Home Novel Komedi/Romantik Komedi Did We Really Love?
Did We Really Love?
sipencintapena
11/12/2022 14:45:26
30,697
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 8


“Yana sihat?” soal Samad. Dayana tersenyum.

“Sihat abah. Keluarga kat sana? Lepas exam Yana akan balik kampung,” beritahunya.

“Alhamdulillah, kami semua sihat. Yana tak payah risau. Baguslah Yana nak balik. Buah mangga kat kebun tu dah lebat buahnya,” balas Samad. Dayana tergelak kecil.

“Ni yang tak sabar nak balik,” katanya teruja. Samad ikut tergelak.

“Yana jaga kesihatan kat sana. Buat yang terbaik untuk exam. Abah sentiasa doakan yang terbaik untuk Yana.” Dayana tersenyum mendengar nasihat orang tua itu.

“Terima kasih abah,” ucapnya dengan perasaan sebak. Dia bersyukur kerana keluarganya sentiasa ada untuk menyokongnya.

“Abah nak pergi kebun ni. Yana jaga diri,” kata Samad.

“Baik abah. Hati-hati bah,” balas Dayana. Dia menutup telefonnya sambil menarik nafas panjang. Menjadi harapan keluarga bukan sesuatu yang mudah. Dia perlu berikan yang terbaik untuk contoh kepada adik-adiknya nanti.

                                 *****

Mulqish menahan langkah gadis itu. Langkah Effa terhenti. Berkerut keningnya memandang lelaki itu.

“Hi,” sapa Mulqish.

“Nak apa?” soal Effa tanpa senyuman.

“Awak sihat?” soal Mulqish. Effa tersenyum sinis.

“Mul, please. Jangan ganggu saya lagi. Saya tak suka awak. Faham tak?” katanya dengan nada agak keras.

“Saya tahu awak masih terluka sebab abang,” balas Mulqish perlahan. Terangkat kening Effa memandang lelaki itu.

Abang?

“Muadzam tu abang saya,” beritahu Mulqish dengan tenang. Effa terkedu. Lidahnya kelu. Hanya pandangan matanya yang meneroka wajah lelaki itu.

“Saya tak berniat nak rahsiakan daripada awak. Saya nak jujur dengan awak. Saya dah mula jatuh hati pada awak sejak pertama kali abang tunjukkan gambar awak. Tapi tak salahkan? Saya tak rampas awak daripada sesiapa. Awak dan abang juga dah berpisah,” sambung Mulqish. Effa menggelengkan kepalanya.

“Awak tipu saya, Mul. Tak mungkin,” balas Effa masih dengan rasa tidak percayanya.

“Saya serius,” balas Mulqish.

“Jangan muncul depan saya lagi,” kata Effa sebelum mula melangkah semula. Mulqish mengeluh perlahan. Dia sedar pengakuannya itu bukan saja memusnahkan harapannya. Malah gadis itu juga tidak akan sesekali memaafkan dirinya.

                                  *****

Effa mendegus perlahan apabila melihat nama Muadzam yang terpampang pada skrin telefonnya.

Apa lagi yang kau nak?!

Alifah hanya memandang sekilas ke arah rakannya itu. Sudah lama telefonnya berdering namun gadis itu hanya memandangnya tanpa berhasrat untuk mengangkatnya.

“Nak apa lagi?!” soal Effa geram. Sakit telinganya mendengar deringan tersebut. Dia memang tidak mahu menutup telefonnya kerana sedang menunggu nota penting daripada rakan sekelasnya. Muadzam menarik nafas lega mendengar suara gadis itu.

“Abang akan datang sana. Kebetulan abang nak jemput adik. Abang tak pernah beritahu sayang pasal adik bongsu abang tu. Dia belajar kat sana juga,” beritahunya.

“Oh, Mulqish? Saya peduli apa? Look, saya tak nak jumpa abang lagi. Jangan call saya lagi!” marah Effa. Muadzam terdiam.

“Berilah abang peluang sekali lagi. Abang merayu,” katanya dengan nada perlahan. Effa menggigit bibir. Apabila lelaki itu memutuskan hubungan mereka dengan alasan yang tidak munasabah, dia mula hilang kepercayaan pada Muadzam. Dia akui selama setahun lebih berkenalan dengan lelaki itu, Muadzam tidak pernah membuat kesilapan. Malah lelaki itu melayannya dengan baik.

“Cukuplah. Effa dah move on. Sekarang Effa nak tumpukan perhatian pada study. Abang juga kena buat benda yang sama. Move on. Mulakan hidup baru. Effa masih boleh terima abang sebagai kawan. Jangan sampai abang langsung tak ada ruang dalam hati Effa,” balas Effa dengan nada tegas. Dia menutup telefonnya sambil tunduk meraup wajahnya. Alifah yang duduk di mejanya hanya memandang gadis itu. Walaupun sebentar tadi matanya terarah pada buku di tangannya namun telinganya mendengar kata-kata Effa. Nama Mulqish turut disebut oleh gadis itu. Perasaan ingin tahu dipendam apabila melihat keadaan rakannya itu.

                                    *****

“Macam mana dengan exam kau? Susah ke?” soal Hana.

“Bolehlah. Kau tak ada kerja ke? Suami kau mana?” soal Dayana sambil melambai ke arah Wana. Dia berada di cafe dan sedang menunggu kedatangan gadis itu.

“Macam tak suka aku call aje,” balas Hana. Dayana tergelak kecil.

“Taklah. Aku ingat bila kau dah kahwin, kau tak nak berkepit dengan aku lagi,” katanya. Hana ikut tergelak.

“Aku tak boleh berpisah dengan kau. Suami aku kerja. Aku bosan kat rumah. Tak silap aku, minggu ni exam kau kan?” soalnya lagi.

“Betullah. So far so good,” balas Dayana dengan senyuman.

“Aku tak sabar tunggu kau balik. Banyak benda aku nak share,” kata Hana kini dengan nada perlahan. Dayana memberi isyarat supaya Wana makan dulu. Wana hanya mengangguk.

“Kau okay ke?” soalnya sambil bangun dari kerusi lantas berjalan keluar dari cafe. Hana terdiam mendengar soalan gadis itu.

“Hana,” panggil Dayana.

“Aku tunggu kau balik dulu. Aku tak selesa cakap kat telefon,” balas Hana.

“Kau buat aku risaulah,” kata Dayana dengan kening berkerut. Hana tergelak kecil.

“Janganlah risau. Aku okay. Sorry ganggu kau. Nanti aku call semula. Suami aku dah balik tu,” balasnya.

“Bye Hana,” ucap Dayana sebelum menutup telefonnya. Apa yang berlaku? Dia memang rapat dengan Hana berbanding dengan sepupunya yang lain. Berdasarkan suara gadis itu, dia sudah tahu ada sesuatu yang disembunyikan oleh Hana.

“Yana, tak makan ke? Kejap lagi nak masuk kelas,” tegur Faiz yang baru sampai dengan Mulqish. Dayana hanya tersenyum mengangguk.

“Jom,” ajak Mulqish yang masih setia berdiri memandangnya. Faiz sudah masuk dulu. Dayana akhirnya melangkah. Sebentar tadi dia risaukan Hana. Kini lelaki di belakangnya pula membuatnya tidak keruan.

                                 *****

“Okay tak? Aku sampai sakit kepala sebab gementar,” kata Safa. Dayana tergelak kecil.

“Aku pun sama. Rasa nak terkucil pun ada,” celah Wana.

“Masih ada beberapa hari lagi. Korang jangan happy dulu,” kata Dayana pula. Safa dan Wana serentak tergelak.

“Nak balik dah ke? Tak nak lepak dengan saya dulu kat cafe?” soal Safa.

“Dah petang ni. Kau tak balik ke?” soal Dayana hairan.

“Aku nak pergi library lepas ni,” balas Safa.

“Kau memang rajin. Aku salute ,” celah Wana separuh bergurau. Safa tergelak lagi.

“Nak buat kerja sikit. Tak apalah. Next time. Korang pun dah nak balik,” katanya.

“Sorry, esok aku teman. Janji,” kata Dayana sambil tersengih.

“Okay. Bye korang,” balas Safa sebelum melangkah berlalu.

“Safa memang macam tu ke? Ulat buku,” soal Wana. Dayana tergelak kecil.

“Jom balik,” ajaknya. Wana menurut tanpa membantah.

                                  *****

Dayana tersenyum menghampiri kedua-dua rakannya itu. Naufal berdiri sambil mendepakan tangannya.

“Gila,” kata Dayana sambil menolak tangan lelaki itu. Liya suda tergelak besar. Naufal sekadar tersengih sambil duduk semula.

“Aku kata nak jemput tapi kau degil nak datang sendiri,” kata Liya. Dayana tergelak.

“Tak apa. Lagipun tak susah cari tempat ni,” balas Dayana sambil memandang sekeling cafe tersebut.

“Janji minggu lepas. Nasib baik minggu ni tak cancel lagi,” celah Naufal.

“Sorry, aku busy sangat minggu lepas. Minggu ni pun aku exam. Tapi dah selesai. Lusa ni aku balik kampung,” beritahu Dayana.

“Kau ikut aku. Aku nak balik juga,” kata Naufal yang teruja. Liya menampar bahu lelaki itu.

“Jangan nak mengada-ngada,” usiknya. Bulat mata Naufal memandang gadis itu. Dayana hanya tersenyum.

“Abah datang jemput aku. So, apa cerita?” soalnya sambil memandang Liya dan Naufal silih berganti.

“Tak ada yang menarik. Busy dengan class. Kalau kau nak balik lusa, aku pun nak balik. Aku pun cuti juga,” balas Liya dengan senyuman lebar.

“Sesuai sangat. Ura pun rasanya nak balik,” beritahu Dayana.

“Ura? Dah lama tak dengar khabarnya. Dia kat mana sekarang?” soal Naufal ingin tahu.

“KL. Dia okay aje tu. Busy juga dengan study. Kau pula? Masih lagi ke hulu ke hilir dengan anak dara orang? Bila nak kahwin?” balas Dayana separuh menyoal. Naufal tergelak kecil.

“Janganlah cakap macam tu. Nampak sangat aku ni buaya,” balasnya.

“Tahu tak apa,” celah Liya. Dayana tergelak besar.

“Kau jangan gelak sakan Yana. Aku pinang kau baru tahu,” kata Naufal dengan senyuman nakal.

“Ish! Tak nak aku,” balas Dayana sambil tergelak.

“Dah cukup. Kita makan. Makanan kat sini sedap,” kata Liya sambil tersenyum memandang pelayan yang sedang menghidangkan makanan.

“Aku belanja,” balas Naufal.

“Yes!” kata Dayana sambil tersenyum jahat memandang Liya.

“Durian runtuh,” balas Liya sambil tergelak besar. Naufal hanya menggelengkan kepalanya melihat telatah kedua-dua gadis itu. 

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.