Home Novel Komedi/Romantik Komedi MIMPI YANG PASTI
MIMPI YANG PASTI
Dr. Writer
15/12/2017 06:06:30
46,425
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
MIMPI22

*MIMPI 22*

“Rith, jangan tinggalkan Aira…”


Deruan angin yang sepoi-sepoi bahasa membuatkan hujung tudung Humaira beralun lembut di atas bahunya. Humaira memeluk tubuh agar tudungnya tidak berterbangan sehingga mendedahkan apa yang tidak sepatutnya kelihatan. Pandangannya dilepaskan jauh ke hadapan melihatkan suasana tanpa hingit bingit jalan raya di kawasan bandar. Dia sukakan ketenangan itu.

Baru beberapa minit mengelamun tiba-tiba matanya ditutup dengan dua tangan. Bau haruman minyak wangi si pemilik tangan memang amat dikenalinya. Hatinya menjadi berbunga-bunga. Bagaikan saat-saat yang amat dinantikannya, suara pemilik tangan itu pun meminta dia meneka siapakah yang sedang berdiri di belakangnya saat itu.

“Ha..ikal? Ataupun Hari..zal? Haa betul kan, Harizal?.”

“Siapa Haikal? Siapa Harizal? Berapa ramai lelaki yang selalu buat macam ni kat kau eh?” Harith sudah mencuka mukanya. Tangannya diturunkan dan dia berdiri menghadap Humaira.

Humaira yang memang sengaja ingin mengusik Harith sudah tersenyum geli hati melihatkan reaksi Harith itu. Humaira berlagak seperti sedang mengira berapa ramai jejaka seperti yang ditanyakan oleh Harith. Hati Harith mulai geram dengan gerak geri Humaira itu membuatkan dia terus memegang rapat jari jemari Humaira sekaligus menghentikan gadis itu daripada terus mengira tanpa kesudahan.

“Dah. Tak payah nak kira sangat. I know you. No guy would do that on you. Even your brother won't do like what I did just now. So, forget it.”

“Uuu.. Yakinnya kamu.. By the way, apa maksud kau ek? Tak ada lelaki yang akan buat macam tadi tu kat aku? Maksudnya kau nak cakap kat sini yang tak ada siapa nak buat sweet-sweet macam tu kat aku la? Sebab aku tak laku, macam tu? You hurt my pride, you know? Huh!”

“Apa benda lah yang kau nak touching tetiba ni? Aku tak cakap pun macam tu. Maksud aku, yalah, takkan lah ada lelaki bukan muhrim yang nak buat macam tu kat kau sedangkan perwatakan kau sendiri tak membenarkan sesiapa untuk sentuh kau. Kau kan jaga batas-batas pergaulan ni semua. Dengan kata lain, dia orang mesti hormat kau dan takkan berani nak diri dekat-dekat dengan kau. Aku ni tak apa lah. Sebab aku dengan kau kan dah halal.. Walaupun realitinya tak nampak macam tu pun…”

Betapa tersentuhnya hati 'seketul Humaira' apabila mendengar ayat seakan pujian yang dikatakan oleh Harith itu. Kata-kata itu bagaikan telah mengangkat maruah dirinya sebagai seorang wanita muslimah yang terpuji di mata seorang lelaki yang bergelar suami. Humaira sudah tersipu-sipu malu. Dia terus melangkah lembut dan duduk bersimpuh di atas kain alas yang telah dibentangkan di atas rumput. Tiba-tiba setiap pergerakannya menjadi terlebih tertib dan sopan. Suaranya pun dilontarkan dengan nada manja.

“Meh lah duduk sini. Aku dah pack sandwich and sushi special sangat untuk hari ni. Untuk kita.” Perkataan akhir itu disebutnya perlahan dengan malu-malu.

Harith yang mendengar suara manja Humaira itu terus merasa debaran kencang di dada. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Humaira. Sempat Harith merenung sisi wajah Humaira yang sedang membuka penutup bekal makanan dan menyusun di hadapan mereka. Humaira menoleh ke sisi apabila menyedari dirinya sedang diperhatikan oleh Harith. Pandangan mata mereka bersatu dan seakan ada sesuatu perasaan aneh yang berbunga-bunga di hati mereka. Mereka berdua lantas tertunduk malu. 

Tanpa bersuara, Harith tiba-tiba meletakkan kepalanya di atas riba Humaira dan tindakannya itu membuatkan Humaira sedikit terkejut. Namun dia tidak menolak. Humaira hanya menerkup mulutnya dengan tangan disebabkan terlalu malu dengan keadaan romantis seperti itu. Harith yang pada mulanya berbaring mengiring mula memusingkan badannya dan kali ini mukanya memandang ke atas sambil melihat wajah Humaira. Debaran di hati bertambah kencang membuatkan wajah Humaira merona merah.

Harith mencapai tangan Humaira dan mengelus lembut jari jemari runcing itu. Lantas dikucupnya lembut. Mata Humaira tidak beralih daripada merenung terus wajah yang mula bertakhta di hatinya. Sumpah jika dia diberikan hajat untuk ditunaikan, dia tidak mahu masa bergerak daripada saat indah yang dirasakannya pada saat itu.

“I love you.”. Satu ungkapan indah yang diluahkan oleh Harith kepada Humaira.

“I love you too.”, jawab Humaira dengan penuh kasih.

Mereka pun tersenyum panjang. Harith membuka mulutnya ingin disuapkan makanan. Dia tidak akan melepaskan peluang untuk bermanja. Humaira yang sudah memahami maksud itu lantas mengambil sepotong sushi dan menyuapnya ke dalam mulut Harith.

“Sedap?”

“Sedap. Nasi dia lembut. Selembut wajah awak..”, ucap Harith sambil tersengih-sengih.

“Eh, lembut je ke? Rasanya tadi Aira ada letak something lagi.”

“Hm? Aira letak apa?”

“Letak cinta..”

Mereka berdua pun tersengih-sengih dengan punchline mereka itu. Harith dengan gediknya menyorokkan mukanya di perut Humaira. Mereka mula tertawa kecil dengan gelagat masing-masing.

“Aira..”

“Hm.”

“Aira..”

“Iye, Rith..”

“Aira sayang..”

“Ye, Rith sayang..”, jawab Humaira sambil mengusap rambut Harith dengan lembut.

Harith tersenyum mendengar ungkapan itu. Dia menutup kedua-dua belah matanya dan mula menikmati ketenangan dan keindahan yang dapat dirasakannya saat itu.

“Aira.. Aira nak aiskrim tak? Rith tiba-tiba terasa macam nak makan something sweet la..”

“Saya tak cukup sweet untuk awak ke?”

“Sebab awak sweet sangat lah buatkan saya rasa air tadi tak cukup manis.. Chia Chia Chia..”

Mereka berdua tersengih-sengih macam kerang busuk dek pickupline mereka sendiri. Makin menjadi-jadi pula love birds ini.

“Kejap ye, darling. I nak pergi beli aiskrim kat hujung jalan tu.”

“Ok, sayang..”

Harith bangkit dari baringannya dan terus berlari-lari anak ke arah pakcik motor yang menjual aiskrim. Dia berlarian secara mengundur sambil menoleh ke arah Humaira kembali dan menjerit suruh Humaira tunggu dia. Takut benar isteri kesayangan itu hilang. Humaira sudah tergelak melihat tingkah laku Harith itu.

Saat kelibat Harith sudah jauh dari pandangan Humaira memusingkan badan menghadap tasik luas di hadapannya. Entah mengapa dia merasakan dirinya tersangat bahagia saat itu.

'Alhamdulillah doa aku untuk mendapat pasangan hidup yang baik termakbul.' Syukur Humaira dalam hati.

Setelah beberapa minit berlalu. Humaira mula tertoleh-toleh mencari kelibat Harith yang sudah agak lama menghilang dari tadi. Dia bangun dan mula melangkah mencari Harith di sekitar kawasan penjual aiskrim yang mereka nampak tadi. Hairan dia. Lama pula si Harith ni pergi. Ramai sangat ke orang yang mahu beli aiskrim sampai perlu beratur panjang? Rasanya sudah lebih dari 10 minit mereka berpisah tadi.

Humaira perasan seperti ada orang ramai sedang berkerumun di suatu sudut tepi jalan. Dia pun mendekati untuk melihat apa yang sedang berlaku. Kedengaran bisikan daripada orang ramai mula bersuara panik dan ada yang sedang menelefon. Gayanya seperti ada kecemasan. Humaira yang sudah datang mendekati cuba menjengah ke atas jalan raya sambil bertanya orang lain apakah yang sedang terjadi. Ada kemalangan apa? Cedera parah kah? Perlukan apa-apa bantuan? Walaupun dia tidaklah begitu pakar dalam mengawal keadaan kecemasan, namun dia masih boleh cuba untuk menghulurkan sebarang jenis bantuan yang dia mampu.

Setibanya dia di hadapan sebujur tubuh yang kelihatan terbaring lemah dan berlumuran darah, Humaira terpaku dan badannya membeku. Matanya tak berkelip buat seketika. Harith. Harith terbaring di hadapannya pada saat itu.

Humaira yang mula menggigil cuba melangkah mendekati Harith dan terus dia memangku kepala Harith. Dia memegang rambut dan pipi Harith dengan tangan yang menggeletar.

“Rith.. Rith, bangun Rith.. Macam mana Rith boleh jadi macam ni..? Rith jangan tinggalkan Aira… Tolong! Sesiapa tolong call ambulance, please! Tolong panggil ambulance cepat..! Rith, bertahan ok. Aira ada ni. Rith, jangan tinggalkan Aira…”. Humaira menjerit meminta tolong. Orang ramai di sekelilingnya seperti memahami situasi yang sedang berlaku dan cuba menenangkan Humaira yang sudah menangis teresak-esak itu.

“Rith… Rith… Rith!!!”













≈ ≈ ≈ ≈ ≈

“Allah!! Hah.. Hah.. Hah…”

Humaira yang tersentak dan terjaga daripada tidur itu terus mengucap menyebut nama Allah. Humaira memandang sekeliling yang gelap dan menyedari dirinya sedang berada dalam biliknya. Dia yang dalam keadaan termengah-mengah cuba menarik nafas dalam dan hembus. Terkumat-kamit bibirnya beristighfar bagi menenangkan diri. Dia mengubah posisi baringnya. 

'Mimpi rupanya.. Ya Allah, kenapa aku boleh mimpi macam tu? Tolong, ya Allah.. Kau lindungilah dia daripada sebarang perkara buruk, ya Allah.. Tolong lindungi dia.. Aku sayangkan dia.. Aku tahu dia hanya pinjaman Kau kepadaku. Tetapi, janganlah kau ambil dia dalam keadaan yang teruk. Dan jangan Kau ambil dia dalam keadaan aku belum bersedia..'.

Humaira mengesat air mata yang tiba-tiba mengalir di hujung matanya. Dia cuba memujuk dirinya dengan berselawat dan tidak henti dia mengingatkan dirinya bahawa apa yang terjadi itu sekadar mimpi dan mainan tidurnya sahaja. Humaira kembali melelapkan mata beberapa minit kemudian.


Previous: MIMPI21
Next: MIMPI23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Dr. Writer