Home Novel Seram/Misteri CERITA SATU MALAM
CERITA SATU MALAM
12/4/2013 08:54:45
69,922
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Beli Sekarang
Chapter 14

Waktu untuk dia meronda sudah pun tiba. Samsir mula bangun dari kerusi. Kadir yang sudah maklum tidak bersuara. Dia sendiri baru saja habis memeriksa kawasan tempat letak kereta tatkala jam sudah pun menganjak ke pukul sepuluh malam. Memastikan tidak ada kenderaan yang ada disitu. Mustahil dalam waktu-waktu begitu masih ada lagi kakitangan yang bekerja didalam bangunan itu. Kini giliran Samsir pula meronda ditingkat atas bangunan.

Derap tapak kasutnya berlaga dengan marmar lantai jelas kedengaran. Butang lif ditekan dan kemudian dia menunggu sebentar. Sebaik saja pintu lif terbuka dia segera meloloskan dirinya masuk kedalam. Sewaktu pintu lif tertutup dia menghela nafasnya dengan panjang. Ada sesuatu menganjal dilubuk perasaannya dikala itu. Pun begitu dia tidak menghiraukannya. Apa yang ada didalam fikirannya cuma Jennnifer yang berada ditinngkkat empat. Hatinya melonjak-lonjak ingin bertemu dengan gadis bertahi lalat dipipi kiri itu. Hampir seharian dia tidak bertemu membuatkan dirinya diamuk dengan rindu.

Rindu?

Samsir ketawa sendiri. Apakah dia memang sudah merindui gadis itu? Lelaki itu meraup wajahnya sendiri. Malu. Malu kerana belum apa-apa dia sudah rindu. Kalaulah diketahui oleh Jennifer, bagaimana agaknya?

Dia akui dia tidak dapat menolak apa yang dirasakan ini. Benar kata orang. Cinta itu lahir dengan sendirinya. Dari mata turun ke hati. Dari renungan mata Jennifer, dia jatuh hati. Dari senyum gadis itu dia diamuk rindu. Satu perasaan yang sudah lama tidak dirasainya. Kini ianya muncul lagi.

Loceng berbunyi dan serentak dengan itu pintu lif terbuka ditingkat empat. Lalu Samsir melangkah keluar. Hatinya berdebar-debar. Tidak semena-mena perasaannya berkecamuk sendiri. Perasaan tidak enak itu disisihkan jauh-jauh. Diruang matanya hanya tergambar wajah dan susuk tubuh gadis bernama Jennifer. Senyum dibibirnya merkah lagi.

Entah kenapa semakin dia dekat dengan pejabat gadis itu, hatinya menjadi galau semacam. Langkah kakinya diaturkan perlahan-lahan.

Gelap!

Pejabat agensi pelancongan itu gelap. Samsir terhenti. Dadanya disumbat dengan rasa kecewa. Jennifer tidak bekerja malam ini, desis hatinya lagi. Antara sedar dan tidak dia melepaskan keluhannya dengan kuat. Wajahnya bertukar keruh. Ruang pejalan kaki dirasakan dingin. Samsir termenung sendiri. Dimana Jennifer? Kenapa dia tak kerja malam ini? Samsir menepuk kepalanya. Kesalnya makin membuak-buak. Kali ini dia terasa bagaikan kehilangan sesuatu. Rindunya pada gadis bertubuh langsing itu tidak mampu lagi untuk ditahan. Meski pun begitu apa yang mampu dia buat?

Samsir berpusing dan mula berlalu pergi. Kali ini langkah kakinya lemah dan lesu. Tidak bersemangat lagi. Kepalanya digosok-gosok dengan tangan. Rambutnya yang bersisir rapi mula bersimpang siur.

Butang lif ditekan. Bola matanya memerhatikan pada butang-butang nombor yang tertera diatas pintu lif. Dari satu butang ke satu butang ianya menyala.

Ketika Samsir mahu melangkah kakinya kedalam lif tiba-tiba telinganya terdengar bunyi dentuman. Pemuda itu terpaku. Hanya bola matanya saja diliarkan. Bunyi apa tu? Hatinya berkocak sendiri. Pintu lif dibiarkan ternganga sendiri. Samsir berundur dan memanjangkan lehernya. Beberapa saat dia menunggu lagi. Bunyi apa yang aku dengar tadi? Soalan itu masih mengetuk benaknya.

Ruang pejalan kaki yang kosong itu diperhatikan lagi. Tiada apa-apa yang mencurigakannya. Semuanya kelihatan seperti biasa. Setahunya tidak ada pejabat yang dibuka ditingkat itu. Jadi dari mana munculnya bunyi dentuman itu? Bola matanya diliarkan lagi. Masih lagi mencari-cari.

“Hello...,” dia menyeru perlahan. Masih ada orangkah disini? Samsir tidak pasti.

Dia berpusing semula. Sekali lagi dia memeriksa tingkat itu. Biar kali ini dia pastikan dengan baik. Mungkin tadi ada yang terlepas dari pandangannya. Ruang pejalan kaki yang sepi itu disusurnya perlahan-lahan. Lot-lot pejabat yang ada disitu periksanya. Cuba membuka beberapa pintu pejabat namun jelas semuanya berkunci.

Ketika dia berdiri didepan pejabat Jennifer dia mengeluh perlahan. Tombol pintu dipegang lalu dipulasnya beberapakali. Ternyata ianya memang berkunci. Hajatnya untuk bertemu dengan gadis itu tidak kesampaian. Nak buat macam mana dah nasib aku, hatinya berkata-kata sendiri. Belakang kepalanya digaru-garu dengan tangan.

Kemudian Samsir menyambung semula kerjanya. Tiba dihujung bangunan dia berpatah semula. Dalam waktu yang sama dia terus memasang telinganya dengan hati-hati. Manalah tahu mungkin bunyi tadi muncul lagi, desisnya didalam hati.

Setelah memastikan semuanya tidak berubah, Samsir mengambil sedikit masa memeriksa tandas yang terletak dihujung ruang.

Pintu kamar tandas lelaki dibuka. Gelap! Lalu dia memetik suis lampu dan sebentar kemudian kamar itu terang-benderang. Samsir menjengahkan kepalanya kedalam. “Hello!” suaranya kedengaran bergema.

“Hello!” sesaat kemudian dia mecebikkan bibirnya. Bahunya dijungkitkan. Seterusnya dia memeriksa tandas wanita pula. Seperti tadi dia memetik suis lampu dan tandas itu serta-merta menjadi terang. Sekali lagi dia menjengahkan kepalanya kedalam.

“Hello!” dia menyeru. Panggilannya tidak bersambut. Menandakan tidak ada manusia lain disitu selain dari dia. Samsir menelan rengkungnya. Ditempat dia berdiri hawanya sesekali terasa sejuk. Bunyi apa yang aku dengar tadi? Sekali lagi hatinya berkocak dengan pertanyaan itu.

Sebaik saja tangannya menutup semula suis lampu sekali lagi telinganya mendengar bunyi dentuman. Kali ini kedengaran lebih kuat dari tadi. Sepantas kilat Samsir menoleh dan mencari-cari arah bunyi itu. Matanya terarah pada pintu kecemasan. Serasanya bunyi dentuman tadi memang datang dari arah pintu itu, kuat hatinya berbisik sendiri.

Dengan langkah yang tergesa-gesa pemuda itu mendekati pintu tersebut. Dia memusing tombol pintu. Terasa berat. Kemudian dia menjengah kedalam. Memerhatikan kearah tangga.

“Hello!” bola matanya diliarkan lagi. Suaranya melantun-lantun dan bergema-gema sendiri. Masih ada orang lagikah? Dadanya mula berdebar-debar. Peluh sudah merenek didahi. Hawa dingin datang lagi mengusap sekujur tubuhnya. Belakang tengkuknya diusap-usap dengan tangan. Kenapa sejuk pulak ni, rungutnya didalam hati.

“Hello!” dia mendongak kearah tangga dibahagian atas pula. Hanya sepi saja yang menyambut panggilannya.

Samsir termanggu-manggu sendiri. Dia tidak pasti apakah yang menyebabakan bunyi itu muncul. Yang dia tahu memang tadi telinganya jelas mendengar ada bunyi dentuman kuat seperti pintu dihempaskan dengan kasar.

“Hello!” bola matanya terus liar.

Baru saja Samsir ingin menutup pintu dia terdengar bunyi tapak kaki berlari mendaki tangga ketingkat atas. Sejurus kemudian dia terdengar pula dentuman kuat seperti tadi. Ada sesiapakah diatas?

“Hello! Siapa tu?!” suaranya dinyaringkan. Bergema-gema lagi.

Samsir tidak puashati. Kalau hendak diikutkan hatinya dia memang tidak mahu menyusahkan diri. Pun begitu apabila memikirkan akan tanggungjawapnya, dia terpaksa juga. Pilihan apa yanng dia ada?

Samsir perlahan-lahan mendaki tangga menuju ketingkat atas. Mujur lampu dibahagian tangga itu terpasang. Jika tidak susah juga dia hendak berjalan didalam gelap. Cota yang tersisip dipinggangnya diraba dengan tangan. Seandainya ada apa-apa yang berlaku, cuma itu saja senjata yang dia ada.

“Siapa tu?” suaranya melantun-lantun lagi. Pun begitu pertanyaan tidak berjawap.

Satu demi satu anak tangga dipijaknya. Derap tapak kasutnya yang berlaga dengan lantai jelas kedengaran. Nafasnya ditarik kasar. Siapa pula yang berada diatas? Apa yang dibuatnya? Pertanyaan itu meledak dalam benaknya. Tidak ada jawapan datang menjengah. Walau apa pun dia kena memastikan juga untuk mencari jawapannya.

Tiba ditingkat atas Samsir terus membuka pintu kecemasan ditingkat lima. Kemudian dia menjonggolkan kepalanya. Memerhatikan ruang pejalan kaki yang sepi. Tidak ada sesiapa pun yang dia lihat disitu. Oleh kerana tidak puashati dia memeriksa tingkat itu. Kesemua lot pejabat yang ada ditingkat itu telah ditutup. Tidak ada sesiapa pun yang masih bekerja disitu. Kemana orang itu pergi? Samsir berpusing-pusing cuba mencari kelibat seseorang. Pun begitu dia masih gagal.

Dentuman muncul lagi. Menarik perhatian Samsir. Matanya sekali lagi dihalakan kearah pintu kecemasan yang ada ditingkat itu. Segera dia berlari dan menolak pintu tersebut.

“Hoi! Siapa tu? Jangan main-main!” suaranya ditinggikan. Peluhnya semakin lebat merenek didahi. Perlahan-lahan disekanya dengan tangan.

Samsir berdiri ditepi tangga. Sekejap dia memandang kearah bawah dan sebentar kemudian dia menoleh kearah atas. Sunyi. Dadanya berdebar-debar lagi. Ada orang mahu mempermainkan diakah?

“Hello?” dia mencuba lagi.

Pemuda itu tersentak apabila sekali lagi dia terdengar bunyi tapak kaki berlari menuju ketingkat atas. Samsir mendongak dan menjerit “Hoi! Siapa tu?”

Pantas Samsir berlari menuju keatas. Sebaik saja dia tiba ditingkat enam dia melihat pintu kecemasan baru tertutup. Memang sah! Ada orang, fikir anak muda itu lagi. Langkah kakinya semakin laju mengejar. Pintu kecemasan ditolak dengan kasar. Samsir berdiri diruang pejalan kaki ditingkat itu. Pun begitu dia hampa kerana tiada sesiapa pun yang kelihatan disitu. Kemana dia pergi? Sekali lagi persoalan itu memenuhi benaknya. Dia mula tercunggap-cungap sendiri.

Antara sedar dan tidak dia sudah mengejar manusia misteri itu hingga ketingkat dua belas dimana itulah tingkat penghabisan. Tingkat selebihnya masih kosong. Tidak ada syarikat yang menyewa disitu. Samsir menarik nafasnya dengan kasar. Jelas pemuda itu keletihan. Dari satu tingkat ke satu tingkat dia terpaksa berlari mendaki tangga. Memang letih, rungut pemuda itu didalam hati. Tangannya ditumpangkan dibesi tangga. Melepaskan lelahnya sebentar. Bayang manusia yang cuba diburunya tidak juga kelihatan. Mana dia pergi? Sejurus kemudian kepalanya digeleng-gelengkan.

Samsir membuka pintu kecemasan yang menghubungkan tingkat tiga belas. Hanya gelap saja yang menanti dia disitu. Lantas dia menghidupkan suis ditepi dinding. Dengan langkah yang berat dia berdiri diruang pejalan kaki. Sunyi dan sepi. Bola matanya terus diliarkan. Kemudian dia berpusing-pusing pula. Tidak ada apa-apa yang menarik perhatiannya. Apa yang aku buat disini? Tiba-tiba pertanyaan itu membenih dalam kolam fikirannya. Akhirnya Samsir mmengeluh. Seketika dia dihimpit dengan rasa serba salah. Dia terperangkap diantara dua persimpangan. Haruskah dia memburu lagi? Atau membiarkan saja? Samsir memasang telinganya lagi. Sudah beberapa minit dia menunggu bunyi dentuman dan bunyi tapak kaki tadi tidak lagi kedengaran.

Sejenak dia merasa keliru. Apakah tadi memang dia benar-benar mendengar bunyi pintu dihempas dengan kasar? Atau dia hanya dipermainkan oleh perasaannya sendiri. Jauh dia menelan rengkungnya sendiri. Mindanya diputar-putarkan lagi. Menimbang melalui neraca kewarasannya. Mungkin saja dia sudah hilang akal? Samsir menggeleng-gelengkan kepalanya. Tidak mungkin dia hilang akal. Dia masih waras lagi. Nafasnya dihela dengan panjang.

Perlahan-lahan Samsir menuju kelif bangunan. Butang ditekan dan sebentar kemudian pintu lif ternganga. Dengan langkah lesu Samsir masuk kedalam. Ketika pintu lif rapat perlahan-lahan satu bayang susuk tubuh manusia melintas. Samsir tersentak kerana terkejut. Dadanya berdebar-debar. Telinganya juga menangkap bunyi suara orang ketawa. Halus dan sayup-sayup. Tanpa menunggu lama lagi Samsir segera menekan butang ketingkat bawah. Gemuruh didadanya bagaikan tidak dapat ditahan-tahan lagi. Entah kenapa lif dirasakan lambat bergerak. Cepatlah! Batinnya menjerit kuat.

 

 

 

 

Previous: Chapter 13
Next: Chapter 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh