Home Novel Komedi/Romantik Komedi MIMPI YANG PASTI
MIMPI YANG PASTI
Dr. Writer
15/12/2017 06:06:30
46,446
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
MIMPI 1

*MIMPI 1*


“Apa, ingat dia seorang je doktor? Dia je yang busy twenty four hour?”



Hari demi hari. Bulan demi bulan. Tahun demi tahun. Seharian aku berfikir, bilakah waktunya segala hasrat dan doaku akan dimakbulkan oleh Allah, tuhan Yang Satu itu? Dari dahulu hingga sekarang tidak pernah sesekali aku merasakan diri ini bebas daripada berbuat dosa.

"Haa....", aku mengeluh buat kali yang ke berapa pun aku tidak pasti. Pastinya, aku sendiri sedar bahawa setiap keluhan yang dihembus atas sesuatu perkara itu adalah sesuatu yang tidak wajar bagi kita kerana ia membawa maksud kita kurang bersyukur atas nikmat lain yang telah Allah kurniakan kepada kita.

‘Ceeewah.. Macam biasalah, aku dengan falsafah-falsafah hidup yang tidak pernah lekang dari bisikan minda ini. Falsafah hidup yang sentiasa menemani diriku untuk lebih tabah dalam menghadapi liku-liku kehidupan ini dengan kata-kata positif yang membangkitkan semangat. Itulah sifat tersendiri aku yang aku praktikkan sejak dahulu lagi. Orang kata, kalau kita sentiasa berfikiran positif hidup kita akan lebih tenang malah awet muda gittu. Orang katalah.. He he.’.


Humaira Alwanis bingkas daripada posisi badan yang terlentang di atas katil kepada duduk berteleku di atas katil. Tuala yang tergantung di lehernya dicapai dan digosok atas kepalanya perlahan-lahan sambil mengeringkan rambutnya yang ikal separas bahu. Baginya, rambut dia tidak perlu panjang mengurai untuk menarik perhatian si bakal suami, tetapi cukup sekadar dapat diulas-ulas lembut. Lagipun, dia memiliki kerjaya yang memerlukan dirinya untuk mampu mempersiapkan diri dengan pantas sepanjang masa. Kata-kata ayahnya sering terngiang-ngiang di telinganya setiap kali dia terfikir betapa pentingnya dia perlu ligat dalam menguruskan segala tugasan seharian.

"Macam mana nak jadi doktor nanti kalau asyik bersiap lambat saja ini? Sepatutnya doktor kena punctual, nanti bila dapat on call doktor tak sampai-sampai patient pun kritikal jadinya.", kata ayahnya suatu ketika dahulu.

"Tapi, nanti Aira belajarlah untuk berubah. Sekarang Aira belum lagi jadi doktor dan masih belajar lagi. Waktu inilah fasa untuk Aira praktis.", selorohnya seorang diri.

Sambil mengulas lembut rambutnya, Humaira mengelamun sendiri mengimbau kenangan-kenangannya bersama ayah, mak, kakak dan abang-abangnya. Dia sangat gemar dalam mengimbas kembali kenangannya pada zaman kecil dahulu. Dia merupakan seorang puteri bongsu kepada Encik Raikal dan Puan Zahrah. Kakak sulungnya, Aisya merupakan seorang sifu kepada adik-adiknya yang manja tidak bertempat itu. Manakala abang-abangnya, Izzat dan Isyraf bagaikan putera-putera yang sedia melindungi permaisuri serta puteri-puteri kepada Raja Raikal. Maka, itulah serba sedikit biografi keluarga Encik Raikal.


"Maira! Maira! Maira!".


   Teriakan kuat kedengaran dari luar biliknya membuatkan Humaira tersentak. Hilang semua lamunannya sebentar tadi. Humaira pun bergegas ke arah pintu biliknya dan mengintai keluar untuk mengambil tahu apa yang sebenarnya terjadi kepada teman serumahnya itu.

   "Ya, ya, ya... What is happening in this house right now? Ada berita tergemparkah? Ada sesiapa yang tercekik tulang ikan? Ataupun ada patient Tanjung Rambutan yang terlepas sampai ke rumah ni? Tapi jeritan tadi macam jeritan happy.. Hmm, ke ada sesiapa yang dah nak buat kad jemputan ni, hah?".


   Lakonannya yang selamba badak merapu mereka cerita itu disambut baik oleh temannya yang juga drama queen itu.

    "Ha’ah, iyalah... Awaklah tu yang nak buat kad jemputan tu kan? Bukan ke dah ada bincang dengan mak jemah kat Ipoh Parade hari tu kan? Pasal nak tempah baju nikah siap dengan promosi buat kad jemputan sekali kan? Di manakah sang bakal suami awak tu? Tak nak bincang tentang perkara ni sekali kah? Apa, ingat dia seorang je doktor? Dia je yang busy twenty four hour? Banyak cantik muka dia..nak buat bini tapi bab persiapan membina masjid ni hilang dia entah ke mana.", balas Nathrah, teman serumahnya.

   "Ewah-ewah.. Sedap pula dia mengutuk bakal suami kita eh? Meh sini kita cubit pipi dia yang montel tu biar jadi natural blusher. Hahahaha.".

Gelak besar mereka berdua setelah habis sinetron 2 minit yang direkanya sendiri.

   "Ok, stop. Bilang(beritahu) sama aku, ngapain kamu ke sini manggilin namaku terus? Apa yang boleh aku bantuin kamu ya?", tanya Humaira kepada temannya.

   "Kayaknya, teruuus aja aku mau manggilin kamu. Karnanya(sebabnya) aku itu kangen(rindu) sama kamu. Makanya aku manggiiil terus namamu. Biar kamu juga perhatian(perihatin) sama aku. Hahaha.".

   "Mana bisa kamu kangen(rindu) aja sama aku. Akukan serumah sama kamu, sampaikan aku juga jadi bosan mandang terus muka kamu tiap-tiap hari. Perginya ke kuliah sama kamu, makannya sama kamu, belajarnya juga sama kamu dong. Tidurnya aja enggak sama kamu karna nanti aku dimarahin sama calon suami mu.".

   "Haha.. Enggak sih.. Calon pangeran(putera) hatiku enggak akan bisa marahin kamu karna dia sendiri harus janji sama aku yang temanku yang bagaikan saudaraku ini juga harus jadi temannya. Maka, dia enggak bisa marahin kamu.".

   "Awww... Terharu deh aku sama kamu..", tangis Humaira sambil mengelap air mata yang tiada bagaikan dirinya sedang menangis terharu akan kata-kata temannya itu.

   "Udah-udah sih lakonan kamu itu. Capek (penat) deh gue layanin terus sama kamu.".

   "Haha. Tau pun. Kita lagi penat nak layan miss Nathrah kita ni cakap bahasa Indon. Dah lah pelik-pelik bunyinya. Agaknya kalau ada minah Indon tersesat dalam rumah kita ni habis dia marahnya kita berdua sebab rosakkan bahasa dia orang.", jawab Humaira.

   Humaira terus berjalan keluar ke ruang tamu dan duduk di atas sofa sambil memeluk tubuh. Angin malam yang sejuk menyapa lembut kulitnya yang mulus itu. Mereka memang selalu membiarkan tingkap rumahnya terbuka sedikit supaya angin luar dapat memasuki setiap ruangan isi rumah sewa mereka. Maklumlah, mereka merupakan pelajar jurusan perubatan, maka, mereka mengatakan bahawa kita memerlukan pengudaraan yang segar sentiasa untuk badan kita mendapatkan oksigen yang mencukupi.

   Nathrah yang berdiri di bingkai pintu bilik Humaira tadi turut sama mengekori temannya duduk di sofa. Nathrah memeluk erat tubuh kecil Humaira sambil berkata, "Sejuk kan malam ni? Kita mandi tadi pun menggigil bila keluar dari toilet. Sekarang ni selalu je hujan lebat waktu malam kan?".


   Humaira mengangguk kepala tanda bersetuju dengan kata-kata Nathrah.

   "Nath, awak dah makan ke belum ni? Nak pergi keluar makan tak? Macam malas je lah nak masak malam ni. Jom kita keluar makan lepas isyak ni nak?".

   "Jom! Hehe. Memang itu pun tujuan kita panggil awak tadi.", ujar Nathrah sambil tersengih.

   "Kita lapar sangat ni awak...", sambung Nathrah dengan manjanya.


   Badannya digesel-gesel manja pada badan Humaira. Mereka berdua ini memang sangat manja sampaikan sekiranya orang luar yang tidak kenal mereka akan naik meluat melihat gelagat manja dan aneh mereka itu. Itulah yang dikatakan sahabat sekepala.


   "Ok. Dah, pergi siap cepat. Kita bagi 5 minit je. Lambat, tinggal.", gurau Humaira.

  "Eh... Mana aci macam tu.".

   "Ah, tak ada. Aci tak aci pergi siap cepat. Paling lambat 10 minit.", senyumnya disorok daripada pandangan Nathrah.

   "Ok! Jangan tinggalkan kita tau!".

Nathrah bergegas ke biliknya untuk bersiap sambil berlari anak.


Next: Mimpi 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Dr. Writer