Home Novel Seram/Misteri SEGI TIGA BORNEO: MANDAU
SEGI TIGA BORNEO: MANDAU
Mmel Ismail
22/1/2019 22:01:18
25,851
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 2

Cahaya matahari yang masuk dari tirai langsir membuatkan Farish terjaga dari tidur panjangnya. Siling yang tinggi dipandangnya sekejap sebelum memandang ke kiri dan kanan. Baru dia sedar jika dirinya tertidur di ruang tamu.

Farish menguap lebar. Dia masih terasa mengantuk. Dan baru sahaja dia ingin bangun, barulah dia sedar akan adanya selimut kepunyaannya.

“Mesti kerja budah bertuah tu,” ujar Farish seorang diri. 

Dia berdiri bangun dari tempat tidurnya. Badannya yang terasa letih mula diregang dengan sedikit senaman ringkas. Lehernya yang terasa sakit akibat salah tidur turut digerakkan ke kiri dan kanan.

“Abang dah bangun?”

“Arghhhh!”

Farish menjerit terkejut. Kedua tangannya diangkat rapat ke wajahnya. Dirinya bagaikan seekor tikus yang sedang makan. 

“Abang dah kenapa menjerit macam tu?” tanya Nazira. Dia sendiri terkejut dengan jeritan kuat abangnya, kalah pondan.

“Kau ke tu Zira?” Farish meminta kepastian, risau jika itu bukan adiknya.

“Yalah, siapa lagi?” balas Nazira. Dia mengerutkan dahi.

“Kau mesti bukan Nazira kan? Adik aku tak pernah bangun awal dari aku tau.”

Farish berundur beberapa tapak. Setahunya adiknya bukanlah sejenis anak dara yang akan bangun pagi. Paling awal pun dia akan bangun pada pukul 10 pagi. Tidak seperti diriya yang akan bangun pukul 7 pagi untuk bersiap ke pejabat.

“Abang, ini Ziralah.”

Nazira menghampiri Farish namun lelaki itu berundur beberapa tapak kebelakang. Dia yakin bahawa wanita yang ada didepannya bukanlah adiknya.

“Jangan datang dekat dengan aku. Pergi!” Halau Farish.

“Abang... Apa yang abang mengarut ni? Abang kena rasuk ke?” Nazira tidak berpuas hati.

“Eh, pandai betul kau kan? Adik aku bukan jenis bangun pagi tau.”

Nazira diam. Dia hilang kata-kata. Benar kata abangnya, sebelum ini dia bukanlah seorang gadis yang akan bangun pagi. Dia lebih suka tidur sehingga ke tengahari. Tapi kini dia mahu berubah, dengan harapan abangnya akan memberi keizinan untuknya ke Bario.

“Dahlah, abang pergilah mandi. Nazira dah buatkan sarapan untuk abang. Ada dekat dapur.”

Nazira melangkah pergi. Farish terkebil-kebil. Dia semakin yakin bahawa wanita itu memang bukan adiknya melainkan jelmaan jin.


Selesai berpakaian kemas, Farish turun ke dapur. Dia mencapai sebiji gelas. Air mineral dituang masuk.Anak matanya hampir terbeliak tatkala melihat sarapan yang ada diatas meja. Dia bagaikan tidak percya.

“Abang nak makan?” Nazira muncul dari satu arah.

“Hah? Kau apa sebenarnya? Mesti kau hantu kan?” tanya Farish berani.

Nazira memandang Farish tajam. Farish mula menelan air liur. Dia kecut dengan pandangan mata adiknya.

Tiba-tiba anak mata yang hitam bertukar putih. Nazira menerpa menerkam Farish. Farish yang terkejut menjerit lagi sekuat yang mungkin. Dia tidak peduli jika maruahnya jatuh menjunam seperti roller coster.

Jeritan yang kuat membuatkan Farish tersedar dari tidurnya. Dia mengucap panjang. Dia bermimpi. Mimpi dimana adiknya bertukar menjadi seekor hantu.

Mendengar jeritan kuat abangnya, Nazira turun dari tingkat atas dengan pantas. Anak tangga diturun dengan laju.

“Kenapa ni abang?” tanya Nazira panik. Rambutnya yang kusut dan kembang tidak lagi dipedulikan.

“Hah?” Farish berpaling. Dia terkejut dengan keadaan adiknya yang tidak ubah seperti seekor singa.

“Abang mimpi hantu ke?” tanya Nazira sambil merapikan rambutnya. Dia menghampiri Farish.

“Abang mimpi kau tukar jadi hantu,” beritahu Farish jujur. Dia meraup wajahnya, cuba menghilangkan bayangan ngeri tersebut.

“Ah, abang ni mengarut je. Kenapa pula Zira nak jadi hantu.”

Farish mula menjeling. Geram pula hatinya apabila melihat adiknya yang tidak faham.

“Dah namanya mimpi. Takkanlah abang nak kata yang kau bertukar jadi babi?” balas Farish kasar.

“Abang....” Nazira menghentak kaki. Mulutnya mula muncung.

“Dahlah, abang nak mandi. Kau pun pergilah mandi. Bau pun dah mengalahkan bau tapai.”

Farish bangun dari sofa. Selimut yang membungkus tubuhnya diangkut menuju ke biliknya yang ada ditingkat atas.

“Macamlah abang tu wangi sangat. Macam bau tikus,” balas Nazira. Dia mencebik tidak berpuas hati.

Farish tidak mempedulikan balasan adiknya. Langkahnya diatur menaiki anak tangga menuju ke biliknya. Dia tidak mahu terlewat, apatah lagi dia perlu menghadiri dua mesyuarat penting.

Nazira turut mengikut langkah abangnya. Anak tangga dinaiki satu persatu dengan perlahan. 


Bangunan Alpha, Kuala Lumpur.

Farish merebahkan badannya diatas sofa di tengah ruang pejabatnya. Entah mengapa badannya terasa begitu letih. Dia bagaikan tidak mempunyai semangat untuk bekerja di hari itu.

Ketukan di pintu pejabat membuatkan Farish bingkas duduk. Dia tidak mahu pekerjanya melihat keadaannya yang begitu menyedihkan. Silap haribulan para pegawainya akan bergosip tentangnya.

“Masuk!”

Sambil menunggu empunya badan masuk kedalam, dia merapikan baju formal yang dikenakannya. Kot berwarna biru sengaja dipadankan dengan tshirt berwarna putih di bahagian dalam tanpa mengenakan tali leher. Itu adalah fesyen terbaru yang sering dikenakan oleh lelaki Korea.

Intan masuk dengan beberapa buah fail ditangannya. Intan adalah setiausahanya, setiausaha yang begitu setia dan rajin. Wanita itu jarang terlihat mengeluh.

“Ini fail yang encik minta kelmarin,” ujar Intan sambil meletakkan timbunan fail itu di atas meja didepan Farish.

Melihat timbunan fail yang banyak dan bertingkat itu, Farish melepaskan keluhannya. Dia benar-benar tidak bersemangat untuk menyemak semua itu. 

“Encik tak apa-apa ke?” tanya Intan. 

“Saya okay,” jawab Farish lemah.

“Nak saya buatkan air?”

Farish angkat kepalanya. Wajah Intan yang hitam manis dengan tali lalat dibawah mata kanan dipandangnya. Untung saja wanita itu sudah bertunang, jika tidak dia akan mengorat wanita yang terlihat sempurna itu.

“Terpulanglah. Tapi jangan manis sangat.”

Intan mengangguk lalu meminta diri. Dia melangkah keluar meninggalkan majikannya.

Farish menyandarkan badannya di dinding sofa. Bau minyak wangi yang dikenakan setiausahanya sedikit sebanyak memberi aroma wangi didalam pejabatnya. 

Farish mula memerhatikan ruang dalaman pejabatnya. Baru dia sedar jika pejabatnya itu sudah terlihat lama. Tidak ada lagi warna yang terlihat terang. Semuanya kabur dan luntur.

Sedang asyik mengelamun, telefon pintarnya tiba-tiba berdering. Keluhan sekali lagi dilepaskan namun tangannya bergerak mencapai telefon pintarnya yang ada diatas meja.

“Hello ayah,” ujar Farish.

“Kamu ada di pejabat ke Farish?” tanya Tuan Andrian, ayah kepada Farish merangkap Presiden Syarikat Alpha.

“Ya, ayah.”

“Kamu tak apa-apa ke Farish? Ayah dengar suara kamu macam ketam kena sepit je.”

Farish mencebik. Usikan ayahnya tidak terdengar lucu.

“Oh ya Farish, ayah ada di airport ni. Mungkin tengahari nanti ayah ke pejabat ya?” beritahu Tuan Andrian.

“Yalah,” jawab Farish ringkas. Tidak sedikitpun dia teruja dengan kepulangan ayahnya dari luar negara.

“Kamu nak kirim apa-apa tak? Nanti ayah belikan.”

“Tak apalah ayah.”

“Betul ni?”

“Betul.” Sempat Farish mendengus kecil.

“Okaylah. Ayah pun tak boleh lama. Mama kamu dah asyik tarik tangan ayah. Bye Farish.”

Farish hanya menjeling. Entah kepada siapa jelingan tajam itu. 

“Mama kepala hotak! Baik aku berkawan dengan beruk daripada ada mama macam dia,” ujar Farish seorang diri. Entah mengapa hatinya panas setiap kali dia teringat akan wajah ibu tirinya.

Intan masuk dengan segelas air kopi. Baju kurung berwarna merah jambu yang dikenakannya membuatkan dia melangkah dengan perlahan dan berhati-hati. Silap langkah, air kopi tersebut boleh terbang.

“Ini kopinya,” ujar Intan sambil meletakkan air kopi tersebut diatas meja bersebelahan dengan timbunan fail yang dibawanya sebelum ini.

“Terima kasih,” jawab Farish. Intan hanya mengangguk.

“Kalau tak ada apa-apa lagi, saya minta diri ya?”

Farish hanya mengangguk. Langkah setiausahanya dipandang sehingga hilang dibalik pintu. Keluhan kembali dilepaskan. 


Nazira mengunyah roti Gardenia dengan pantas. Dia sudah berjanji untuk bertemu dengan kekasihnya, Andhika. Air teh yang dibancuhnya didalam sebuah mug segera dihirup sehingga habis. Dia tidak mahu membuat kekasihnya menunggu lama.

Dengan sisa roti yang masih ada didalam mulut, dia bergerak menuju ke ruang tamu. Telefon yang sedang dicas dicabut. Beg tangan turut dicapai lalu disandang pada bahu kanan. Kasut Nike berwarna putih pantas ditarik keluar dari dalam almari kasut yang ada ditepi pintu.

Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Nazira mengunci pintu rumah. Rambut yang lurus sengaja tidak diikat. Maklumlah, dia baru sahaja ke salon untuk meluruskan rambutnya. Beratus ringgit dikeluarkan tanpa berfikir panjang. Apa yang dia tahu, dia ingin terlihat cantik dimata para manusia yang lain.

Sebuah teksi mula berhenti di depan rumah. Itulah teksi yang sudah dihubungi Nazira. Pantas dia berlari anak menghampiri teksi itu.

“Pak cik, hantar saya ke bandar ya?” 

Pemandu teksi itu hanya mengangguk. Permintaan penumpangnya diturut. Teksi yang dipandu mula bergerak menjauh meninggalkan kawasan elit itu.

Didalam teksi, Nazira mula membelek wajahnya melalui cermin alat soleknya. Dia mahu tampil sempurna dimata Andhika, kekasih berkewarganegaraan Indonesia yang sudah lama menetap di Malaysia.

Sudah tiga tahun dia mengenali lelaki berambut agak kerinting dan berkening agak tebal itu. Sikapnya yang agak kelakar dan pandai mengambil hati itulah yang membuatkan dirinya jatuh cinta akan Andhika. 

Walaupun sudah dilarang oleh abangnya, namun dia tetap setia dengan cintanya. Dia tidak mahu membezakan latar belakang antara dia dan lelaki itu kerana dia tahu cinta mempunyai kuasa terhebat yang tidak mampu dimusnahkan oleh sesiapapun.


Kafe Chinta.

Sambil menunggu Nazira, Andhika berbalas mesej dengan seseorang. Senyumannya terukir lebar diwajah seolah pasangan mesejnya itu adalah kekasihnya. Tapi yang pasti dia bukan sedang berbalas mesej dengan Nazira.

Sesekali dia tertawa kecil. Air kopi yang dipesannya dihirup sedikit, membasahkan tekak.

“Hai sayang.”

Kehadiran Nazira membuatkan Andhika pantas menutup telefonnya. Senyumannya tetap lebar. Nazira pantas melabuhkan punggungnya disebelah Adhika.

“Tengok apa tu?” tanya Nazira. Dia mencuba untuk mengambil telefon Andhika namun lelaki itu pantas memasukkan telefon tersebut kedalam poket jaketnya.

“Tak ada apa-apa. Cuma video lucu,” jawab Andhika bohong.

“Video lucu? Nak tengok,” pinta Nazira.

“Tak payahlah sayang. Daripada awak tengok video tu, lebih baik awak tengok saya.”

Nazira tersenyum malu. Usikan tersebut membuatkan dia tidak mampu untuk melawan. Dia lemah.

“Nah, pesanlah sesuatu.”

Buku menu yang dihulurkan seorang pelayan dicapai Andhika.

“Erm... Nak pesan apa ya?” Nazira mula berfikir. Menu yang ada semuanya terlihat lazat.

“Susah ke pilih?”

Nazira mengangguk manja. Buku menu mula diberi kepada Andhika, membiarkan lelaki itu yang membuat pilihan.

“Bagi saya yang ini,” tunjuk Andhika. Pelayan tersebut hanya mengangguk lalu menulis sesuatu diatas sekeping kertas kecil.

“Minum?”

“Oh, bagi saya hot chocolate,” balas Nazira.

Pelayan tersebut sekali lagi mengangguk lalu berlalu pergi. Nazira hanya tersenyum. Begitu juga dengan Andhika. Keduanya terlihat romantik.

“Awak nampak cantik hari ni,” puji Andhika.

Nazira tertunduk malu. Itulah apa yang diharapkannya, pujian dari teman lelaki yang begitu disayanginya.

“Apalah awak ni. Malu tau...”

“Apa pula yang nak dimalukan? Awak memang cantik.”

Nazira tidak mampu untuk berhenti tersenyum. Ikutkan hati, mahu saja dia melompat gembira.

“Oh ya, macamana? Dah tanya dengan daddy?” Andhika menukar topik perbualan.

Nazira tersentak. Dia terlupa untuk bertanya akan hal tersebut. Perlahan dia menggeleng sekaligus menimbulkan keluhan Andhika.

“Saya lupalah,” ujar Nazira.

“Kalau tak tanya, bila kita nak pergi? Alia dengan Edwin dah tanya banyak kali.”

Nazira diam. Dia sendiri buntu. Dia takut permintaannya akan ditolak oleh ayahnya, sama seperti abangnya.

“Kalau ayah tak bagi macamana?”

“Tanyalah dulu. Kalau tak dapat, nak buat macamana?”

Nazira tunduk sekejap. Dia mencari idea. 


Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Mmel Ismail