Home Novel Komedi/Romantik Komedi CINTA SERBUK MILO
CINTA SERBUK MILO
Dr Fendi Ameen
10/7/2014 13:26:40
16,451
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 4: PILU

Dua tahun yang lalu di Jogjakarta

Peristiwa yang berlaku tidak dapat disangkal lagi. Hati merintih pilu. Namun, doa sentiasa dipanjatkan ke hadrat-Nya agar ayahnya tenang bertemu tuhan.

Sutinah mengelamun sendirian. Dia bungkam, tiada apa yang boleh ditangisi lagi. Takdir sudah sampai kepada ayah yang disayanginya. Apa pun penyesalan yang ada tidak akan mengembalikan ayahnya. Semuanya sudah tertulis.

“Hidup perlu diteruskan,” dia memasang azam untuk melupakan segala kesedihan yang ada. Air mata yang mengalir diseka perlahan-lahan. Namun, hatinya terus menangis.

“Moga al-marhum ditempatkan di kalangan para muslimin dan dicucuri rahmat ke atas rohnya,” itulah panjatan doa yang selalu dipohon, seusai solat.

Dia amat bimbang. Amilah, ibunya seakan tidak mahu meneruskan hidup lagi setelah pemergian ayahnya, Sunarjo. Sutinah berharap ibunya dapat menerima takdir. Bahkan, ibunya tentu merasa amat kehilangan, dahan tempat berpaut telah patah. Puluhan tahun hidup bersama Sunarjo. Susah senang, hujan rebut, halilintar, ombak dalam kehidupan semuanya diharungi bersama Sunarjo, sejak puluhan tahun dahulu.

Previous: Prolog
Next: 5- Jorah

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.