Bab
1
Johana
atau nama sebenarnya Johari Bin Osman Jailani sedang menunggu kawannya di
hadapan Pavilion. Johana adalah lelaki yang berpakaian wanita. Malam ini selepas
hanya mencuci mata dengan kawan-kawan kerja yang spesisnya dengannya. 2 orang kawannya lagi iaitu Sofia ( nama sebenar
Sofian ) dan juga amy ( nama sebenarnya adalah Ahmad Ghani ) masih berada di
dalam. Entah apa lagi barang yang hendak dicari. Johana malas melayan keranah
mereka berdua dan hanya menunggu di luar sahaja. Tadi masa dekat dalam Pavi Tidak mahu beli… bila nak balik baru hendak
beli! Marah Johana di dalam hati. Johana melihat jam di tangan.
“Aduh!
Kata hendak tapau McD. Ini dah dekat 20 minit aku tunggu. Manalah diorang ni?
Buat Mcd ker?” gomel Johana di dalam hati. Johana membetulkan begnya Gucci
tiruannya. Sejak dari tadi beberapa mata memandangnya. Malah ada yang memberi
senyuman nakal. Johana hanya membuat tidak tahu sahaja. Dasar lelaki! Marahnya di
dalam hati.
Memang
Johana berpakaian seperti feminism sedikit malam itu. Dengan rambut panjang
paras bahu yang dilepaskan. Muka bujur sirih. Berbaju blouse dan seluar legging
warna pink ala-ala Yuna. Wajahnya yang sedikit seperti perempuan menyembunyikan
identitinya yang sebenar. Tapi kalau dia bersuara… barulah terdengar ciri-ciri
kejantannya. Johari sebenarnya sangat kacak… malah ramai pekerja hotel wanita yang
bekerja bersama-samanya terpikat dengannya. Johari pandai menyembunyikan identiti
wanitanya semasa bekerja.
Johana
bekerja sebagai Chef di Hotel Casa… sebuah hotel 5 bintang milik pelabur
Portugal di Jalan Tun Razak. Dia pakar di dalam masakan Portugis. Sejak dari kecil
dia telah menunjukkan ciri-ciri kelembutan. Tetapi dia tidak menunjukkan ciri-ciri
kewanitaannya semasa di rumah ataupun semasa bekerja. Ayahnya seorang askar
memang tegas dan tidak suka dia berwatakan wanita. Malah pernah dilempangnya
Johana apabila dia ternampak Johana berjalan patah di dalam rumah.
Johana
semakin berani menonjolkan ciri-ciri feminimnya semasa belajar di Uitm. Di
Universiti banyak kawan-kawannya terdiri daripada golongan sepertinya. Sejak dari
situlah dia mula dipanggil Johana oleh kawan-kawannya. Tetapi Johana tidak
pernah memakan hormone mahupun melakukan pembedahan untuk menukar 100% kepada
wanita sepertimana yang kawan-kawannya yang lain buat. Johana masih lagi tahu hokum
hakam. Dia tidak akan sekali kali mengubah ciptaan Allah. Cuma sikap
kelembutannya sahaja yang susah untuk dikikis.
{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{
Sejak
dari tadi perlakuan Johana diperhatikan oleh seorang pemuda kurus kering yang berdiri jauh daripada
Johana. Pemuda tersebut menbuang selamba rokoknya yang hampir habis di lantai
lantas mengambil telefon tangannya.
“Mat…
sedia. Aku dah dapat ikan” pemuda tersebut tersenyum sambil pandanganya terarah
kepada beg Gucci Johana.
{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{
Inspektor
Fatihah menunggu di hadapan Pavilion. Hari ini dia berpakaian preman kerana
sedang menyiasat s kes ragut yang selalu terjadi di sekitar jalan Bukit Bintang
ini. Bersama dengannya Lans Koperal Ishak yang telah meminta kebenaran untuk ke
tandas sebentar. Sudah 2 jam dia dan pegawai bawahannya mundar mandir di
sekitar Jalan Bukit Bintang. Fatiha perasaan akan kehadiran Johana. Cantiknya
wanita yang ada dihadapannya ini… mungkin sedang menunggu kekasihnya. Bisik Fatihah
di dalam hatinya. Fatihah melihat dirinya… hanya berseluar Jeans, bertopi dan
juga berbaju kemeja. Rambut pula pendek… fesyen yang memudahkan dia menjalankan
tugasnya. Malah emaknya pernah mengelengkan kepala apabila melihat penampilan
Fatihah semasa terserempak di Jalan TAR dahulu. Semasa itu Fatihah sedang
melakukan operasi cegah jenayah dan berpakaian preman.
“Mana
pula abang Ishak ni? Tadi kata nak buang air kecil jer. Ini dah dekat 10 minit”
keluh Inspektor Fatihah.