Home Novel Komedi/Romantik Komedi Tunggu Dulu, Cinta!
Tunggu Dulu, Cinta!
Ayu Emelda
15/11/2014 11:22:33
38,445
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Sinopsis

Tolong ajarkan dia cinta...

Bila soal hati dan perasaan, dialah lelaki paling blur...

Kamal Noah, luarannya cukup sempurna. Lelaki macho lagi kacak, six-pack, hot dan seksi! Tapi sayang, hatinya dingin macam ais. Mengalahkan Elsa dalam Frozen. Harapkan muka saja hensem tapi hati kering. Ego sekeras Ironman! Bila buat keputusan, ikut suka hati dan kepala otak dia!

Nuraivy Sofea, gadis manis yang paling afdhal jadi calon isteri. Bakal pak mertua memang dah lama berkenan. Dia cukup serba-serbi, tapi agak sensitif dan clumsy! Kelembutan dan kesabaran Aivy, ada kalanya keterlaluan. Suka sangat mengalah, sampai selalu kena buli!

Janji mereka, mahu bercinta setelah sah akad dan nikah. Tapi apakan daya, rumah tangga mereka mula bergoncang dibadai sejarah silam. Di hati Kamal terus berbisik nama Suraya. Di hati Aivy pula pernah hadir nama Khairy. Bila wujud orang ketiga... isteri mana tak cemburu! Suami mana tak tercabar!

"Tak boleh ke awak reserve hati awak hanya untuk saya?" ~ Aivy

"Saya cuma simpan kenangan dengan dia, bukan simpan orangnya!" ~ Kamal

Namun, setelah Aivy pergi Kamal bagaikan rebah, tersungkur dan tergolek! Dia sendiri keliru mana satu gadis yang bertakhta di hatinya. Siapa sebenarnya yang dirindu?

Next: BAB 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ayu Emelda