*MIMPI 10*
“Jangan benci sangat, nanti jadi cinta..”
“Let me introduce you. Dr. Raykal Bin Dr. Rayyan, HO tahun ke-2 dari HKL (Hospital Kuala Lumpur).”, Dr. Han memperkenalkan Dr. Raykal kepada pegawai-pegawai di Bahagian Kecemasan memandangkan dia merupakan ketua unit Surgeri dan Kecemasan.
Dr. Raykal bersalaman dengan semua pegawai lelaki yang berada di situ termasuklah Dr. Kelvin. Sampai sahaja Dr. Raykal di hadapan Dr. Kelvin untuk bersalaman riak muka mereka berdua tiba-tiba berubah sedikit seperti sedang memikirkan sesuatu.
“You ni bukankah that guy yang masuk bilik kecemasan hari tu, kan?”, tanya Dr. Kelvin sambil mengecilkan sedikit matanya yang sudah sedia sepet itu.
“Sorry?”, Dr. Raykal pura-pura tidak memahami apa yang dikatakan oleh Dr. Kelvin.
“Bukan you eh? Hmm, orang lain kot..”
“Dr. Raykal, you can just ignore apa yang Dr. Kelvin cakap tu. Dia ni memang macam tu. Suka bergurau pelik. Haha.”, balas Dr. Han.
“It’s okay. Well, what should I start with?”, tanya Dr. Raykal tanpa memberikan tumpuan kepada persoalan Dr. Kelvin sebentar tadi.
‘Uuu.. Semangat betul nampaknya oppa handsome kita ni. Kena ‘bawang’ ni dekat Aira pasal Dr. Raykal. Confirm meletopss! Eh, tapi rasanya betullah dia ni yang masuk bilik kecemasan hari tu. Baru dua hari lepas macam mana dia boleh tak ingat eh? Dia ni Dementia ke? Ataupun DID (Dissosciated Identity Disorder)? Hmmm..’
≈ ≈ ≈ ≈ ≈
“Aira! Aira! Aira! I ada berita hot yang baru nak cerita kat you ni!”, Kelvin termengah-mengah selepas mengejar Humaira yang laju sahaja melangkah menghala ke kafeteria.
“Hm, morning. Ada apa pula kali ni? Cepat sikit cakap. I ada banyak lagi kerja nak buat lepas makan ni.”
“Eh, you confirm takkan rugi punya dengar apa yang I nak cakap ni.”
“Yalah, cakaplah apa dia?”
“Kita ada HO baru yang boleh kita buli ma. Tapi kali ni I takut you je yang tak sanggup.”
“Tak sanggup? Tak sanggup kenapa?”
“Oppa handsome sudah mari looo..”, dia berbisik di telinga Humaira.
“Oppa? Woww.. Orang-orang Dr. Han juga ke? Handsome macam Dr. Han juga ah?”
“Tak ada lah! Lagi handsome dari Dr. Han... Cenggini!”, Kelvin menunjukkan thumbs up kepada Aira.
“Hahaha. Over la you ni. Ini berita hot untuk I ke untuk you sebenarnya ni? Cakap je lah yang you takut populariti you tak lama lagi akan menurun bila ada dia. Walaupun hanya populariti dalam kalangan staf wad kecemasan. Haha.”
“Choi! No one can ever challenge me ah, I bet you.”
“Hm, yelah.. Ikut suka you lah. Eh, tapi hari ni dia masuk tak? Mana satu? Nak juga kenal. Hehe.”
“I remind you ah. Don’t you dare to forget me after you meet him ah. You jangan lupa kalau I tak ada hidup you kat HSHK ni takkan bersinar sampai sekarang tau. I partner ‘bawang’ you. Habis madu, bunga raya dibuang, huh.”
“Eh, yang you nak buang bunga raya tu kenapa? ‘Sepah’ yang dibuang, bukan bunga raya. Dah lah bunga raya tu bunga kebangsaan Malaysia. Tak senonoh betul la you.”
“Betul apa I cakap. You tak pernah nampak ke bunga raya bersepah di tengah jalan? Kalau betul bunga raya tu kebanggaan orang Malaysia kenapa tak ada yang tolong kutip? Mereka semua pijak je kan. You tau apa.”
“Yalah, you seorang je yang tau semua.”
Mereka berdua berterusan berbual sambil bersarapan. Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata yang sedang memerhati gelagat mereka dari jauh. Getaran di dada pemilik sepasang mata itu membuatkan dirinya sendiri tidak keruan. Nescafe panas di hadapannya diteguk sehingga habis licin. Dia pun bingkas dari tempat duduk dan mahu beredar keluar dari kafeteria. Tidak mahu berlama-lamaan melihat telatah pasangan romantik itu yang sering sahaja membuatkan hatinya bagaikan ingin tercabut keluar dengan debaran yang tidak menentu.
≈ ≈ ≈ ≈ ≈
“Siapa ni?”, Aira hanya menggerakkan mulut tanpa mengeluarkan suara.
“HO baru?”
Kak Lia hanya mengangguk bagi menjawab ‘pertanyaan Mr. Bean’ dari Humaira itu. Lelaki yang dari tadi khusyuk memandang skrin komputer itu menoleh ke belakang setelah dia menyedari seperti ada seseorang sedang berdiri di belakangnya. Kedua-dua pasang mata itu pun bertembung dan mereka berdua terdiam seketika.
“Annyeong haseyo.” Humaira mencuba untuk beramah mesra dengan doktor pelatih baru yang diperkatakan itu. Dia memang selalu akan maintain gelarannya sebagai MO yang friendly and cool. Oleh itu, setiap kali pertemuan pertamanya dengan mana-mana pegawai baru hospital di Bahagian Kecemasan akan ditegurnya dengan baik dan dilemparkannya senyuman yang paling manis kepada mereka. Walaubagaimanapun, dia tidak pernah dipijak kepala oleh pegawai-pegawai baru itu kerana dia sentiasa akan bertegas yang bertempat dalam setiap tugasannya. Maka, dia lebih mudah dikenali sebagai doktor MO paling friendly and cool di HSHK.
Tangan Humaira yang dilambai sedikit tanda sapaan sebentar tadi tiba-tiba terhenti gerakannya. Raut wajahnya berubah sedikit setelah meneliti wajah lelaki yang sedang berada di hadapannya saat itu. Lelaki itu pula hanya berdiam diri tanpa sebarang reaksi bagaikan sudah dapat meneka apa yang bakal berlaku seterusnya.
“Wait, aren’t you that guy who entered the emergency room last two days?”
Lelaki itu menunjukkan riak muka kebosanan dengan soalan yang sudah didengarnya semalam. Dia mula berpeluk tubuh dan menyilangkan kakinya sambil bersandar di kerusi.
“Do I know you? What kind of question for your greet.”
Kak Lia yang berada di situ bagai tidak dapat menyangkakan jawapan yang keluar dari mulut Dr. Raykal itu. Lagaknya yang bagai seorang senior melebihi Dr. Aira itu memang membawa kepada punca pergaduhan. Kak Lia terus diam memerhati dan menunggu adegan Sinetron bagaimanakah yang bakal ditayangkan secara langsung di hadapan matanya itu.
Humaira menghembuskan nafasnya dengan keras tanda tidak berpuas hati dengan karakter yang ditampilkan oleh lelaki yang berada di hadapannya itu. ‘Tak apa Aira. Kau perlu sabar. Dia ni budak baru lagi. Mungkin masih tak faham situasinya di sini. Cuba bawak bertenang, dan bertenang..’.
“I’m sory if I have mistakenly recognized you as someone else. But, ...”, kata-katanya terhenti seketika. Humaira tiba-tiba merasa sakit hati apabila dirinya diperlakukan seperti itu. Dia sangat pasti bahawa lelaki itulah orang yang telah mengganggu konsentrasinya kelmarin. Dengan tidak semena Humaira merasakan perangai lelaki yang agak biadab itu tidak boleh dibiarkan begitu saja. Dia perlu bertegas.
“Excuse me, are you that important for me to know? I think you’re the one who need to know who’s your superior and what kind of attitude you should go with.”
“Pardon, me. I came here for work and not for this kind of greet and meet session.”, Dr. Raykal terus sahaja bangun dan mula untuk beredar.
“Excuse me! Do you have to be that rude to others?” Humaira sengaja menguatkan sedikit suaranya dan perkara itu membuatkan Dr. Raykal menghentikan langkahnya buat seketika. Dia memandang Humaira sekejap dan tanpa mengucapkan sebarangan kata maaf dia meneruskan langkahnya tanpa menghiraukan lagi kata-kata Humaira itu.
“Ya Allah, sakitnya hati aku!”, jerit Humaira dengan suara yang tertahan-tahan. Dia tidak mahu jeritannya mengganggu pesakit-pesakit yang ada di situ.
“Sabar ya, Dr. Aira. Biasalah tu, doktor. Dia baru lagi tu. Nanti lama-lama tahulah dia macam mana cara nak bergaul dengan betul.” Kak Lia mengusap belakang Humaira dan cuba menenangkan hati Humaira.
“T.A.P.I. Tapi, akak nampak tak apa yang dia buat tadi? Dia pergi macam tu JER? Itu bukan perkara biasa lagi tu kak. Itu perkara yang paling biadab yang pernah saya tengok. Huh!”
“Hey, hey, hey. Apa yang bising-bising ni, Aira? Any hot news for me to know ah?” Tetiba, Kelvin yang muncul entah dari mana itu pun sibuk menyampuk perbualan Kak Lia dengan Humaira. Mukanya dibuat-buat serius untuk mengorek rahsia perbualan mereka berdua.
“Memang hot pun. Oppa KPop you tu lah buat hal. Baru first greet dah tunjuk belang dia. Eeeeii geramnya I...”
“Oppa KPop? First greet? Belang? Siapa ni? I tak faham lah..” Point nampaknya tidak sampai lagi kepada Kelvin, otaknya masih ligat menjalankan proses ingatannya.
“Ooo, Dr. Raykal ke? Kenapa dengan belang? Dia ada tunjuk belang dekat badan dia ke?!” Akhirnya sel-sel otaknya mula bergabung setelah mendapat jelingan tajam daripada Humaira. Namun, kamus bahasa melayu dalam otaknya masih belum dapat diasah dengan baik membuatkan mata Humaira dan Kak Lia terbeliak mendengarkan kenyataan akhirnya itu.
“Eeuuuw.. Kalau dia buat macam tu tadi I dah repot kat polis lah. Walaupun dia foreigner, mana boleh buat macam tu kat sini. You ni kan Kelvin, tak ada benda lain ke nak fikir? Lagipun, mana you tau kalau dia ada belang ke tak dekat badan dia?”
“Hehe, manalah I tau. Dah you mention belang tadi. I ingat you cakap pasal belang macam harimau tu ke. Manalah tau dia ada tattoo harimau belang kat badan dia yang sado tu.”, ujar Kelvin sambil tersengih. “Eh, tapi apa maksud you dia foreigner? Dia bukankah orang Malaysia juga? Dia 2nd year HO from HKL kan?”.
“Laa yakah? Habis tu yang you kata Oppa KPop tu apa?”
“Itu I saja-saja cakap sebab muka dia handsome macam artis KPop sikit kan. Hehe.”
Humaira membuat memek muka annoyed dengan perkataan handsome yang Kelvin tujukan buat Dr. Raykal itu.
“Ah, jambu je I tengok. Berlagak pula tu. Dah lah, I malas nak cakap pasal dia lagi. Buang masa je.” Humaira terus beredar dengan muka masamnya.
“Wah, marah sangat Aira tu. Apa dah jadi tadi, Kak Lia? Ceritalah kat saya. Tak pernah saya tengok Aira marah sampai macam tu sekali. Ataupun dia tengah period ke?” Kelvin masih lagi berusaha untuk mengorek berita sensasi itu daripada Kak Lia.
≈ ≈ ≈ ≈ ≈
Sudah hampir seminggu Raykal berkerja di HSHK dan sudah hampir seminggu jugalah dia terpaksa menghadap Dr. Aira yang menayangkan muka tiada perasaan setiap kali mereka bertembung. Nada suara Dr. Aira juga akan berubah tegas setiap kali perlu berurusan dengannya bagai disengajakan. Bukannya Raykal tidak perasan yang Dr. Aira itu sejenis yang suka tersenyum dan beramah dengan petugas-petugas yang lain kecuali dirinya. Apabila ternampak dia sahaja riak wajah Dr. Aira akan berubah seratus peratus. Keadaan itu sedikit sebanyak membuatkan Raykal berasa agak terasing daripada petugas-petugas lain yang bertugas di situ kerana rata-rata daripada mereka dapat melihat layanan Dr. Aira yang acuh tidak acuh terhadap Raykal dan perkara itu sememangnya nampak ketara. Namun, apakan daya Raykal terpaksa melaluinya juga kerana dia juga sedar memang dialah yang pernah berbuat salah pada awalnya membuatkan hubungan mereka berdua tidak ngam.
‘Panjang pun umur doktor muka ketat ni. Baru je teringat kat dia terus dia muncul. Haih, kalau bukan disebabkan MO Laura yang suruh aku refer data pesakit ni dengan dia takda maknanya aku nak tebalkan muka untuk cari dia ni.’
“Hah, ada apa?”
“MO Laura asked me to refer this patient from you.”
Raykal membacakan data pesakit yang berada di tangannya sambil menunggu setiap respon daripada Dr. Aira. Namun, hasil yang dia dapat hanyalah jawapan “Hm..” yang diberikan berulang kali.
‘Kalau sekadar ‘hm’ je baik aku refer benda ni dengan diri aku sendiri je.’
“Excuse me, what are you mumbling about me in your mind?” Bagaikan dapat membaca apa yang sedang berlegar dalam fikiran Raykal, Humaira bertanya kepadanya dengan nada sinis.
“Excuse me, are you that important for me to think of?”
“Excuse me, are you done with your talk?”
“Yeah, done already. Thank you.” Raykal terus pergi meninggalkan Humaira.
“Kalau sekadar bagi respon ‘yes’ dengan ‘hm’ je aku pun boleh.”, Raykal bercakap dengan suara yang perlahan, namun kata-katanya itu sempat didengari oleh telinga Humaira yang tajam itu.
“Oh, wow.. Excuse me, awak ada masalah ke dengan cara jawapan saya?”
“Nothing. Just feels like I don’t need your ‘yes’ and ‘hm’ kind of answer.” Jawapan yang paling dare pernah Humaira dengar dalam sepanjang hidup dia.
“Excuse me, you came and see me just to refer that patient from me, right? Plus, you got your details already, so what else you want me to tell you? I thought you’re a senior enough no need for me to explain much to you. Atau sebenarnya, tanggapan saya pasal awak tu salah ke? I think we’re done now. I’m leaving now.” Humaira terus melangkah pergi sebaik sahaja dia menghabiskan ucapan terakhirnya kepada Raykal.
Raykal yang terdiam mendengar kata-kata Humaira itu sekadar mengekori kelibat Humaira dengan ekor matanya.
Kak Lia dan Aisyah yang dari tadi memasang telinga mendengar segala perbualan dan tayangan percuma daripada Humaira dan Raykal itu cuba menghampiri Raykal.
“Dr. Raykal ok tak ni?”, tanya Aisyah.
“Ha ah. Kak Lia tengok doktor macam ada masalah je dengan Dr. Aira tadi.”
“Takda apa-apalah. Memang salah saya pun dia layan saya macam tu.”
“Akak harap doktor jangan ambil hati sangat dengan perangai Dr. Aira tu, ya. Sebenarnya, Dr. Aira tu baik je. Agaknya adalah tu sebab kenapa mood dia kurang baik. Hm.. cuma pesanan Kak Lia, doktor cubalah untuk berbaik-baik sikit dengan Dr. Aira tu. Dia tu hati lembut sebenarnya. Satu lagi, hati perempuan ni senang nak dipujuk kalau kena dengan caranya. Lagi-lagi Dr. Aira tu, senang je hati dia cair kalau ada yang pujuk. Akak ni bukannya apa, cuma yalah, kita ni akan bertugas bersama-sama untuk berikan khidmat yang terbaik kepada pesakit-pesakit kita kan. Jadi, tak sedaplah kalau ada di antara kita bermasam muka je.”
“Yalah, kak. Saya cuba. Apa-apa pun, thanks. Saya kena pergi dulu, kena round patient lagi.” Raykal pun beredar untuk menyambung tugasannya.
‘Pujuk? Aku ke? Tak pernah pula aku pujuk sesiapa. Lagipun, macam aku ni couple dia pula nak kena pujuk-pujuk ni.. Tapi, betul juga apa yang Kak Lia cakap tadi. Sampai bila kitorang nak bergaduh je ni. Nanti kerja pun susah nak jalan. Haih...’
≈ ≈ ≈ ≈ ≈
Kak Lia yang sedang menghirup teh panas di meja pantri tetiba terpandang kelibat Humaira yang baru sahaja berjalan memasuki ruangan pantri. Matanya hanya mengekori setiap gerak-geri Humaira tanpa sebarang suara. Humaira yang menyedari pandangan Kak Lia itu hanya membiarkannya. Sengaja ingin menguji tahap kesabaran Kak Lia yang sedang menahan diri daripada memulakan perbualan. Kak Lia ni bukan boleh tahan lama kalau tak bercakap bila ada orang lain berdekatan dengannya. Samalah seperti dirinya. Sejenis yang terlebih peramah la orang katakan.
“Okay, akak surrender. Doktor ni sengaja kan nak tengok akak tunggu lama.”
“Hahah tau takpe.”
“Doktor ok tak hari ni?”
“Ok je. Kenapa, kak? Saya nampak macam tak ok ke?”
“Tak adalah. Maksud akak pasal doktor dengan Dr. Raykal pagi tadi.”
“Macam tu jelah kak. Saya dah malas sangat nak layan perangai dia. Style saya senang je kak. Orang macam tu tak payah nak layan sangat. Kita buat kerja kita, dia buat kerja dia. Settle. Tak payah nak serabutkan kepala fikir lama-lama.”
“Tapi kan doktor, tak sedap lah kalau gaya tu sampai ke habis. Kita ni sebagai satu team kan perlukan teamwork yang kuat dan untuk dapatkan teamwork yang kuat kita memerlukan keserasian antara satu sama lain. Tak gitu, doktor?”
“Betullah tu. Tapi akak nak saya buat macam mana lagi? Dia yang selalu cari gaduh dengan saya dulu. Bukan saya yang mulakan.”
“Kamu cubalah senyum sikit muka tu bila bercakap dengan dia. Janganlah asyik nak tayang muka ketat je dekat dia. Buat macam mana kamu layan orang lain kat sini. Senyum, suara lembut je. Insya’Allah manalah tau dia pun akan lembut hati juga nanti. Ini tidak, asal bertembung dengan dia je muka tu terus jadi pahit, kelat, masam, masin semuanya ada.”
“Haha. Akak ni lawaklah. Mana ada muka masin. Alah, tapi Kak Lia tahu kan saya ni macam mana. Kalau orang buat perangai yang saya tak suka, saya akan automatically tak boleh control cara layanan saya pada orang tu. Saya tak reti nak bermuka-muka. So, siapa suruh dia terus dengan perangai berlagak dia tu? Kalau akak nak tau saya ni pun dah cuba untuk tak cari pasal dengan dia tau. Dia tu je yang selalu suka tuang minyak atas api. Tu yang buatkan saya lagi benci tu.”
“Hm, tengoklah tu. Kamu berdua ni sama je sebenarnya. Nama je doktor, tapi perangai macam budak-budak, tak pernah nak mengalah. Dr. Aira jangan.. Kak Lia ni dah lama makan garam sampai high BP (blood pressure) ni, hah.”
“Jangan apa pula Kak Lia ni? Haha.”
“Yalah, akak dah biasa dah tengok kes-kes macam kamu ni. Mula-mula gaduh mulut sampai ke sudah, akhirnya jadi laki bini. Haaa.. Doktor jangan benci sangat, nanti jadi cinta..” Kak Lia memberikan amaran kepada Humaira yang sudah dianggapnya sebagai adik kandungnya sendiri.
“Hesh! Minta simpang malaikat empat puluh empat. Sampai ke situ pula Kak Lia ni. Kalau ditakdirkan dah takda lagi lelaki bujang dalam dunia ni melainkan dia, saya lebih rela jadi ‘andartu’ (anak dara tua) daripada kahwin dengan dia, ok.”
“Ok.. Kalaulah kan, dah tertulis dalam qadar Allah dia tu jodoh Dr. Aira, doktor nak kata apa pula eh? Jangan kata akak tak bagi amaran pula nanti.”
“Hish, Kak Lia ni janganlah cakap macam tu. Kata-kata tu satu doa tau tak. Tak nak lah saya cakap pasal benda ni lagi. Buat saya rasa loya tekak je. Nak muntah pun ada, uwekk..”, jawab Humaira sambil membuat gaya nak termuntah.
Kak Lia hanya menggelengkan kepala melihat telatah Humaira itu. Sampai begitu sekali dia punya tak suka dengan Raykal.
“Hm, sudahlah. Akak pun dah malas nak melayan masalah kamu berdua ni. Apa yang penting akak dah jalankan tanggungjawab akak bagi nasihat supaya dapat pulihkan silaturrahim antara kamu. Kamu nak ikut, alhamdulillah. Kalau kamu tak nak ikut lantak kamu lah, ye.”