanya. Meski pun begitu ternyata gadis tionghua itu enggan untuk membuka pintu. Lalu Samsir memberikan isyarat agar gadis itu membukanya.

 Gadis yang masih belum diketahui namanya itu hanya merenggangkan sedikit pintu. Kepalanya dijengahkan.

“Belum balik lagi Amoi?” soal Samsir dengan suara yang tersekat-sekat. Dia mengagahi dirinya untuk terus tersenyum.

“Belum lagi encik. Saya masih ada kerja lagi. Kenapa?” gadis yang dipanggil amoi itu bertanya dengan suara yang lembut.

Samsir menggeleng -  gelengkan kepalanya. “Tak ada apa-apa. Saya cuma check aje. Kalau ada apa- apa, amoi boleh jumpa saya,” kata Samsir. Suaranya jelas bergetar. Tidak selesa. Gadis berambut lurus itu tidak menyahut, sebaliknya hanya menganggukkan kepala sebagai jawapan. Kemudian pintu kaca ditutup semula. Samsir terasa hampa. Hatinya menjadi tawar dengan tidak semena-mena. Dengan langkah kaki yang longlai di meninggalkan pejabat itu. Dia masih lagi tertanya-tanya sendiri. Cepat benar pertemuan mereka tamat, rungutnya didalam hati. Sekelumit rasa tidak puas hati bercambah dalam dadanya. Biar pun dia melangkah semakin jauh namun ingatannya tetap berada dipejabat tadi. Wajah gadis manis taadi dicuba ingatinya sedapat mungkin. Siapa perempuan itu? Keinginan untuk tahu makin meluap-luap dalam dada. Entah kenapa hatinya menjadi sayu tatkala dia meninggalkan tingkat empat.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Previous: Chapter 4
Next: Chapter 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh