Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sayang 3 Dalam 1
Sayang 3 Dalam 1
Weeda Airiza
15/8/2014 19:21:59
54,173
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 6

LOBI Menara Budi kelihatan lengang. Mungkin ramai pekerja sudah memulakan tugas masing-masing. Aku melihat sekali lagi jam tangan berjenama Polo yang terletak kemas di pergelangan tangan kiri. Hampir jam sepuluh pagi.

Along menghantar aku ke sini setelah berjaya dipujuk rayu. Pada mulanya, alang yang mengikat janji tetapi janji manisnya itu menjadi pahit apabila dia tidak pulang daripada tempat kerja sehari suntuk.

“Minta maaf, saya ingin bertanya, saya ada interview di Syarikat Jjang Concept jam sepuluh. Macam mana caranya untuk saya ke situ?” Pergh! Skema dan santun habis! Bravo Aryana!

Mamat di meja resepsi lobi yang sejak daripada tadi terkaku di situ mengangkat kepalanya tatkala mendengar suara menggoda kepunyaan aku.

“Masuk situ dan naik ke tingkat lima.” Hanya sesaat mungkin dia memandang aku tanpa memberikan senyuman. Terus mati senyuman manisku apabila dia hanya buat tak tahu. Ingat aku nak sangat kat kau? Tak pasal-pasal emosi jadinya kan?

Buka sahaja daun pintu lif, pandangan mataku disambut dengan dua buah daun pintu lutsinar yang tertulis Jjang Concept. Aku tidak pasti apakah tulisan tersebut diperbuat daripada chrome ataupun hanya sticker warna perak yang dilekatkan di atas kaca.

“Hai!” Hilang sekejap semangat aku tatkala mamat handsome kawan along yang selama ini menjadi igauan aku menegur. Uh, igauan mimpi indah? Aku hanya tersenyum panjang, padahal dalam hati tiada siapa yang tahu.

“Jom masuk.” Dia membukakan pintu pejabat. Macam ni ke layanan yang diberikan kepada pekerja? Kalau macam nilah, sanggup aku buat rayuan kemasukan kalau tak dapat!

Warna suci putih bersih menyambut kedatangan aku di lobi pejabat. Sana sini berwarna putih. Memang tak pakai warna lain ke? Aku mengerutkan dahi sambil duduk di salah sebuah sofa di situ setelah di persilakan oleh Yonghwa.

Seminit kemudian, seorang gadis keluar. Ah! Joohyun pastinya! Amboi, pakwe dan makwe satu pejabat. Mesti rasa bahagia selalu! Syoknya!

“Oh, you dah sampai rupanya. Hi! Ingat I lagi tak?” Seo Joohyun berkata sambil tersenyum melihat aku. Tenang hati aku melihat kelembutan wajahnya yang begitu mempesonakan.

“Mestilah ingat.” Aku ketawa kecil sambil menyalaminya.

Perjalanan menyusuri bilik temuduga kelihatan sangat indah dengan ruang laluan berkarpet warna kelabu hitam, berdinding warna putih tetapi terisi dengan beberapa hasil kerja projek syarikat tentunya.

“Tunggu di sini ya.” Joohyun memberikan aku laluan masuk ke sebuah bilik. Sempat aku melihat daun pintu kacanya yang mempunyai blok-blok huruf yang kecil membentuk perkataan Interview Room.

Aku cuba melihat sekali lagi daun pintu kaca tersebut. Kalau tak salah aku, nampak seperti ada tulisan lain yang berbentuk tegak dan bulat. Tulisan apa ya tu agaknya?

Bunyi pintu dikuak mengembalikan aku ke alam yang nyata. Oh, Yonghwa kah yang akan interview aku? Fuh, minta-mintalah aku boleh bertenang dengan panahan mata cokelatnya itu.

Aku menyerahkan resume kepadanya dan dia juga meminta portfolio yang mengandungi hasil-hasil kerjaku semasa belajar dan juga projek secara sambilan.

“Sebelum I tanya you soalan, biar I jelaskan serba sedikit tentang syarikat ini. Oh, tak! You kena teka dulu I ni berbangsa apa.” Eh, tadi kata nak jelaskan, ni soalan merepek apa pula ni?” Bingung sekejap aku jadinya. Trick temuduga ke?

“Err…” Pandangan tajam Yonghwa menyebabkan aku terkesima. Aku memandang kembali pandangannya, mahu mengenal pasti spesis bangsa kacak manakah sebenarnya dia.

“Cina?”

“Salah! Okay tamat sesi temuduga.”

“Eh??”

Yonghwa kemudian bangun sambil tersengih. Takkan habis macam tu je? Oh no! Gagal? Oh noooo!! Rasa mahu menjerit dan merayu supaya adegan tadi diputarkan semula supaya aku dapat jawab dan… dan…

“Jom saya kenalkan awak dengan stafflain.” Teguran Yonghwa membuatkan aku terasa seakan di cekik hidup-hidup. Dia ni main-mainkan aku ke apa???

Berat sahaja kakiku melangkah menuruti jejaknya. Yonghwa membawa aku menyusuri sebuah lagi laluan ke bahagian pekerja. Sekali pandang sahaja, aku tahu aku akan menyukai pejabat baru ini. Eh, macam confirm je aku kerja sinikan?

Beberapa orang pekerja wanita dan lelaki sedang tekun membuat kerja di cubicle terbuka masing-masing. Sempat aku mengira jumlah mereka, tidaklah ramai. Cuma ada tujuh orang sahaja.

Excuse me guys. This is our new staff, she will start working after Aidilfitri. Sila perkenalkan diri.” Terbeliak mataku mendengar kenyataannya. Bermakna? Yeay! Aku dapat kerja!

“Err… My name is Aryana Shafnie, you can call me Yana. Nice to meet you all.” Ewah, terus keluar bahasa penjajah! Aku menelan air liur, terasa kelat apabila melihatkan wajah-wajah mereka yang pelbagai rupa itu. Ini betul-betul 1 Malaysia namanya.

Setelah selesai sesi pengenalan yang menyeksakan itu, aku kembali terhenyak di atas sofa lobi. Secara kasar, mereka semua nampak menyenangkan. Aku menarik nafas lega. Walaupun melalui proses temuduga yang amat pelik, tetapi aku gembira akhirnya aku memperolehi kerja yang aku idamkan.

Lupakan seketika tentang bos muda yang handsome itu, tetapi inilah impian aku! Mahu pekerjaan yang tetap, kehidupan yang bahagia dan tentunya mencari seorang jejaka yang bakal menjadi pasangan aku sehingga akhir hayat!

“Cik Aryana?” Wajah putih bersih seseorang menyapa pandangan. Ni gadis mana pula? Pelik betul pejabat ni. Setiap kali aku pandang, mesti ternampak muka pekerja baru. Main sembunyi-sembunyi ke diorang ni?

“Ye saya.” Gadis tersebut terus duduk di sofa bertentangan dan menghulurkan salam perkenalan. Tanpa banyak soal, aku turut membalas huluran tangannya.

“Hai, saya Qaisara. Panggil Sara saja.” Senyuman yang terukir di wajahnya menandakan dia seorang yang mudah di ajak berbicara.

“Saya Yana.”

Qaisara yang merupakan pembantu ketua bahagian pentadbiran pejabat menerangkan secara ringkas tentang pejabat yang bakal menjadi rumah keduaku itu.

Katanya bos besar pejabat tersebut asalnya berbangsa Korea tetapi telah menetap di Malaysia sejak kecil. Mr. Jung Yun Ho telah berkahwin dengan gadis sebangsanya, Mrs. Kim Tae Yeon dan dikurniakan dua orang anak iaitu Jung Yong Hwa dan Jung Soo Yeon.

Kata Qaisara lagi, kedua-dua anak Mr. Jung masih belum berkahwin dan masing-masing bekerja di dalam pejabat ini.

“Ada apa-apa Yana mahu tanya?”

“Em, Sara dah lama kerja sini?” Itu sahaja soalan yang mampu keluar untuk seseorang yang baru dikenali. Yalah, takkan mahu tanya awak dah kahwin ke belum? Tak ke bunyinya mencurigakan?

Qaisara tersenyum manis. Geram pula aku tengok. Ops! Bukan geram apa, terlalu comel pada pandangan mata aku. Skirt tirus paras lutut berwarna hitam dan dipadankan dengan baju blaus longgar warna krim itu terletak elok di tubuh sederhananya.

Bukan sesuatu yang salah untuk kaum wanita memuji wanita! Cuma mungkin kedengaran janggal bila kaum lelaki memuji kaum lelaki. Emm…

“Saya sudah hampir tiga tahun di sini. Alhamdulillah, segalanya okey, kami semua sudah macam sebuah keluarga.” Terangguk-angguk aku mendengar ceritanya.

Sepuluh minit kemudian, aku menekan butang lif dan menunggu dengan sabar mesin itu bergerak menuju ke tingkat aku berada. Seluar slack kelabu bersama blaus lengan panjang bercorak zigzag itu mula terasa rimas. Jarang benar aku bersiap sebegitu elok. Inipun angkara make over Angah, kononnya…

Lif berdenting nyaring. Aku menarik nafas lega kerana sudah selesai urusan temuduga dan yang paling menarik, terus di terima! Seronoknya tidak terkata, terasa dunia ini aku yang punya! Tanpa mempedulikan isi perut lif, aku melangkah masuk sambil tersenyum seorang.

“Hai!” Siapa pula ni? Aku terus memandang ke hadapan. Siapakah? Terjegil mataku seketika. Dia? Tidak!!!!!

------------------------------------------------------------------------

“SERIUS… I tak sangka dapat jumpa you kat sini.” Iya, aku tahu tu. Dah beratus kali kau ucap benda yang sama Zafran! Mujur aku tak muntah kat sini.

Aku tersenyum kecil. Entah gembira atau berduka bila bertembung dengan kekasih monyet, eh! Kekasih zaman cinta monyet dulu. Oh Zafran! Kenapa kau tak hilang handsome kau tu? Menyampah pula rasanya asyik nampak orang kacak sepanjang hari. MasyaALLAH, tak bersyukur langsung aku ni!

“Ada rezeki, bolehlah kita lunch sama-sama. Atau kita boleh balik sama-sama.” Aku terdiam seribu bahasa. Amboi, panjangnya fikiran? Kalaulah dia tahu Along yang akan jadi driver tak rasmi aku selepas ini, dah tentu dia tak akan berani mengajak.

“InsyaALLAH…” Itu sahaja yang mampu aku katakan.

Kenangan silam antara aku dan Zafran terawang di fikiran. Dia hanya dua tahun lebih tua daripada aku. Kami sempat bermadu kasih selama dua tahun saja ketika aku di tingkatan dua.

Uish, baru aku sedar, daripada sekolah lagi aku telah menunjukkan sikap playgirl yang sebenar! Kasihan ummi dan ayah, harapkan anak belajar bersungguh-sungguh, rupanya di cari kumbang yang akhirnya tak ke manapun. Sia-sia saja.

Lama aku menatap Zafran yang kini berbadan sasa, tidaklah kering kontang seperti tingkatan lima dahulu. Lebih nampak kelelakian dan yang pastinya berduit. Kenapa? Tengok jam tangan saja cukup. Jenama Tag Heuer lagi! Atau mungkin sebenarnya dibeli daripada butik PS? Petaling Street…

Previous: BAB 5
Next: BAB 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.