Home Novel Komedi/Romantik Komedi SANDIWARA CINTA
SANDIWARA CINTA
pitteriah abdullah
16/12/2013 10:09:53
229,181
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 5

Perempuan bernama Imam Amani ini bermaruah tinggi rupanya. Dia tidak bercerita tentang dirinya, kalau tak ada apa-apa masalah masakan mereka bergaduh dan bermasam muka. Anak aku pun sejak tidak bercakap dengan Iman Amani, hidup sudah tidak ceria, tidak bercakap dengan sesiapa lagi di rumah. Dengan mama pun dah tidak pandai lagi bercerita. Dengan aku, aku tanya sepatah, dia tidak berjawah, sepuluh patah baru dia sepatah balas. Dulu, masa berkawan dengan Imam Amani, ramah lah pulak.

“Ezzat, kenapa diam?” soal Tan Sri Hisham. Tak berjawab pun.

“Awak sudah melukakan hati dia kut!” sambung Tan Sri Hisham. Masalah apa sebenarnya ni? Dia yang melukakan hati saya, Tan Sri tak tahu.

“Dia rindu dekat kekasih dia kut..,”

“Siapa?”

“Tiara!” Muka Ezzat Iskandar merah campur warna hijau. Geram dengan tindakan Iman Amani yang pandai-pandai bocor rahsianya.

“Budak tu.. hmm..,” ujar Tan Sri Hisham. Kalau itu pilihan Ezzat Amani , apa boleh buat kan, yang nak kahwin anak, bukan kita pun.

“Awak diam!” jawab Ezzat Iskandar. Hah, boleh pun bercakap. Papa ingat kau tu bisu.

“Kekasih Encik Ezzat kan nama Tiara kan, betul lah tu!” sambung Iman Amani. Aku dah tak kisah lah bab-bab cinta kau tu. Kau punya pasal lah.

“Siapa pun kekasih saya, awak peduli apa?” marah Ezzat Iskandar. Tan Sri Hisham mengelengkan kepalanya. Kau dengan Iman Amani, sesuai sangat dah, tapi kau memang tak pandai nak menilai yang mana intan permata, yang mana kaca. Iman Amani tersenyum saja, biar papa kau tengok perangai buruk kau tu.

Sampai di ofis semua orang melihatnya. Mana taknya dapat jemputan khas untuk ke rumah Tan Sri Hisham, balik pula dengan Tan Sri Hisham. Apa lagi, jadi bahan bualan lah di pejabat hari ini. Bila orang menyoal, Iman Amani hanya diam saja, tidak mahu memberi komen apa-apa.

Sejak hari itu, Puan Sri Nazimah kerap datang ke ofis untuk berjumpa dengan Iman Amani, ini membuatkan Iman Amani tidak senang duduk. Jemputan ke rumah kerap sangat diaturkan oleh Puan Sri Nazimah, tetapi Iman Amani pandai mengelak. Tidak mahu bertandang ke rumah itu lagi. Cukuplah sekali.

“Termenung panjang ni kenapa?” soal Asma ketika mereka keluar rehat bersama.

“Puan Sri ajak makan malam di rumah dia malam ni..,” jawabnya. Apa alasan aku hah? Ezzat Iskandar sudah marah kepadanya kerana hubungannya yang rapat dengan Puan Sri Nazimah. Itu pun masalah juga, aku suruh bebaskan aku dia tak nak. Katanya nak gantung tak bertali.

“Pergi saja lah!” suruh Asma. Bihun sup dihirupnya perlahan-lahan. Sedap!

“Tak suka lah!”

“Kau nie pelik lah, kalau perempuan lain dapat layanan macam ni, tentu dia orang suka!”

“Aku tak suka!”

“Kenapa?” Macam nak lari balik kampung saja.

Tiba-tiba Ezzat Iskandar datang dan terus duduk di hadapannya. Asma pula terus bangun bila melihat Ezzat Iskandar, tidak mahu menganggu perbualan antara mereka berdua.

“Awak sms saya nak jumpa saya nih apa hal?” soal Ezzat Iskandar.

“Memang lah nak jumpa, tapi lepas waktu pejabat!” balas Iman Amani. Nie waktu tengah hari, kau dah tak pandai tengok waktu kut.

“Sama lah kat mana pun. Kenapa?”

“Kita selesaikan masalah kita secara baik. Saya tak kisah awak nak bercinta dengan Tiara ke apa ke, tetapi tali perkahwinan ini perlu dileraikan. Tolong bebaskan saya,” pinta Iman Amani dengan tegas sekali.

“Saya belum dapat apa yang saya nak dari awak? Sebagai suami saya berhak dapat semua tu sebelum saya bebaskan awak. Ingat saya buta-buta kahwin dengan awak ke?” Tak kan nak tinggalkan Iman Amani jadi janda berhias kut. Aku tak bodoh lah.

“Awak boleh cakap macam ni kat saya pulak? Isteri, suami? Atas kertas saja kan? Saya dah malas nak cakap dengan awak lah. Saya akan bawa perkara ini ke mahkamah!” saja lah kata macam itu, aku pun tak berani lah nak bawa ke mahkamah.

“Sila kan, kalau awak jenis perempuan yang tak tahu malu!” balas Ezzat Iskandar. Aku ni rasanya nak jadi isteri yang digantung tak bertali rasanya. Dia nie ada masalah mental kut.

Malam ini dia terpaksa datang ke rumah Tan Sri Hisham, sebab sejak petang tadi sehingga lah sekarang, Puan Sri Nazimah, asyik menelefonnya.

“Sebabnya mak cik ada hajat besar lah, Iman!” kata Puan Sri Nazimah ketika berbualnya di ruang tamu. Hanya ada dia dan Ezzat Iskandar saja. Hajat apa pula ni?

“Mak cik nak jodohkan Iman dengan Ezzat...,” sambung Puan Sri Nazimah menyentap jantung Iman Amani. Patutlah asyik tanya alamat kampung.

“tak nak lah mama, saya dah ada Tiara lah. Iman nie tak sesuai jadi isteri saya!” celah Ezzat Iskandar. Hah, lega. Kalau aku tak tahu lah nak bohong apa lagi kat Puan Sri Nazimah ini.

“Mama tak suka Tiara tu..,” perempuan ala-ala barat tu tak sesuai lah jadi menantu aku. Iman Amani baru lah sesuai. Aku lebih suka Iman Amani dari budak Tiara tu.

“Tapi saya cintakan dia lah mama. Ini soal hidup saya!”

“Mama tetap nak suruh kau kahwin dengan Iman juga. Jangan membantah!” tegas Puan Sri Nazimah.

“Mama, saya tetap dengan keputusan saya!” balas Ezzat Iskandar pula.

“Puan Sri, Iman dah ada tunang lah di kampung. Iman minta maaf sangat-sangat!” sampuk Iman Amani pula. Terbeliak biji mata Ezzat Iskandar.

“Betul ke Iman?” soal Puan Sri Nazimah, separuh kecewa. Hampanya hatinya kerana tidak boleh bermenantukan Iman Amani.

“Betul Puan Sri!”

“Kalau gitu Iman jadi anak angkat mama lah, boleh?” kata Puan Sri Nazimah tetap mahu menjalinkan hubungan dengan Iman Amani. Kalau tak boleh jadi menantu, jadi anak angkat pun tak mengapa lah.

Alhamdulillah, boleh selamat pun. Tak nak lah kahwin dengan orang macam Ezzat tu. Tetapi kena jadi anak angkat lah pulak.

Dia boleh sabar dengan sikap Ezzat Iskandar tetapi apabila melihat Badrol sedang berbual dengan Tan Sri Hisham, membuatkan hati Iman Amani kecut seribu. Kenapa dia datang ke sini?

“Iman, kenalkan anak saudara saya, Badrol, dia akan bekerja di sini mulai esok hari!” perkenalkan Tan Sri Hisham kepadanya. Mahu luruh jantungnya. Kerja di sini? Habis lah aku?? Dia hanya mengangguk saja dan terus berlalu pergi.

Dia pulang awal, kerana Badrol terus melaporkan diri hari ini juga. Rasa nak demam. Rasa pening kepala tiba-tiba. Hendak pitam jadinya.

“Angah, Badrol kerja sekali lah dengan Along!” beritahu Iman Amani. Sesak nafasnya sejak petang tadi. Hendak beritahu mak, takut mak rasa gelabah pulak.

“Betul ke Along?”

“Ha, ah. Rupanya Badrol tu anak saudara Tan Sri Hisham lah, Angah. Macam mana ni?” cemas dan takut. Tak boleh bayangkan kenangan pahit itu.

“Berhenti lah Along. Angah takut Badrol buat cerita lama lah!” cadang Eija. Kalau jadi apa-apa kat along, kami semua akan menyesal seumur hidup.

“Along cadang macam tu juga. Tapi nak cari kerja kat mana lepas ni?”

“Datang lah, Penang. Nanti Angah tolong Along cari kerja baru!”

“Okey, esok petang kita jumpa!”

Tawakal saja lah Angah. Along memang tak nak berkerja di situ lagi. Setakat Ezzat Iskandar tu Along tak kisah sangat, sebab dia hanya melukakan hati Along tetapi dia tidak pernah buat perkara tak senonoh kat Along. Dengan Badrol, Along memang tak berani lah.

Pagi ini, dia melihat Ezzat Iskandar dan Badrol datang sekali ke tempat kerja. Bilik Badrol hanya sebelah saja dengan biliknya. Mujurlah aku sudah mahu mengambil keputusan untuk berhenti. Apa pun aku perlu selesaikan segala kerja-kerja yang diamanahkan oleh Tan Sri Hisham dan membuat surat serah tugas. Baru boleh berhenti.

“Nora, Tan Sri ada tak?”

“Ada. Kenapa?”

“Nak jumpa lah!”

“Boleh, tak ada masalah tu!”

Tan Sri Hisham terkejut dengan tindakan Iman Amani yang secara tiba-tiba itu. Kenapa? Soal hati Tan Sri Hisham. Tan Sri Hisham menanggalkan kaca matanya, lalu meletakkan pennya di atas kertas.

“Iman, cakap lah. Saya anggap Iman macam anak saya sendiri? Ada apa-apa masalah ke?” soal Tan Sri Hisham. Iman Amani seorang pekerja yang dipercayainya. Rajin dan cekap pula tu.

“Tak lah, Tan Sri. Iman nak balik jaga ayah di kampung!” jelas Iman Amani. Ini saja alasan yang ada.

“Macam ini lah, saya beri Iman bercuti panjang, nanti bila ayah dah sihat, Iman datang bekerja lagi di syarikat saya ini,” ujar Tan Sri Hisham. Dia seorang bos yang baik hati, berdedikasi dan tidak sombong dengan staf-stafnya. Memang sayang nak berhenti tetapi dia terpaksa.

“Terima kasih, Tan Sri. Segala budi dan jasa Tan Sri saya akan kenang sepanjang hayat saya..,” jawabnya sebelum melangkah keluar.

“Sama-sama. Kalau Iman perlukan apa-apa bantuan dan pertolongan, beritahu saya, saya akan tolong Iman!” balas Tan Sri Hisham.

Siapkan segala tugasan sebelum melangkah keluar dari syarikat ini. Jam sudah pukul sembilan malam, dia masih berada seorang diri. Ada orang menolak pintu biliknya dengan kasar, terus dia memandang wajah itu. Siapa lagi kan kalau bukan Badrol. Hatinya bergetar kencang.

“Kau tak boleh lari lagi, Iman!” ucap Badrol dengan mata yang bengis sekali.

“Kau jangan ganggu aku lagi, Badrol!” balas Iman Amani. Asma mana, kata nak datang tolong aku tadi?

“Ha ha ha... tak ada siapa nak tolong kau malam ini lah, Iman.”

“ALLAH akan tetap tolong aku, seperti mana cerita dua tahun yang lepas, Badrol. Aku yakin ALLAH tetap bersama aku!”

“Aku hampir perkosa kau dua tahun yang lalu, itu pun sebab kau terjun dari tingkap rumah kau. Sekarang di mana kau nak lari lagi? Aku dah kunci pintu bilik kau, Iman!”

Dua tahun yang lalu Badrol hampir memperkosakan Iman Amani di rumah Iman Amani sendiri. Waktu ayah, mak dan adik-adik keluar tinggal kan dia sendiri bersama Badrol. Badrol yang disangkakan telah pulang bersama-sama ahli keluarganya yang datang untuk menetapkan tarikh perkahwinan mereka berdua. Malam itu dia demam panas, jadi dia berehat saja di rumah.

Ketika itu cinta Badrol, rupanya cinta berlandaskan nafsu saja. Badrol mahu merampas mahkota sucinya tetapi Iman Amani dengan beraninya telah terjun dari tingkap rumahnya. Dan ketika dia mahu melarikan diri, Eija sampai bersama Ika. Tengok bajunya yang terkoyak, faham lah apa yang Badrol ingin lakukan terhadapnya.

Previous: BAB 4
Next: BAB 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.