Home Novel Komedi/Romantik Komedi Did We Really Love?
Did We Really Love?
sipencintapena
11/12/2022 14:45:26
32,328
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 4

“Assalamualaikum Yana. Ada kelas ke?” soal Rokayah. Dayana tersenyum mendengar suara yang dirinduinya itu.

“Waalaikumsalam ibu. Dah habis dah. Ibu apa khabar? Maaflah ibu, Yana agak sibuk sejak akhir-akhir ini. Tak lama lagi exam,” balasnya dengan perasaan bersalah.

“Tak apa sayang. Ibu, abah dan adik-adik sihat. Yana sihat?” tanya Rokayah semula.

“Sihat ibu. Ibu ada nak beritahu Yana ke?” soal Dayana apabila perasan akan kelainan suara wanita itu. Rokayah menarik nafas perlahan.

“Papa kamu ada datang rumah tadi. Dia agak terkejut bila tahu kamu masuk universiti,” beritahunya perlahan. Dayana mengetap bibir.

“Dia buat apa datang rumah kita? Memang patut pun dia nak terkejut. Dia tak pernah pun ambil tahu pasal Yana sebelum ini. Ibu, kalau dia datang rumah lagi, beritahu yang Yana tak perlu apa-apa daripadanya,” katanya dengan nada tegas.

“Yana...,”

“Ibu, cukuplah Yana ada ibu, abah dan adik-adik,” pintas Dayana.

“Ibu faham sayang. Dah jangan nak sedih pula,” balas Rokayah separuh memujuk.

“Terima kasih ibu. Yana sayang ibu,” ucap Dayana.

“Ibu pun sayang Yana. Yana jaga diri kat sana. Ingat doa ibu dan abah sentiasa dengan Yana,” balas Rokayah. Dayana mengangguk perlahan.

“Assalamualaikum,” ucap Rokayah lembut.

“Waalaikumsalam,” balas Dayana hampir tidak kedengaran. Rindu, sedih dan geram bercampur aduk menghantui dirinya.

Mengapa Datuk Hairul tiba-tiba mencarinya?

                                 *****

Dayana memandang Faiz yang sedang sibuk menyiapkan kerjanya. Telefon bimbit Mulqish yang ditinggalkan di atas meja bersebelahan dengan lelaki itu sudah berdering sebanyak tiga kali namun Faiz tidak mengendahkannya.

“Bingitnya, Mul pergi mana Faiz?” soal Wana yang juga sedang tunduk menyiapkan kerjanya.

“Yana, tolong angkat. Mul ke tandas kut. Yana tolonglah, Faiz tak boleh ini. Nanti tak sempat nak siapkan sebelum sir masuk,” arah Faiz tanpa memandangnya. Dayana mendegus perlahan.

Aku pula yang kena.

“Kamu berdua ini memang nak kena. Kerja selalu last minute!” marahnya sambil mencapai telefon bimbit Mulqish. Dia juga sakit telinga mendengar deringan telefon itu yang tidak henti-henti.

“Hello, maaflah Mul ke tandas. Dia tinggalkan telefon bimbitnya,” beritahu Dayana sambil memandang jam tangannya. Bila-bila masa sahaja Sir.Leo akan muncul.

“Siapa ini?” Dayana menggigit bibir. Dia memandang skrin telefon tersebut.

Umi?

“Sorry aunty, saya rakan sekelas Mul. Nanti bila Mul dah masuk, saya akan beritahu Mul yang aunty call,” balas Dayana.

“Sekejap, nama apa?” soal Tengku Salina lagi.

“Dayana,” jawab Dayana sambil menghulurkan telefon tersebut kepada Mulqish yang baru sahaja melangkah masuk.

“Umi awak,” beritahunya. Mulqish mengangguk tersenyum sambil menyambut huluran itu lalu melangkah keluar semula. Dayana menarik nafas lega.

“Kau okay?” soal Wana tiba-tiba. Dayana berpaling memandang gadis itu yang sedang mengenyitkan matanya sambil tersenyum nakal.

“Amboi, dah siap ke?” geram pula dia melihat senyuman rakannya itu.

“Dah!”

                                 *****

“Effa, so sweet. Saya dah agak dah. Mulqish itu minat kat awak,” kata Alifah sambil membelek kotak hadiah yang baru sahaja diberikan oleh Mulqish. Effa menarik nafas perlahan.

“Bukalah, saya pun nak tengok juga,” arah Alifah tidak sabar.

“Awak yang nak tengok buka ajelah,” balas Effa malas. Dia mencapai telefon bimbitnya tanpa mengendahkan Alifah yang sudah mula membuka balutan kotak tersebut.

“Wah!” Effa berpaling memandang rakannya itu. Alifah yang masih terkejut turut memandang Effa.

“Album,” katanya sambil menghulurkan kepada gadis itu. Effa menyambut perlahan. Bulat matanya melihat gambarnya yang pelbagai aksi berada dalam album tersebut. Semua gambar tersebut diambil semasa dia berada di dalam kelas dan dalam bas.

“Bila masa pula mamat ini tangkap gambar saya?” soalnya dengan kening terangkat. Alifah tergelak kecil.

“Wah, nampaknya Mul sangat mengikuti perkembangan awak. Untungnya awak,” katanya separuh mengusik. Effa mendengus geram.

“Mamat ini memang nak kena dengan saya. Suka hati aje tangkap gambar orang.” Alifah tersenyum.

“Tak nak beri Mul peluang ke? Mul itu ramai peminat Effa. Kalau nanti dikebas orang macam mana? Kau juga yang melopong nanti. Alah, terima ajelah,” usiknya lagi.

“Jangan nak mengarutlah. Saya tak hairanlah mamat itu dikebas orang. Saya nak jumpa dengan Mul,” balas Effa tegas. Alifah mengangkat bahu.

Jangan  menyesal sudah.

                            *****

Dayana duduk di atas bangku sambil mendengus perlahan.

“Aku buang juga kasut ini!” marahnya. Wana hanya menggeleng melihat telatah sahabatnya itu.

“Aku nak ke tandas. Jangan lari,” katanya sebelum berlalu.

“Nak lari ke mana pula. Hisy, kasut ini memang nak cari pasallah!” Dayana membuka kedua-dua kasutnya itu.

“Yana!” Dayana mengangkat wajah. Kelihatan Faiz, Mulqish dan beberapa lagi pelajar lelaki sedang menghampirinya.

“Kenapa ini? Kasut itu dah kenapa?” soal Faiz. Dayana menggigit bibir. Tiba-tiba Mulqish duduk di sebelahnya sambil mencapai kasut miliknya.

“Hawa, ikat tali kasut bukan macam ini. Kalau dah ikat macam ini memang kasut ini boleh terbang,” kata Mulqish tanpa memandangnya. Dayana menarik kasutnya dari tangan lelaki itu.

“Tak apa, saya boleh buat,” balasnya agak gelabah.

“Tak boleh. Nanti kasut tu terbang, siapa yang nak kejar?” celah Faiz sambil menarik kasut itu daripada Dayana lantas menghulurkannya semula kepada Mulqish. Mulqish menyambut dengan senyuman.

“Aku sokong. Mul kena ajar Yana cara ikat tali kasut. Kalau tak, telinga ini boleh pekak kalau dah hampir setiap hari dengar minah ini gaduh dengan kasutnya,” celah Wana yang muncul tiba-tiba. Suasana agak riuh dengan gelak tawa mereka. Dayana mendengus geram. Dia sempat menjeling ke arah Wana.

“Dah siap,” kata Mulqish sambil duduk berteleku di depan gadis itu. Bulat mata Dayana memandang Mulqish yang sedang menyarungkan kakinya ke dalam kasut.

“Ehh! Tak apa, saya boleh buat.” Dayana cuba menarik kakinya namun bahunya ditepuk kuat oleh Wana.

“Jangan nak melawan. Tengok betul-betul cara sifu Mul ikat tali kasut itu,” kata Wana sengaja menunjukkan wajah seriusnya. Wajah Dayana sudah mula bertukar warna. Mulqish melakukan kerjanya dengan tenang dan teliti.

“Kamu berdua ini memang comel,” usik Faiz tiba-tiba. Dayana menjeling lelaki itu. Mulqish berdiri usai menyiapkan kerjanya.

“Siap.”

“Thanks,” ucap Dayana tanpa memandang wajah lelaki itu.

Malunya!

                                  *****

“Yana! Kau apa khabar? Aku rindulah dengan kau,” kata Hana. Dayana tersenyum.

“Aku sihat. Maaflah aku tak dapat datang majlis kau. Aku tak dapat cuti,” balasnya dengan perasaan bersalah.

“Aku memang kecewa. Sepatutnya pada hari bahagia aku, kau ada.Tapi tak apalah, aku faham,” balas Hana perlahan.

“Alah, kau janganlah merajuk. Aku janji bila ada masa nanti aku akan lawat kau kat Brunei itu. Tapi kau kena sponsor aku tau,” usik Dayana.

“Amboi, kau ingat aku bank ke?” balas Hana separuh bergurau. Yana tergelak kecil.

“Aku gurau ajelah. Don’t worry, beritahu aku aje bila nak datang. Aku tanggung semua,” sambung Hana sambil tergelak.

“Untungnya kau Hana. Dapat suami saudagar kaya. Hidup kau tentu bahagia sekarang ini. Oh, lupa nak tanya. Kau nak honeymoon kat mana nanti?” soal Dayana ingin tahu.

“Rezeki aku. Tapi aku cemburu dengan kau. Yelah kita seumur tapi kau sibuk nak kejar kejayaan. Aku pula sibuk nak urus suami. Aku akan ke Korea minggu depan,” balas Hana.

“Memang rezeki kau Hana. Jodoh kau datang awal. Aku sentiasa akan doakan kebahagiaan kau. Nampaknya tercapai juga hasrat kau nak ke Korea,” kata Dayana dengan senyuman. Hana tergelak kecil.

“Kau masih ingat tak masa sekolah menengah. Nak sangat pergi tempat itu. Tak sangka,” balasnya. Yana hanya tersenyum. Dia takkan lupa.

“Tak apa. Bila dah kerja nanti kau pun pergilah sekali. Mana tahu jumpa jodoh kat sana,” usik Hana.

“Jodoh? Jangan nak mengarut. Ini mesti pengaruh Kpop masih kuat ini. Kau jangan Hana. Abang kau letak kat mana,” balas Dayana sambil tergelak lagi.

“Aku guraulah,” kata Hana sebelum ikut tergelak.

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.