6
“Abang, tukar baju ni please.
Rimaslah L tengok abang pakai baju warna biru tu. Nampak selekeh sangat,” rayu
Elfira.
Firuz Eidil melepaskan keluhan. Wajah isterinya direnung
dengan pandangan bosan.
“Sayang, masuk kali ini dah kali yang ke enam belas abang
tukar baju. Apa lagi yang tak kena?” soal Firuz Eidil seakan tidak puas hati.
“Ala, serius mata L rimaslah tengok abang pakai baju tu.
Abang tukarlah dengan yang ni,” ujarnya dengan menghulurkan baju kemeja berwara
merah jambu.
“Baju tu?” soal Firuz Eidil seakan tidak percaya.
Manakala Elfira sudah mengangguk bagaikan burung belatuk.
“L... tak akanlah...”
“Tak nak pakai sudahlah. Abang memang dah tak sayang L.
Sebab tu abang tak nak ikut kehendak L lagi. Dahlah tak nak pakai sudah.
Pergilah kerja.”
“La... merajuk pulak. Okey, abang pakai. Tapi janji yang
ini last tau. Tolonglah, abang dah
tak larat asyik nak tukar baju aje. Sudahlah semua baju itu abang yang kena
gosok.”
Elfira menyengih. Laju sahaja dia menghulurkan kemeja merah
jambu itu kepada Firuz Eidil. Bukan dia sengaja nak buat Firuz Eidil begitu,
tetapi dia geli melihat Firuz Eidil yang kelihatan agak selekeh. Walaupun
hakikat sebenarnya baju itu semua telah digosok elok oleh Firuz Eidil.
“Nasib badanlah Firuz. Layankan ajelah.”
“Merungut ke?” tanya Elfira yang telah memeluk erat Firuz
Eidil dari arah belakang.
“Bukan merungut sayang. Mengadu aje.”
“Maaf abang. L bukan sengaja. Tapi mata L ni rimas betul
tengok abang selekeh.”
“Iyalah sayang. Abang tahu sayang nak nampak abang ni
hensem ajekan? Masalahnya bila abang dah tua nanti hensem ni pun hilang
sayang.”
“Kalau abang dah tua, maknanya L pun dah tua jugalah
waktu tu. Dan abang kena tetap nampak hensem depan mata L.”
Firuz Eidil siap mengenakan kemeja pink.
“Okey sayang, nak kena tukar lagi ke?”
Elfira melihat penampilan Firuz Eidil.
“Okey, perfect.”
“Alhamdulillah. Akhirnya... okey sayang abang pergi kerja
dulu. Kalau tak larat nak puasa, buka ajelah. Dahlah sayang tu ada darah
rendah.”
“Okey abang. Jangan risau pasal L yer.”
“Abang sayang L.”
“Me too.”
“Selamat pagi bos. lambat bos hari ni? Wah pinknya bos?”
“Macam mana tak lambat Fea. Kawan baik awak tu asyik
serba tak kena aje pagi ni. Awak tahu tak, baju ni adalah baju ke enam belas
yang saya pakai.”
“Iya ke bos?”
“Iyalah. Awak ingat saya main-main ke apa? Tak diturutkan
nanti merajuk, lagi susah saya nak pujuk.”
“Ikutkan ajelah bos. yang penting L tu bahagia.”
“Nampaknya macam tulah. Saya sayang dia Fea.”
“Saya tahu bos.”
Firuz Eidil terus menuju ke biliknya.