Farish berlari dengan pantas. Anak-anak pokok dilanggar bagaikan seekor badak. Dia tidak lagi peduli. Dia tidak peduli akan luka yang diterimanya setiap kali melanggar batang pokok yang berduri dan agak tajam. Apa yang dia tahu, dia harus menyelamatkan diri. Dia tidak mahu nyawanya diambil secepat itu.
Larian yang tidak menentu membuatkan kakinya tersadung akan akar pokok. Wajahnya tersembam tepat ke tanah yang becak. Dia kembali bangun dengan pantas. Beberapa batang pokok yang berpatahan dibelakang membuatkan dia semakin tidak kuat. Ketakutannya semakin meluas.
Farish kembali berlari. Kaki yang letih tetap digagahi untuk berlari. Tenaga yang semakin susut tidak mampu memberhentikan dirinya.
Sekali lagi Farish tersadung. Tetapi kali ini dia tidak lagi mencium tanah. Malah ada sesuatu yang diciumnya. Sesuatu diluar fikirannya. Sesuatu yang sama sekali tidak terlintas olehnya.
Satu mayat yang tidak dikenali terbaring hancur didepannya. Kepala dan tangan kanannya hilang. Begitu juga dengan isi perutnya. Kedua kakinya berada tidak jauh dari mayat tersebut.
Farish mengensot kebelakang dengan pantas. Darah hanyir dapat dihidu. Dia tidak sedar akan darah hanyir yang sudah melekat diwajahnya tatkala dia terciumnya akibat tersadung.
Seluruh badannya mengigil ketakutan. Dia tidak menyangka jika dirinya akan berada didalam situasi sedemikian rupa.
Ranting kayu yang dipijak seseorang dari arah belakang membuatkan Farish pantas menoleh. Anak matanya mula liar mencari. Peluhnya menitik turun dan bercampur dengan darah hanyir yang ada diwajahnya.
Terbuntang matanya sebaik terpandang akan seekor makhluk yang sedang menghampirinya dengan perlahan. Tubuhnya mengigil semakin kuat. Dia benar-benar ketakutan. Seluruh tenaganya untuk melarikan diri hilang.
Makhluk tersebut menghampiri dengan perlahan. Giginya yang tajam bagaikan gigi jarung tersusun agak jarang. Lidah yang panjang terjulur ke luar bersama dengan air liur yang pekat. Kakinya yang terbalik kebelakang membuatkan makhluk tersebut berjalan agak aneh.
Farish hanya mampu menelan air liur. Dia kaku. Tidak mampu untuk berbuat apa-apa.
Langkah demi langkah membuatkan Farish semakin takut. Dia sedar jika dirinya tidak akan bernyawa lagi. Dia sedar dia akan mati. Mati tanpa sebarang tanda.
Secara tiba-tiba makhluk tersebut menerkam kearahnya. Dia memejam mata rapat, pasrah jika nyawanya dicabut sedemikian rupa.
Goncangan yang kuat membuatkan Farish pantas membuka mata. Dia terduduk lemah. Peluh membasahi seluruh tubuhnya.
Matanya liar memandang ke kiri dan kanan. Dia ketakutan.
“Abang tak apa-apa ke ni?” tanya Nazira yang duduk ditepi katilnya.
Farish memandang wajah adiknya. Nafasnya tercungap-cungap.
“Abang mimpi hantu ke?” tanya Nazira lagi.
Baru Farish sedar jika dirinya bermimpi. Nafas lega ditarik lalu mengucap syukur. Dia bersyukur nyawanya masih panjang. Seraya itu dia mengusap wajahnya.
“Ayah mana?” tanya Farish sebaik dia bertenang.
“Ayah dah pergi kerja.”
Farish pandang jarum jam locengnya. Sudah pukul 10.46 pagi. Ertinya dia sudah terlewat setengah jam.
“Kamu keluarlah. Abang nak bersiap ke tempat kerja,” ujar Farish. Selimut yang menutup kakinya diselak ke tepi.
Nazira hanya diam dan memberi laluan pada abangnya. Dari riak wajah abangnya, dia yakin abangnya menyimpan sesuatu. Apatah lagi abangnya sempat mengingau dimana kedua belah tangannya mengenggam erat selimut.
Farish mencapai tuala mandinya. Dia masuk kedalam bilik mandi dan meninggalkan adiknya sendiri.
Nazira melepaskan keluhannya. Dia melangkah keluar dari bilik abangnya.
Sementara Farish, hanya diam menatap wajahnya sendiri dari pantulan cermin yang ada didalam bilik mandinya. Mimpi tersebut baginya terlalu nyata. Tidak pernah seumur hidup dia bermimpi akan sedemikian rupa. Mimpi yang lebih menakutkan daripada menonton filem seram.
Jam sudah menunjukkan pukul 11 pagi. Tuan Andrian melangkah menuju ke bilik mesyuarat. Beberapa orang anak buahnya dengan tergesa-gesa masuk kedalam bilik mesyuarat. Lumrah yang sering dilihatnya.
“Eh, Encik Farish masuk kerja?”
Terhenti langkah Tuan Andrian sebaik telinganya menangkap kata-kata Intan, setiausaha anaknya. Kedua anaknya tertuju kearah Farish yang datang kearahnya.
“Kenapa masuk kerja? Berehat sajalah dirumah,” ujar Tuan Andrian. Farish hanya mencebik.
“Malaslah ayah. Lagipun apa nak dibuat kalau terperap di rumah?”
Tuan Andrian diam. Tiada kuasa untuk dia membalas kata anak lelakinya. Langkahnya kembali diatur menuju ke bilik mesyuarat.
Farish menurut dari belakang. Beberapa buah fail laporan sempat diambil dari setiausaha yang begitu membantunya.
“Terima kasih Intan,” ucap Farish.
Intan hanya mengangguk. Senyuman lempar sempat diberikan kepada majikannya.
Farish melangkah masuk kedalam bilik mesyuarat. Masing-masing memandangnya hairan. Tidak ketinggalan rakannya Midya.
Kerusi kosong yang ada disebelah Midya ditarik lalu diduduk.
“Apahal kau tengok aku macam tu? Ada tahi hidung ke?” bisik Farish pada Midya.
“Kau bukannya cuti ke hari ni?” tanya Midya kembali.
“Mana ada aku cuti,” jawab Farish.
“Tapi ayah kau kata kau cuti.”
Baru sahaja Farish hendak membalas kata-kata rakannya, Tuan Andrian pantas berdehem. Farish pantas membisu, faham dengan isyarat yang diberikan ayahnya.
Perbincangan bermula. Setiap masalah dikemukakan. Masing-masing memberi pendapat dan idea dalam usaha mengembangkan keuntungan syarikat. Tuan Andrian selaku Presiden menerima semua pendapat dan idea dengan tenang. Sesekali dia mengangguk dan menulis sesuatu pada buku notanya.
Farish hanya diam sepanjang mesyuarat. Entah mengapa mimpinya kembali diingat. Hatinya kembali tidak senang. Sesekali dia mengeluh berat.
“Kenapa ni Farish? Ada masalah ke?” tanya Tuan Andrian. Anak buahnya yang lain hanya diam dan memandang Farish.
“Maaflah ayah. Farish ada masalah peribadi sikit,” jawab Farish.
“Masalah peribadi jangan dibawa ke pejabat,” tegur Tuan Andrian.
Farish hanya mengangguk perlahan. Faham benar dia akan teguran ayahnya itu.
“Baiklah, sampai ini saja mesyuarat kita hari ni. Terima kasih.”
Tanpa diduga, Tuan Andrian mengakhiri mesyuarat tersebut. Farish sedikit terkejut. Jarang benar ayahnya akan mengakhiri sesuatu mesyuarat dalam masa tidak sampai setengah jam.
Kini yang tinggal hanyalah Farish dan Tuan Andrian. Farish hanya diam. Begitu juga dengan Tuan Andrian.
“Apa masalahnya?” tanya Tuan Andrian setelah agak lama mendiamkan diri. Wajah anak lelakinya dipandangnya.
“Erm... “ Farish masih teragak-agak.
“Ada kena mengena dengan Nazira ke?” Tuan Andrian cuba meneka.
Perlahan Farish melempaskan keluhannya. Sekali dia mengangguk.
“Apa lagi masalahnya Farish?”
“Sebenarnya Farish ada mimpi.”
“Mimpi apa?” Tuan Andrian semakin tidak sabar.
Farish telan air liur. Entah mengapa dia tidak yakin untuk menceritakan mimpinya pada ayahnya. Dia risau jika ayahnya akan menganggap mimpinya hanyalah mainan tidur.
“Farish mimpi puteri bunian ke apa?”
Usikan ayahnya sama sekali tidak menggeletek hatinya.
“Farish mimpi yang Farish jumpa makhluk yang menakutkan.”
Tuan Andrian diam seketika. Dia membiarkan anaknya menyambung ceritanya.
“Mungkin ayah akan anggap itu cuma mainan tidur tapi entah mengapa hati Farish rasa tak tenang. Apatah lagi Nazira nak kesana, jadi Farish tak rasa itu satu perkara yang baik,” sambungnya.
“Okay. Tapi kenapa Farish berfikiran macam tu?”
Farish diam. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia boleh berfikiran sebegitu rupa. Apa yang dia tahu, akan ada sesuatu perkara yang buruk akan berlaku jika dia masih mengizinkan dan membenarkan adiknya untuk pergi ke Bario.
“Dahlah Farish. Tak payah nak difikirkan sangat. Mana tahu itu cuma mainan syaitan untuk membuat kamu jadi tak keruan. Kita sama-sama doakan kesejahteraan adik kamu. Semoga adik kamu akan selamat sampai dan selamat kembali,” nasihat Tuan Andrian.
Farish mengelus perlahan. Dia tidak lagi mampu hendak berbuat apa-apa. Keputusan ayahnya harus diterima walaupun dia masih tidak berpuas hati.
Habis saja kerja, Farish terus balik kerumah. Badannya terasa letih. Dia tidak lagi sanggup untuk menemani Midya yang mahu kesuatu tempat. Ditambah lagi dengan hatinya yang masih tidak tenang, menguatkan dirinya untuk balik kerumah dan memeriksa adiknya.
Pintu utama dibuka. Dan sebaik masuk, matanya terpandang akan Sofia yang bersantai di ruang tengah. Televisyen ditonton dengan khusyuk sehingga tidak sedar akan kehadirannya.
Deheman kecil sengaja dibuat Farish. Dia mahu wanita itu sedar akan dirinya.
“Hei, baru balik?” tegur Sofia sebaik berpaling. Senyumannya dilempar paksa, berpura baik.
“Tak. Baru nak keluar,” jawab Farish acuh tak acuh. Malas dia hendak bersoal jawab.
Farish melangkah kearah tangga. Dia mahu merehatkan badannya dibiliknya.
“Ayah kau mana?” tanya Sofia.
Langkah Farish terhenti. Dia berpaling.
“Kenapa kau tak call je dia?” tanya Farish kembali.
“Malas. Aku nak jimat kredit,” jawab Sofia.
“Sejak bila pula kau pandai berjimat? Dah ada hidayah ke?” sindir Farish.
Sofia menjeling. Sakit pula hatinya mendengar sindiran anak tirinya.
Farish kembali melangkah mendaki anak tangga. Dia tidak kuasa untuk melayan ibu tirinya.
Pintu bilik ditutup rapat namun tidak berkunci. Beg kerja berwarna hitam dilempar ke atas katil. Tali leher yang melilit leher mula dibuka. Begitu juga dengan kot yang dipakainya.
Badan yang terlampau letih memaksa Farish untuk merebahkan badannya diatas katil. Nafas lega ditarik agak dalam. Tilam yang empuk bagaikan terapi di badannya.
Kedua matanya perlahan terpejam. Rasa mengantuk mula menjalar masuk. Akhirnya dia tertidur, membawa seribu satu rasa penat didalam dirinya.