Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA.
Farish hanya mampu memandang adiknya berlalu memasuki balai perlepasan. Lambaian adiknya tidak dibalas. Dia berpura santai walaupun hakikat sebenarnya hatinya berdegup kencang. Ikutkan hati, mahu saja dia menarik adiknya kembali ke rumah namun dia masih teringat akan kata-kata ayahnya untuk membiarkan adiknya pergi ke Bario bersama-sama rakannya.
Kedua anak matanya mula tertumpu kearah seorang lelaki yang terlihat familiar. Matanya dikecilkan cuba untuk mengingat namun sayang, otaknya seolah enggan berfungsi.
Tuan Andrian yang berdiri disebelahnya semakin asyik melambai kearah Nazira dan rakannya. Sesekali dia mengerling memandang anak sulungnya yang dingin.
“Okay ke?” tanya Tuan Andrian sebaik anak perempuannya hilang dari pandangan.
Farish hanya melepaskan keluhan. Sekejap dia menggeleng dan mengangkat bahu.
“Entahlah ayah.”
Tuan Andrian menepuk bahu anaknya beberapa kali. Dia faham dengan apa yang difikirkan Farish. Namun dia tidak mahu kerisauan Farish membuatkan Nazira terpaksa membatalkan percutiannya dengan rakannya.
“Dahlah Farish. Jom kita balik. Biarkan Nazira berseronok dengan kawan-kawan dia,” Tuan Andrian mengajak pulang dan Farish hanya menurut.
Didalam pesawat, Nazira tersenyum lebar. Dia tidak menyangka keinginannya akan tercapai. Apatah lagi dengan adanya sang kekasih yang akan sentiasa ada disampingnya. Senyumannya bertambah lebar.
Andhika turut tersenyum lebar. Dia begitu gembira. Setiap rancangannya sudah diatur.
“Kenapa tengok macam tu?” tanya Nazira mesra. Tangan Adhika dipegang erat.
“Kenapa? Saya tak boleh tengok bidadari cantik ke?” balas Andhika.
Nazira tersenyum lebar. Kembang hatinya tatkala mendengar pujian itu.
Pesawat yang dinaiki mula berlepas naik. Masing-masing mula mendiamkan diri. Gegaran yang sedikit sudah menjadi kebiasaan untuk para penumpang yang menaiki pesawat.
Dari luar tingkap pesawat, Nazira sudah melihat rumah dan bangunan yang semakin mengecil. Awan putih bagaikan dapat dicapai, berada seiringan dengan pesawat boeing tersebut.
Setelah hampir sepuluh minit berlepas, Andhika mula bangun dan meminta diri untuk ke tandas. Nazira hanya mengangguk dan kembali menikmati pemandangan langit yang cantik. Dia benar-benar kagum akan ciptaanNya, ciptaan yang tidak bersempadan.
Selang beberapa minit, Andhika kembali ke tempat duduknya. Sempat juga dia mengusik Alia dan Edwin yang duduk dikerusi belakang.
“Sayang, nanti sampai di Miri kita jalan-jalan ya?” ujar Andhika sebaik dia melabuhkan punggung ditempat duduknya.
“Jalan-jalan? Boleh juga,” Nazira bersetuju.
Andhika mula mencuit dagu Nazira. Nazira hanya tersengih malu.
“Hei, kami berdua kau tak nak ajak ke?” sampuk Edwin dibelakang.
Serentak Andhika dan Nazira menoleh. Keduanya terkejut sebaik melihat Edwin yang sedang berdiri memandang mereka. Begitu juga dengan Alia yang hanya menumpang dengar.
“Apa? Janganlah sibuk. Inikan urusan orang yang tengah seronok nak honeymoon,” balas Andhika. Nazira hanya mengukir senyuman.
“Honeymoon? Korang berdua dah kahwin ke?”
Andhika hanya diam. Begitu juga dengan Nazira. Keduanya hanya mampu mengukir senyuman.
“Sampai hati tak beritahu ya?” Alia memuncungkan mulut.
“Alia, kami belum kahwinlah. Dhika cuma gurau je,” jawab Nazira. Tidak pula tahan hatinya untuk membiarkan rakannya itu terasa hati.
“Betul ni? Aku marah ni kalau kau tak ajak aku.”
“Iya Alia. Aku janji aku akan beritahu kau.”
Andhika hanya diam. Begitu juga dengan Edwin. Cermin matanya yang agak terturun kembali dinaikkan.
Tiba-tiba pesawat yang dinaiki bergegar dengan kuat. Alia dan Edwin yang terkejut pantas kembali duduk. Masing-masing terkial-kial.
Pesawat yang ditumpangi tidak sampai dua puluh orang semakin tidak stabil. Masing-masing terhuyung hayang. Diluar, cuaca yang tadi cerah kini bertukar gelap walhal ramalan cuaca tidak menunjukkan tanda-tanya hujan atau ribut petir.
“Encik, tolong pakai tali pinggang,” ujar seorang pramugari pada seorang lelaki berumur separuh abad.
“Eh apa sebenarnya yang berlaku ni? Kenapa pesawat ni bergoyang? Kamu baru belajar bawa pesawat ke?” ujar lelaki itu dengan nada yang tidak sopan.
“Maafkan saya encik. Tapi encik jangan risau, semuanya akan kembali seperti biasa.”
Dengan tenang pramugari itu membalas. Nazira dan Andhika hanya menjadi pemerhati. Tidak ada sedikit pun suara yang keluar.
Sementara ditempat duduk belakang, Alia dan Edwin turut diam kaku. Masing-masing menggenggam tangan antara satu sama lain. Hanya mulut yang lancar membaca doa berharap situasi menegangkan itu menghilang.
Situasi tersebut berlanjutan hampir sepuluh minit. Kesemua penumpang dan anak kapal hanya mampu berdoa. Tiada apa yang dapat dilakukan selain berserah kepada Tuhan, sang pencipta.
Pesawat yang bergegar kini stabil. Keduanya menarik nafas lega, bersyukur tiada perkara buruk yang berlaku. Masing-masing mengucap syukur yang tidak terhingga.
Nazira mula memberanikan diri untuk membuka matanya. Tangannya masih erat memegang tangan kekasihnya. Entah mengapa dirinya mula merasakan keanehaan. Hatinya mula tidak tenang, seolah ada sesuatu yang buruk akan berlaku.
“Awak okay?” tanya Andhika.
Nazira hanya mengangguk. Air liur mula ditelan, paksa.
Peluh mula menitik turun dari dahi. Tangan kanan mula menyeka peluh yang keluar. Dia semakin tidak tenang.
Pandangannya mula dialih ke luar jendela. Diluar, dia dapat melihat lautan biru yang cukup luas dan menyejukkan mata. Awan putih yang berkepul indah menjadi hiasan diatas laut.
“Nah, minum dulu.”
Nazira kembali berpaling. Botol kecil air mineral yang dihulurkan kekasihnya dicapai lalu diteguk beberapa kali. Tekaknya yang sempat kering kembali basah.
“Semuanya dah okay. Jangan risau ya?”
Nazira hanya mengukir senyuman nipis. Entah mengapa kata-kata kekasihnya itu hanya menyejuk hatinya.
Namun siapa sangka, jika pesawat itu kembali bergegar. Kali ini diikuti dengan jeritan Kapten Azmeer. Laungan “ALLAHUAKHBAR” terdengar jelas memenuhi ruang dalam pesawat tersebut.
Botol mineral yang dipegang Nazira terlepas dari tangan. Dia pantas menyambar tangan kekasihnya dan saling berpaut.
Dari jendela pesawat, dia dapat melihat dengan jelas bahawa pesawat yang ditumpangi mereka menjunam jatuh. Dua orang pramugari mula tercampak dan terkena siling pesawat.
Para penumpang mula panik tatkala melihat darah yang keluar dari tubuh pramugari itu. Darah merah kini terpercik ke arah penumpang. Dari campakan tersebut, dalam dilihat jika kepala pramugari itu terkena akan tempat bagasi.
Suasana panik mula memaksa para penumpang untuk melepaskan tali pinggang. Dan keadaan pesawat yang semakin tidak stabil membuatkan para penumpang yang tidak memakai tali pinggang terlempar kesana kemari. Ada yang jatuh diatas penumpang lain dan tidak kurang juga jatuh dilantai pesawat.
Beberapa orang anak kapal yang lain turut membantu. Mereka tidak lagi peduli akan bahayanya tidak mengenakan tali pinggang diwaktu itu. Topeng pernafasan mula jatuh dan bergantung.
“Encik, sila pakai topeng ni,” arah seorang pramugara.
Para penumpang yang masih setia mengenakan tali pinggang mula menurut. Namun pergerakan menjunam dan ketidakstabilan pesawat membuatkan mereka susah untuk mencapai dan mengenakan topeng tersebut.
Sebuah beg dari bahagian bagasi mula keluar dan menimpa seorang pramugara. Pramugara yang tidak sedar itu pantas tersembam. Kepalanya terhentak kuat keatas lain, ditimpa beg seberat hampir sepuluh kilo itu.
Darah merah mula mengalir keluar dari kedua hidung. Namun baru sahaja dia hendak bangun, beberapa buah beg yang lain sekali menimpa pramugara tersebut.
Beg yang berat itu mula meretakkan otak pramugara itu. Para penumpan kembali panik dan ketakutan.
Pesawat yang menjunam akhirnya sampai ke dasar lantai bumi. Nazira semakin erat menggenggam tangan kekasihnya. Matanya turut dipejam rapat, tidak mahu menyaksikan kematian didepan mata.
Hentakan yang kuat membuatkan keadaan menjadi sunyi sepi. Tidak ada sebarang bunyi. Kesemuanya senyap.
Berita kehilangan sebuah pesawat Boeing menggemparkan Malaysia untuk sekian lamanya. Kesemuanya terkejut dengan berita tersebut. Setiap tindakan terhenti dan tergendala. Masing-masing fokus pada berita tersebut.
Begitu juga dengan Tuan Andrian. Dia kaku. Dia bagaikan tidak percaya dengan berita tersebut. Seluruh tubuhnya menjadi lembik.
“Hanya itu saja berita yang boleh saya khabarkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Saya, Hazim Bokhari bersama jurukamera Rudy Tahir melaporkan.”
Tuan Andrian akhirnya rebah. Dia pengsan.
Farish terkejut sebaik masuk kedalam pejabat. Pantas dia meluru mendapatkan ayahnya. Midya turut terkejut sebaik mengekori rakannya.
“Kita bawa ke hospital,” ujar Farish.
Midya pantas membantu Farish untuk membawa Tuan Andrian ke hospital. Suasana di syarikat tersebut kecoh. Masing-masing mula membantu sebaik melihat presiden syarikat yang tidak sedarkan diri.
Dihospital, Tuan Andrian dimasukkan ke ruang ICU. Diluar, Farish dan Midya menunggu dengan sabar.
Farish mula bermundar mandir. Dia tidak dapat menenangkan diri. Apa yang dirisaukannya kini menjadi kenyataan.
“Farish...”
“Apa yang aku nak buat sekarang ni Midya?”
Farish mula menangis. Dia mula lemah. Tidak terlintas di fikirannya akan terjadinya hal sedemikian rupa.
“Kau berdoalah banyak-banyak supaya adik kau selamat. Begitu juga dengan ayah kau,” nasihat Midya.
Farish terduduk lemah. Dia menangis semahunya.
Midya merapati rakannya. Perlahan dia memeluk rakan baiknya itu membiarkan Farish menangis. Dia faham akan perasaan rakannya. Kehilangan seorang adik bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main.
“Sabarlah Farish. Aku yakin adik kau akan selamat. Sama- sama kita doakan ya?” nasihat Midya. Farish masih tetap menangis.
Beberapa detik berlalu, seorang doktor yang lengkap berpakaian putih keluar dari ruangan ICU bersama seorang jururawat. Farish dan Midya pantas berdiri dan merapati doktor cina itu.
“Macamana doktor? Macamana dengan ayah saya?” tanya Farish bertalu-talu.
“Ayah awak dah stabil, tapi buat masa sekarang biarkan dia berehat. Jantung ayah awak agak lemah,” terang doktor bernama Allen Tzang itu.
“Jantung lemah? Apa maksud doktor?”
“Ayah awak ada sakit jantung tapi masih tahap kecil.”
“Sakit jantung?” Farish sekali lagi terkejut. Siapa sangka jika ayahnya mempunyai sakit jantung.
“Saya pergi dulu ya? Biarkan ayah encik berehat.”
Doktor Allen Tzang mula berlalu pergi bersama pembantunya meninggalkan Farish dan Midya.
Farish merapat ke dinding. Dia sama sekali tidak menyangka. Kini dia dihimpit perasaan. Adiknya kini hilang, sementara ayahnya pula dimasukkan ke hospital.
Midya menggosok belakang rakannya perlahan. Hatinya turut tersentuh dan terkejut dengan khabar tersebut. Siapa sangka rakannya itu mendapat ujian paling besar dari Maha Pencipta.