“Umi sihat?” soal Mulqish lembut.
“Sihat Mul. Suara itu macam happy aje. Ada yang umi tak tahu ke? Who’s the girl?” soal Tengku Salina separuh mengusik.
“Dayana Hawa. Pandai umi meneka,” balas Mulqish sambil tergelak kecil. Kedengaran gelak Tengku Salina di talian sebelah.
“Cantik nama itu. Tentu orangnya juga manis. Mul, dah lupa pesan umi ke?” soalnya separuh mengingatkan.
“Mul ingat umi,” jawab Mulqish tersenyum.
“Tak nak cerita kat umi ke? Umi pun nak kenal juga,” usik Tengku Salina lagi.
“Umi ini kalau nak psiko orang pandai sangat. Kalah Mul yang ambil kos psikologi ini. Sebenarnya Mul baru aje kenal tadi masa kelas english. Kenal macam itu aje. Umi jangan nak fikir bukan-bukan pula,” balas Muqlish. Tengku Salina tergelak lagi.
“Yelah itu,Tengku Mulqish Azraf,” balasnya. Mulqish tergelak kecil.
“So, macam mana duduk kat sana? Okay? Nanti ada masa, umi akan datang lawat Mul,” kata Tengku Salina dengan senyuman.
“Okay aje. Cuma rindu kat umi. Umi datang tau. Mul tunggu umi. Bosanlah umi tak ada,” jawab Mulqish perlahan.
“Yelah umi datang. Tapi bukan dalam masa terdekat ini. Mul jaga diri kat tempat orang. Ingat Mul, Mul sekarang ini jauh daripada umi. Apa-apa berlaku umi jauh nak tolong. So, pandai-pandailah anak umi ini jaga diri ek,” pesan Tengku Salina lembut.
“Mul ingat pesan umi,” jawab Mulqish.
“Dah pergilah tidur. Esok lewat pula nak ke kelas. Assalamulaikum,” ucap Tengku Salina.
“Waalaikumsalam umi, kirim salam dengan abang dan kakak,” balas Mulqish.
“Ya, nanti umi sampaikan. Apa-apa call umi aje. Selamat malam Mul,” ucap Tengku Salina lagi.
“Selamat malam umi,” jawab Mulqish perlahan. Dia menekan punat merah sambil mengeluh perlahan.
“Homesick ke?” soal Faiz yang sedang bersandar pada katilnya sambil bermain dengan telefon bimbitnya. Mulqish hanya tersenyum lantas berbaring di atas katil.
*****
Effa menarik nafas perlahan sambil menutup telefon bimbitnya.
Lelaki ini nak apa lagi?
“Effa, awak okay ke?” soal Alifah rakan baru yang baru sahaja dikenalinya. Dia sekadar mengangguk sambil tersenyum. Kelas menjadi bingit sejenak apabila sekumpulan pelajar lelaki melangkah masuk. Effa memandang kumpulan itu. Pandangannya bertembung dengan salah seorang daripadanya. Lelaki itu tersenyum. Effa pantas mengalihkan pandangannya. Dadanya berdegub hebat. Dia berdehem perlahan. Debaran ini pernah dirasainya suatu ketika dulu.
“Handsome. Effa, budak pakai kemeja hitam itu. Subhanallah,” bisik Alifah di telinganya.
“So, awak nak try ke?” usiknya cuba menghilangkan debaran di dada. Alifah tergelak kecil.
“Nak juga tapi aku rasa dia dah tersangkut kat orang lainlah,” balasnya sambil memandang lelaki itu yang kebetulan duduk sebaris dengan mereka. Lelaki itu memandang ke arah mereka tapi yang pasti bukan dirinya yang menjadi tumpuan. Alifah berpaling pula memandang Effa. Gadis itu sedang tunduk bermain semula dengan telefon bimbitnya.
Oh, I see.
Alifah tersenyum sendiri.
*****
-Bro! Aku dengar kau sekarang sedang sambung degree. Betul ke? Aku tak tahu pun.
-Ura! Bencinya. Kau hilang kat mana? Kau ini muncul aje nak marah aku.
-Haha. Sorry Yana. Aku kat Kuala Lumpur ini. Aku ambil medic. Sorry aku sibuk sampai tak sempat nak call kau. Bukan kau aje, kawan-kawan lain juga aku belum hubungi lagi ini. Kiranya kau orang pertama yang aku call sejak aku menghilang hari itu. Cehh!! Haha. Tahniah! Masih tak terlewatkan?
-Pandailah kau. Thanks. Tak lama lagi tercapailah hasrat kau nak jadi doktor. Sebenarnya aku nak merajuk dengan kau ini. Tiba-tiba aje hilang tanpa khabar.
-Janganlah macam itu. Aku bukan sengaja okay. Sorry, please.
-Erm, yelah. Bila nak balik kampung?
-Tengoklah. Kalau tak balik, maknanya aku dah terbang ke luar negara masa itu. Faham-faham ajelah ye.
-Untunglah. Kau tahu dari mana aku dapat sambung belajar?
-My mom. Dia beritahu aku. Satu kampung dah tahu beb. Aku bangga dengan kau.
-Kau jangan nak mengadah boleh tak?
-Haha, oh no. Aku ada kelas ini. Save nombor ini. Apa-apa call aku. Bye.
Dayana menggeleng tersenyum. Rindunya dia dengan gadis kecil molek itu.
*****
“Kenapa tak beritahu abang? Effa, look I’m sorry. Abang tahu abang salah. Abang tak fikir masak-masak. Abang sebenarnya keliru masa itu.” Effa menarik nafas perlahan mendengar suara sayu itu.
“Dahlah bang. Abang sendiri yang putuskan hubungan kita. Effa boleh maafkan abang. Tapi, Effa tak mungkin akan terima abang semula. Abang tak tahu, Effa dah macam perempuan tak bermaruah merayu abang masa itu. Tapi abang langsung tak pedulikan Effa. Effa dah tak boleh. Cukuplah. Jangan call Effa lagi. Effa nak mulakan hidup baru,” jawabnya sebak sebelum menekan punat merah. Bibirnya diketap kuat. Dia cuba sedaya upaya menahan air matanya daripada menitis.
“Awak okay ke?” soal satu suara. Effa mengangkat wajah memandang gerangan yang menegurnya itu. Mulqish tersenyum menyerlahkan lesung pipit di sebelah kanan pipinya. Effa tunduk semula. Hisy, kenapa aku jumpa pula dengan mamat ini?
“Awak okay?” soal Mulqish buat kedua kalinya. Effa mengangguk tanpa memandangnya. Mulqish duduk di sebelah gadis itu.
“Awak ada masalah ke?” soalnya lembut. Effa mengetap bibir sambil mengangkat wajah memandang lelaki itu semula.
“Saya tak kenal awak. Kalau saya ada masalah sekalipun, saya tak akan beritahu awaklah!” marahnya tiba-tiba. Geram dengan gerangan lelaki yang langsung tidak dikenalinya itu tetapi sibuk bertanya. Mulqish tersenyum membalas pandangan gadis itu.
“Saya kenal awak, Effa Hana,” balasnya. Berkerut dahi Effa. Dia mendengus perlahan sebelum mencapai beg sandangnya lantas terus berlalu tanpa sepatah kata. Mulqish hanya memandang langkah gadis itu. Dia menoleh apabila bahunya ditepuk lembut.
“Siapa itu?” soal Faiz.
“Someone,” jawab Mulqish dengan senyuman.
“Lawa,” puji Faiz. Mulqish mengangguk setuju. Memang cantik.
*****
“Sayang, dah makan ke? Rindulah dengan sayang.” Dayana mengetap bibir.
“Sibuk call aku sebab nak mengarut aje? Aku sekeh juga kau ini. Aku ada kelas ini wei!” marahnya. Dia tergesa-gesa keluar dari kelas disebabkan sudah lebih sepuluh kali lelaki itu menelefonnya namun sengaja tidak dijawabnya.
“Sorry, aku ada masalah ini. Sayang, aku baru aje kena tinggal. Apa salah aku?” Dayana menarik nafas perlahan mendengar pertanyaan Naufal kawan baiknya.
“Sayang, boleh tak call lepas ini? Aku ada kelas. Please and excuse me,” Dayana menekan punat merah dengan perasaan geram.
Sibuk aje!
“Hawa, sir dah masuk ke?” belum sempat Dayana melangkah masuk ke dalam kelas, satu suara menegurnya. Dia berpaling dan agak terkejut dengan kehadiran lelaki itu.
Kejap, sejak bila pula lelaki ini berdiri di belakang aku?
“Ya, dah lama. Awak kenapa tak masuk?” soal Dayana agak gementar. Mulqish tersenyum
“Saya tunggu awak. Saya nak masuk sekali dengan awak. Saya tak yakinlah masuk seorang. Sebenarnya saya lewat bangun tadi. Sebab itu datang lambat,” jawabnya.
“Awak ini, jomlah. Awak ingat saya ini ketua kelas ke yang boleh tolong awak? Awak juga yang kena jawab dengan sir sendiri,” balas Dayana sambil mula melangkah.
“Tak apa, yang penting awak ada,” jawab Mulqish lega. Dayana terkedu.
Yang penting awak ada?
*****
“Yana, dah siap ke kerja semalam?” soal Faiz perlahan hampir di telinga Dayana. Terkedu gadis itu dibuatnya.
“Hisy Faiz, kau nak cium Yana ke?” usik Wana yang kebetulan memandang telatah lelaki itu. Faiz tergelak kecil. Mulqish yang duduk di sebelahnya hanya tersenyum. Dia memandang Dayana yang sedang menghulurkan bukunya kepada Faiz.
“Hah, yang seorang lagi ini pandang aje ke?” usik Wana.
“Wana, kau boleh diam tak?” marah Dayana. Sebenarnya dia malu. Malu sebab lelaki itu asyik merenungnya. Ditambah pula dengan usikan Wana, mahu sahaja dia berlari keluar dari kelas itu.
“Yelah, aku diam,” balas Wana sambil menutup mulutnya. Faiz tergelak kecil.
“Kamu berdua ini memang comel,” pujinya separuh mengusik.
“Tahu tak apa,” jawab Wana sambil tergelak riang. Dayana menggeleng perlahan.
Memang tak boleh diam minah seorang ini.
*****
“Yana dah jumpa ke?” soal Hani sambil tergelak kecil. Berkerut dahi Dayana mendengar soalan sepupu pertamanya itu.
“Jumpa apa?” soalnya hairan.
“Ehem-ehem lah. Kau ini, buat tak faham pula,” balas Hani.
“Aku memang tak fahamlah. Apa dia?” soal Dayana mula geram.
“Aisssh, romeolah. Kau dah jumpa?” balas Hani turut geram. Dayana tergelak kecil.
“Aku datang kat sini bukan nak cari suami Hani. Aku nak cari Mr.Ilmu,” balasnya.
“Aku tahu. Tapi tak salahkan sambil menyelam minum air. Atau kau masih tak boleh lupakan dia?” teka Hani. Dayana terdiam sejenak.
“Yana, itu kisah lama. Tak boleh ke lupakan aje dia?” sambung Hani. Dayana tersenyum hambar mendengar soalan gadis itu.
“Jangan nak merepek. Kau tak payah risau, aku akan beritahu kalau aku dah jumpa Mr.Romeo itu,” jawabnya sambil tergelak kecil. Hani tersenyum.
“Aku juga doakan untuk kau,” katanya ikhlas. Dayana tersenyum.
“Thanks Hani.”
“Yelah, aku nak letak dah ini. Ada masa nanti kita jumpa. Bye Yana,” ucap Hani.
“Bye.” Dayana menarik nafas perlahan.
Lupakan dia?