"Ah! lagi-lagi Milo, naik muak aku, " keluh Lotpi apabila Jibam menceritakan pertemuan awalnya dengan Sutinah di Mini Market Pak Nuji."Hang tau bro ... dia suka sangat Milo."
"Kami mempunyai minat yang sama, Milo," ujar Jibam sambil mengekek ketawa.
"Ah! tak habis-habis. Aku tak suka Milo," Lotpi menzahirkan kebencian kepada serbuk coklat yang diperbuat daripada Malta itu.
"Dahlah gelap, melekit.Tinggi kafien lagi. Dikatakan kandungan kafien menyamai satu jug teh bagi beberapa cawan mimuman tu. Bahaya kepada ibu mengandung," tutur Lotpi.
"Ni tengok ni ..," Lotpi memegang helaian surat khabar kemudian membuka ruangan kesihatan bertajuk 'Bahaya Kafien kepada ibu Mengandung'.
"Habis, hang ni mengandung ka?" tanya Jibam separuh mengejek.