Home Novel Komedi/Romantik Komedi CINTA SERBUK MILO
CINTA SERBUK MILO
Dr Fendi Ameen
10/7/2014 13:26:40
16,451
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Prolog

Ramai pelajar telah memenuhi meja-meja di kantin sekolah. Pelajar-pelajar berebut-rebut untuk mendapatkan makanan dari kaunter. Suasana hiruk-pikuk umpama pasar ikan adalah lumrah di mana-mana sekolah. Tempoh tiga puluh minit perlu dihabiskan untuk berebut-rebut mendapatkan makanan dan minuman, selebihnya berehat sebelum kelas bermula hinggalah waktu tengahari.

“Jom ke kantin!” tutur Zarun mengajak Jibam yang masih berada dalam kelas 5 Satera A4. JIbam kelihatan sedang memikirkan sesuatu.

“Woi! apa yang dimenungkan?” Lamin menepuk bahu Jibam sambil berlalu meninggalkan Jibam dan Zarun.

“Bimbang juga ni nak exam. Komen Cikgu Latifah tadi cukup pedas,” dengan nada perlahan Jibam bersuara.

“Tak pa masih banyak masa lagi,” balas Zarun.

“Banyak masa?”

“Ya lah ada tujuh bulan lagi.”

“Enam bulan, jangan pandai-pandai tambah,” bingkas Jibam memotong kata-kata Zarun. Baginya tempoh berbaki sebelum menduduki SPM amat menggerunkan.

“Macam ini ke nak berjaya? Penguasaan bahasa awak masih lemah. Entah apa butiran ... entah mana satu isi karangan awak,” kotak fikiran Jibam memainkan semula kata-kata Cikgu Latifah, dua puluh minit yang lalu.

“Aku risau,” tutur Jibam.

“Risau?”

“Risau apa?”

“Risau dengan exam.”

**

Di kantin sekolah

"Habis exam ni hang nak buat apa?" satu persoalan dilontarkan kepada Jibam. JIbam seorang pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM. Nama sebenarnya adalah Anuar, orangnya agak gempal dan berkulit sawo matang.

Jibam itulah panggilan namanya sejak dari kecil. Nama panggilan yang dia sendiri suka kerana keluarganya memanggilnya begitu. Dia tidak pernah marah dipanggil dengan nama itu.

"Aku tak tau, belum ada plan. Lagi pun lagi enam bulan SPM nak mai," balas Jibam kepada pertanyaan Zarun. Zarun adalah rakan sekampungnya. Nama sebenar Zarun adalah Zainal, ayahnya bernama Harun.

"Aku cadang nak cari kerja," Zarun menyatakan hasratnya dan kemudian menambah "Kalau rasa nak kerja ikut aku."

“Apa kerja yang kita boleh buat?” sedikit sebanyak ajakan Zarun menggaru pangkal hati Jibam, lalu minda pun terarah untuk bertanya.

“Banyaklah ... banyak peluang.”

“Peluang yang macam mana?”

“Payah nak cakap ... banyak sungguh peluang. Tak macam terperuk di kampung ni,” Zarun memasang angan-angan.

“Aku rasa nak cari duit lebih la,” bingkas Zarun.

“Di sini pun boleh cari.”

“Memang sini pun boleh tapi tak berapa nak cukup,” tingkah Zarun.

Previous: Prolog I

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.