3
“ALHAMDULILLAH, hasil pemeriksaan saya, Encik Firuz tak
mengalami keracunan makanan. Dia cuma sedikit demam,” beritahu Doktor Hamzah
dengan penuh yakin.
“Doktor pasti?”
tanya Elfira kurang yakin dengan apa yang diperkatakan oleh Doktor Hamzah.
“Saya pasti Puan.”
“Kalau dia demam
aje, kenapa teruk sangat keadaan suami saya. Dah naik lembik badannya doktor.
Risau saya.”
“Puan, suami puan
hanya demam.”
“L, doktor kata abang cuma demam ajekan,” ujar
Firuz Eidil menenangkan hati isterinya.
“Tak adalah dah
separuh nyawa L tengok keadaan abang. Tak akan demam aje.”
“Puan, boleh saya
tanya soalan peribadi sikit?”
“Soalan apa
doktor?”
“Bagaimana aturan
haid puan sejak akhir-akhir ini?”
“Kenapa? Apa kena
mengenanya pulak? Yang sakit tu suami saya, bukan saya.”
“Saya cuma nak tahu
aje. Mungkin berkaitan.”
“Kalau ikutkan dah
sebulan lebih saya tak datang haid.”
Doktor Hamzah
mengukir senyum.
“Saya minta puan
untuk menjalani ujian kehamilan.”
“Ha?” Elfira dan
Firuz Eidil saling berbalas pandang.
Doktor Hamzah
mengangguk. Dia menyerahkan satu botol kecil kepada Elfira.
Sementara Elfira ke
bilik air, Firuz Eidil memandang Doktor Hamzah dengan wajah pelik.
“Kenapa Encik?”
tanya Doktor Hamzah. Rimas pulak dia apabila dipandang begitu.
“Apa kaitan saya
demam dengan ujian kehamilan tu doktor?” tanya Firuz Eidil kebingungan.
Doktor Hamzah
menguntum senyum. Firuz Eidil bertambah pelik. Dia yang sedang keliru semakin
keliru.
“Begini, sebelum ni
ada kes di mana si isteri tak sedar dia mengandung. Mungkin sebab sebelum
berkahwin dia tidak mempunyai aturan haid yang tetap. Jadi dia menganggap jika
terlewat datang haid itu perkara biasa.
Si suami pulak mengalami alahan yang teruk, seperti apa yang Encik Firuz
alami sekarang. Bila dia check
kehamilan rupa-rupanya isteri dia mengandung. Sebab tu saya minta isteri Encik
Firuz untuk buat ujian kehamilan.”
“Oooo...” Firuz
Eidil mengangguk tanda mengerti. Hatinya berbunga-bunga andai apa yang
diterangkan oleh Doktor Hamzah menjadi kenyataan.
Elfira masuk ke
bilik lalu diserahkan botol itu kepada Doktor Hamzah. Mereka sabar menanti
keputusan daripada Doktor Hamzah.
“Tahniah Encik
Firuz, Puan Elfira hamil tujuh minggu,” beritahu Doktor Hamzah.
Firuz Eidil dan
Elfira saling berbalas pandang.
“Iya ke doktor?”
tanya Firuz Eidil dan Elfira serentak.
Doktor Hamzah
mengangguk perlahan tanda mengiakan.
“Alhamdulillah,”
ucap Firuz Eidil dengan rasa bersyukur. Begitu juga dengan Elfira. Dia tidak
sangka dia akan menjadi ibu secepat itu.
“Sekali lagi saya
ucapkan tahniah,” ucap Doktor Hamzah sambil bersalaman dengan Firuz Eidil.
“Terima kasih
doktor.”
“Sama-sama.”
Firuz Eidil dan
Elfira keluar dari bilik Doktor Hamzah. Firuz Eidil masih mengukir senyum.
“Wah, sayang nampaknya
rezeki kita bertambah nak menjelang ramadan ni,” ujar Firuz Eidil dengan wajah
berseri-seri.
“Alhamdulillah, dan
nampaknya macam abang aje yang nak terkena simptom alahan kali ni,” usik Elfira
nakal.
“Err...” Firuz
Eidil mati akal. Baru sedikit dia kena alahan pun sudah mahu lembik tubuhnya,
inikan pula nak mengalaminya hari-hari? Oh tidaaakk!
“Abang okey ke tak
ni? Kenapa buat muka cuak macam tu?”
“Wah, nampaknya
abanglah yang kena alahan orang mengandung ni.”
“Kenapa tak reda
ke?”
“Abang reda sayang.
Demi L dan anak kita ni, abang sanggup lakukan apa aje. Abang lebih rela kalau
abang yang menanggung alahan daripada L. Tak sanggup abang nak lihat L sakit.”
“Bila kita nak
beritahu keluarga kita tentang hal ni?” tanya Elfira teruja.
“Kita akan jemput
mereka datang makan malam di rumah. Lepas tu barulah kita umumkan berita
gembira ni.” Firuz Eidil memberi idea.
“Okey, L setuju.”
Pantas tangan Elfira menepuk lengan Firuz Eidil.
“L...”
“Opss! Sorry,tak sengaja. Teroverlah pulak.
He! He! He!” ujar Elfira lantas memaut mesra lengan Firuz Eidil dengan sengihan
nakal.
“Lepas ni kita
terus pergi pasaraya, beli barang untuk masak makan malam ni,” ajak Firuz
Eidil. Dia membiarkan sahaja tingkah Elfira.
“Abang larat ke ni?
L tengok, abang pun dah tak bermaya aje.”
“Larat lagilah
sayang.”
“Okey,” balas
Elfira dengan riak tidak percaya. Namun dipaksa hatinya untuk yakin dengan
kata-kata Firuz Eidil sebentar tadi.
Setelah mengambil
ubat, mereka terus menuju ke pasaraya.